Anda di halaman 1dari 81

PTS Islamika Sdn Bhd

No 12, Jalan DBP,


Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor.
www.pts.com.my

Hak cipta © 2013 oleh Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian artikel ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Islamika Sdn
Bhd.
PENDAHULUAN

A lhamdulillah, bersyukur tidak terhingga pada yang Maha Esa atas


nikmat yang banyak. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi
Muhammad s.a.w., keluarganya, para sahabat serta pengikutnya hingga hari
akhirat.
Selepas buku Kuasa Iqra’, penulis bersyukur atas sambutan yang
menggalakkan dalam memahami keperluan membaca untuk disemai dalam
masyarakat. Disebabkan ramai pembaca dalam kalangan pelajar, dan
cendekiawan berhadapan dengan isu hafazan, maka selayaknya isu ini
dibicarakan mengikut perspektif Islam. Metodologi buku ini hampir sama
mengikut kerangka buku Kuasa Iqra’.
Penulis teringat pada kisah bagaimana hafazan memberi kesan besar
dalam masyarakat. Anak-anak kita yang menghafaz Al-Quran walaupun
belum khatam sepenuhnya, sudah menjadi imam dalam majlis-majlis rasmi,
termasuk semasa qiamullail dan solat tarawih, khasnya pada bulan
Ramadhan. Ini menunjukkan betapa hafazan selayaknya diutamakan dalam
masyarakat kita.
Ramai pelajar cuba menghafaz, tetapi berhadapan dengan krisis ingatan
dan cepat lupa. Hal ini menyebabkan semangat menuju ke arah
kecemerlangan sedikit sebanyak terencat, dan cita-cita mereka mungkin
tidak kesampaian. Bersandarkan asas ini, penulis mengemukakan buku
yang bertajuk Hebatnya Kuasa Hafazan bagi memberi semangat dan kaedah
tokoh ilmuwan Islam menghafaz. Selain itu, buku ini juga menjelaskan
betapa hebatnya hafazan yang dimiliki oleh sebahagian ulama sebagai
anugerah Ilahi dan mauhibah kepada mereka.
Semoga coretan dalam risalah kecil dan warkah yang tidak seberapa ini
dapat membuka minda para pelajar, ibu bapa, dan mereka yang cintakan
ilmu bagi menambah dan meningkatkan hafazan masing-masing.
Selamat membaca!
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
BAHAGIAN 1 - MENYELAMI
KUASA HAFAZAN

BAB 1 : DEFINISI HAFAZ DAN FUNGSI


OTAK
Definisi Hafaz
M enurut Kamus Dewan, maksud ‘hafaz’ ialah terpelihara dan kekal
dalam ingatan, khususnya tentang bacaan ayat suci Al-Quran.
Maksud ‘menghafaz’ pula ialah, membaca ataupun mempelajari ayat suci
berulang kali supaya ingat dalam ingatan. Selain daripada hafaz, dalam
bahasa Melayu disebut sebagai ‘hafal’, iaitu sudah benar-benar masuk dalam
ingatan tanpa perlu melihat buku atau catatan.
Dalam bahasa Arab pula disebut sebagai az-zakirah. Orang yang
mempunyai ingatan yang kuat digelar sebagai quwwatuz zakirah .
Fungsi Otak
Maksud ‘otak’ dari sudut bahasa ialah organ di bahagian atas kepala, iaitu
organ yang mengawal perasaan serta pemikiran. Selain itu, otak juga adalah
alat ber kir.
Otak manusia adalah pusat sistem saraf manusia dan organ yang cukup
kompleks. Otak terletak di bawah tempurung kepala. Ia memiliki struktur
umum yang sama dengan otak mamalia lain, tetapi mempunyai saiz tiga kali
lebih besar.
Sebahagian besar penyebaran input berasal daripada korteks serebral,
iaitu lapisan jaringan saraf yang menutupi permukaan otak bahagian depan.
Bahagian terluas adalah lobus frontalis, iaitu bahagian yang terlibat dalam
fungsi eksekutif, seperti pengendalian diri, perancangan, penularan, dan
pemikiran abstrak.

Otak manusia dianggarkan mengandungi 5 hingga 10 (1011) neuron, yang


mana sekitar 10 bilion (1010) adalah sel piramid kortikal. Sel-sel ini
menghubung isyarat antara satu sama lain melalui 1000 trilion (1015)
hubungan sinaptik. Otak berfungsi mengawal dan mengatur tindakan dan
reaksi tubuh. Ia menerima notis deria secara berterusan, dan cepat
menganalisis data ini, lalu menjawab, mengendalikan tindakan zik dan
fungsi. Batang otak mengawal pernafasan, denyutan jantung, dan proses
autonomi yang lain. Neokorteks adalah pusat pemikiran peringkat tinggi,
pusat belajar, dan pusat memori. Otak kecil bertanggungjawab untuk
keseimbangan tubuh dan pergerakan anggota badan.
Otak manusia berisiko menghadapi pelbagai jenis kerosakan dan
penyakit, walaupun ia dilindungi oleh tengkorak tebal dan terhalang
daripada aliran darah. Otak boleh rosak disebabkan kecederaan di kepala
akibat terkena pukulan, strok, ataupun disebabkan racun daripada bahan
kimia. Jangkitan terhadap otak jarang terjadi, namun serius apabila berlaku.
Penyakit genetik yang biasa dialami oleh manusia adalah seperti Parkinson
dan multiple sclerosis. Banyak anggapan menyatakan punca bagi beberapa
keadaan psikiatri, seperti skizofrenia dan kemurungan, disebabkan oleh
kegagalan fungsi sebahagian daripada otak. Namun begitu, sifat anomali
otak masih belum dapat difahami dengan baik.
Jenis-Jenis Ingatan
Ingatan atau az-zakirah begitu penting dalam hidup seseorang. Tenis
William menyebut, ingatan adalah pengetahuan, ilmu, dan maklumat. N

Tiga jenis daya ingatan:


1. Ingatan bertempoh
2. Ingatan sementara
3. Ingatan kekal

Peringkat Menghafaz

1. Peringkat keperluan menghafaz.


2. Peringkat sedar dan penumpuan, iaitu maklumat singgah pada
ingatan.
3. Peringkat menyimpan maklumat.
4. Peringkat penyusunan maklumat.
5. Peringkat mengingat dan mengembalikan maklumat.
BAB 2 : KELEBIHAN HAFAZ DAN
PERKARA YANG WAJAR DIHAFAZ

H afazan memberi banyak kelebihan kepada para penghafaz. Imam Ar-


Rahabi mengatakan dalam Matan Al-Rahabiah:

“Hafazlah, maka setiap penghafaz menjadi imam.”

Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan mereka yang banyak menghafaz Al-


Quran di barisan hadapan dalam peristiwa syuhada.

Info : Universiti Al-Azhar asalnya adalah Masjid Al-Azhar yang dibina pada zaman
Kerajaan Fatimiyyah.

Selain anugerah Allah s.w.t., daya ingatan juga sebenarnya dapat dilatih
sebagai ikhtiar bagi mengasah hafazan. Penulis teringat sebuah kisah yang
diceritakan oleh Syeikh Ali Tantawi. Beliau menyatakan, “Semasa aku kecil
di Syria, tempatku dikunjungi oleh ramai ulama Al-Azhar yang jumlahnya
hampir 100 orang. Kemudian, seorang khadam datang bagi menyediakan
teh. Dia bertanya kepada setiap orang tentang sukatan gula dan teh yang
mereka kehendaki. Selepas itu, dia menyediakan teh dan minuman lain
seraya menyebut semula sukatan yang diperlukan oleh setiap orang. Dia
menyebut setiap sukatan dengan tepat tanpa mencatatnya. Hal ini
menunjukkan daya ingatan seseorang dapat menjadi kuat pada perkara yang
dia minati, meskipun dia adalah orang biasa.”
Pernah berlaku satu peristiwa ketika Syeikh bin Humaid menjadi hakim
di sebuah kawasan di Saudi. Seorang lelaki berjumpa beliau dan meminta
beliau membuat keputusan berkaitan hukum. Syeikh bin Humaid pun
menjelaskan hukum yang berkenaan berserta dalil dan hujahnya. Selepas
hampir 20 tahun, lelaki ini sekali lagi meminta Syeikh bin Humaid membuat
keputusan berkenaan kes dan hukum yang sama. Keputusan yang beliau
kemukakan tetap sama walaupun dalam tempoh masa yang sudah lama. Ini
adalah bukti kehebatan ingatan seorang hakim pada masa itu.
Apakah yang Dihafaz?
Bagi menjawab persoalan ini, penulis teringat pada satu ungkapan menarik
daripada ulama Islam. Katanya:

“Bacalah buku terbaik yang ada pada kamu.


Tulis apa yang terbaik daripada bacaan kamu, dan hafaz apa yang terbaik daripada tulisan
kamu.”
Berdasarkan kenyataan di atas, bukan semua maklumat perlu dihafaz.
Tetapi, menurut Islam, perkara yang dihafaz adalah perkara yang dapat
memberi manfaat dan diperlukan sebagai hujah dalam hukum agama.
Antara perkara yang wajar dihafaz adalah:

1. Al-Quran
2. Hadith Nabi s.a.w., khususnya berkaitan hukum dan adab-adab.
Matan Arbain Nawawiyah oleh Imam Nawawi
Mukhtasar Abi Jamrah
Arbain Sihah oleh Syeikh Muhammad Abdul Latif Al-Farfur
Bulugh Al-Maram oleh Hafiz Ibnu Hajar
Al-Muntaqa’ oleh Ibnu Taimiyyah Al-Jad

3. Matan-matan, sama ada:


1. Tauhid
Jauharatu At-Tauhid
Matan Sanusiah
Ummu Al-Barahin
Akidah Al-Wasatiyah
Al-Akidah At-Thahawiyah

2. Fiqh
Matan Ghayah wa At-Taqrib
Tanbih
Matan Abi Syuja’
Zad Al-Mustaqni’ fi Ikhtisar al-Muqni’ oleh Al-Hajjawi

3. Ilmu sains hadith


Matan Baiquniyah
Fathu Al-Mughith
Alfiyah Al-Iraqi
4. Nahu
Matan Al-Jurumiyah
Matan Bina’
Alfiyah Ibni Malik
5. Qiraat
Matan As-Syatibi, iaitu Hirzu Al-Amani wa Wajhu At-Tahani
Matan Al-Jazari
6. Mutiara kata atau hikmah
Hikam oleh Ibnu Ataillah
Al-Muhasabah oleh Al-Muhasibi
Taj Al-Arus oleh Ibnu Ataillah
Minhaj Al-Abidin oleh Imam Al-Ghazali
7. Syair Arab
Diwan oleh Imam Asy-Syafi’i
Raudhah Al-Uqala’ oleh Ibnu Hibban Al-Busti

8. Faraidh
Matan Ar-Rahabiah oleh Imam Ar-Rahabi
Matan Al-Burhaniah oleh Muhammad
Al-Burhani

9. Usul Fiqh
Syarh Al-Waraqat oleh Imam Al-Haramain
Maraqi As-Su’ud oleh Tahqiq Muhammad Mukhtar Asy-Syanqiti
Al-Isyarah fi Usul Al-Fiqh oleh Sulaiman bin Khalaf Al-Andalusi
Al-Asybah wa Al-Nazair oleh Umar bin Ali bin Al-Mulaqqin
Jam’u Al-Jawami’ oleh Muhammad bin Abi Syarif Al-Maqdisi

10. Qawaid Fiqhiyah


Qawaid Fiqhiyah oleh Syeikh Izzat Ubaid Al-Da’as
Syarh Al-Qawaid Fiqhiyah oleh Syeikh Ahmad Az-Zarqa’

Manakala bagi maklumat umum lain, terpulang kepada individu sama ada
mahu menghafaz ataupun tidak.
BAB 3 : TOKOH PENGHAFAZ

R amai penghafaz dilahirkan sejak Rasulullah s.a.w. dilantik menjadi


rasul. Namun, tokoh hafazan terkemuka terbahagi kepada tiga kategori:
Pertama: Tokoh Salafus Soleh
Imam Malik
Imam Malik adalah seorang penghafaz Al-Quran dan hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. Ingatannya kuat dan sudah menjadi kebiasaan bagi Imam
Malik membuat kesimpulan berkenaan dengan hadith-hadith yang diajar
oleh gurunya. Pada suatu hari, beliau mendengar sebanyak 30 hadith
daripada seorang guru yang bernama Ibnu Syihab. Beliau dapat menghafaz
sebanyak 29 hadith sahaja. Kemudian, beliau menemui Ibnu Syihab lalu
bertanya perihal hadith yang beliau terlupa itu.
Gurunya bertanya, “Bukankah kamu hadir dalam majlis hadith itu?”
Beliau menjawab, “Benar, saya ada bersama Tuan.”
Ibnu Syihab bertanya lagi, “Mengapakah kamu tidak menghafaz hadith
itu?” Imam Malik menjawab, “Ada 30 hadith kesemuanya, tetapi saya hanya
terlupa satu sahaja.” Ibnu Syihab berkata, “Memang ramai manusia jadi
pelupa, begitu juga dengan aku. Bacakan kepada aku hadith yang kamu
ingat.” Imam Malik pun membaca semua hadith yang beliau hafaz.
Kemudian, Ibnu Syihab menyebut hadith yang tidak dapat dihafaz oleh
Imam Malik.

Abdullah bin Al-Mubarak


Abdullah bin Al-Mubarak dilahirkan pada tahun 118H dan meninggal
dunia pada tahun 181H. Beliau dikatakan mempunyai daya ingatan yang
kuat dan dikenali sebagai Amirul Mukminin dalam hadith. Beliau pernah
menghafaz hadith tanpa menulis dan dapat mengulang kembali apa yang
diajar oleh guru dengan pantas. Beliau mampu memberi hujah dan
menggunakan hadith sebagai dalil. Hal ini diakui oleh ramai ulama,
antaranya:

Nu’aim bin Hamad yang menyatakan, “Beliau banyak duduk di


rumah semata-mata mahu mengkaji sunnah Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat.”
Sufyan Ath-auri menyatakan, “Aku bercita-cita supaya semua
umurku cukup setahun seperti Ibnu Al-Mubarak, tetapi aku tidak
mampu.”

Imam Asy-Syafi’i
Menurut sejarah, daya ingatan Imam Asy-Sya ’i begitu kuat sehingga dapat
menghafaz beribu-ribu bait syair Arab daripada kabilah Bani Huzail. Beliau
dapat menghafaz hadith dalam kitab Al-Muwatta’ sebelum berguru kepada
Imam Malik. Imam Malik berasa kagum kepada Imam Asy-Sya ’i yang
mampu menghafaz hadith berserta sanad dan matannya. Beliau pun
berwasiat kepada Imam Asy-Sya ’i supaya meninggalkan maksiat. Imam
Malik berpesan kepada Imam Asy-Sya ’i:

“Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah dan usah kamu padamkan cahaya yang Allah
kurniakan kepada kamu dengan melakukan maksiat.”
Ada pendapat menyatakan, walaupun Imam Asy-Sya ’i membaca sekali
sahaja, beliau dapat mengingat dengan baik. Dicatatkan dalam sejarah,
Imam Asy-Sya ’i menulis pada tangannya menggunakan air liur ketika
Imam Malik mengajar hadith. Selepas sesi pengajaran selesai, Imam Malik
bertanya tentang tindakan dan perbuatan Imam Asy-Sya ’i. Beliau
menjawab, yang beliau menulis dan menghafaz ilmu yang diajar oleh Imam
Malik. Lantas, Imam Malik menguji Imam Asy-Sya ’i dan jelaslah yang
beliau berjaya mengingati ilmu yang dicurahkan oleh Imam Malik.

Info : Nama sebenar Imam Asy-Syafii adalah Muhammad bin Idris Asy-Syafii. Beliau
dibesarkan di Hijaz dan mempelajari Al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Manakala
mula mempelajari dan mengingati kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik ketika berusia
10 tahun.’’ ’

Qatadah bin Di’amah As-Sadusi


Menurut sumber, Qatadah bin Di'amah As-Sadusi adalah seorang yang
cacat penglihatan. Beliau dilahirkan pada tahun 60H. Beliau begitu hebat
sehingga ramai ulama memujinya.

Antara pujian yang beliau terima adalah:

Muhammad bin Sirin menyatakan, “Qatadah adalah orang yang


paling hafaz dalam kalangan manusia.”
Pakar Al-Muzani menyatakan, “Sesiapa yang suka melihat orang
yang paling hafaz pada zaman kita, lihatlah Qatadah.”
Said bin Al-Musayib menyatakan, “Tidak ada orang Iraq yang
datang kepada aku yang paling hafaz berbanding Qatadah.”
Ibnu Hibban menyatakan, “Beliau adalah ulama yang mengetahui
Al-Quran dan fiqh. Selain itu, beliau juga adalah pakar hadith
pada zamannya.”

Imam Ahmad bin Hanbal


Beliau memiliki daya ingatan yang kuat. Beliau dilahirkan pada tahun 164H
dan meninggal dunia pada tahun 241H. Menurut rekod, beliau adalah
antara orang yang paling banyak menghafaz hadith, iaitu menjangkau
ratusan ribu. Ali bin Al-Madini menyatakan, “Ahmad sebagai hujah Allah
terhadap makhluk-Nya.”

Imam Al-Bukhari
Nama sebenar Imam Al-Bukhari adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
Al-Bukhari. Beliau lahir pada tahun 194H. Imam Al-Bukhari terkenal
sebagai seorang pakar hadith. Beliau berkelana ke banyak negeri sehingga
akhirnya berjaya menghimpunkan lebih 600 ribu hadith. Selama 16 tahun,
beliau mengkaji hadith yang beliau kumpul bagi menapis hadith yang
benar-benar sahih. Hasil kajian itu, terhasillah kitab Sahih Al-Bukhari yang
mengandungi 7,124 hadith.
Pada suatu ketika, 10 orang ulama datang membawa 100 hadith yang
sudah ditukar matan dan sanadnya bagi menguji daya ingatan Imam Al-
Bukhari. Pada ketika itu, beliau masih remaja. Imam Al-Bukhari menjawab
“Saya tidak tahu” bagi kesemua hadith yang dibacakan kepada beliau.
Kesannya, semua ulama menyangka Imam Al-Bukhari seorang yang jahil
dan tidak seperti yang digambarkan. Namun selepas itu, Imam Al-Bukhari
menyebut satu per satu hadith mengikut susunan daripada ulama pertama
sehingga ulama terakhir dengan menyebut hadith yang salah terlebih
dahulu dan diikuti hadith yang betul.
Hal ini membuatkan para hadirin berasa kagum pada kehebatan memori
Imam Al-Bukhari. Beliau dapat mengulang semula setiap hadith yang
bercelaru itu, meskipun hanya sekali mendengar. Mahu ataupun tidak, para
ulama tadi terpaksa akur akan kehebatan Imam Al-Bukhari, di samping
kelebihan yang Allah s.w.t. kurniakan kepadanya.
Imam Al-Bukhari bukan sahaja mampu mengingati hadith yang tepat,
tetapi dapat mengingati kesilapan dalam bacaan hadith meskipun hanya
mendengar sekali. Ramai pakar sejarah melaporkan kelebihan Imam Al-
Bukhari ini. Antara rujukan yang ada adalah At-Tahzib Al-Kamal (24/452).

Imam An-Nawawi
Nama penuh beliau adalah Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Murni bin
Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam Ad-Dimasyqi.
Beliau dilahirkan pada tahun 630H di Nawa, iaitu sebuah perkampungan
yang terletak di Hauran. Hauran terletak kira-kira 50km dari selatan
Damsyik. Sejak kecil lagi, beliau rajin menuntut ilmu, menghafaz Al-Quran,
dan sebagainya.
Beliau berhijrah ke Damsyik pada tahun 649H ketika berusia 19 tahun
bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Pada ketika itu, Damsyik adalah bandar
ilmu dan bandar ulama. Imam An-Nawawi mempelajari 12 mata pelajaran
daripada guru-gurunya sehari semalam. Bahkan menurut rekod, beliau
pernah tidak tidur nyenyak selama dua tahun kerana kesungguhan yang
tinggi dalam menuntut ilmu.
Allah s.w.t. mengurniakan daya ingatan yang kuat kepada Imam An-
Nawawi, selain kepintaran dalam memahami serta menguasai pelbagai
disiplin ilmu Islam. Justeru, tidak hairanlah beliau menjadi rujukan dalam
bidang Fiqh Asy-Sya e serta Fiqh Al-Muqaran yang membincangkan topik
perbandingan mazhab. Penguasaan Imam An-Nawawi tentang matan
hadith dan nama-nama perawi diakui oleh ramai orang. Maksudnya, beliau
dapat menghimpunkan hadith riwayah dan dirayah.
Menurut rekod, Imam An-Nawawi mampu menghafaz kitab At-Tanbih
yang menjadi rujukan mazhab Sya e dalam tempoh empat bulan sahaja.
Beliau dianggap sebagai individu pertama pada zamannya yang menguasai
gabungan ilmu itu secara hafazan, itqan, dhabit hadith Rasulullah s.a.w.
serta ilmu berkaitan illah, sahih, dan sanad-sanadnya. Oleh itu, Imam An-
Nawawi dianggap faqih al-muhaddithin dan muhaddith al-fuqaha. Beliau
menjadi rujukan utama yang dipilih bagi mengeluarkan fatwa pada
zamannya tanpa khilaf dan tanpa dapat disangkal lagi.
Para ulama memuji kehebatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Imam
An-Nawawi.

Pujian ulama dan taqriz kepada Imam An-Nawawi

Abu Al-Abbas bin Al-Faraj menyatakan, “Syeikh mempunyai


tiga martabat. Sekiranya seseorang memiliki setiap satu daripada
tiga martabat itu, pasti dia akan dikunjungi oleh khalayak.
Martabat itu adalah ilmu, zuhud, serta amar makruf dan nahi
munkar.”
Ibnu Kathir menyatakan, “Kesanggupan beliau menentang Raja
Az-Zahir menunjukkan kehebatan beliau yang luar biasa.”
Ibnu As-Subki menyatakan, “Beliau adalah penghulu yang cukup
hebat lagi zuhud. Beliau tidak menghiraukan dunia sehingga
agamanya tumbuh subur, lalu dihiasi sifat zuhud dan qanaah.”
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Beliau meninggal dunia pada tahun 728H. Ibnu Taimiyyah adalah seorang
yang begitu hebat dalam pembelajarannya. Menurut rekod, beliau
menghafaz banyak ilmu secara bersungguh-sungguh, sehinggakan dalam
bidang hadith ada kata-kata berbunyi, “Sekiranya ada hadith yang tidak
diketahui oleh Ibnu Taimiyyah, maka itu bukan hadith.” Ibnu Sayyid An-
Nas menyatakan, “Beliau menguasai banyak sunan dan athar secara
hafazan.”
Syeikh Imaduddin Al-Wasiti pula memuji Ibnu Taimiyyah dengan
menyatakan, “Demi Allah, tiada di bawah langit ini seperti Syeikh kamu,
Ibnu Taimiyyah yang begitu alim!”
Semua penghargaan dan pujian itu menggambarkan betapa hebatnya
hafazan dan daya ingatan Ibnu Taimiyyah.

Penghargaan yang diterima oleh Ibnu Taimiyyah:

1. Al-Allamah Alamuddin Al-Barzakhi berkata, “Jarang sekali beliau


tidak menghafaz apa yang didengarinya.”
2. Hafiz Az-Zahabi, menyatakan:
“Aku tidak pernah lihat ulama yang mudah mendatangkan nas
matan dan cepat seperti beliau. Perkara ini seolah-olah sunnah
yang berada di hadapan matanya.
Beliau adalah hujjah dalam hafalan.
Sekiranya ada hadith yang tidak dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah,
maka ia bukan hadith.”
3. Al-Allamah Kamaluddin Az-Zamlakani menyatakan, “Sejak 400
ataupun 500 tahun yang lampau, aku tidak pernah melihat orang
seperti beliau.”
4. Abu Hasan An-Nadawi menyatakan, “Ibnu Taimiyyah dikenali
kerana daya ingatannya yang kuat. Begitu juga dengan bapa dan
datuknya.” Dalam kitab Al-Uqud Ad-Durriyyah dinyatakan,
sebahagian ulama di Halab bersepakat datang ke kota Damsyik bagi
berjumpa seorang kanak-kanak bernama Ahmad bin Taimiyyah.
Beliau datang bagi menguji kanak-kanak itu, dan didapati Ibnu
Taimiyyah membawa papan yang besar. Kanak-kanak itu disuruh
menulis matan hadith sebanyak 11 hingga 13 hadith. Kemudian,
kanak-kanak itu disuruh membaca matan hadith tersebut sekali.
Papan tersebut diangkat dan kanak-kanak itu ditanya tentang
hadith tadi.
Didapati kanak-kanak itu dapat mengingat dan menjawab dengan
baik. Kemudian ditulis sanad hadith yang lain pula dan dilakukan
seperti cara yang pertama, juga dapat diingati dengan baik.
Lantas Syeikh ini berkata, jikalau budak ini membesar, sudah
pasti tiada seorang pun yang mampu menandinginya” (Lihat
kitab Ibn Taimiyyah oleh Muhammad Abu Zahrah).

Berkaitan dengan satu ayat Al-Quran, Ibnu Taimiyyah pernah menyatakan,


“Aku merujuk 100 tafsir dan memohon pemahaman. Kadangkala aku pergi
ke masjid yang sudah ditinggalkan dan seumpamanya. Aku mengambil
tanah, lalu meletakkan di atas mukaku seraya berdoa kepada Allah s.w.t.:

“Wahai guru Adam dan Ibrahim, ajarkan kepada aku. Wahai guru Ibrahim, beri kefahaman
kepadaku.”

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah


Beliau adalah murid kepada Ibnu Taimiyyah. Beliau dikenali kerana
mempunyai daya ingatan yang kuat.

Antara kenyataan ulama berkenaan kehebatan Ibnu Qayyim adalah:

Al-Allamah Az-Zahabi berkata, “Beliau mempunyai sikap


prihatin yang tinggi pada matan hadith, rijal-nya, dan begitu sibuk
dengan fiqh. Beliau mampu menulis permasalahan secara
terperinci.”
Ibnu Rejab menyatakan, “Aku tidak pernah bertemu ilmuwan lain
yang lebih mengetahui tentang makna-makna, huraian kitab,
hadith, dan hakikat iman berbanding Ibnu Qayyim. Beliau bukan
seorang nabi, tetapi masih belum ada seorang pun seperti beliau.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar As-Asqalani


Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Ali bin
Ahmad As-Asqalani. Gelaran Hajar diambil daripada nama salah seorang
datuknya. Beliau dilahirkan pada tahun 773H di Mesir. Beliau seorang anak
yatim, tetapi mempunyai keistimewaan yang hebat kerana menghafaz Al-
Quran dan menjadi imam solat tarawih ketika berusia 9 tahun. Beliau juga
menghafaz banyak matan seperti Umdah, Al yah, dan lain-lain.

Info : Kitab Fathul Bari adalah kitab yang menjelaskan kitab Shahih Al-Bukhari. Ia
ditulis oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Menurut rekod, daya ingatan beliau pada hadith pernah diuji, namun
beliau dapat menjawab dengan baik, sama seperti yang berlaku kepada
Imam Al-Bukhari. Kitab Fathul Bari dan gelaran
“al-Ha z” menjadi bukti kehebatan dan penguasaan mutlak beliau dalam
ilmu syariah Islamiyah.

Al-Hafiz Ibnu Abdul Hadi Al-Maqdisi


Beliau adalah murid kepada Ibnu Taimiyyah. Usianya kurang daripada 40
tahun. Pakar sejarah menyatakan, “Berdasarkan tulisan beliau, sekiranya
usia beliau panjang, sudah tentu beliau menjadi tokoh terkemuka.” As-
Safadi pula menyatakan, “Sekiranya beliau hidup lama, pasti beliau menjadi
hujjah.”

Antara pujian ulama kepada Ibnu Abdul Hadi:

Al-Allamah Az-Zahabi menyatakan, “Beliau seorang yang faqih,


pintar, pakar Al-Quran, muhaddith, hafiz, pakar nahu yang hebat,
dan menguasai banyak ilmu. Aku mendapat banyak faedah
daripada beliau.”
Al-Allamah Al-Mizzi menyatakan, “Setiap pertemuan dengan
beliau adalah pertemuan yang berfaedah dan bermanfaat.”
As-Safadi menyatakan, “Apabila aku bertemu dan bertanya
kepada beliau tentang masalah sastera dan bahasa Arab, jawapan
yang beliau berikan mencurah-curah seperti banjir.”
Ibnu Kathir berkata, “Beliau menguasai ilmu yang tidak mampu
dikuasai oleh ulama besar dan tua seperti hadith, nahu, sorof,
fiqh, tafsir, sejarah, qiraat, dan lain-lain. Ketika beliau meninggal
dunia, bapanya berkata, kalimah terakhir yang beliau ucapkan
adalah:

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi
Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, jadikan aku daripada kalangan orang yang
bertaubat, dan jadikan aku daripada kalangan orang yang bersuci.”

Al-Hafiz Ibnu Kathir


Beliau dilahirkan pada tahun 701H di Busra, Syam. Bapa beliau adalah
seorang khatib. Beliau berpindah ke kota Damsyik. Ibnu Kathir menguasai
pelbagai bidang ilmu dan ramai ulama memuji beliau.

Antara pujian ulama kepada Ibnu Kathir adalah:

Imam Az-Zahabi menyatakan, “Beliau seorang faqih, begitu


tekun, pakar hadith, muhakkik, mufassir yang hebat, dan
mempunyai banyak karya yang bermanfaat.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan, “Beliau banyak
mengingati ilmu. Oleh itu, terdapat banyak karya beliau di negeri
yang beliau diami semasa hidup dan ramai yang mendapat
manfaat selepas beliau meninggal dunia.”

Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali


Beliau adalah seorang ulama terkemuka yang lahir pada tahun 736H. Beliau
berasal dari Baghdad dan berhijrah ke Damsyik. Beliau mempunyai daya
ingatan dan hafazan yang baik. Dengan sebab itu, di hadapan namanya
diletakkan gelaran “al-Ha z”.

Antara pujian ulama kepada Ibnu Rejab adalah:

Al-Hafiz Abu Al-Fadhl menyatakan, “Beliau adalah imam, hafiz,


hujjah, dan faqih yang dimuktamadkan. Seorang daripada ulama
zuhud, imam ahli ibadah, dan penasihat kepada umat Islam.”
Asy-Syihab Ibnu Al-Hajji mengatakan, “Beliau adalah seorang
pakar tahkik dan tajam, serta berpengetahuan tinggi dalam bidang
hadith. Ramai dalam kalangan ulama sezaman dengan beliau
merujuk kepada beliau.”

Menurut rekod, beliau bertemu dengan penggali kubur dan menyuruh


supaya digali lubang kubur untuknya, serta ditunjukkan tempat itu. Selepas
lubang kubur itu selesai digali, beliau turun ke dalamnya dan berasa kagum.
Beliau berbaring di dalam lubang kubur itu. Kemudian beliau menyatakan,
“Ini amat baik.” Selang beberapa hari, beliau meninggal dunia dan
dikebumikan di situ.

Imam Asy-Syatibi
Nama beliau adalah Qasim bin Firruh bin Khalaf. Beliau dilahirkan di
Timur Andalus pada tahun 538H. Beliau seorang yang buta, tetapi terkenal
dengan daya ingatan yang mantap. Imam Asy-Syatibi adalah ulama besar
lagi masyhur dalam bidang qiraat, hadith, dan bahasa Arab. Beliau
meninggal dunia pada tahun 590H di Kaherah. Antara qasidahnya yang
terkenal adalah Lamiyyah dan Raiyyah.
Berikut adalah antara pujian kepada beliau:
Antara pujian ulama kepada Asy-Syatibi adalah:

As-Sakhawi menyatakan, “Aku dengar daripada ulama Maghribi


menyebut, sesiapa yang mahu solat di belakang orang yang tidak
pernah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya sejak kecil dan
tuanya, hendaklah solat di belakang Abi Al-Qasim Asy-Syatibi.”

Info : Karamah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan


ataupun kemurahan. Ia adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang
bertakwa, yang bukan bertaraf nabi ataupun rasul, tetapi yang bertaraf
wali.

Imam Ibrahim bin Umar Al-Ja’bari menyatakan,“Imam Asy-


Syatibi begitu cerdik, tepat dalam mentafsir mimpi, baik dalam
penyusunan nazam, rendah diri, berkepimpinan dalam perkara
kebaikan, mempunyai hati yang bersih, dan banyak karamah.”
Imam Az-Zahabi menyatakan, “Beliau seorang imam allamah
yang begitu pintar di samping menguasai banyak ilmu.”
Imam Ibnu Al-Jazari menyatakan, “Beliau adalah imam besar dan
begitu menakjubkan dari segi hafazannya.”

Syeikh Muhammad Anwar Al-Kashmiri


Beliau adalah pengarang kitab Faidhul Bari yang mensyarahkan kitab Sahih
Al-Bukhari. Lahir pada tahun 1292H dan belajar daripada bapanya.
Kemudian, beliau banyak merantau bagi menuntut ilmu, sehingga
menguasai banyak bidang dan cabangnya. Pada zamannya, beliau dianggap
sebagai muhaddith. Kitab karya beliau menjadi bukti sifat alim yang beliau
miliki.
Kedua: Tokoh Mutakhir
Syeikh Muhammad Al-Amin Asy-Syanqiti
Beliau adalah seorang tokoh ulama terkemuka pada abad ke-20.
Menariknya, beliau berasal dari Mauritania. Beliau datang ke Arab Saudi
dan mendapat kerakyatan, seterusnya mengajar di banyak universiti
termasuk Universiti Islam Madinah.
Guru kami, Al-Fadhil Asy-Syeikh Abdul Muhsin Abbad menyatakan,
“Syeikh Asy-Syanqiti adalah ayat Allah di bumi dari sudut hafazan.” Hal ini
diakui oleh ramai ulama termasuk Samahah Asy-Syeikh Ibnu Baz yang
begitu menghormati beliau. Bahkan bekas mui pertama, Syeikh
Muhammad Ibrahim yang terkenal dengan ilmunya juga mengagumi ilmu
Syeikh Asy-Syanqiti. Syeikh Muhammad Ibrahim kerap berbincang serta
bermuzakarah dan menerima pendapat Syeikh Asy-Syanqiti. Antara bukti
kuatnya daya ingatan Syeikh Asy-Syanqiti adalah, beliau dapat menghafaz
banyak syair dan juga nazam Arab seperti Al yah Ibni Malik dalam bidang
nahu dan bahasa.
Antara kehebatan lain yang beliau miliki adalah, mampu mengingat kisah
Ummu Ma’bad yang dipetik daripada kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah oleh
Ibnu Kathir. Kisah tersebut adalah kisah berkenaan sifat Rasulullah s.a.w.

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna


Antara kelebihan beliau adalah terkenal dengan sifat bijak dan cerdik. Daya
ingatan beliau begitu hebat. Menurut buku Asy-Syahid Hasan Al-Banna:
Pengasas Ikhwan Muslimin, “Hal ini menyebabkan beliau menghafaz Al-
Quran pada usia yang begitu muda dan memasuki Pusat Latihan Perguruan.
Selepas tiga tahun di sana, beliau mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan akhir. Beliau akhirnya lulus dengan pencapaian terbaik dan
mendapat tempat antara lima yang terbaik di seluruh Mesir. Disebabkan
kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas, beliau memasuki Fakulti
Darul Ulum (kini dikenali sebagai Universiti Kaherah) yang masyhur di
Kaherah pada awal usia 16 tahun, iaitu pada tahun 1923.”
Antara kelebihan beliau dalam ingatan adalah, apabila beliau menziarahi
sesebuah kampung dan bertanya nama penduduk di situ, beliau dapat
mengingati nama mereka meskipun ramai. Selepas beberapa tahun, datang
seorang penduduk kampung itu, memberitahu yang si fulan mengirim
salam kepada Hasan Al-Banna. Beliau yang masih ingat pada nama si fulan,
kemudiannya bertanya keadaan anak si fulan yang bernama Zainab,
“Apakah masih cacat?” Anak si fulan yang kelima bernama Abdul Rahman,
“Apakah pekerjaannya?” Sehingga begitu sekali beliau mengingati
seseorang, termasuk gelaran orang itu.

Syeikh Muhammad Mukhtar Asy-Syanqiti


Beliau adalah seorang daripada anggota jemaah ulama besar Arab Saudi
pada masa kini. Beliau pernah mengajar di Universiti Islam Madinah, di
Masjid Nabawi, dan masjid-masjid di seluruh Saudi. Beliau mempunyai
ramai murid dan penulis juga sempat belajar daripada beliau. Antara
kelebihan beliau adalah, banyak menghafaz nas-nas, sama ada Al-Quran,
hadith, dan nusus qhiyah. Hal ini diakui oleh ramai ulama masa kini.
Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kesihatan dan memanjangkan usia beliau
demi menyebarkan dakwah Islam.

Syeikh Abdul Aziz bin Baz


Beliau adalah mantan mui besar Arab Saudi. Walaupun cacat penglihatan,
beliau mempunyai daya ingatan yang kuat dan luar biasa. Beliau menghafaz
sejumlah besar hadith. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau mampu
mengingati banyak daripada kitab At-Taqrib berkenaan dengan rijal atau
perawi.
Dalam majlis-majlis besar, kadangkala beliau dapat mengemukakan dalil-
dalil dan hujah secara spontan di samping kebijaksanaan yang dimilikinya.
Ini menyebabkan beliau layak menjadi tokoh yang disegani.

Syeikh Badruddin Al-Hasani


Beliau adalah ulama terkemuka di Syria dan digelar muhaddith al-akbar.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1354H. Menurut rekod, beliau
menghafaz banyak hadith termasuk Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, dan
hadith lain berserta sanad dan matannya. Jumlah bait syair yang beliau
hafaz adalah sebanyak 20 ribu bait matan ilmu.
Pada kebiasaannya, beliau memulakan pengajaran di Masjid Jami’ Umawi
selepas solat Jumaat yang dihadiri oleh ramai tokoh dan ulama. Semasa sesi
pengajaran, beliau tidak melihat kepada kitab Sahih Al-Bukhari. Ini
menyebabkan sebahagian pelajar meragui kebolehannya. Guru-guru lain
menyuruh seseorang membawa kitab Sahih Al-Bukhari dan duduk di
belakang tiang bagi melihat sama ada bacaan beliau tepat ataupun
sebaliknya. Terbukti bacaan beliau adalah tepat.
Syeikh Al-Azhar ketika itu, Syeikh Ahmad Bakhit pernah datang ke kota
Syam dan mendengar syarahan yang disampaikan oleh Syeikh Badruddin
Al-Hasani. Syeikh Ahmad Bakhit pun menyatakan, “Wahai Tuan, sekiranya
Tuan ke Mesir dan Al-Azhar, yang akan belajar daripada Tuan bukan pelajar
Al-Azhar, tetapi syeikh-syeikh dan guru-gurunya, kerana kehebatan Tuan.”

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih


Beliau adalah Syeikh Al-Qurra’ di bumi Syam. Beliau dilahirkan pada tahun
1926. Ketika buku ini diterbitkan (pada tahun 2013), beliau masih lagi
hidup. Beliau adalah murid kepada Syeikh Hasan Habannakah. Penulis
sempat belajar daripada beliau. Setiap kali berhujah, beliau menggunakan
ayat Al-Quran, hadith, dan matan-matan dengan fasih kerana beliau sudah
menghafaznya. Beliau mempunyai pendirian yang kukuh terhadap peristiwa
kebangkitan Syria. Pada suatu masa, beliau sanggup berhenti berkhutbah
dari Masjid Jami’ Al-Hasan di Midan, Damsyik. Beliau menyatakan, “Sila
sampaikan kepada Menteri Wakaf dan Pengarah Wakaf, bahawa aku tidak
akan berkhutbah selepas hari ini sehingga selesai kemelut yang berlaku di
Syria ini.”

Syeikh Abdul Qadir Al-Arnaut


Beliau adalah seorang ulama yang berasal dari Yugoslavia. Beliau dikatakan
begitu berminat pada ilmu hadith serta menghafaz banyak hadith dan men-
tahkik-nya. Penulis sempat menuntut ilmu daripada beliau pada tahun 1996.
Penulis mendapati beliau dapat mengingati hadith dengan begitu pantas dan
mampu mengemukakan kedudukan hadith sama ada sahih ataupun dhaif
kepada orang lain. Ketika zamannya, para ulama menganggap penguasaan
Syeikh Abdul Qadir dalam ilmu hadith adalah sebagai hujah. Semoga Allah
s.w.t. merahmati beliau.

Syeikh Bakar bin Abi Zaid


Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini berkata, “Apabila disoal, beliau diam seketika
kira-kira tiga minit, kemudian baru dijawab dengan teliti. Ini adalah sifat
orang berilmu yang sejati dan tidak gopoh dalam berkata-kata. Guru kami,
Syeikh Muhammad Abdul Latif Al-Farfur menganggap beliau antara tokoh
yang hebat dari segi penguasaan ilmu usuliyah dan qhiyah.”
Beliau banyak memegang jawatan penting seperti qadhi di Dewan al-
Mazalim dan meninggal dunia pada tahun 1429H.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi


Beliau dilahirkan pada tahun 1926 dan menghafaz Al-Quran sejak kecil.
Beliau mendapat Syahadah Aliyah, iaitu Sijil Tinggi daripada Kuliyyah
Usuluddin pada tahun 1953. Beliau adalah tokoh ulama pada masa kini
yang banyak mengemukakan pendapat bernas. Beliau sentiasa berada di
hadapan dalam mengeluarkan fatwa. Semoga Allah s.w.t. merahmati beliau
dan mengurniakan kesihatan kepada beliau.

Dr. Muhammad Abdul Latif Al-Farfur


Dr. Muhammad Abdul Latif Al-Farfur adalah anak kepada Al-Allamah
Syeikh Soleh Al-Farfur, seorang daripada ulama besar Syam. Beliau
menceritakan kepada penulis bahawa beliau berguru kepada tiga orang
ulama terkenal. Antara guru-guru beliau adalah, Mui Besar Syam, iaitu
Syeikh Abu Al-Yusur Abidin, Syeikh Muhaddis Makki Al-Kattani, dan
ayahandanya sendiri serta beberapa orang tokoh lain. Ketika pertemuan di
Melaka pada 23 Jun 2012, beliau memberitahu penulis, “Demi Allah, saya
dapat menghafaz begitu mudah, hanya melihat sekali ataupun beberapa kali
dalam tempoh masa yang singkat.”
Ketiga: Tokoh Wanita
Sebenarnya, dalam kalangan penghafaz terdapat juga tokoh-tokoh wanita.
Beberapa nama yang terkenal adalah:

Saidatina Aisyah r.a.


Seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. yang faqih, cerdik, dan banyak
melaporkan hadith daripada Rasulullah s.a.w., iaitu sebanyak 1,210 hadith.

Info : Peperangan Bani Mustaliq berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-6 Hijrah.
Aisyah adalah isteri yang disayangi oleh Rasulullah s.a.w. dan beliau satu-
satunya isteri Rasulullah s.a.w. yang dikahwini dalam keadaan dara.
Rasulullah s.a.w. menyifatkan beliau seperti makanan paling lazat yang
dikenali dengan nama ath-tharid, berbanding dengan makanan lain. Ini
adalah perbandingan antara Aisyah dan wanita lain. Beliau diuji dengan
pelbagai ujian, termasuk tnah bersekedudukan dalam peristiwa perjalanan
pulang dari Peperangan Bani Mustaliq. Akhirnya Allah s.w.t. menurunkan
ayat Al-Quran, membersihkan nama beliau daripada sebarang tuduhan dan
tohmahan.
Beliau meninggal dunia di kota Madinah pada tahun 57H. Abu Hurairah
r.a. yang menjadi Gabenor di kota Madinah pada zaman Marwan bin Al-
Hakam menyembahyangkan jenazah Saidatina Aisyah r.a.

Sukainah binti Husain


Beliau dilahirkan pada tahun 48H. Nama sebenar beliau adalah Aminah
binti Husain, sedangkan ibunya bernama Rabab binti Imri’ Al-Qais. Beliau
dikatakan mempunyai kecantikan akhlak, kemuliaan, pemurah, dan cerdik.
Beliau menghafaz banyak syair dan meninggal dunia pada tahun 117H.

Sayyidah Nafisah
Nama sebenar beliau adalah Na sah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali.
Beliau dilahirkan pada tahun 145H di kota Makkah. Beliau belajar di Masjid
Nabawi daripada ramai ulama sehingga digelar Na sah al-Ilmi. Beliau
khatam Al-Quran dan mentafsirkan kitab suci ini. Pada tahun 193H, beliau
berhijrah ke Mesir dan menetap di sana pada zaman Khalifah Harun Ar-
Rasyid. Beliau memperuntukkan dua hari bagi mengajar ilmu kepada
masyarakat. Beliau juga salah seorang daripada guru kepada Imam Asy-
Sya ’i.

Afifah Al-Asbahaniah
Nama sebenar beliau adalah A fah binti Ahmad bin Abdullah. Lahir pada
tahun 516H dan meninggal dunia pada tahun 606H. Beliau dikatakan
terkenal dengan penguasaan ilmu hadith dan qh. Beliau adalah perawi
terakhir yang melaporkan daripada Abdul Wahid, sahabat kepada Abi
Nu’aim. Al-Ha z Al-Munziri menyatakan, “Beliau mempunyai ijazah yang
tinggi daripada pakar dari Is han dan Baghdad. Menurut rekod, beliau
pernah belajar daripada lebih 500 orang guru.”

Maryam binti Ahmad


Beliau dilahirkan pada tahun 719H di kota Kaherah dan meninggal dunia
pada tahun 805H, juga di kota Kaherah. Nama sebenar beliau adalah
Maryam binti Ahmad bin Ahmad Qadi Qudah yang berasal dari Azra’at,
sebuah kawasan yang terletak di Syria. Beliau belajar daripada ramai tokoh
ulama besar, sama ada di Mesir, Hijaz, dan Damsyik. Ibnu Hajar
menyatakan, “Beliau mengeluarkan buku Mu’jam dalam satu jilid dan
dibaca berdasarkan pendengarannya dengan cara ijazah.” Beliau dikatakan
orang terakhir yang banyak menyebut hadith bersandarkan kepada ramai
guru.

Sittu Al-Qudah
Nama sebenar beliau adalah Maryam binti Abdul Rahman bin Ahmad bin
Ibrahim. Sittu Al-Qudah lahir pada tahun 691H dan meninggal dunia pada
tahun 758H. Beliau digelar Sittu Al-Qudah kerana mempunyai sanad dan
bermazhab Hambali yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang hadith.
Beliau melaporkan daripada ramai tokoh dari Nablus, Damsyik, dan lain-
lain.

Dr. Hayah As-Sindi


Nama sebenar beliau adalah Hayat binti Sulaiman As-Sindi. Beliau
dilahirkan di kota Makkah pada tahun 1965. Dr. Hayah belajar di Mesir dan
rajin membaca. Sejak kecil lagi, beliau terpengaruh dengan kehebatan ulama
Islam seperti Ar-Razi, Al-Khawarizmi, Ibnu Al-Haitham, dan lain-lain.
Beliau membaca dan belajar selama 18 hingga 20 jam sehari. Beliau dipilih
dalam kelompok 150 orang pakar yang mampu mengubah dunia melalui
kajian dan tesisnya. Antara kata-kata beliau yang masyhur, “Kejayaan
mungkin pada dua perkataan, iaitu ikhlas dan kesungguhan.”
Kesimpulan
Berikut adalah kesimpulan yang dapat penulis temui pada para tokoh
penghafaz yang tersenarai:
1. Daya ingatan yang kuat bagi menghafaz yang ada pada diri seseorang
adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.
2. Konsep penggunaan otak dan sistem pemantapan memori berserta
kemahiran dapat memaksimumkan kemampuan otak.
3. Para penghafaz menggunakan sistem menghafaz yang berkesan.
4. Seseorang dapat menjadi penghafaz apabila dia memberi sepenuh
tumpuan, mempunyai minat yang mendalam, serta susunan hafazan
dan pengulangan yang sistematik.
5. Seorang calon penghafaz selalu berdoa bersungguh-sungguh kepada
yang Maha Esa.
BAB 4 : KECERDASAN HAFAZAN
GOLONGAN SYANQIT

K etika penulis belajar di Universiti Islam Madinah, para syeikh


seringkali memberitahu bahawa, kabilah Syanqit dari Mauritania
adalah golongan yang hebat dalam menghafaz. Ramai orang bertanya
tentang hal ini dan penulis sendiri mendapati rakan-rakan dari Syanqit
mempunyai daya ingatan yang begitu kuat terhadap syair serta nas. Selain
itu, para ulama yang menjadi guru-guru terkenal juga berasal dari
Mauritania, seperti Almarhum Syeikh Muhammad Al-Amin Asy-Syanqiti,
iaitu pengarang kitab Adwa’ Al-Bayan.
Mengapa Golongan Syanqiti Cerdas Menghafaz?
Syeikh Mahmud bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syanqiti menjawab, “Aku
pernah menziarahi Syanqiti. Aku mendapati amalan menghafaz yang sudah
lama wujud di Mauritania masih kekal ada pada masa itu.”

Info : Mauritania adalah sebuah negara yang terletak di barat laut


benua Afrika. Ia terletak di antara Gurun Sahara Barat di sebelah
utara dan Senegal di selatan.

Ibu kotanya adalah Nouakchott yang terletak

Pepatah golongan Syanqiti menyebut, “Ilmu yang lebih mulia dalam


ingatanmu, bukan banyaknya lawatan ke kota-kota moden.”
Betapa hebatnya ingatan mereka. Al-Allamah Syeikh Muhammad bin
Abdullah bin Ibrahim Alwi (1250H) berkata, “Sekiranya kamu mencampak
seluruh rujukan ilmu empat mazhab ke laut, pasti aku dan muridku dapat
menulis semula tanpa tambahan dan kurang sedikit pun. Ini disebabkan dia
membawa matan, manakala aku memegang syarah-syarah.”
Al-Allamah Muhammad Mahmud At-Tarkuzi (1322H) pernah
memberitahu ulama al-Azhar yang beliau layak menjadi imam dalam
bahasa Arab dan ijtihad. Ini kerana, beliau hafaz Al-Qamus seperti beliau
hafaz Al-Fatihah. Mereka tidak percaya, lalu mengadakan majlis di Al-Azhar
dan terbukti apa yang beliau katakan itu benar. Lantas, mereka mengakui
kehebatan beliau. Mereka juga menyemak naskhah mereka daripada
naskhah At-Tarkuzi yang dihafaz oleh beliau.
Penulis kemukakan sejarah hafalan individu yang luar biasa, antaranya:

Al-Allamah Abdullah bin Atiq Al-Ya’kubi (1339H), beliau


menghafaz Lisan Al-Arab oleh Ibnu Manzur.
Seorang kanak-kanak yang belum baligh lagi sudah hafaz kitab Al-
Mudawwanah dalam qh Imam Malik.
Daripada kabilah Jakanat terdapat 300 orang perempuan yang
menghafaz Al-Muwatta’ dan matan-matan lain. Begitu juga
golongan lelaki. Oleh sebab itu, ilmu dikatakan datang daripada
kabilah Jakani.
Menurut satu laporan, Syeikh Syed Al-Mukhtar Ibnu Syeikh
Muhammad Ibnu Ahmad bin Sulaiman (1397H) menghafaz banyak
kitab rujukan seperti Fathul Bari, Al-Itqan oleh As-Suyuti, dan
banyak matan lain.
Qadi Ahmad Al-Wali bin Abi Bakar Al-Mahjub menghafaz
Maqamat Al-Hariri, sedangkan ia bukan ilmu qada’ dan qh,
sebagaimana kata Syeikh Muhammad Al-Amin Asy-Syanqiti.
Manakala dalam bidang sastera dan syair, Qadi Ahmad menghafaz
tidak kurang daripada 100 bait pada setiap bahr.
Al-Allamah Sasterawan Muhammad Mahmud bin Ahmadiah Al-
Hasani menghafaz sendiri Maqamat Al-Hariri, Al-Musta’raf Al-
Kamil oleh Al-Mubarrad, Al-Wasit Udaba’ Syanqit, Dewan Al-
Mutanabbi, Dewan Abi Tammam, dan Dewan Al-Buhturi. Semua
kitab itu adalah rujukan bidang sastera.
Dalam kalangan wanita pula, diceritakan oleh Al-Allamah
Muhammad Salim bin Abdul Wadud, ibu beliau Maryam binti Al-
Laimah menghafaz Al-Qamus. Dari semasa ke semasa, bapa beliau
menghantar ibunya kepada Kharinah, salah seorang daripada ulama
kampung. Dia melihat makna kalimah dalam Al-Qamus ulama ini
dengan hanya bergantung pada naskhah yang tidak diberi pinjam.
Maryam binti Al-Laimah mula menghafaz dan pulang ke rumah
sehingga dapat menghafaz keseluruhan kitab itu.

Ayahku sendiri berkata, “Wahai anakku, pada zaman kanak-kanak,


kami belajar qh daripada Syeikh Al-Faqih Abdul Rahman Walid Al-
Dahi. Kami berlumba-lumba mahu khatam Mukhtasar pada malam-
malam perhimpunan.”

Al-Allamah Muhammad Al-Hasan bin Al-Khadim menghafaz nas


dua kali sahaja. Beliau menghafaz semua bidang ilmu termasuk ilmu
perubatan, akidah, kaedah-kaedah qh, dan kehakiman. Beliau juga
menghafaz banyak kitab daripada kitab-kitab Sibawayh.
BAB 5 : HAFAZAN ULAMA INDIA

P enulis sering mendengar cerita tentang kelebihan ulama India dan


kawasan yang hampir dengannya, seperti Pakistan dan Bangladesh.
Ketika penulis belajar di Universiti Islam Madinah, penulis dapat melihat
kecemerlangan dan kekuatan daya ingatan para pelajar India dalam
peperiksaan.
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan, terdapat
ulama India mampu menghafaz kitab Fathul Bari. Kitab itu adalah syarah
kepada Sahih Al-Bukhari. Ketika Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengunjungi
Pakistan, ulama di sana bertanyakan sesuatu kepada beliau. Jawapan beliau,
“Pertanyaan ini dapat dijawab oleh ulama di sini dengan hujah yang
mantap.”
Pada mukadimah kitab Faidhul Bari, Syeikh Muhammad Anwar Al-
Kashmiri menulis, selepas kurun ke-3H, muncul ramai tokoh penghafaz
hadith dari Mesir, Syam, Andalus, dan Khurasan hingga kurun ke-9H.

Antara tokoh penghafaz hadith mengikut mazhab adalah:

Mazhab Hanafi seperti Abi Bisyr Al-Dulabi, Al-Hafiz Abi Ja’far


At-Tahawi, Al-Hafiz Ibnu Abi Al-Awwam As-Sa’di, Al-Hafiz
Abi Muhammad Al-Harithi pengarang kitab Musnad Abi
Hanifah, Al-Hafiz Abdul Baqi, Al-Hafiz Abi BakarAr-Razi Al-
Jassas,
Al-Hafiz Abi Nasr Al-Kalabazi, Al-Hafiz Abi Muhammad As-
Samarqandi, Al-Hafiz Syamsuddin Saruji, Al-Hafiz Qutbuddin
Al-Halabi, Al-Hafiz Alauddin Al-Mardini, Al-Hafiz Jamaluddin
Az-Zaila’ie, Al-Hafiz Alauddin Mughaltai, Al-Hafiz Al-Badr Al-
Ainai, Al-Hafiz Qasim bin Qutluburan, dan lain-lain.
Mazhab Maliki seperti Al-Hafiz Husin bin Ismail Al-Qadi, Al-
Hafiz Al-Asili, Al-Hafiz Ibnu Abdil Bar Al-Andalusi, Al-Hafiz
Abi Al-Walid Al-Baji, Al-Hafiz Al-Qadi Abu Bakar bin Al-
Arabi, Al-Hafiz Abdul Haq, Al-Hafiz Qadi Iyadh Al-Ya’subi, Al-
Hafiz Al-Maziri, Al-Hafiz Ibnu Rusyd, Al-Hafiz Abi Qasim As-
Suhaili, dan tokoh-tokoh lain.
Mazhab Syafie seperti Al-Hafiz Ad-Daraqutni, Al-Hafiz Al-
Baihaqi, Al-Hafiz Al-Khattabi, Al-Hafiz Izzuddin bin Abdul
Salam, Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-Id, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Hafiz
Al-Mizzi, Al-Hafiz Ibnu Athir Al-Jazari, Taqiyuddin As-Subki
Al-Haithami, Ibnu Hajar, dan lain-lain.
Mazhab Hanbali seperti Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi, Ibnu
Al-Jauzi, Ibnu Qudamah, Al-Hafiz Abi Barakat Ibnu Taimiyyah,
Al-Hafiz Ibnu Rejab, dan tokoh-tokoh lain.

Salam, Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-Id, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Hafiz Al-


Mizzi, Al-Hafiz Ibnu Athir Al-Jazari, Taqiyuddin As-Subki Al-
Haithami, Ibnu Hajar, dan lain-lain.

Mazhab Hanbali seperti Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi, Ibnu


Al-Jauzi, Ibnu Qudamah, Al-Hafiz Abi Barakat Ibnu Taimiyyah,
Al-Hafiz Ibnu Rejab, dan tokoh-tokoh lain.

Pada masa itu, tokoh ulama daripada kalangan perawi dan ahli hadith mula
datang ke India. Dalam masa yang sama, ramai pelajar keluar dari benua itu
menuju ke pelbagai tempat bagi mencari hadith. Contohnya, Tok Khurasan,
iaitu seorang daripada ulama besar yang menetap di Kelantan. Beliau
menyebarkan ilmu hadith dan ramai ulama belajar ilmu hadith dan
bertalaqi daripada beliau.
Sebagai satu kemuliaan daripada Allah s.w.t. kepada bumi India, selepas
penguasaan ilmu hadith menjadi lemah pada pertengahan kurun ke-10H,
maka kemuliaan ini dikuatkan di bumi India. Justeru, ramai tokoh ulama
dari India yang menguasai dan bersungguh-sungguh menghafaz hadith.
Antara tokoh ulama dari India:

Syeikh Muhaddith Ali Al-Muttaqi, pengarang Kanz Al-Ummal,


meninggal dunia pada tahun 975H.
Syeikh Muhaddith Abdul Awwal Al-Junfuri, pengarang Faidhul
Bari, meninggal dunia pada tahun 965H.
Syeikh Abdul Wahab Al-Burhanfuri, meninggal dunia pada tahun
1001H.
Syeikh Muhammad Tahir Al-Fattani, digelar sebagai Raja Ahli
Hadith, pengarang kitabAt-Tazkirah, Al-Mughni, Majma’ Al-
Bihar, dan lain-lain. Meninggal dunia pada tahun 986H.
Syeikh Abdul Haq Ad-Dahlawi, pengarang kitab Al-Lum’at
Syarh Al-Musykat, dan lain-lain. Meninggal dunia pada tahun
1052H.
Syeikh Nur Al-Haq, pengarang kitab Taysir Al-Qari Syarh Sahih
Al-Bukhari, Syarh Al-Muwatta’, dan lain-lain. Meninggal dunia
pada tahun 1073H.
Syeikh Salamullah, pensyarah kitab Al-Muwatta’, meninggal
dunia pada tahun 1229.
Syeikh Waliyullah Ad-Dihlawi, meninggal dunia pada tahun
1176H.
Al-Muhaddith Qadi Sanaullah, pengarang Tafsir Al-Jalil, juga
rakan kepada Syeikh Waliyullah.
Syeikh Sayid Murtadha Al-Hindi Az-Zabidi, pengarang kitab
yang terkenal seperti Al-Ithaf Syarh Al-Ihya’, Taj Al-Arus, dan
lain-lain. Meninggal dunia pada tahun 1205H.
Syeikh Muhammad Muin As-Sindi.
Syeikh Muhammad Hasyim As-Sindi.
Syeikh Muhammad Asyiq Ad-Dahlawi.
Syeikh Muhammad Amin Al-Kashmiri.
Syeikh Al-Hujjah Asy-Syah Abdul Aziz.
Syeikh Abdul Kadir Al-Muhaddith Al-Arif, meninggal dunia
pada tahun 1320H.
Syeikh Rafiuddin, meninggal dunia pada tahun 1233H.
Syeikh Ismail Asy-Syahid, meninggal dunia pada tahun 1246H.
Syeikh Muhammad Ishaq, meninggal dunia pada tahun 1296H.
Syeikh Muhammad Kasim An-Nanutawi, meninggal dunia pada
tahun 1297H.
Syeikh Rasyid Ahmad, meninggal dunia pada tahun 1323H.
Syeikh Mahmud Hasan Deobandi, meninggal dunia pada tahun
1339H.

Daripada generasi terakhir inilah, lahir tokoh seperti Syeikh Muhammad


Anwar Al-Kashmiri yang mempunyai kekuatan menghafaz dan cepat
mengemukakan hujah serta dapat menyelesaikan semua kemelut kesukaran
berkenaan permasalahan agama. Di samping itu, beliau seorang yang benar-
benar warak dan hebat dengan akhlak Islam. Seterusnya melayakkan beliau
menjadi tokoh yang unggul bagi umat ini. Benarlah kata pujangga:

“Kamu sangka kamu adalah jirim yang kecil, Sedangkan pada kamu mewakili alam yang amat
besar.”
BAHAGIAN 2 - TIP DAN
PANDUAN MENGHAFAZ

BAB 6: SEJARAH HAFAZAN AL-


QURAN

I ni adalah antara isu yang paling besar dalam masyarakat kita bagi
menghafaz dan mengingati Al-Quran. Hal ini sudah semestinya
membawa kepada kesungguhan dalam hafazan. Oleh itu, lebih baik
sekiranya kita menekuni sejarah berkenaan isu hafazan supaya benar-benar
berbekas dalam ingatan serta mengetahui cara para sahabat dan salafus
soleh menghafaz Al-Quran.
Sejarah Permulaan Hafazan Al-Quran
Bidang hafazan Al-Quran bermula sejak penurunan ayat Al-Quran yang
pertama. Ketika Rasullulah s.a.w. berumur 40 tahun dan sedang beribadah
di Gua Hira’, Allah s.w.t. memerintahkan Jibril a.s. bagi mengajarkan Al-
Quran kepada baginda. Ayat pertama yang dibaca adalah iqra’ yang diulang
sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibril a.s. dan kemudian dibaca kembali
oleh baginda secara hafazan.
Sejarah Hafazan Al-Quran pada Zaman Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah s.a.w. memiliki banyak kelebihan dalam menghafaz Al-Quran. Di
samping kebijaksanaan yang dimiliki, baginda berusaha bersungguh-
sungguh memastikan ayat-ayat Al-Quran yang diterima dapat dihafaz dan
diingat dengan baik. Bacaan Rasulullah s.a.w. bukan hafazan semata-mata,
tetapi bacaan untuk difahami dan diingati.
Imam Al-Bukhari menceritakan, pada peringkat awal penurunan wahyu,
Rasulullah s.a.w. sentiasa menggerakkan lidahnya bagi mengulangi ayat-ayat
Al-Quran walaupun ayat itu belum sempurna dibaca oleh Jibril a.s. Lantas
perbuatan itu mengganggu bacaan Jibril a.s. Baginda bersungguh-sungguh
melakukan hafazan hanya kerana mahu segera mengingati ayat-ayat itu dan
bimbang sekiranya lupa. Lalu Allah s.w.t. menasihati Rasulullah s.a.w.
supaya berhenti daripada melakukan perkara itu. Seterusnya Allah s.w.t.
menjamin Rasulullah s.a.w. akan dapat menghafaz semua ayat Al-Quran
dengan baik sebagaimana dijelaskan dalam surah Al-Qiyamah ayat 16
hingga 18:

“Jangan kamu menggerakkan lidahmu bagi membaca Al-Quran kerana hendak cepat dan
terburu-buru bagi menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulnya di
dadamu dan membuatmu pandai membacanya. Apabila Kami sudah selesai membacanya,
maka ikuti bacaan itu.”
Bagi menjamin ketepatan dan keutuhan ayat-ayat Al-Quran dalam dada
Rasulullah s.a.w., Jibril a.s. turut membantu dengan sentiasa datang
bertadarus bersama baginda. Imam Al-Bukhari merekodkan sebuah kisah
daripada Ibnu Abbas r.a., secara ringkasnya, Ibnu Abbas berkata Jibril a.s.
datang menemui Rasulullah s.a.w. pada setiap malam pada bulan
Ramadhan. Lalu, mereka membaca Al-Quran secara bertadarus. Ketika
Jibril a.s. membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. akan mendengar dengan
teliti bacaan itu dan begitulah sebaliknya.
Saidatina Fatimah r.a. juga pernah melaporkan dalam sebuah hadith yang
mana Rasulullah s.a.w. sendiri menyatakan Jibril a.s. menemuinya sekali
setiap tahun bagi bertadarus Al-Quran. Tetapi, Jibril mendatanginya dua
kali pada tahun kewafatan baginda bagi bertadarus Al-Quran.
Rasulullah s.a.w. juga sentiasa membasahkan bibirnya dengan ayat Al-
Quran, sama ada dalam sembahyang, tahajud, sewaktu keseorangan
ataupun bersama para sahabat, semasa dalam kesusahan ataupun
kesenangan. Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan Al-Quran,
bahkan seluruh perbuatan dan akhlaknya berlandaskan Al-Quran. Imam
At-Tirmizi pernah merekodkan beberapa buah hadith yang menunjukkan
Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca Al-Quran sama ada pada waktu malam
mahupun ketika berada di atas unta.

Info : Nama-nama lain Al-Quran yang di sebut dalam Al-Quran:

1) Al-Furqan

2) Al-Kitab

3) Az-Zikr

4) An-Nur

5) Al-Huda

Seterusnya Rasulullah s.a.w. mengajar Al-Quran itu kepada para


sahabatnya menerusi hafazan. Proses penurunan Al-Quran berlaku secara
berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Keadaan ini bagi membantu
dan memudahkan Rasulullah s.a.w. menyampaikan Al-Quran kepada para
sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya.
Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehingga menjadi satu
daripada kaedah atau manhaj dalam menghafaz Al-Quran.
Penyampaian Al-Quran secara sedikit demi sedikit dipraktikkan oleh
Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Caranya adalah dengan memperdengar
bacaannya, lalu diikuti oleh sahabat sebelum menghafaznya. Selain itu,
baginda juga menyuruh beberapa orang sahabat yang pandai menulis
supaya menulis ayat-ayat Al-Quran yang mahu dihafaz di atas kepingan
batu-batu, tulang-tulang, dan pelepah tamar. Rasulullah s.a.w. juga
mengajarkan Al-Quran kepada sahabat dengan cara musyafahah dan taqlidi,
iaitu dengan cara membaca antara dua hingga 10 ayat berdasarkan ayat-ayat
yang diturunkan.
Sebuah hadith menyatakan, “Abu Said mengajarkan Al-Quran kepada kami lima ayat pada
waktu pagi dan lima ayat pada waktu petang. Dia memberitahu bahawa Jibril a.s. menurunkan
Al-Quran lima ayat demi lima ayat.”
(Direkodkan oleh Ibnu Asakir)
Hadith yang serupa dilaporkan oleh Umar bin Al-Khattab r.a. dengan kata beliau, “Pelajari Al-
Quran lima ayat demi lima ayat, kerana sesungguhnya Jibril menurunkan Al-Quran kepada
Nabi Muhammad s.a.w. lima ayat demi ayat.”
(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)
Setiap hari Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran yang diterima pada
waktu malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Di samping
itu, baginda menasihatkan para sahabat supaya menghafaz ayat-ayat yang
dibacakan itu dan mengamalkannya.
Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran daripada ayat ataupun
surah, mereka mengulang ayat tersebut secara istiqamah sehingga sebati
dalam dada mereka pada waktu malam. Menurut As-Sabuni, sesiapa
berjalan pada waktu malam di Madinah dan melalui rumah-rumah para
sahabat, pasti mendengar dengungan yang kuat seperti bunyi lebah dalam
sarangnya. Itu adalah suara para sahabat yang sedang membaca Al-Quran.

Info : Tadarus bermaksud pembacaan Al-Quran yang dilakukan secara berkumpulan


dan dibaca bergilir-gilir sambil disemak oleh ahli kumpulan.

Seterusnya, para sahabat menyampaikan ayat yang diterima kepada


keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Oleh sebab itu, kita boleh katakan
yang Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling mengingati Al-Quran.
Baginda adalah orang yang paling arif tentang Al-Quran sama ada dari
sudut makna, asbab nuzul, hukum-hakam dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan Al-Quran.
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. adalah contoh terunggul dalam sejarah
menghafaz Al-Quran. Baginda bertadarus dengan Jibril a.s. setiap kali bulan
Ramadhan. Amalan itu dilakukan secara berterusan dan ia adalah sunnah
yang perlu diikuti oleh golongan Muslimin. Kesungguhan baginda
menghafaz Al-Quran perlu dicontohi dan diteladani.
Sejarah Hafazan Al-Quran Pada Zaman Para
Sahabat
Para sahabat adalah golongan yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, mereka mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz Al-Quran.
Setiap kali turun ayat Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w., tanpa berlengah
baginda terus menyampaikan ayat itu kepada para sahabatnya. Para sahabat
pula membaca dan menghafaz Al-Quran dengan bersungguh-sungguh
demi menyahut seruan Allah s.w.t. yang menggalakkan hamba-Nya
memperbanyak bacaan Al-Quran. Ini dijelaskan dalam surah Fatir ayat 29
hingga 30:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta
mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi ataupun
secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang
tidak mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah
limpah kurnia-Nya kepada mereka. Sesuangguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mensyukuri.”
Menurut As-Sabuni, “Ayat ini secara jelas memuji golongan yang sentiasa
membaca Al-Quran, sama ada pada waktu siang ataupun malam. Mereka
dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat
kelak. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga banyak mendorong para
sahabatnya supaya membaca, memahami, serta menghafaz Al-Quran.”
Terdapat banyak hadith yang membuktikan perkara itu. Rasulullah s.a.w.
pernah menyatakan:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai segolongan manusia yang hampir kepada-Nya.” Para
sahabat bertanya, “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ahli Al-Quran
adalah golongan yang istimewa di sisi Allah s.w.t.”
(Direkodkan oleh Al-Hakim (1/ 743)
Ahli Al-Quran bermaksud mereka yang menghafaz Al-Quran, sentiasa
membacanya, serta beramal dengan kandungannya. Antara faktor lain yang
mendorong para sahabat menghafaz Al-Quran adalah kesungguhan mereka,
di samping bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab yang menjadi bahasa
percakapan mereka sehari-harian. Kesungguhan mereka terserlah
berdasarkan sikap berlumba-lumba dalam membaca Al-Quran sepanjang
masa.
Para sahabat juga adalah bangsa yang terkenal dengan kuat ingatan dan
hafalan. Ini disebabkan majoriti mereka buta huruf. Oleh itu, daya
menghafaz menjadi alat terpenting bagi mereka memelihara sejarah,
budaya, dan warisan silam seperti nasab keturunan, syair-syair, dan
khutbah-khutbah yang bermutu bagi disampaikan kepada generasi akan
datang.
Ramai sahabat yang dikenali sebagai penghafaz Al-Quran. Antara yang
masyhur adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Saad
bin Abi Waqqas, Abdullah bin Mas’ud, Huzaifah bin Al-Yaman, Salim
Mawla Abi Huzaifah, Abu Hurairah, Abdullah bin As-Saib, Abdullah bin
Amru bin Al-As, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Ummu Maktum, Mus’ab
bin Umair, dan ramai lagi. Tidak terkecuali juga golongan wanita dalam
kalangan sahabat seperti Aisyah, Hafsah, Ummu Salamah, Ummu Waraqah,
dan ramai lagi. Sebagai rangsangan dan galakan supaya terus membaca Al-
Quran, Rasulullah s.a.w. memuji para sahabat yang dapat membaca Al-
Quran dengan baik. Sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah memuji
kesempurnaan bacaan Abdullah bin Mas’ud dan menyuruh sahabat lain
mempelajari daripadanya. Rasulullah s.a.w. juga pernah memuji Abu Musa
Al-Asy’ari kerana kemerduan suaranya ketika membaca Al-Quran.
Sejarah Hafazan Al-Quran pada Zaman Tabiin
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat yang memainkan peranan
sebagai guru kepada generasi tabiin. Tabiin ialah orang yang mempelajari
ilmu daripada para sahabat. Mereka mengambil ilmu dan ajaran Islam
daripada orang yang memeluk agama Islam semasa hayat baginda s.a.w. Ini
bermakna, tabiin adalah penuntut ilmu daripada para guru yang menerima
asuhan dan didikan daripada Rasulullah s.a.w.
Keistimewaan ilmu golongan tabiin juga tidak kurang hebatnya. Mereka
adalah penyambung kelangsungan ajaran Islam kepada generasi selepasnya.
Mereka meneruskan usaha murni Rasulullah s.a.w. dalam mengembangkan
Islam ke seluruh dunia, terutamanya Al-Quran. Oleh itu, terdapat ramai
dalam kalangan para tabiin yang mengikut jejak para sahabat dalam
memelihara Al-Quran dengan menghafaznya.
Seratus tahun pertama hijrah, seluruh umat Islam membaca dan
menghafaz Al-Quran mengikut apa yang diajar oleh para sahabat dan tabiin.
Az-Zarqani menyebut, golongan tabiin yang masyhur dalam pengajian Al-
Quran di kota Madinah adalah seperti Said bin Al-Musayyib, Urwah, Salim,
Umar Ibnu Abdul Aziz, Sulaiman bin Yasar, Ata’ bin Yasar, Ibnu Shihab Az-
Zuhri, Abdul Rahman bin Hurmuz, dan Muaz bin Al-Harith yang dikenali
dengan Muaz Al-Qari. Manakala di kota Makkah adalah Ata’, Mujahid,
Tawus, Ikrimah, Ibnu Abi Mulaikah, dan Ubaid bin Umair.
Selain itu, di kota-kota Islam lain seperti di Basrah, iaitu Ammar bin
Abdul Qays, Abu Al-Aliyah, Abu Raja’, Nasr bin Asim, Yahya bin Ya’mar,
Jabir bin Zaid, Al-Hassan, Ibnu Sirin, Qatadah, dan lain-lain. Di Kufah pula
adalah Alqamah, Al-Aswad, Masruq, Ubaidah, Ar-Rabi’ bin Khaitam, Al-
Harith bin Qays, Ummar bin Surahbil, Amru bin Maimun, Abu Abdul
Rahman As-Sulami, dan Dhirr bin Hubasyah. Manakala Al-Mughirah Ibnu
Syihab Al-Makhzumi, dan Khulaid bin Said adalah dua tokoh tabiin yang
masyhur dalam pengajian Al-Quran di Syam.
Pada zaman tabiin dan zaman seterusnya, selaras dengan perkembangan
Islam ke seluruh dunia, lahir pusat-pusat pengajian seperti madrasah,
sekolah, maktab, dan sebagainya. Namun begitu, sistem pengajian yang
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. masih lagi diikuti di sesetengah tempat.
Faktor pendorong kepada perkembangan hafazan dan penjagaan Al-
Quran dalam kalangan tabiin ini adalah disebabkan oleh pengutusan
mushaf Al-Quran yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ke
kota-kota Islam itu. Pengutusan mushaf ini disertakan juga dengan seorang
pembimbing dan guru yang memberi tunjuk ajar dan sebagai panduan
kepada penduduk setempat bagi membaca Al-Quran dengan tepat dan
betul. Selain itu juga, ia dapat membendung dan mengelak pertelingkahan
bacaan yang tercetus dalam kalangan umat Islam yang terjadi sebelum itu.
Pembimbing Al-Quran yang diutus oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a.
bertindak sebagai guru yang mengajar apa yang terkandung dalam rasm
mengikut qiraat yang sahih dan mutawatir. Zaid bin abit mengajar Al-
Quran kepada penduduk Madinah, Abdullah bin As-Saib membimbing
penduduk Makkah, Al-Mughirah bin Abi Syihab mengajar penduduk Syam,
Abu Abdul Rahman As-Sulami guru kepada penduduk Kufah dan Amir bin
Al-Qays menjadi rujukan kepada penduduk Basrah. Ketika ini, terdapat
ramai orang yang menghafaz Al-Quran di kota-kota itu.
Daripada golongan tabiin ini, lahir Qurra Sab’ah, iaitu tujuh qiraat yang
masyhur dalam dunia Islam dan bacaan Al-Quran sekarang dibaca
mengikut laporan mereka. Qurra Sab’ah yang dimaksudkan adalah Na ’,
Ibnu Kathir, Abu Amru, Ibnu Amir, Asim, Hamzah, dan Al-Kisaie.
Pemilihan mereka berdasarkan kepada kemantapan ilmu qiraat yang
dimiliki dan kemasyhuran mereka di kota-kota Islam, iaitu Madinah,
Makkah, Basrah, Kufah, dan Syam. Individu yang bertanggungjawab
memilih tujuh qurra itu adalah, Ibnu Mujahid yang meninggal dunia pada
tahun 324H.
Dengan selesai susunan Qurra sab’ah, perkembangan menghafaz Al-
Quran dalam kalangan umat Islam semakin luas dan menggalakkan. Setiap
abad dan kurun selepas Qurra sab’ah, umat Islam semakin mengambil berat
dalam hafazan Al-Quran dan bilangan mereka semakin bertambah.
Kemudian, anak-anak orang Islam pandai menulis dan membaca.
Pembelajaran secara hafazan dilakukan dengan kaedah imlak. Ini
bermaksud, guru membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada pelajar dan
pelajar menulisnya di atas ‘luh’ atau papan batu.
Selepas itu, guru akan melihat tulisan pelajarnya dan membetulkan
sekiranya ada kesalahan. Kemudian, guru membacakannya sekali lagi dan
diikuti oleh pelajar. Seterusnya, pelajar akan pergi ke tempat lain dan
membacanya sehingga hafaz. Selepas menghafaz ayat-ayat itu dengan fasih,
pelajar akan datang semula kepada guru dan membaca di depan guru
(tasmi’). Sekiranya ada kesalahan pada bacaan, guru akan membetulkan dan
sekiranya tiada kesalahan, ayat-ayat itu akan dipadam dan ditulis ayat baru
untuk dihafaz.
Cara pengajaran Al-Quran pada peringkat ini, adalah dengan mengajar
ayat-ayat pendek dan dibaca berulang kali bersama guru hingga lekat dalam
ingatan mereka. Mereka diajar tanpa diberi penjelasan tentang maksud ayat-
ayat dan kadangkala hanya diberi sedikit pengertian dan huraian bagi
memupuk benih-benih Islam, takwa, dan keikhlasan dalam jiwa kanak-
kanak. Ini kerana, peringkat ini adalah peringkat paling sesuai bagi
mengingati sesuatu.
Corak pembelajaran dan pengajaran Al-Quran pada zaman ini tidak jauh
bezanya dengan apa yang diamalkan dan ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
kepada para sahabat. Perbezaannya adalah pada penggunaan alat tulis yang
lebih moden seperti ‘luh’ atau papan batu. Malah pada ketika ini, wujud
kesedaran mengenai kepentingan menghafaz Al-Quran, lalu menyebabkan
pembelajaran dan pengajarannya dilakukan dengan lebih intensif.
BAB 7 : WAKTU DAN TEMPAT YANG
PALING SESUAI UNTUK HAFAZAN

S esuatu yang perlu dihafaz kebiasaannya adalah sesuatu yang bersih dan
bermanfaat. Contohnya, ayat-ayat Al-Quran, hadith, ataupun sebarang
ilmu. Oleh itu, kita memerlukan masa dan tempat yang sesuai bagi
menghafaz dengan baik.
Waktu Hafaz
Para ulama menetapkan waktu yang paling baik untuk seseorang
memulakan hafazan adalah pada waktu sahur atau sebelum waktu subuh,
ataupun boleh juga dilakukan selepas solat subuh. Selain itu, sebahagian
ulama berpendapat, waktu hafazan yang elok adalah selepas asar.
Ada yang menentukan sebaik-baik waktu hafazan
Al-Quran adalah seperti berikut:

Waktu sahur atau akhir malam.


Selepas solat subuh.
Antara maghrib dan isyak.
Sepanjang bulan Ramadhan.
Selepas melakukan solat malam dan berdoa.

Tempat yang Paling Sesuai untuk Hafazan


Para ulama menyebut beberapa tempat yang sesuai untuk seseorang
melakukan hafazan, antaranya:

1. Masjid.
2. Tempat yang sunyi, iaitu tempat yang jauh daripada orang ramai dan
bising serta hingar-bingar.
3. Menjauhi tempat yang lagha seperti menghafaz di hadapan
televisyen, menghafaz sambil melayari internet, menghafaz di
kawasan pembinaan serta menghafaz di tempat maksiat.
4. Ziarah dan pergi ke taman adalah satu daripada cara bagi
menambahkan ingatan. Ini adalah teknik dilakukan oleh penyelidik
dan perkara ini diakui oleh mereka. Ini kerana, mencium bauan
seperti bunga yang dapat menguatkan ingatan.
5. Penulis mengemukakan sedikit pendapat yang dikemukakan oleh
Muhd Djarot Sensa melalui karangannya Quranic Quotient, seorang
Muslim perlu melalui peringkat berikut dalam menuntut ilmu, iaitu:
Menyedari.
Menyerah diri.
Membaca.
Memerhatikan.
Mempelajari.
Menggunakan akal.
Mengimani.
Menghambakan.
Berbuat baik.
Mengambil pelajaran.
Kembali kepada Allah s.w.t.
Menghasilkan rasa takut yang sebenar kepada Allah s.w.t.

Kajian ini sebenarnya menyokong pandangan yang dikemukakan Al-


Ghazali ketika menjelaskan kepentingan ilmu sebagai asas kepada
mengenali Allah s.w.t. dan ikhlas melakukan ibadah kepada-Nya.
BAB 8 : KAEDAH CEPAT HAFAZAN
AL-QURAN

M enghafaz Al-Quran adalah sesuatu yang menjadi kelaziman kepada


umat Islam, terutamanya para huffaz. Oleh itu, dikemukakan kaedah
hafazan yang cepat dan berkesan yang diamalkan oleh tokoh-tokoh
penghafaz.
Cara Hafaz Al-Quran dengan Cepat
Ibnu Baz menyatakan, “Cara atau jalan yang paling mudah memilih waktu
yang sesuai adalah selepas menunaikan solat subuh ataupun pada waktu
malam. Selain itu, penting bagi penghafaz bagi:

Memohon pertolongan daripada Allah s.w.t.


Memohon doa dengan tadarru’.
Meninggalkan segala dosa dan maksiat.”

Contoh Cara Hafaz Al-Quran


1. Ulang ayat pertama sekurang-kurangnya 20 kali hafaz,
2. Kemudian, ulang ayat kedua sebanyak 20 kali,
3. Seterusnya, ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali,
4. Kemudian, ulang ayat keempat sebanyak 20 kali,
5. Seterusnya, ulang ayat pertama, kedua, ketiga, dan keempat
sekali gus sebanyak 20 kali,
6. Kemudian, disusuli dengan ayat kelima sebanyak 20 kali,
7. Diikuti dengan ayat keenam sebanyak 20 kali,
8. Diikuti dengan ayat ketujuh sebanyak 20 kali,
9. Seterusnya ayat kelapan sebanyak 20 kali,
10. Kemudian, ulang ayat kelima, keenam, ketujuh, dan kelapan
sekali gus sebanyak 20 kali,
11. Seterusnya ulang daripada awal ayat pertama sehingga ayat
kelapan sebanyak 20 kali.

Lakukan tip ini setiap hari dan jangan hafaz melebihi lapan ayat supaya
tidak membebankan sekiranya tidak berkemampuan.
Pada hari yang kedua, sebelum menghafaz ayat yang baru, baca 20 kali
hafazan semalam, kemudian baru memulakan hafazan dengan ayat yang
baru.
Bagaimanakah Cara Menghimpunkan Antara
Hafazan dan Pengulangan?
Cara yang terbaik adalah melakukan tip berikut:
Pertama: Bahagikan Al-Quran kepada tiga:

10 juzuk: Surah An-Nas hingga surah Al-Ankabut.


10 juzuk: Surah Al-Qasas hingga surah Yunus.
10 juzuk: Surah At-Taubah hingga surah Al-Baqarah.

Kedua: Sekiranya pembaca hafaz sebelah atau dua muka surat daripada Al-
Quran, maka rujuk setiap hari sebanyak 4 muka sehingga dapat mencapai
hafazan sebanyak 10 juzuk. Apabila selesai bahagian yang pertama, iaitu
daripada surah An-Nas sehingga surah Al-Ankabut, maka dalam tempoh
sebulan, pembaca perlu mengulang kembali ayat yang sudah dihafaz setiap
hari sebanyak lapan halaman.
Ketiga: Selepas sebulan, teruskan hafazan sebanyak satu ataupun dua muka
surat setiap hari mengikut kemampuan. Kemudian, rujuk lapan muka surat
daripada bahagian pertama daripada surah An-Nas sehingga surah An-
Ankabut, sehingga hafaz bahagian kedua daripada surah Al-Qasas sehingga
surah Yunus.
Keempat: Sekiranya pembaca sudah menghafaz bahagian kedua, berhenti
hafazan selama 2 bulan bagi menyemak serta mengulangi hafazan sebanyak
20 juzuk, iaitu bermula daripada surah An-Nas sehingga surah Yunus. Setiap
hari mengulang serta menghafaz sebanyak 8 muka surat.
Kelima: Selesai tempoh dua bulan proses rujukan dan semakan hafazan,
mula menghafaz bahagian ketiga daripada surah At-Taubah sehingga surah
Al-Baqarah. Setiap hari perlu menghafaz sebanyak satu ataupun dua muka
surat bergantung kepada keadaan serta kemampuan. Seterusnya, rujuk
kembali lapan muka surat setiap hari daripada surah An-Nas sehingga surah
Yunus dan sehingga selesai menghafaz semua ayat di dalam Al-Quran.
Keenam: Apabila selesai menghafaz Al-Quran keseluruhannya, ulang
kembali bahagian pertama daripada surah An-Nas sehingga surah Al-
Ankabut selama sebulan. Pada ketika ini, pembaca disarankan supaya
mengulangi setiap hari dengan setengah juzuk.
Ketujuh: Seterusnya, ulang juzuk pertengahan, iaitu daripada surah Al-
Qasas sehingga surah Yunus selama sebulan. Lakukan cara ini setengah
juzuk setiap hari, sama seperti cara di atas.
Kelapan: Seterusnya, pindah bacaan serta hafazan ke bahagian yang ketiga,
iaitu daripada surah At-Taubah sehingga surah Al-Baqarah selama sebulan.
Lakukan cara ini dengan setengah juzuk setiap hari, kemudian ulangi 1
juzuk daripada surah An-Nas sehingga surah Yunus.
Kesembilan: Kemudian, ulang keseluruhan Al-Quran dan jadikan bacaan
dua juzuk yang diulang sebanyak tiga kali setiap dua minggu. Amal dan
lakukan cara ini selama setahun bagi mendapatkan hafazan yang berkesan.
Aus bin Huzaifah berkata, “Aku bertanya sahabat Rasulullah s.a.w.
berkenaan cara meng-hizib-kan Al-Quran?” Maka jawabnya, “3 surah, 5
surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan 13 surah. Hizib mufassal daripada
surah Qaf sehingga khatam.”
Hari pertama: Surah Al-Fatihah hingga surah An-Nisaak.
Hari kedua: Surah Al-Maidah hingga surah Yunus.
Hari ketiga: Surah Yunus hingga surah An-Nahl.
Hari keempat: Surah Al-Israk hingga surah Al-Furqan.
Hari kelima: Surah Asy-Syu’arak hingga surah Yasin.
Hari keenam: Surah As-Saffat hingga surah Al-Hujurat.
Hari ketujuh: Surah Qaf hingga surah An-Nas.
Kaedah dan Cara Lain Hafaz Al-Quran
Antara cara menghafaz yang digunakan oleh sebahagian masyarakat Islam
adalah:
Pertama: Setiap satu juzuk dibahagikan kepada lapan maqra’ (1/4 hizib,
paling panjang tiga muka surat dan paling pendek dua muka surat), yang
mana setiap ayat dibaca dengan lancar dan fasih dengan mengambil kira
hukum hakam tajwid. Kemudian, bacaan ayat yang mahu dihafaz diulang
sehingga fasih dan lancar. Apabila sudah tidak gagap, tutup Al-Quran,
kemudian ulang ayat itu. Apabila selesai satu maqra’, kemudian baca di
hadapan guru bagi mengesahkan lagi bacaan yang sudah dihafaz. Pada
permulaan hafazan, pelajar mungkin mengalami kesukaran bagi menguasai
teknik ini. Apabila berjaya menguasai lima ataupun enam juzuk, kadar
hafazan menjadi semakin mudah untuk dikuasai. Amalan ini diamalkan di
kebanyakan pusat tah z di Malaysia.
Kedua: Cara ini sama seperti cara pertama, tetapi surah-surah pilihan yang
mudah dihafaz terlebih dahulu seperti surah Yasin dan juzuk Amma (Juzuk
ke-30). Kaedah-kaedah ini dikemukakan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul
Anuar bin Mohamad Al-Ha z yang diambil daripada Sahibul Fadhilah Tan
Sri Datuk Haji Ismail bin Muhamad Al-Ha z, Imam Besar Masjid Negara.
Ketiga: Setiap ayat dibaca dengan 60 kali pengulangan. Hal ini bagi
menguatkan mutu hafazan. Apabila ayat yang pertama sudah dihafaz
dengan lancar, mula menghafaz ayat yang kedua pula. Begitulah seterusnya.
Namun, bacaannya perlu dalam suara yang lantang, bukan dibaca secara
senyap. Kaedah ini diamalkan oleh Dr. Sha e.
Keempat: Syeikh Soleh Al-Uthaimin ketika ditanya cara bagi menghafaz Al-
Quran. Beliau menyatakan, seseorang boleh menghafaz dalam dua cara:

Menghafaz ayat demi ayat, ataupun dua ayat demi dua ayat, ataupun
tiga ayat demi tiga ayat mengikut panjang pendek ayat.
Menghafaz satu halaman muka surat.

Ada yang memilih kaedah pertama, dan ada juga yang memilih kaedah
kedua. Tetapi, apa yang penting, pengulangan perlu dilakukan sehingga
benar-benar ingat apa yang dihafaz. Kemudian, baru berpindah kepada ayat
hafazan yang baru.
Syeikh Al-Uthaimin menyatakan, “Kami menasihatkan penghafaz mula
menghafaz dengan surah Al-Baqarah. Hal ini lebih mudah kerana ia selalu
diperdengarkan di masjid-masjid. Di samping itu, beri perhatian kepada
surah yang sudah dihafaz. Ia adalah lebih baik daripada menghafaz dalam
kuantiti yang banyak. Ini kerana, memberi perhatian dengan apa yang ada
adalah lebih utama daripada memelihara yang belum ada.”
Kaedah Tepat Hafaz Al-Quran
Antara kaedah yang dicadangkan adalah:

Wajib menghafaz dengan syeikh atau tuan guru bagi mendapatkan


tashih bacaan yang sempurna.
Baca dua muka surat setiap hari, iaitu satu muka surat selepas solat
subuh, manakala satu muka surat lagi selepas solat asar ataupun
maghrib.
Mulakan hafazan daripada surah An-Nas dan diakhiri dengan surah
Al-Baqarah kerana lebih mudah.
Menghafaz Al-Quran daripada satu jenis mushaf sahaja, kekalkan
mushaf itu dan usah bertukar-tukar mushaf untuk hafazan yang
lebih mendalam.

Penulis nukilkan sebuah kisah berkenaan Saidina Ali r.a. yang mengadu
kepada Rasulullah s.a.w. Lalu, baginda ajarkan satu amalan penguat ingatan,
iaitu bersolat sunat empat rakaat dua kali salam pada malam Jumaat dengan
bacaan surah selepas Al-Fatihah seperti berikut:
Rakaat pertama: Surah Yasin.
Rakaat kedua: Surah Ad-Dukhan.
Rakaat ketiga: Surah As-Sajadah.
Rakaat keempat: Surah Al-Mulk.
Solat ini perlu dilakukan sebanyak 3, 5, ataupun 7 kali pada malam Jumaat.
Selepas selesai solat, Rasulullah menganjurkan supaya memuji Allah,
berselawat kepada Nabi, dan beristighfar kepada sekalian Muslimin dan
Muslimat. Kemudian, berdoa dengan doa ini:

“Ya Allah, kasihanilah aku untuk aku meninggalkan maksiat selama Engkau hidupkanku,
kasihanilah aku daripada dibebankan dengan tanggungan yang tidak berfaedah untukku,
kurniakan aku penglihatan yang baik pada apa yang Engkau redhaiku. Ya Allah pencipta langit,
bumi, pemilik segala keagungan dan kemuliaan yang tidak pernah padam, aku bermohon
kepada-Mu ya Allah, yang Maha Pengasih dengan keagungan-Mu serta cahaya wajah-Mu
(rahmat-Mu) supaya Engkau jadikan hatiku komited menghafaz Al-Quran sebagaimana
Engkau ajar kepadaku, kurniakanku kemampuan membaca Al-Quran mengikut cara yang
menyebabkan Engkau redhai. Ya Allah, pencipta langit, bumi, pemilik segala keagungan dan
kemuliaan yang tidak pernah padam. Aku bermohon kepada-Mu ya Allah, yang Maha
Pengasih dengan keagungan-Mu serta cahaya wajah-Mu (rahmat-Mu) supaya Engkau memberi
cahaya pandanganku dengan Al-Quran, lapangkan dadaku dengan Al-Quran, sucikan badanku
dengan Al-Quran, sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu memberi petunjuk ke arah
kebaikan melainkan-Mu jua, tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin-Mu.”
Selepas Saidina Ali r.a. mengamalkan amalan ini sebanyak tiga kali malam
Jumaat, beliau benar-benar memperoleh kekuatan ingatan terhadap Al-
Quran. Kisah ini dinyatakan sebagai ilmu penguat ingatan yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w. Penulis menutup perbincangan ini dengan sebuah
doa1 selepas membaca Al-Quran, iaitu:
“Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian kerana menyempurnakan nikmat-nikmat-
Nya dan menambahkan lagi pelbagai tambahannya. Ya Allah, selawat dan salam kepada
Rasulullah, dan keluarga baginda, sebagaimana selawat kepada Ibrahim dan keluarganya,
berkatilah kepada Rasulullah dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Mulia.”

NOTA HUJUNG
1. Lihat Adab Hamalatil Quran oleh al-Nawawi. Menurut Ibnu Qayyim pula
dalam kitabnya al-Badai’ dalam Bab Du’a Khatm Al-Quran, para salaf
sejak dari zaman Anas, Ahmad, Mujahid, dan Ibn Abi Lubabah sentiasa
menghimpunkan kaum keluarga untuk berdoa sebaik sahaja seseorang
daripada kalangan mereka mengkhatamkan Al-Quran.
BAB 9 : TIP MEMELIHARA INGATAN
DAN HAFALAN

T erdapat beberapa tip bagi memelihara hafalan. Antaranya adalah


meninggalkan maksiat dan berdoa. Oleh itu, dijelaskan tip-tip yang
berikut:
Meninggalkan Maksiat
Daripada kitab Al-Da’ wa Al-Dawa’, “Perbuatan dosa dan maksiat mampu
merosakkan akal kiran manusia kerana dalam akal kiran ada cahaya,
manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya
itu padam, akal kiran menjadi lemah.”
Sebahagian ulama salaf menyatakan, “Seseorang yang derhaka kepada
Allah, akal kirannya akan tumpul. Manakala orang yang taat kepada Allah,
kirannya menjadi terang dan cerdas.” Kenyataan ini tidak dapat dina kan
lagi, kerana Allah s.w.t. menguasai akal kiran manusia. Dia menghalang
pemikiran negatif daripada masuk ke kiran hamba-Nya.
Apabila dosa berkumpul, ia akan merebak dan akhirnya memberi kesan
kepada seseorang itu bagi melakukan perbuatan mungkar.
Allah s.w.t. menjelaskan:

“Sekali-kali tidak, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kekotoran (dosa), disebabkan
perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah Al-Mutaffifin, ayat14)
Ulama salaf menyatakan, “Apa yang dimaksudkan ‘hati mereka’ adalah, dosa
yang dilakukan semakin lama semakin menggunung dan menjadi semakin
banyak.” Penjelasan ini merujuk kepada maksud “mata hati” daripada
maksud ayat 14 surah Al-Mutaffi n di atas.
Al-Hasan menyatakan, “Dosa yang dilakukan berulang kali pasti menjadi
dosa yang mampu membutakan hati pelakunya.”
Sebahagian ulama menyatakan, “Sekiranya dosa seseorang itu banyak,
dan sering derhaka kepada Allah, hatinya pasti tertutup dan menjadi keras.”
Apabila seseorang melakukan dosa, hatinya pasti berkarat. Apabila dosa
yang dilakukan semakin banyak, maka karat itu semakin melekat sehingga
menjadi rapuh. Akhirnya, hati itu terkunci dan dosa menjadi tabiat dalam
kehidupan. Hati yang sering dilingkari dengan dosa, pasti menjadi keras
seperti batu sehingga hitam dan mudah dikuasai oleh musuh.
Perkara utama yang wajar dilakukan adalah meninggalkan maksiat. Hal
ini selaras dengan madah Imam Asy-Sya ’i tatkala beliau mengadu kepada
gurunya berkenaan daya ingatannya yang berkurangan. Gurunya menjawab,
“Tinggalkan maksiat.”

“Aku mengadu kepada Waqi’ berkenaan buruknya hafazanku,


Dia menunjuk kepadaku supaya meninggalkan maksiat,
Dia mengkhabarkan kepadaku yang ilmu itu cahaya,
Dan cahaya Tuhan tidak diberikan kepada pelaku maksiat.”

Berdoa
Menurut Ibnu Manzur dalam Lisan Al-Arab, doa bermaksud al-istighathah,
iaitu memohon pertolongan dan perlindungan. Doa terbahagi kepada tiga
jenis, iaitu:

Berbentuk mentauhidkan dan mengesakan Allah s.w.t., di


samping memuji-Nya.
Memohon daripada Allah s.w.t. keampunan, rahmat, dan
mendekatkan diri kepada-Nya dalam ibadah-ibadah yang
dilakukan.
Memohon kepada Allah s.w.t. kepentingan dunia seperti
meminta zuriat, harta, dan sebagainya.

Sebelum penulis membincangkan lebih lanjut perkara ini, penulis nukilkan


hakikat doa yang disebut oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya Al-Da’ wa Al-
Dawa’. Beliau menyatakan, “Doa adalah ubat yang paling bermanfaat kerana
doa dapat menjauhkan musuh, bencana, mengubati dan menahan penyakit
serta dapat mencegah sesuatu penyakit. Doa juga dapat meringankan beban
penyakit ataupun musibah yang menimpa. Doa adalah senjata orang
beriman....” Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang direkodkan oleh
Imam Al-Hakim dalam kitab Sahihnya, iaitu hadith yang dilaporkan oleh
Ali bin Abi Talib r.a., beliau menyatakan, Rasulullah s.a.w. mengingatkan
yang bermaksud,
“Doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin, menjadi tiang agama serta cahaya bagi langit dan
bumi.”
Sekiranya pembaca mahu menjadi orang yang kuat ingatan dalam
menghafaz, mulakan dengan doa ketika mengangkat kitab, buku atau
mushaf, ataupun memulakan bacaan pada setiap masa dengan menyebut:

“Aku mahu dengan nama Allah, Maha Suci Allah tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan upaya kecuali Allah yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung dengan bilangan setiap huruf yang sudah ditulis dan akan ditulis
selama-lamanya. Selawat kepada penghulu kami Muhammad, keluarga, dan para sahabatnya
serta mengurniakan kesejahteraan.”
Sekiranya pembaca tidak mahu lupa walaupun satu huruf, berdoalah
sebelum membaca dengan berdoa ini:

“Ya Allah, bukakan bagi kami hikmah-Mu dan tebarkanlah kepada kami rahmat-Mu, wahai
yang Maha Agung lagi Maha Mulia.”
Sekiranya mahu diberikan hafazan yang baik, maka berdoalah setiap kali
selepas solat fardhu dengan doa:

“Aku beriman dengan Allah yang Esa lagi Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku kufur
dengan selain-Nya.”
Syeikh Soleh Syihabuddin Ahmad bin Musa bin Ajil Rahimahullah juga
memberi nasihat perihal cara menguatkan hafazan dengan membaca setiap
hari 10 kali sebagaimana dinyatakan Allah s.w.t.

“Maka, Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan
masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang
banyak), dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan
Nabi Daud, dan Kami berkuasa melakukan semua itu.”
(Surah Al-Anbiyak, ayat 79)
Kemudian berdoalah dengan doa seperti ini:

“Wahai yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri dengan Sendiri-Nya, Tuhan Musa dan Harun,
wahai Tuhan Ibrahim, wahai Tuhan Muhammad, selawat dan salam kepada mereka, lazimkan
bagiku kefahaman dan rezekikan untukku ilmu, hikmah, dan akal dengan rahmat-Mu wahai
yang Maha Mengasihani.”
Antara doa yang lain yang perlu diamalkan adalah:

Doa Menguatkan Ingatan dan Kefahaman

“Bukankah Kami melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan
iman dan petunjuk)? Dan Kami sudah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam).
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai-bagai kemudahan dalam
melaksanakannya)? Dan Kami sudah meninggikan bagimu, sebutan namamu (dengan
mengurniakan pangkat Nabi dan pelbagai kemuliaan)? Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa
sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau selesai (daripada
sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh
yang lain), dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan
ingini).”
(Surah Al-Insyirah, ayat 1 hingga 8)
Dalam Hasyiah Al-Sawi menyatakan, ramai orang soleh menjadikan surah
ini sebagai amalan bagi menghilangkan kesedihan dan kesempitan. Ia juga
digunakan bagi menguatkan ingatan dan mempertingkat kefahaman. Bagi
menghilangkan rasa sedih dan kekusutan, cara yang dianjurkan adalah
dengan menulis surah ini dalam bekas kaca, kemudian dilalukan air mawar
ke dalam bekas itu dan diminum.
Bagi menguatkan hafazan dan kefahaman pula, caranya adalah dengan
menulis surah ini dalam bekas, kemudian dilalukan air ke atasnya. Insya
Allah dengan cara ini ia dapat menguatkan ingatan dan daya kefahaman.

Doa Bagi Mengelak Lupa


“Ya Allah, tambahkan buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina.
Beri kepada kami, jangan ditahannya, dan pilih kami jangan Engkau biarkan, dan redhai kami
dan redhai semua usaha kami.”
(Direkodkan oleh At-Tirmizi (3173)

Doa Memohon Pertambahan Ilmu

“Ya Allah, berikan kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkan kepadaku
apa yang memberi manfaat dan tambahkan ilmuku. Segala puji kepada-Mu atas segala perkara,
aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka.”
(Direkodkan oleh At-Tirmizi (3593), Ibnu Majah (251), Bab al-Intifa’ bi al-Ilm wa al-Amal
Bih. Hadith dhaif, tetapi menurut Mahmud Al-Arnaut dalam kitab Al-Nasihat menjadi hasan
kerana ada syahid dalam rekod Al-Hakim (1/510)).

Doa Memohon Hati yang Bersih

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan,


sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku
dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung
dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak
bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas, dan doa yang tidak dikabulkan.”
(Direkodkan oleh Muslim (2722)
Teknik Lain bagi Menambah Ingatan
Sebenarnya ingatan manusia seperti telaga yang digali dan hanya menunggu
bagi diisi air. Begitu juga dengan otak kita yang menunggu bagi diisi
maklumat yang berfaedah. Sebagaimana dikatakan oleh Alexander Smith,
“Penguasaan manusia yang sebenar adalah ingatannya, melalui ingatan dia
beroleh kekayaan dan tanpanya dia jatuh miskin.”

Pertama: Memelihara kesihatan

Minum banyak air. Apabila air kurang di dalam badan, ia akan


memberi kesan kepada ingatan.
Mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat seperti
pengambilan ikan segar. Hal ini diakui oleh Dr. Hayyan Syanusi
Basha kerana ikan mengandungi vitamin yang berfungsi
menguatkan otak.

Ibnu Qayyim menyatakan, “Ikan mempunyai banyak jenis, namun yang


paling baik adalah yang paling lazat bau dan rasanya, beratnya sederhana,
dagingnya empuk, tidak kering, hidup di dalam air tawar, dan makan
makanan bukan daripada kotoran. Tempat yang paling sesuai adalah sungai
yang bersih airnya. Ikan laut adalah sesuatu yang istimewa. Khasiat ikan ini
mampu menyihatkan tubuh badan, menambahkan sperma, dan sesuai bagi
mereka yang menghidap darah tinggi. Ikan bermanfaat untuk penyakit
busung air, luka ringan, lemah ginjal serta sakit sendi. Semua jenis ikan
mampu membangkitkan daya seksual. Ikan yang paling baik dimakan
adalah ikan yang digoreng dengan cuka, bawang putih, dan lada.”

Amalkan makan buah kurma kerana ia begitu baik untuk ingatan.


Penyair terkenal, Ahmad Shauqi pernah bermadah memuji pohon
kurma dengan mengungkapkan:

“Kau adalah makanan orang-orang miskin,


Manisan orang-orang kaya,
Bekalan para musafir dan golongan perantau.”
Ibnu As-Sani dan Abu Nu’aim dalam At-Tib An-Nabawi merekodkan
bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan,
“Sebaik-baik buah kurma kalian adalah kurma burni, ia dapat
menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit.”
Buah kurma memiliki banyak manfaat, antaranya:

Buah kurma yang dimakan secara rutin mampu menguruskan


tubuh kerana mempunyai kadar lemak yang rendah.
Buah kurma tergolong dalam ubat kurang darah kerana
mengandungi kadar mineral yang tinggi.
Buah kurma berupaya melawan penyakit kanser kerana
mengandungi magnesium.
Buah kurma dapat melawaskan pembuangan air kecil dan air besar
kerana mengandungi serat selulosa yang membantu gerakan usus
besar.
Buah kurma mampu menguatkan gigi dan tulang kerana
mengandungi fosforus dan kalsium.
Buah kurma berupaya menajamkan penglihatan mata dan penyakit
rabun kerana mengandungi vitamin A.
Buah kurma menguatkan saraf pendengaran terutama bagi
golongan tua.
Buah kurma menjadi ubat penyakit hati, penyakit kuning, ulser,
bibir pecah, dan kulit kering kerana mengandungi vitamin B.
Buah kurma menstabilkan kadar asid perut kerana kaya dengan
garam alkali seperti kalsium dan kalium.
Kandungan garam alkali pada kurma juga mampu menstabilkan
keasidan darah yang melebihi paras normal akibat campuran
bahan-bahan yang mengandungi karbohidrat seperti roti dan nasi.

Penulis menutup perbincangan ini dengan menukilkan kajian Dr. Ra’fat


Husain dari al-Fajirah bahawa buah kurma mengandungi empat kali ganda
uorida berbanding buah-buahan lain. Fluorida penting dalam penjagaan
kesihatan gigi dan mencegah kerapuhan gigi. Seterusnya berupaya
memelihara kesihatan gigi penduduk pedalaman yang sentiasa makan buah
kurma yang mengandungi kalsium dan fosforus, yang mana kedua-dua zat
ini diperlukan bagi menjaga kesihatan gigi.

Jangan makan terlalu banyak dan terlampau kenyang.


Tidur secukupnya bagi menjamin kesihatan badan yang berkualiti.

Kedua: Melalui tindakan

Wujudkan buku catatan. Dr. Bakar bin Abdullah Abu Zaid


menyatakan, “Hendaklah berusaha menghafaz ilmu dengan menulis
kerana ia selamat daripada hilang. Ia memberi banyak faedah ketika
tua dan apabila ingatan menjadi lemah.”

Benar kata Asy-Sya’bi, “Sekiranya kamu dengar sesuatu yang bermanfaat,


maka tulislah walaupun pada dinding.”

Tulis peringatan.
Pelihara hafazan ilmu dengan beramal dan mengikut. Hal ini
sebagaimana pendapat Al-Khatib Al-Baghdadi, “Menjadi kewajipan
kepada penuntut ilmu hadith mengikhlaskan niat ketika menuntut
ilmu, dan menjadikan matlamat semata-mata kerana Allah, bukan
disebabkan tujuan dan habuan yang lain.”
Sentiasa mengulangi ilmu dari semasa ke semasa. Ini kerana, tanpa
pengulangan akan menyebabkan kehilangan ilmu. Benar kata
Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya penghafaz Al-Quran umpama tuan kepada unta yang diikat, apabila sentiasa
dipelihara dan dikawal, maka jinaklah unta itu. Sekiranya dilepaskannya, sudah pasti ia lari.”
(Direkodkan oleh Asy-Syaikhan
(Bukhari dan Muslim) dan Malik dalam Al-Muwatta’)
Sekiranya pengulangan tidak dilakukan, ia dapat menyebabkan lupa.

Tulis apa yang dihafaz atau perkara yang mahu diingati:

“Ilmu itu ibarat barang buruan, dan tulisan sebagai pengikatnya. Ikatlah buruan kamu dengan
tali yang kuat.”

Ketiga: Meningkatkan kemahiran

Kemahiran menghubungkan antara ingatan dengan gambarannya.


Saidina Ali r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. mengajarkan doa
berikut:

“Ya Allah, beri petunjuk kepadaku, tetapkan aku dan sebutlah dengan hidayah-Mu yang jelas
jalannya dan tetap dengan tetapan seperti panahan.”
(Direkodkan oleh Muslim)

Kemahiran ramz (simbol) seperti huruf yang di hadapan.


Kemahiran mengingat nama, seperti nama seseorang dengan
sesuatu yang berbeza, contohnya rambut panjang.

Cara Menguatkan Ingatan


Pelbagai teknik dapat digunakan bagi menguatkan ingatan, antaranya:

Menguatkan iman dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan


selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Banyakkan latihan dan rujukan dengan melakukan pengulangan
secara berulang kali.
Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Ini
mampu menambahkan vitamin B+ dalam badan seseorang. Dalam
buku Ma’a At-Tib Al-Quran Al-Karim menyebut, “Di samping
kemudahan dicerna dan diserap, kandungan gula rendah kalori
menjadikan buah-buahan sebagai sumber utama tenaga bagi
pelbagai sel tubuh, seperti sel dinding usus dan sel perut. Apabila
mendapat bekalan gula rendah kalori ini, sel-sel dalam tubuh
menjadi aktif dan menjalankan tugasnya dengan semaksimum
mungkin dalam menyerap pelbagai jenis makanan yang dimakan
selepas buah-buahan.”
Memelihara kesihatan supaya sentiasa sihat sempurna.
Berwuduk sebelum menghafaz. Dalam buku Al-I’jaz Al-Ilmi
menyebut, “Wuduk bukan sekadar aktiviti membersihkan organ-
organ luar tubuh dan bukan sekadar penyucian tubuh beberapa kali
dalam sehari. Tetapi, pengaruh kerohanian yang dirasai oleh
seorang Muslim selepas berwuduk adalah sesuatu yang lebih dalam
dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi
sekiranya wuduk dilakukan secara sempurna.”

Wuduk berperanan besar dalam kehidupan seorang Muslim. Nabi s.a.w.


menyatakan, “Sesiapa yang berwuduk, kemudian memperelokkan
wuduknya, maka keluar dosa-dosa dari dalam tubuhnya hingga keluarlah
apa yang ada di bawah kuku-kukunya.” (Direkodkan oleh Muslim).
Membersihkan tubuh yang sering terkena debu adalah aspek penting
dalam menjaga kesihatan. Sepanjang hari tubuh kita terdedah kepada
pelbagai mikrob yang berbahaya. Apabila seseorang berwuduk, mikrob ini
dibersihkan dari permukaan kulit, apatah lagi apabila diiringi dengan
menggosok dan menyempurnakan wuduk.
Teladan ini diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya tiada bakteria
yang tertinggal pada tubuh, kecuali yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
BAB 10 : ISU LUPA DAN CARA
MENGINGATINYA

L upa bermaksud hilang daya ingatan atau sukar mengembalikannya.


Antara nikmat Allah s.w.t. kepada manusia adalah dengan kurniaan
ingatan yang kuat, hingga sekarang ulama dan cendekiawan mengetahui
rahsianya.
:Pujangga mengatakan
“Setiap sesuatu ada luputnya, luputnya ilmu dengan lupa.”
Walaupun begitu, Ibnu Qayyim mengatakan dalam kitabnya Miah Dar As-
Saadah, bukan semua lupa tidak elok, adakalanya lupa itu baik. Namun,
secara umumnya lupa adalah kurang baik. Pujangga mengatakan:

“Tidak dinamakan manusia kecuali kerana lupanya.”


Apakah Lupa Memberi Faedah?
Golongan cendekiawan mengatakan, “Ya, lupa memberikan faedah, kerana
tiga sebab:

Memberi ruang untuk penumpuan ingatan dengan cara


memerdekakan akal dalam tempoh tertentu.
Menghilangkan bebanan yang baru dengan menanggung yang lama,
khususnya peristiwa sedih dan menyakitkan.
Mathin Arnold mengatakan, “Kami lupa kerana kami wajib
melupakannya dan kami tidak ingin mengingatinya.”

Ustaz Jabir Al-Qahtani dalam Akhbar Riyadh mengemukakan beberapa tip


dan cara mengatasi lupa, antaranya:
1. Memakai wangi-wangian.
2. Za’faran dapat menambahkan ingatan.
3. Dengan penggunaan ginkgo, iaitu sejenis pohon kayu yang tertua di
dunia.
4. Berbekam di kepala. Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Ibnu
Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengatakan, “Penyembuhan ada pada
tiga ubat, iaitu berbekam, minuman madu, dan sengatan api. Aku
melarang umatku bagi berubat dengan besi panas yang diletakkan
pada tempat yang luka.”

Info : Za'faran mengandungi crocin yang mampu meningkatkan daya


hafalan, ingatan, dan pembelajaran

Bekam bermanfaat pada hampir 80 kes, sama ada ketika sakit ataupun
pada tahap permulaan. Antara penyakit yang berkaitan adalah:

Gout
Lumpuh separuh badan
Penurunan daya imuniti
Pembesaran prostat
Ejakulasi awal
Diabetis
Obesiti
Kemandulan
Migrain
Pendarahan rahim
Ketidakstabilan darah haid
Berlari dengan pantas juga dapat mencerdaskan minda. Ini kerana, kajian yang dijalankan di

Jepun membuktikan kebenarannya.

Minum madu lebah. Allah s.w.t. menyatakan dalam surah An-Nahl ayat 69:

“Kemudian, makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang


engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada
pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
Dr. Muhammad Imarah, seorang pakar perubatan dari Mesir
menyebut kandungan madu, antaranya:
Protein yang memberikan tenaga panas dan membantu
pertumbuhan otot.
Karbohidrat dalam bentuk gula yang mudah dicerna dan cepat
diserap oleh tubuh.
Vitamin B1 yang berguna bagi mencegah kes kelumpuhan
saraf.
Vitamin B2 yang berperanan dalam mengubati penyakit kulit,
ulser, dan sakit mata.
Vitamin B6 yang digunakan dalam mengubati kejang pada
anak-anak dan sebahagian penyakit kulit.
Asid nekatonik. Kekurangan zat ini, tubuh manusia akan
diserang penyakit plagra.
Vitamin E. Kekurangan vitamin jenis ini boleh menyebabkan
kemandulan.
Selain itu, madu juga mengandungi asid sodium, kalium, kalsium,
magnesium, besi, tembaga, fosforus, dan kalorin. Sebahagian
bahan mineral ini berbentuk garam yang dapat membantu dalam
gangguan saraf seperti fosforus.
Seorang pakar bedah terkemuka Inggeris yang bertugas di Hospital
Torfolk, Amerika Syarikat menegaskan, sepanjang tempoh menjadi
pakar bedah, beliau membuktikan bahawa madu lebah dapat
membantu pertumbuhan jaringan baru, membantu mempercepat
pemulihan, dan menghilangkan kesan pembedahan.
Dr. Abdul Aziz Ismail, seorang pakar perubatan terkemuka di
dunia Arab mengatakan, “Madu lebah adalah senjata doktor dalam
melawan sebahagian besar penyakit. Seiring dengan perkembangan
dunia perubatan moden, peranan madu lebah semakin meluas dan
pesat, tidak seperti yang dibayangkan manusia. Kini madu lebah
diberikan kepada pesakit melalui mulut, disuntik di bawah kulit,
dan dimasukkan ke dalam urat nadi. Madu juga diberikan bagi
melawan racun yang disebabkan oleh penyakit organik dalam
tubuh. Contohnya, keracunan air kencing yang menyebabkan
penyakit hati, perut, dan usus. Selain itu, madu diberikan untuk
kepentingan diet, mengubati penyakit campak, penyakit jantung,
tumor otak, dan lain-lain.”
Az-Zathrie mengatakan, “Kamu perlu minum madu kerana madu
kerana baik untuk hafazan. Di samping itu, madu adalah
penyembuh penyakit bagi manusia mengikut nas Al-Quran.”
Zahid Al-Hasyimi mengatakan, “Sesiapa yang mahu menghafaz hadith, makan buah zabib

(kismis) sekurang-kurangnya 21 biji pada setiap pagi.”

Minum susu lembu. Seorang lelaki datang bertemu Saidina Ali r.a. dan mengadu tentang

dirinya yang selalu lupa, lantas Saidina Ali r.a. mengatakan, “Minumlah susu lembu kerana ia

dapat menguatkan hati dan menghilangkan lupa.”

Minum air zamzam. Ini berdasarkan kepada banyak nas dan mengikut hajat orang yang

meminumnya. Ini berdasarkan hadith sahih bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:


“Air zamzam itu berdasarkan niat orang yang meminumnya (dengan izin Allah s.w.t.).”
(Direkodkan oleh Muslim)
Hadith ini juga direkodkan oleh perawi yang lain seperti Ibnu Abi
Syaibah, Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Baihaqi dalam As-Sunan. Ibnu
Hajar berkata hadith ini gharib hasan dengan syawahidnya. Lihat Faidh
Al-Qadir (4/404).
Imam An-Nawawi mengatakan, “Kami rekodkan daripada sahabat Jabir
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud, “Air zamzam itu
kerana apa ia diminum, iaitu mengikut tujuan ia diminum.”
(Direkodkan oleh Ibnu Majah)
Sekumpulan ulama minum air zamzam untuk tujuan yang mulia dan
mereka mendapat apa yang dihajati. Oleh itu, sunat bagi sesiapa yang
minum air zamzam bagi memohon diampunkan dosanya ataupun
kesembuhan penyakit, di samping tujuan lain.

1. Abdullah bin Abbas r.a. berdoa, “Wahai Tuhan kami,


sesungguhnya aku pohonkan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang
banyak, dan kesembuhan daripada sebarang penyakit.”
2. Imam Abu Hanifah r.a. minum air zamzam dengan harapan
menjadi seorang ulama yang paling alim dan ternyata ia terjadi.
3. Dalam rekod lain pula dinyatakan, Imam Asy-Sya ’i pernah
mengatakan, “Aku sudah minum air zamzam untuk tiga perkara:
Bagi memanah dan aku berjaya dengan sembilan
anak panah mengenai sasaran.
Mendapatkan ilmu yang banyak dan beginilah aku
yang kamu lihat.
Masuk ke dalam syurga dan aku begitu berharap
Allah s.w.t. memperkenankannya.
4. Imam Ibnu Al-Arabi melaporkan, “Semasa aku berada di Makkah
dalam bulan Zulhijah pada tahun 489H, aku minum terlalu
banyak air zamzam. Setiap kali minum, aku memohon ilmu dan
iman. Akhirnya, berkat air zamzam itu Allah s.w.t. memudahkan
aku mendapatkan ilmu yang banyak. Tetapi, aku terlupa bagi
meminta amalannya sekali. Ternyata aku mendapat ilmu yang
mencurah-curah sehingga aku sendiri tidak berdaya
mengamalkan semuanya. Dan kepada-Nya kita memohon
penjagaan dan petunjuk dengan belas ihsan-Nya.”
5. Imam Abu Bakar As-Suyuti menceritakan, “Semasa aku
mengerjakan haji aku meminum air zamzam untuk beberapa
perkara, antaranya supaya aku dapat mencapai taraf Syeikh
Sirajuddin Al-Buqini dalam qh.”
PENUTUP

B erdasarkan perbincangan berkenaan hafazan, para penuntut ilmu


sewajarnya bersungguh-sungguh dalam bermuzakarah serta
memantapkan ilmu yang dipelajar, sama ada dengan cara hafazan dalam
hati ataupun tulisan. Ini kerana manusia sememangnya mudah lupa
sekiranya pengabaian daripada muraja’ah atau pengulangan seperti yang
dibahaskan.
Antara cara memudahkan hafazan ilmu dan dhabitnya, seseorang perlu
mengambil petunjuk dengan ilmunya sebagaimana kenyataan Allah s.w.t.:

“Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah
menambahi mereka dengan petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka
bertakwa.”
(Surah Muhammad, ayat 17)
Dalam ayat lain, Allah s.w.t. menyatakan:

“Allah akan menambah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.”
(Surah Maryam, ayat 76)
Apabila seseorang itu beramal dengan ilmu yang dimilikinya, nescaya Allah
pasti menambahkan hafazan dan kefahamannya kerana umum rman Allah
s.w.t., Allah pasti tambahkan kepada mereka petunjuk.
Semoga nota ringkas ini dapat memberi suntikan semangat kepada kita
dan para pelajar bagi menekuni ilmu dan menghafaznya dengan sebaik
mungkin. Hal ini sudah pasti mengikut tradisi para ulama terbilang sebelum
kita berijtihad dan bersungguh dalam mendapatkan ilmu.
BIBLIOGRAFI
Abdul Majid Syurnubi, Ta’liq Abdul Fattah Al-Bazam, Syarh Al-Hikam Al-
Ataiyyah, (Dar Ibn Kathir, Cetakan Keempat, 1415H/1994M).
Abi Muhammad bin Husin bin Mas’ud Al-Farra’ Al-Baghawi Al-Sya e,
Tahqiq Abdul Rahman Al-Ak dan Marwan Siwar, 1992. Tafsir al-Baghawi
Ma’alim al-Tanzil. Dar Al-Ma’rifah.
Abu Al-Hasan An-Nadwi, (Terjemahan) 10 Tokoh Yang Mengubah Dunia,
(Pustaka Ilmi, 1999M).
Ahmad Safuan Al-Karami. (terjemahan) Jangan Takut, (Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise, 1425H/2005M).
Al-Ha z Ahmad bin Ali bin Hajar, Tahqiq Muhibbuddin Al-Khatib dan
Muhammad Fuad Abdul Baqi, Fath Al-Bari, (Maktabah Al-Sala yyah,
1407H/1987M).
Al-Ha z Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani, Tahqiq Abu Al-Asybal
Ahmad Syaghif, Taqdim Bakar bin Abdillah Abu Zaid, Taqrib Al-Tahzib,
(Dar Al-Asimah, 1423H/2003M).
Al-Syahid Sayyid Qutub. 2000. Fi Zilal Al-Quran (Terjemahan). Kota Bharu:
Pustaka Aman Prees Sdn. Bhd.
Ali Akbar Velayati. 2010. Ensiklopedia Islam & Iran: Dinamika Kebudayaan
dan Peradaban yang Hidup. Jakarta: Penerbit Mizan Publika.
Ali bin Muhammad bin Habib Al-Mawardi, Ta’liq Sayyid bin Abdul Maksud
bin Abdul Rahim, Al-Nukat wa Al-Uyun Tafsir Al-Mawardi, (Dar Al-Kutub
Al-Ilmiyyah, Cetakan Pertama 1412H/1992M).
Dr. Adnan Zarzur. 2002. Rijalul Fikri wa Al-Dakwah Al-Islam. Damsyik:
Darul Qalam.
Dr. Aidh Al-Qarani, Muhammad – Seolah-olah Kamu Melihatnya, (Dar Ibn
Hazm, 1426H/2005M).
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. 2006. Petua Menjadi Manusia Pintar - Cerdas
(Terjemahan). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. 2007. Beginilah Zaman Memotivasikan Kita
(Terjemahan). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Dr. Mustafa Bugha dan Muhyiddin Misto, Al-Wa Syarh Al-Arba’in An-
Nawawiyah, (Dar al-Kathir, 1424H/2003M).
Dr. Raghib Al-Sirjani, Spiritual Reading – Hidup Lebih Bermakna Dengan
Membaca, (Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise, 1432H/2011M).
Dr. Zulki i bin Mohamad Al-Bakri. 2010. Syarh Al-Idhah Manasik Al-Hajj
wa Al-Umrah (terjemahan). Bangi: Darul Syakir Enterprise.
Dr. Zulki i bin Mohamad Al-Bakri. 2011. Fadhilat Zamzam. Bangi: Darul
Syakir Enterprise.
Dr. Zulki i bin Mohamad Al-Bakri. 2012. Imam Malik: Pengasas Mazhab
Maliki. Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu.
Dr. Zulki i Mohamad Al-Bakri, Ulul Albab: Konsep dan Pengertian Menurut
Syarak, (Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu, 1426H/2006M).
Dr. Zulki i Mohamad Al-Bakri, Pengguguran Janin: Hukum dan
Permasalahannya, (Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu, 1431H/2010M).
Dr. Zulki i Mohamad Al-Bakri, Iqra’ dalam Membentuk Manusia Hebat,
(Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,
1432H/2011M).
Dr. Zulki i Mohamad Al-Bakri. 2010. Halal dan Haram Dalam Islam.
Bangi: Darul Syakir Enterprise.
Fadhilatu Syeikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim al-
Alsyeikh, Sahih al-Bukhari - Mausu’ah Al-Hadith Al-Syarif, (Dar Al-Salam,
1421H/ 2000M).
Fadhilatu Syeikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Al-
Alsyeikh, Sunan Abu Daud - Mausu’ah Al-Hadith Al-Syarif, (Dar al-Salam,
1421H/ 2000M).
Fadhilatu Syeikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Al-
Alsyeikh, Sunan At-Tirmizi - Mausu’ah Al-Hadith Al-Syarif, (Dar al-Salam,
1421H/ 2000M).
Fadhilatu Syeikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Al-
Alsyeikh, Sunan An-Nasaie - Mausu’ah Al-Hadith Al-Syarif, (Dar Al-Salam,
1421H/ 2000M).
Hamud bin Abdullah Al-Matar, Mawaqif Mudhi’ah Hayat Al-Imam Abdul
Aziz bin Baz, (Riyadh: Dar Al-Watan li Al-Nasyr, 1999).
Ibn Qayyim Al-Jauziyah. 2008. Al-Da’ wa Al-Dawa’ (terjemahan). Johor
Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Imam Abi Abdillah Muhammad bin Zaid Al-Qazwini, Sunan Ibn Majah,
(Dar Ibn al-Haitham, 1426H/ 2005M).
Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, (Dar Ihya’ al-
Turath, 1991M/ 1412H).
Institut Kajian Hadis. 2009. Imam Al-Bukhari. Bangi: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).
Khairuddin Al-Zirikli. 1992. Al-I’lam Qamus Tarajim. Beirut: Darul Ilmi li
Al-Malayin.
Mahmud Beju, Diwan Al-Sya e wa Hikamuhu, (Damsyik: Maktabah Dar
Al-Ma’rifah).
Mohammad Subki Abd. Rahman. 2011. 33 Amalan Mendidik Anak Soleh.
Shah Alam: PSN Publications Sdn. Bhd.
Muhammad Al-Amin bin Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti, Adwa’ Al-
Bayan, (Maktabah Ibn Al-Taimiyyah, Cetakan Pertama 1408H/1988M).
Muhammad Ali Al-Sabuni, Safwah Al-Tafasir, (Dar Al-Sabuni).
Muhammad Ibrahim Al-Syaibani. 1987. Hayah Al-Albani wa Atharuhu.
Kaherah: Maktabah al Sadawi.
Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir Al-Quran Al-Hakim (Tafsir Al-Manar),
(Dar Al-Ma’rifah, Cetakan Pertama 1414H/1993M).
Sahih Muslim, (Maktabah Al-Ulum wa Al-Hikam, 1349H/ 1930M).
Salehan bin Ayub. 2003. Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Sayyid Abi Al-Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi. 2002. Rijal Al-Fikr wa Al-
Dakwah Al-Islam. Dar Al-Qalam.
Syeikh Abu al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin, Tahqiq Ma’ruf Zuraiq dan
Ali Abdul Hamid Abu Khair, Al-Risalah Al-Qusyairiah Ilmi Al-Tasauwuf,
(Dar al-Khair, 1416H/1995M).
Syeikh Abdul Halim Mahmud. 1991. Al-Fuqaha’ wa Al-Muhaddithun,
Beirut: Darul Kitab.
Sayyid Ahmad al-Hasyimi, Ta’liq Syeikh Jamil Hammud, Mukhtar al-
Ahadith Al-Nabawiyyah wal Hikam Al-Nabawiyah, (Dar Al-Turath Al-
Arabi, 1417H/1997M).
Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin. 1999. Kitab Al-Ilmi. Riyadh: Dar
Al-uraya li Al-Nasyr.
Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin. 2002. Syarh Riyadh Al-Salihin.
Darul Salam.
Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin. 2003. Syarh Hilyah Al-Talibin.
Riyadh: Maktabah Nurul Huda.
Syeikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi, Tafsir Al-Maraghi. Beirut: Dar Ihya’ Al-
Turath Al-Arabi.
Syeikh Jamaluddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi, Tahqiq
Muhammad Abdul Rahman Abdullah, Takhrij Hadis Abu Hajar, Zad Al-
Masir Ilmi Al-Tafsir, (Dar Al-Fikr, Cetakan Pertama 1407H/1987M).
Syeikh Muhammad Anwar Al-Kashmiri. 2005. Faidhul Bari Ala Sahih Al-
Bukhari. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiah.
Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir. 2003. Mukhtasar Tafsir Al-Quran Al-
Azim yang dinamakan Umdah Al-Tafsir. Dar Al-Wafa’.
Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2009. Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-
Quran & Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Yusuf Al-Qaradhawi. 2002. Ibn Al-Qaryah wa Al-Kuttab. Kaherah: Dar Al-
Syuruq.
Zahazan Mohamed. 2006. 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran:
Khasiat dan Kai at Beramal. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zahazan Mohamed. 2007. 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih. Kuala
Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulki i Mohamad Al-Bakri. 2010. Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili: Alim
Rabbani, Usuli, Faqih dan Mufassir. Bangi: Darul Syakir Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai