Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis


Yang Berusaha Tuan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Tuan Nek Ezar
bin Ismail, Pn Jamilah bt Kadir, Ketua Unit Pendidikan Khas, Pn Suhila bt Shohod Penolong
Pengarah Pendidikan Khas
Yang dihormati Pegawai- pegawai Pendidikan Daerah
Hakim-hakim yang dijemput khas
Tuan-tuan Pengetua Guru Besar-guru besar,
Penolong Kanan – Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Izinkan saya merakamkan serangkap pantun

Tanam selasih di tengah laman,


Usah dipinggir si bunga dedap,
Ucapan terima kasih saya ucapkan,
Sebab diberi kesempatan berucap.

Terlebih dahulu saya selaku tuan rumah dan pengelola bagi Pertandingan Memasak
Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019, mengucapkan jutaan terima kasih atas
penyertaan 14 buah sekolah dari 6 buah daerah dari Negeri Sembilan. Berikan tepukan
gemuruh pada kesemua 28 peserta yang menyahut cabaran masakan kali ini iaitu “Menu
Sihat dan Seimbang”.

Hadirin yang dihormati,

Tujuan program sebegini dilaksanakan sememangnya bagi memberi pendedahan yang lebih
meluas tentang bidang masakan. Ianya bukan semata-mata pada penyediaan hidangan itu
sendiri tapi juga tatarias penyediaan makanan agar ianya cantik di pandangan mata pihak juri
tidak ketinggalan juga pada aroma / rasa hidangan itu sendiri. Sudah tentunya semangat
kerjasama, ketahanan mental dan fizikal setiap peserta diuji semasa penyediaan makanan ini
dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini turut dicungkil
bakatnya dan ini membuka mata masyarakat di luar sana yang murid-murid ini
sememangnya mempunyai bakat dan kemahiran yang tidak boleh di pandang enteng oleh
sesetengah pihak.

Syabas diucapakan pada bakal pemenang dan amat besarlah harapan kami, agar pemenang –
pemenang ini akan mengharumkan nama Negeri Sembilan amnya, dan nama sekolah
khususnya sekiranya terlibat dalam pertandingan diperingkat yang lebih tinggi. Sekalung
penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan pada barisan Jawatankuasa Induk,
Jawatankuasa Pengelola juga Jawatankuasa Kerja yang sama-sama menggembleng tenaga,
masa mahupun wang ringgit bagi menjayakan karnival kali ini.

Hadirin yang dihormati,


Saya juga menyusun jari sepuluh memohon maaf atas sebarang kekurangan
sepanjang pertandingan ini berlangsung. Semoga akan ada komen-komen yang membina
bagi penambahbaikan pertandingan atau program sebegini pada masa akan datang. Besar juga
harapan saya, agar penglibatan dari setiap daerah akan terus meningkat pada –program yang
akan datang.

Sekian, terima kasih.


UTK KETUA SEKTOR

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis


Yang Berusaha Pengetua SMK Pancor …………………………………,
Yang dihormati Pegawai- pegawai Pendidikan Daerah
Tuan-tuan Pengetua Guru Besar-guru besar,
Penolong Kanan – Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagaimana yang tuan-tuan dan puan maklum, penyertaan bagi Karnival Masakan
ini telah membawa murid-murid Berkeperluan Khas ini ke satu tahap yang diluar jangkaan
kita. Syabas dan tahniah pada murid-murid ini juga pada guru-gurunya yang sama-sama
bertungkus-lumus dalam menyediakan murid-murid ini agar mereka dapat menyertai karnival
ini. Berikan tepukan gemuruh pada semua peserta dan guru-guru pengiring. Terima kasih
sekali lagi saya ucapkan

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Karnival sebegini sememangnya menjadi satu batu loncatan bagi MBK bagi
melebarkan sayapnya ke bidang perhotelan. Bakat dan kemahiran murid-murid ini jika
digilap dan dilatih akan membawa MBK lebih baik mahupun setanding dengan murid-murid
di aliran perdana. Jadi, jangan pandang sebelah mata atas kebolehan dan anugerah yang
dimiliki oleh murid-murid ini. Usaha ini perlu direalisasikan oleh golongan pendidik iaitu
guru-guru pendidikan khas yang mana kita tahu, guru-guru ini sememangnya tidak pernah
kenal erti jemu, erti putus asa, erti penat dalam mendidik murid-murid ini menjadi murid
yang berkemahiran tinggi. Barang diingat, kemahiran bukan sahaja pada bidang masakan
sahaja, tapi bidang pembuatan perabot, bidang refleksologi, pertanian dan ternakan supaya
akhirnya murid-murid ini mampu untuk berdikari sendiri setelah meninggalkan alam
persekolahan kelak.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Tahniah pada barisan Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola juga


Jawatankuasa Kerja yang akhirnya dapat merealisasikan karnival ini dalam masa yang agak
singkat. Sememangnya semangat kerjasama berpasukan ini yang membawa kita dapat
menjayakan pelbagai program yang telah diatur demi kebajikan dan kemajuan murid-murid
berkeperluan khas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada pemenang-pemenang yang akan ke
peringkat seterusnya. Bagi yang tidak berjaya, anda semua telah melakukan sehabis baik.
Bangga dengan pencapaian anda semua. Pastikan tingkatkan usaha pada masa akan datang.
Semoga kejayaan mengiringi Kontijen Negeri Sembilan di sana nanti.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis penutupan Karnival Kemahiran
Masakan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019. Sekian, wassalamualaikum
warahmatullah hi taala hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai