Anda di halaman 1dari 2

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)

1983 - (Pindaan) 1998

SEKSYEN
3

KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN


Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang
disyaki sebagai penagih dadah.
2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama
tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan


dalam masa 24 jam:
1. Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
* Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin,
oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang
dinyatakan dalam bon.
* Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh
dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari
untuk menjalani ujian.

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedurprosedur ujian :


1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani
pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia
melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah


1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4,
ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah
membawa orang itu di hadapan
majistret, majistret boleh memerintahkan :
* Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat
Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh

akan menjalani jagaan lanjutan.


* Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang
Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6


(1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma
bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan
dibawa kehadapan Majistret. Majistret boleh memerintah orang itu
tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

19

Jagaan yang sah disisi undang-undang :


1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi
undang-undang.
* Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta
ini.
* Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan
Lanjutan
* Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang
melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi
undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di
kenakan denda atau penjara tidak lebih
3 tahun atau kedua-duaya.

Anda mungkin juga menyukai