Anda di halaman 1dari 5

Mengeratkan Hubungan Masyarakat(AYAT)

1. Kita boleh mengeratkan hubungan dalam masyarakat dengan menyertai program derma darah dan boleh
menyelamatkan orang yang memerlukannya.

2. Kita mestilah menyertai aktiviti gotong-rotong untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan kawasan akan
menjadi bersih.

3. Kita boleh mengeratkan hubungan sesama masyarakat dengan menyertai program sambutan Hari Kemerdekaan dan
dapat menanamkan semangat patriotik.

4. Kita boleh melawat jiran yang sakit untuk mengeratkan hubungan dalam masyarakat dan dapat mengurangkan tekanan
jiran yang sakit.

5. Aktiviti sukaneka yang dijalankan di kawasan perumahan akan mengeratkan hubungan dan dapat mengisi masa lapang
dengan perkara berfaedah.

Amalan berjimat cermat

1. Kita boleh mengamalkan amalan berjimat cermat dengan menutup paip air dengan ketat selepas digunakan agar tidak
ada air yang menitis dan menyebabkan pembaziran.

2. Kita hendaklah membawa bekal makanan ke skolah sebagai amalan berjimat cermat dan boleh menyimpan lebihan
wang saku ke dalam tabung.

3. Kita mestilah menggunakan air dengan cermat semasa membasuh basikal agar tidak membazirkan air.

4. Kita boleh mengamalkan amalan berjimat cermat dengan menutup suis kipas jika tidak digunakan agar dapat
mengurangkan bil elektrik.

5. Kita haruslah mengamalkan amalan berjimat cermat dengan menyimpan lebihan wang saku agar boleh digunakan pada
masa hadapan

Suasana ketika sambutan hari lahir

1. Zi Sam dan abangnya menghiaskan ruang tamu dengan belon yang berwarna –warni.

2. Abang Zi Sam memetik gitar semasa tetamu menyanyikan lagu hari lahir.

3. Zi Sam meniup lilin di atas keknya selepas tetamu habis menyanyikan lagu hari lahir.

4. Kakak Zi Sam membantu ibunya menghidangkan makanan di atas meja.

5. Para tetamu menikmati makanan yang disediakan oleh ibu Zi Sam sambil berbual-bual.

Suasana di sebuah restoran

1. Seorang pelayan perempuan sedang mencatatkan pesanan makanan yang dipesan oleh pelanggan

2. Cik Liana berjalan sambil menatang sedulang minuman yang dipesan Encik Wong.

3. Encik Tan mengelap meja sambil mengutip pinggan mangkuk yang kotor.

4. Seorang penyambut tetamu restoran itu menyambut kedatangan pelanggan dengan mesra di pintu masuk restoran.

5. Encik Chew sedang menghulurkan wang untuk membuat bayaran kepad juruwang di kaunter bayaran.
Persediaan menyertai pertandingan sukan

1. Kita boleh membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan sukan dengan mendapatkan tidur yang
cukup agar kita berasa cergas semasa hari pertandingan.
2. Kita boleh membaca buku tentang undang-undang permainan yang akan kita sertai sebagai persediaan
menghadapi pertandingan agar kita lebih memahami undang-undang pertandingan.
3. Kita boleh membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan sukan dengan makan makanan yang
seimbang agar kita mendapat tenaga untuk bertanding.
4. Kita mesti melakukan regangan badan sebelum bertanding dalam pertandingan sukan agar tidak mengalami
kekejangan semasa bertanding.
5. Kita boleh membuat persediaan dengan menonton perlawanan sesuatu pertandingan agar kita mengetahui
teknik untuk memenangi pertandingan.

Cara-cara mengisi masa lapang (ULASAN)

Gambar ini menunjukkan cara-cara mengisi masa lapang. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk
mengisi masa lapang.

Antaranya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan membaca pelbagai bahan bacaan untuk
menambahkan ilmu pengetahuan. Seterusnya, kita boleh meringankan beban kerja ibu bapa kita dengan cara
membantu mereka pada masa lapang seperti menyapu lantai, mencuci pinggan, melipat baju dan sebagainya.
Selain itu, kita juga boleh bersukan pada waktu lapang. Kita boleh bermain badminton, berjoging atau bermain
bola apabila kita selesai membuat kerja-kerja sekolah. Akhir sekali, kita juga boleh berkebun pada hujung minggu.
Kita boleh menanam sayur-sayuran dan pokok-pokok bunga.

Kesimpulannya, kita mestilah mendisiplinkan diri supaya menghargai masa. Oleh itu, uruslah masa
dengan bijak.

Langkah-langkah berjimat cermat

Gambar di atas menunjukkan langkah-langkah berjimat cermat. Pelbagai langkah boleh kita lakukan untuk
memupuk amalan ini.

Antaranya, kita menggalakkan orang ramai menabung sama ada di dalam tabung ataupun di dalam bank.
Cara ini amat berkesan kerana wang ini dapat digunakan apabila kita memerlukannya. Selain itu, kita juga perlu
berjimat cermat dalam penggunaan air. Air merupakan sumber yang amat penting untuk digunakan semasa
memasak, menyiram pokok bunga, mencuci, mandi dan sebagainya. Akhir sekali, kita juga harus menjimatkan
penggunaan elektrik supaya tidak boros dan menyebabkan kita membayar bil elektrik yang tinggi. Padamkan
lampu dan menutup suis semua peralatan elektrik apabila kita tidak menggunakannya.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat amat diperlukan agar dapat menjamin masa depan kita yang
selesa.

Suasana perpustakaan

Perpustakaan merupakan gedung ilmu kerana terdapat banyak buku di perpustakaan. Terdapat pelbagai aktiviti
yang boleh kita lakukan semasa berada di dalam perpustakaan.

Pada pendapat saya, kita mestilah senyap ketika berada di dalam perpustakaan agar tidak mengganggu
orang lain. Seterusnya, kita perlulah beratur ketika meminjam buku supaya keadaan terkawal dan berdisiplin.
Selain itu, kita hendaklah menyusun buku yang telah diambil agar kelihatan teratur. Di samping itu, kita boleh
menggunakan komputer dan membuat latihan untuk menambahkan pengetahuan.

Kesimpulannya, kita digalakkan mengunjungi perpustakaan kerana pelbagai aktiviti boleh kita lakukan di
samping mendapat pelbagai faedah.
Punca berlakunya kemalangan jalan raya

Gambar di atas memaparkan tentang punca –punca berlakunya kemalangan jalan raya. Terdapat banyak punca
berlakunya kes kemalangan jalan raya.

Antara punca berlakunya kes kemalangan ialah memandu dengan laju. Hal ini disebabkan sikap pemandu
yang sering memandu melebihi had laju. Seterusnya, pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk juga
boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan pemandu tertidur dan gagal
mengawal kenderaan mereka dengan baik. Selain itu, masalah jalan raya yang berlubang dan rosak juga
merupakan punca berlakunya kemalangan. Akhir sekali,kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga
menjadi punca kes kemalangan jalan raya berlaku.

kesimpulannya, kita mestilah menjadi pemandu yang berhemah agar kes kemalangan dapat dikurangkan.

KARANGAN

 Bercuti di kampung (musim buah-buahan/di dusun)


 Mendapat ajakkan daripada kawan untuk bercuti di kampung pada musim buah-buahan
 Sambutan hari jadi(sambutan Hari Guru)
 Aku sebuah…………
 Pengalaman menyertai lawatan sambil belajar
 Aktiviti gotong-royong
 Kepentingan murid-murid mematuhi peraturan sekolah
 Menjaga kebersihan sekolah tanggungjawab bersama
 Perpustakaan sekolah saya
 Menghadiri majlis perkahwinan
 Hari sukan

Majlis perkahwinan

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu saya di kampung.
Kami bertolak ke sana sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlansung, saya melihat saudara-mara sibuk bergotong royong
membuat pelbagai persiapan. Kaum lelaki dan wanita sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan
dihidangkan kepada para jemputan dan rombongan pengantin lelaki. Ada yang mengacau kari, memotong sayur,
menggoreng ayam dan sebagai.

Pelbagai juadah istimewa disediakan oleh penduduk kampong secara bergotong-royong. Mereka melakukan
kerja dengan bersungguh-sungguh seperti bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Pelbagai
peringkat umur bekerjasama menyediakan makanan untuk tetamu. Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak,
saya membantu saudara-mara menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Menjelang tengah hari, tetamu
dan jemputan tiba untuk menikmati hidungan. Suasana ketika itu sangat sibuk. Ayah dan pak long tidak menang
tangan melayan para tetamu yang datang bersalaman dan mengucapkan tahniah.

Kira-kira pada pukul 2.00petang, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Ketibaan mereka disambut dengan
paluan kompang dan pertunjukan seni silat. Kemudian, kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin. Suasana
ketika itu sungguh meriah. Saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama pengantin.

Selepas jam 4.00 petang, majlis perkahwinan pun tamat. Saya dan saudara-mara yang lain membantu
mengemas meja, pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan dapat dokemas dan dibersihkan sebelum malam
menjelang. Walaupun saya berasa sangat penat, namun saya berasa seronok kerana dapat menyaksikan satu
perkahwinan yang sangat meriah.
Bagai Aur dengan Terbing(aktiviti bergotong –royong)

Pada pukul 7.45 pagi, semua ibu bapa berkumpul di hadapan sekolah dengan membawa peralatan untuk
membersihkan kawasan sekolah. Mereka membawa cangkul, parang, pongkes , kereta sorong dan lain-lain.

Tepat jam 8.00 pagi, Guru Besar menyampaikan taklimat berkaitan program kempen kebersihan itu.
Beliau berharap semua warga sekolah dapat berganding bahu dengan ibu bapa bagi menjayakan kempen tersebut.
Beliau juga menegaskan bahawa amalan kerjasama bagai aur dengan terbing patut dikekalkan.

Kemudian, semua peserta pun mula menjalankan tugas masing-masing. Mereka bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Yi Sheng, Jia Jun, Khai Zher dan Khai Yi sibuk membersihkan kawasan padang
sekolah manakala rakan-rakan yang lain membersihkan tandas dan kelas.

Setelah penat membersihkan kawasan sekolah, semua ibu bapa dan murid dijemput ke kantin untuk
berehat sambil menjamu selera. Pelbagai juadah istimewa dihidangkan untuk para ibu bapa. Kesempatan itu,
guru-guru sempat berbual mesra dengan ibu bapa yang hadir.

Guru Besar memuji ibu dan bapa yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama menjayakan
kempen kebersihan ini. Beliau berasa sungguh besar hati apabila keadaan sekolah bertambah indah dan anak-
anak murid dapat belajar dengan selesa. Peribahasa bagai aur dengan terbing sangat bersesuaian dengan sikap
ibu bapa dengan guru-guru dalam menjayakan program kempen kebersihan ini.

Bercuti di kampung – musim buah-buahan

Musim buah-buahan telah tiba. Kami sekeluarga tidak sabar untuk pulang ke kampung. Apabila tiba cuti hujung
minggu, kami pun pulang ke kampung.

Datuk saya ada sebidang dusun buah-buahan. Pelbagai jenis pokok buah ditanamnya untuk cucu-cucu
kesayangan. Ada pokok rambutan, langsat, manggis, ciku dan mangga memenuhi ruang dusun datuk saya.

Pada kali ini, dusun datuk saya dipenuhi buah rambutan yang kemerahan. Pokok rambutan berbuah lebat
hingga ke hujung dahan. Saya teringin memanjat pokok rambutan itu sambil menjamah buah-buah rambutan di
dahan pokok.

Selepas kami meletakkan barang-barang di pondok dusun itu, datuk pun mengajak kami mengutip buah
rambutan. Ayah sibuk memangkas ranting-ranting pokok rambutan manakala ibu berbual-bual dengan nenek sambil
mengopek buah rambutan.

Saya berasa sungguh puas dapat panjat pokok rambutan sambil makan buah rambutan yang manis rasanya.
Kadangkala terasa air buah rambutan yang manis mengalir di dalam mulut. Buah rambutan datuk memang terkenal
di kampung kerana rasanya yang manis dan jarang dimakan ulat.

Setelah selesai mengutip buah rambutan, kami berehat di pondok sambil berbual-bual. Masing-masing
memulas buah rambutan, ada juga yang menokak buah rambutan lalu makan sepuas-puasnya. Saya berasa sungguh
gembira menikmati buah-buahan tempatan negara kita sambil merapatkan hubungan kekeluargaan.
Pengalaman ke Dusun buah-buahan

Setiap hari aku berjalan kaki pulang dari sekolah. Jarak dari rumahku ke sekolah kira-kira 1 kilometer. Kadangkala,
aku pulang dari sekolah bersama-sama teman-temanku.

Apabila tiba musim buah-buahan, aku berasa sangat sedih. Sepangjang perjalanan aku pulang dari sekolah,
aku akan menemukan pokok-pokok yang berbuat lebat. Aku teringin untuk menikmati keenakkan buah-buahan
tersebut.

Pada suatu hari, jiranku mengajak aku ke dusun datuknya yang terletak di hujung kampong. Aku pun
meminta izin daripada ibu dan ayah. Kemudian, kami pun pergi bersama-sama dengan menunggang basikal.

Setelah kami sampai, datuk Aiman menunggu kedatangan kami dengan tangan terbuka. Beliau menjemput
kami duduk di bangsalnya sambil menikmati buah rambutan dan langsat. Aku pun menjamah buah-buah itu dengan
lahap seperti Sang Buaya mendapat makanan.

Selepas menikmati buah-buahan itu, kami sempat membantu datuk Aiman mengait buah rambutan. Datuk
Aiman seorang peniaga buah-buahan yang terkenal. Di samping menjual buah-buahan, datuk Aiman seorang penjual
yang peramah serta baik hati.

Tanpa kami sedari, hari mula beransur petang. Aku dan Aiman pun meminta diri untuk pulang. Aku berasa
sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana hajatku tercapai jua akhirnya.

Kelebihan Menyertai Kokurikulum

Selamat pagi saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada pengerusi majilis, barisan panel hakim,
guru-guru dan murid-murid. Saya akan menyampaikan sebuah syahan yang bertajuk “ kelebihan Menyertai
Kokurikulum”

Kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalanlkan di luar kelas dan waktu sesi persekolahan. Aktiviti
kokurikulum akan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menyertai aktiviti
pada hari sabtu atau cuti sekolah.

Saudara dan saudari,

Aktiviti kokurikulum boleh menambah ilmu pengetahuan kita. Kita boleh memperoleh pelbagai
pengetahuan seperti ilmu perhutanan dan ilmu memasak. Kesannya, kita boleh menggunakan ilmu
pengetahuan tersebut semasa menjawab soalan peperiksaan.

Aktiviti kokurikulum juga boleh mengeratkan hubungan antara murid. Aktiviti kokurikulum seperti
perkhemahan, pengembaraan dan pertandingan merupakan aktiviti berpasukan. Kesannya, hubungan ahli
pasukan akan bertambah erat dan mesra.

Aktiviti kokurikulum juga boleh meningkatkan kemahiran murid. Murid-murid akan dilatih menjadi
seorang murid yang berwibawa dan berkeyakinan. Kesannya, murid akan lebih bersedia dan yakin untuk
menghadapi sesuatu perkara pada masa akan datang.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum mempunyai banyak faedah kepada kita. Lantaran itu, marilah
kita menyertai aktiviti kokurikulum. Sekian terima kasih.

 Hari sukan sekolah kamu

Anda mungkin juga menyukai