Anda di halaman 1dari 1

Hidup bersama bangga kerana merdeka

kita sudah sampai di lereng amat indah megah kerana bahagia


di bawah pelangi
dalam ufuk yang masih mencabar Anak anak kita bakal datang
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah tangkas dan berilmu
tenang dalam segala uji cabar dan debar dan kita dalam sejarah
kita mencari hanya yang tulen dan jati bakal syahdu dan bangga
sekata hidup mengerti dan berbudi kerana awan yang indah
lapis pelangi lebih mesra
Kita wajar mendaki lagi wajah diri dan inti peribadi kita
kena puncak yang jauh tunjang bagi kehidupan
dalam gelora dan tofan dan kemerdekaan bangsa
tak tercalar tekad kita yang sentiasa sedia belajar mengerti dan
kerana kemerdekaan mengasuh kita tekun
bersuara dalam sopan hidup bersama
yakin menyanggah musuh
tulus menambah kawan
inti tonggak dan menara kebahagiaan

Kita datang bersama anak anak yang


sedia
menyanyi sihat teguh bertekad dan
berani
mengelilingi tasik dan mendaki gunung
kita mengajar mereka
berjiwa besar dan berbakti
tanah air akan indah megah dan
bermaruah

Jika kita sentiasa mensyukuri anugerah


allah
dan bumi akan subur makmur dan
mewah
jika kita bekerja dan berikrar
hidup bersama

Tanah air memberi banyak


mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan
berbakti
dan kita sudah sampai di lereng indah
pasti tetap mendaki juga
menyanggah musuh
menambah kawan
tanpa jemu khuatir juga tanpa rawan
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu
berjalan kita atas nama tanah air dan
bangsa

Anda mungkin juga menyukai