Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan bola sepak dewasa ini semakin
hari semakin meningkat dan juga mencabar. Bola sepak adalah permainan utama yang
berjaya menarik ramai penonton bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di dunia. Mutu
permainan yang memuaskan adalah antara faktor yang membawa penonton
menyaksikan permainan tersebut. Sukan bola sepak masih dianggap sebagai sukan
nombor satu dunia. Mutu permainan yang berkualiti di hasilkan oleh gabungan pemain
yang cergas dan berprestasi tinggi. Prestasi cemerlang secara individu dan
berpasukan adalah matlamat utama dalam permainan bola sepak. Seseorang pemain
dalam pasukan bola sepak akan lebih bernilai sekiranya menunjukkan prestasi yang
baik dan dalam masa yang sama mampu menyaingi tekanan dalam bola sepak tanpa
mengalami cedera.

Mereka yang telibat dalam bidang ini hanya mempunyai satu matlamat sahaja
iaitu untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan secara tidak langsung untuk
mencipta nama sebagai orang yang terpantas, terkuat, termahal, paling disegani oleh
orang ramai dan seumpamanya. Oleh itu manusia sanggup membuat apa saja dan
menggunakan pelbagai cara untuk mencapai hasratnya itu. Tetapi mereka lupa akan
tahap kemampuan tubuh badan mereka yang mempunyai had-had tertentu. Jika
melebihi had-had tertentu itu maka akan berlakulah apa yang dikatakan sebagai
ketidakstabilan fungsi tubuh badan. Ketidakstabilan yang dimaksudkan ialah seperti
terjejas koordinasi mental dengan perlakuan anggota dan sebagainya. Dalam arah
menuju pencapaian matlamat yang telah ditetapkan kadangkala seseorang harus
mengharungi berbagai rintangan dan juga komitmen. Antara rintangan-rintangan dan
komitmen-komitmen yang dimaksudkan ialah seperti komitmen pekerjaan, kesukaran
mendapat cuti, masalah keluarga, komitmen masa latihan, penglibatan politik dan tidak
ketinggalan juga masalah kecederaan. Di antara halangan-halangan yang tersebut tadi,
kecederaan yang paling digeruni dan ditakuti oleh ahli-ahli sukan. Jika berlaku
sebarang kecederaan, ini bererti atlit tersebut akan menghadapi kesukaran untuk
meningkatkan prestasi khasnya dan sukar untuk mencipta nama amnya. Di antara
kecederaan yang sering berlaku dalam bidang sukan ataupun permainan ialah di
bahagian lutut. Ini diikuti pula dan kecederaan di bahagian pergelangan kaki dan
seterusnya di bahagian-bahagian anggota badan yang lain. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh Neuman (1969) telah menganggarkan bahawa risiko untuk tercedera di
bahagian lutut ialah sebanyak 31.0%. Manakala Deverequz dan Lachmant (1983),
mereka mendapati bahawa risiko untuk menerima kecederaan di bahagian lutut sahaja
dalam kesemua jenis permainan dan sukan ialah sebanyak 23.3%. Pengkaji-pengkaji
lain yang telah memberi pandangan yang sama dalam hal ini ialah Orawan dan
Puranen (1978) sebanyak 28.7%, Kvist dan Jarvinen (1980) yang menganggarkan
risiko sebanyak 28.1%, serta Galaska (1980) sebanyak 24.2%. 3

Terdapat juga kajian-kajian yang telah menunjukkan bahawa risiko kecederaan


di bahagian lutut di kalangan ahli sukan adalah lebih tinggi terutamanya bagi mereka
yang melibat diri dalam aktiviti latihan. Pengkaji-pengkaji seperti James (1978)
melaporkan bahawa kadar kecederaan di bahagian lutut ialah 29.0%, Pangliono dan
Jackson (1980) sebanyak 30.0%, Gudas (1980) sebanyak 30.8%, dan Clement (1981)
sebanyak 41.7%. Jika dilihat dari data-data yang telah dikemukakan oleh para pengkaji
di atas, fenomena kecederaan di bahagian lutut adalah satu perkara yang
membimbangkan. Malah kadar kecederaan agak tinggi di bahagian lutut jika
dibandingkan dengan kadar kecederaan di bahagian-bahagian lain. Satu kajian telah
dibuat oleh Pusat Rawatan Sukan di Turku, Helsinki, di mana seramai 2762 ahli sukan
telah dimasukkan ke pusat tersebut sebagai pesakit luar dari tahun 1976 hingga tahun
1984 daripada angka tersebut, 32.0% iaitu seramai 886 orang pesakit tersebut, seramai
697 orang adalah lelaki manakala yang bakinya adalah wanita. Kecederaan di bahagian
lutut boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada atlit-atlit jika tidak diberi perhatian
yang sewajarnya. Ini boleh menurunkan tahap prestasi mereka dan juga penglibatan
mereka dalam bidang sukan. Risiko berlakunya jenis permanian atau sukan yang
diceburi. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa pengkaji barat seperti Um
Kujala, et al. (1986) menunjukkan bahawa kadar berlakunya kecederaan di bahagian
lutut mengikut jenis permainan adalah seperti dalam jadual 1.1 di bawah,

Jenis Permainan Kadar Kecederaan

Bola Sepak 20.0%


Bola Tampar 11.6%
Pelari Maraton 13.1%
Orienteering 7.6
Hoki ais 7.2
Jadual 1 Peratusan kecederaan di bahagian lutut mengikut jenis permainan.

Terdapat berbagai-bagai jenis kecederaan di bahagian lutut. Mengikut Um, Kujala, et


al. (1986) mereka telah menjelaskan bahawa jenis kecederaan yang utama yang
berlaku di bahagian lutut adalah seperti dalam jadual 2. Dalam kajian mereka, dapati
bahawa peringkat umur purata yang sering mengalami masalah di bahagian lutut ialah
20.8 tahun.

Jenis Kecederaan Kadar Kejadian

Apisitis patella 20.4%


Sindrom Osgood – Schlatter 10.1%
Konaropati patella 10.0%
Kecederaan ligamen 9.0%
Terkoyak meniskus 6.9%

Jadual 2 : Kadar kejadian jenis-jenis kecederaan yang boleh menimpa bahagian lutut.

Dalam kajian tersebut, didapati kecederaan di bahagian lutut adalah disebabkan oleh
beberapa lakuan yang kerap dilakukan. Lakuan-lakuan tersebut sering digunakan
dalam sesuatu permainan. Lakuan-lakuan yang dimaksudkan ialah seperti dalam
Jadual 3.

Jenis Lakuan Kadar Kecederaan


‘Blocked’ 30.0 %
‘Tackled’ 21.0 %
‘Blocking’ 14.0 %
‘Tackling’ 8.0 %
‘Clipped’ 6.0 %

Jadual 3 Jenis-jenis lakuan yang boleh mencederakan bahagian lutut dan kadar
kecederaan yang disebabkan olehnya.
Semasa bersukan atau bertanding, prestasi merupakan salah satu faktor yang harus
diberi perhatian sepenuhnya. Jika atlit mempunyai tahap prestasi yang baik, sedikit
sebanyak ia boleh menentukan kejayaan dan juga kecemerlangan atlit tersebut.
Pelbagai cara sering dilakukan untuk memperolehi kemahiran dan tahap prestasi yang
tinggi sebelum sesuatu pertandingan diceburi. Latihan yang menggunakan daya fizikal
yang optimum hinggalah ke latihan yang bercorak mental diatur dan digunakan supaya
ianya dapat memajukan atlit ke suatu tahap yang dihajati. Ini adalah kerana kerap kali
kejayaan seseorang itu dikaitkan dengan pencapaian prestasinya. Jika kecederaan
boleh menggugat peningkatan prestasi seseorang, maka haruslah dihayati dengan
serius cara-cara untuk menghadkan risiko berlakunya sebarang kecederaan.

Terdapat beberapa bukti yang pernah diutarakan mengenai perkaitan kecederaan di


bahagian lutut dengan penurunan prestasi atlit. Ini tidak dapat dinafikan selepas
berlakunya kecederaan, ada atlit yang berhenti terus dan tidak melibatkan dari secara
cergas dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku kecederaan di bahagian sendi
lutut kerana sendi merupakan bahagian yang terpenting dalam proses pergerakan
tubuh badan manusia. Jika berlaku kecederaan, sudah tentulah akan terdapat
ganguan-ganguan ke atas pergerakan yang akan dilakukan di pergelangan tersebut.

1.1 Latar Belakang Masalah

‘Sekiranya kita dapat memberikan setiap individu khasiat dan senaman dalam jumlah
yang seimbang, tidak terlalu sedikit dan tidak pula terlalu banyak, kita akan menemui
cara yang paling selamat untuk kesihatan”. (Hippocrates 460–377 S.M).

Kata-kata pujangga ini telah dipetik pada dua puluh lima abad yang lepas
mengenai bersukan, dan kini ianya menjadi kenyataan di mana sukan telah pun
diterima dengan luasnya di seluruh dunia sebagai salah satu cara membuat seseorang
individu itu cergas. Minat yang mendalam akan menggalakkan penceburan seseorang
itu dalam sukan sebagai salah satu aspek ke arah corak kehidupan yang sihat.
Bagaimanapun, perlulah diingatkan bahawa kecergasan tidak boleh menyumbangkan
ke arah kecergasan hanya apabila ianya mengambilkira ke atas senaman atau latihan
yang tetap ‘regular basic’ dan disokong oleh amalan pemakanan yang baik. Atlit-atlit
merupakan orang yang selalunya berada di tahap kecergasan fizikal yang tinggi serta
sentiasa membuat persediaan sebelum sesuatu perlawanan atau latihan. Namun begitu
dengan tidak mengambilkira peringkat atau taraf, samada atlit tempatan atau pun atlit
luar negara, kecederaan semasa bersukan masih berlaku dan sukar untuk dielakkan.
Kebanyakan kecederaan sukan adalah ringan dan secara keseluruhannya tidak
menghalang atlit daripada meneruskan kerja-kerja sehariannya (Peter dan Renstrom,
1986). Semakin ramai orang yang mula memberi perhatian yang serius terhadap
aktiviti-aktiviti sukan dan pada mereka kecederaan itu mestilah dirawat dengan baik dan
berkesan supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sukan tersebut secepat mungkin
boleh. Kecederaan sukan berlaku akibat dari aktiviti fizikal yang dilakukan samada
untuk tujuan rekreasi mahupun yang bercorak professional. Kecederaan ini mungkin
berlaku disebabkan oleh kemalangan atau pun lebihan lasak ‘over use’ dan kecederaan
ini tidak semestinya berbeza daripada kecederaan yang bukan berbentuk sukan (Peter
dan Restrom, 1986). Setengah kecederaan sukan adalah ringan di mana rawatannya
boleh dilakukan sendiri, ada pula yang cedera parah serta memerlukan rawatan khas
dan rapi manakala ada juga kecederaan yang sangat parah dan boleh membawa maut.

Memandangkan kebanyakan daripada kecederaan boleh dicegah maka langkah-


langkah keselamatan yang telah ditentukan perlulah diikuti umpamanya membuat
regangan otot, longgarkan sendi dan memanaskan badan ‘warmup’sebelum
memulakan aktiviti serta memulihkan badan ‘warm down’ selepas tamat permainan
atau aktiviti (Kulund, 1982). Bagaimanapun kecederaan tetap berlaku kerana ‘malang
tidak berbau’. Di antara kecederaan sukan yang paling banyak berlaku ialah
kecederaan di bahagian lutut. Ini adalah disebabkan pembentukan secara anatominya
yang melibatkan sendi, tendon, otot dan ligamen yang kompleks. Mengikut Welss dan
Luttgens (1976), sendi lutut mudah cedera berbanding sendi lain dalam badan.
Terdapat dua faktor utama kenapa sendi lutut mudah cedera. Faktor pertama ialah iaitu
sendi lutut mempunyai struktur yang kompleks dan kedudukanya terletak di tengah-
tengah pinggang dengan tapak kaki. Faktor seterusnya ialah sendi lutut merupakan
kombinasi sendi engsel dengan sendi gelangsar. Garrick (seorang ahli bedah ortopedik)
telah menyatakan dalam ‘The Phsician and Sport-Medicine’ (1985) daripada 10,271 kes
kecederaan telah dirawat, kira-kira separuh daripadanya adalah disebabkan oleh
lebihan lasak. Masalah lebihan lasak ini melebihi kecederaan akut ‘acute’ tennis, luncur
ais ‘figure skating’ dan senamrobik. Manakala kecederaan akut adalah lebih kerap
berlaku pada sukan meluncur salji, bola keranjang, bola sepak Amerika dan bola sepak.
Beliau menambah lagi bahawa lutut merupakan kawasan anatomi yang paling kerap
tercedera di antara sembilan jenis sukan iaitu bola keranjang, tarian, bola sepak
Amerika, gimnastik, larian, luncur salji, bola sepak, tennis dan luncur ais. Sukan yang
paling tinggi sekali mendapat kecederaan lutut ialah luncur salji dan diikuti dengan bola
sepak dan bola sepak Amerika.

Berdasarkan kepada pernyataan-pernytaan tersebut maka dapatlah kita


bayangkan bahawa bahagian lutut merupakan anggota yang penting untuk dijaga. Bagi
pemain-pemain bola sepak kecederaan lutut akan menyebabkan pergerakan mereka
terhad di mana ianya boleh memberi kesan yang buruk ke atas prestasi dan malah jika
kecederaan mereka parah, mereka terpaksa merehatkan diri daripada latihan atau
perlawanan yang telah dirancangkan. Solukun (1994) menyenaraikan punca berlaku
kecederaan. Antaranya keletihan, prestasi rendah, ketidak seimbangan kekuatan otot,
kekurangan kemampuan kaki, kurang kemampuan bergerak di sendi dan kurang
memanaskan badan yang menyebabkan atlit tidak mampu bersaing. Selain itu aspek
psikologi juga memainkan peranan terhadap kecederaan. Tahap kebimbangan,
tekanan, ketegangan dan kemarahan atlit boleh membawa kepada kecederaan juga.
Solukun (1994) pula menyatakan bahawa sukan bola sepak merupakan sukan yang
melibatkan sentuhan (contact) yang memerlukan gerakan yang laju, kasar, dinamik,
robus boleh menyebabkan atlit cedera.

1.2 Pernyataan Masalah Masalah

Masalah kecederaan dan prestasi permainan yang rendah dikalangan pemain


bola sepak yang telah dipilih untuk mewakili sesuatu pasukan elit seringkali
mengganggu persediaan jurulatih atau aturan pasukan yang telah dirancang dengan
teliti pada peringkat awal. Jurulatih dan pengurus pasukan memerlukan pemain yang
dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mengalami kecederaan yang
minimum untuk terus memberikan saingan dalam pertandingan yang dijalankan. Kajian
yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah pembedahan
yang dijalankan di bahagian lutut mempengaruhi prestasi sukan pemain bola sepak
yang diceburi. Jika benar pembedahan mempunyai kesan sampingan, perlukah dibuat
satu garis panduan atau pun senaman kepada pemain bola sepak supaya mereka
mengambil langkah-langah tertentu untuk mencegah kecederaan. Kepentingan ini
adalah lebih ketara lagi di kalangan pemain bola sepak Malaysia demi untuk
meningkatkan lagi kemampuan atau kemajuan sukan di Malaysia. Jika betul
pembedahan boleh meninggalkan kesan ke atas prestasi, bolehkah dicadangkan
rawatan alternatif.

1.3 Objektif Kajian


Di dalam kajian ini, beberapa objektif telah digariskan sebagai garis panduan
penguji untuk menjalankan kajian. Beberapa objektif yang telah difikirkan perlu
adalah seperti berikut:

i. Membandingkan prestasi pemain bola sepak yang mengalami pembedahan


lutut sebelum dan selepas pembedahan.

ii. Mengenalpasti k

iii. kesan-kesan sampingan ke atas pemain yang menjalani pembedahan lutut.

iv. Mengenalpasti rawatan pemulihan yang diambil.

KECEDERAAN ACL
KECEDERAAN ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang
sewaktu aktiviti sukan. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras
dan menukar arah secara tiba- tiba.

DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat
peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi
pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang-
gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan
sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak
hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan
yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang
diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL),
ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral
posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan
sebagai penstabil lutut statik.

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut
berfungsi sebagai penstabil lutut.

Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan
tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling
kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat


Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu
Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap
individu.

Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di
dalam badan kita.
Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan
pada ACL seseorang itu perlu dirawati?

Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan
kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil
untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah
larian ketika berlari (cutting).

Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-
simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut, ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?

Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan
pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact.

Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah
secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian
dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi,
bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain.

Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula sewaktu


mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini
akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak,
katanya.

Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti
sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang
melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.

Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang
mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri
atau kanan pemain tersebut.

Lelaki atau perempuan?

Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat
kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan
bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan
ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet
wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan
intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini.

Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis
sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas
berbanding dengan jenis sukan atlet wanita.

Tanda-tanda kecederaan ACL

Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan


kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi pop dari lutut yang
berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan
membengkak dengan agak mendadak.

Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba


memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu,
pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan
semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar
seolah-olah seperti akan tercabut, jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan
atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku
dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera


adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan
atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.

Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran
membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan
ketidakselesaan pada lutut.

Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?

Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di
atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan
kecederaan yang dialami.
Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan
prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh
pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-
kecederaan sampingan.

Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik
yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga
kecederaan ligamen-ligamen lain.

Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan

Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera
dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan.

Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat
penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula,
keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali
kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.

Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul
untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat.
Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen
mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu
bermain.

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat
dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL.

BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?

ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-
sebab tersebut di bawah:

1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan
menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL
tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL

2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh
antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL
tersebut
3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan
pemulihan secara semula jadi.

Perlukah saya menjalani sinar-X atau MRI?

Ujian sinar-X adalah perlu untuk memastikan tiada keretakan atau kepatahan kepada
tulang di sekitar lutut. Ia juga berupaya memberikan gambaran tentang kemungkinan
kecederaan rawan.

Selalunya bagi kecederaan ACL, sinar-X akan kelihatan normal selain terdapat
gambaran pembengkakan pada lutut. Bagi ujian MRI (pengimejan resonans magnetik)
pula, adalah tidak mandatori dilakukan kerana diagnosis kecederaan ACL boleh
diperoleh secara pemeriksaan klinikal.

Hanya bagi kes-kes yang kurang pasti kerana kesukaran pemeriksaan (kesakitan amat
sangat) atau terdapat kecederaan-kecederaan lain seperti kecederaan meniskus akan
dapat dilihat dengan jelas melalui pemeriksaan MRI.

Rawatan

* Peringkat awal: Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah
dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera
dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat
boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut


adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut
berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan: Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang
sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara
kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam
minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat
pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.
* Peringkat lanjutan: Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik
menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction).
Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam
melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan
ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut)
bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang.
Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah
bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp…


© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai