Anda di halaman 1dari 3

UNDANG- UNDANG PEKERJAAN-BERKAITAN KANAK-KANAK & ORANG MUDA

AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (PEKERJAAN) 1966


Suatu Akta Bagi Mengawal Pekerjaan Kanak-Kanak Dan Orang Muda
Seksyen 1A
Kanak-Kanak adalah orang yang belum mencapai umur 14 tahun atau umur yang dinyatakan oleh Y.D.P. Agung (& diWartakan). Orang muda adalah orang yang belum mencapai umur 16 tahun.

Seksyen 2 (2)
Kanak-kanak cuma boleh melaksanakan kerja-kerja berikut: (a) kerja-kerja ringan yang sesuai dengan keupayaannya bagi pekerjaan yang dijalankan keluarganya. (b) pekerjaan hiburan awam yang mengikut syarat-syarat permit. (c) pekerjaan yang perlu dilakukannya seperti dilulus atau dianjur oleh Kerajaan dan dilaksanakan di sekolah, institusi latihan atau kapal latihan. (d) pekerjaan sebagai aprentis dibuat suatu kontrak aprentis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh. Seseorang orang muda pula boleh lakukan: (a) Semua/mana-mana (a) - (d) di atas,

(b) sebagai pembantu rumah (c) pekerjaan di pejabat, kedai, gudang, kilang, bengkel, setor, rumah tumpangan, pawagam, pementasan, kelab atau persatuan (d) pekerjaan dalam sesuatu industri yang sesuai dengan keupayaan (e) pekerjaan di kapal yang dibawah kawalan keluarga

Dengan syarat orang muda wanita hanya boleh bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan dan kelab yang dibawah pengurusan/kawalan keluarga/penjagaanya (kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh).

Seksyen 2 (5)
Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja yang berlawanan dengan Akta Kilang Dan Jentera 1967 atau Akta Elektrik 1949 atau bekerja dibawah tanah.

Seksyen 4
Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja berturutan lebih dari 6 hari.

Seksyen 5
Kanak-kanak tidak boleh : (a) bekerja dari 8 malam - 7 pagi (kecuali yang bekerja untuk hiburan awam) (b) bekerja lebih dari 3 jam berterusan tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit (c) bekerja lebih dari 6 jam sehari, atau jika kanak-kanak itu bersekolah, tidak lebih 7 jam (termasuk masa tempoh bersekolahnya) (d) untuk memulakan kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 14 jam rehat.

Seksyen 6
Orang-orang muda tidak boleh : (a) bekerja antara 8 malam hingga 6 pagi (b) bekerja berterusan lebih 4 jam tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit (c) bekerja lebih 7 jam sehari, atau jika dia bersekolah, tidak lebih 8 jam (termasuk waktu sekolah itu). Tetapi jika dia aprentis, tak boleh lebih 8 jam sehari. (d) Mula kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 12 jam rehat

Seksyen 7
Kanak-kanak atau orang muda hanya boleh bekerja di tempat hiburan awam jika: (i) dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Buruh (dengan dikenakan syarat-syarat tertentu); (ii) ianya tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan atau moral mereka itu

Seksyen 14
Mana-mana orang (iaitu ibubapa atau penjaga atau orang lain) yang melanggar Akta ini boleh di penjara tidak lebih 6 bulan atau didenda tidak lebih RM2,000.00 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, di penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM3,000.00 atau kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai