Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH HAL

EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM TAHUN 2018

Terima kasih saudara pengerusi majlis,


- Yang Berusaha Tuan Mohd Firdaus bin Harun, Wakil Rasmi
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

- Yang Berusaha Tuan Mohd faisol bin Zaini, Penolong Pengarah


Operasi, Pendidikan Islam Elektif, Sektor Pendidikan Islam Negeri
Sembilan

- Yang Dihormati Tuan Ros Saifullizam bin Yahya, Wakil Rasmi


Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Jempul
Jelebu.

- Yang Berusaha Tuan Ahmad Shahrir B Abdul Ghani, Pengetua


SMA Dato’ Haji Tan Ahmad

- Yang Berusaha En Badrul Hisham b. Abu Bakar, Yang Dipertua


PIBG SMA Dato’ Haji Tan Ahmad

- Yang Berusaha Tuan Zolkeple b. Abdul Ghani, Ahli Majlis Daerah


Jelebu.

- Yang Dihormati Tuan Inspektor Abu Anas b. Ramli, Pegawai Mesra


Sekolah, IPD Jelebu

- Yang Dihormati Wakil Rasmi Ketua Balai Polis Simpang Durian

- Yang Dihormati Tuan Mohammad bin Maarof, Wakil Risda Negeri


Sembilan, Stesen Kuala Klawang

- Yang dihormati barisan pengetua-pengetua dan guru-guru besar


daerah jempol jelebu

- Barisan Penolong-penolong Kanan,

- Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

- Guru-guru

- Ahli Jawatankuasa PIBG, para pelajar, hadirin dan hadirat


sekalian.
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita
bersama-sama menghadiri “Majlis Anugerah Kecemerlangan
Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum SMA Dato’ Haji Tan Ahmad,
bagi tahun 2018. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya
menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis seperti ini
amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya
memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan
ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan,
keperibadian dan kokurikulum akan diberikan anugerah
sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Selain memberi
pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat
kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian
masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, memberi
penekanan dalam bidang sukan dan kokurikulum serta
penerapan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) dalam
kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah
sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan
berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai
-nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan
moral serta semangat perpaduan, inilah yang akan memberi
petunjuk dan pedoman kerana ia mengandungi nilai yang baik
untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh
cabaran.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan
mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat
dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif.
Dengan ini, SMA Dato’ Haji Tan Ahmad akan dapat melahirkan
generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki
semangat perpaduan dan semangat kesukanan, mencakupi
pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai
bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang
dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang
seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi,
berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik
malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah
dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMA Dato’ Haji Tan
Ahmad lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko-
akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta
dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa
serta komuniti terhadap sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
yang telah menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah pada hari ini.
Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan
mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan
yang akan diceburi.
Jika murid mendengar kata
Tidak guru berkata cela
Jika ibu bapa bekerjasama
Tidaklah anak berdukacita

Jika kita seia sekata


Tiada timbul sengketa
Jika seiring kita berusaha
Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan


lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang
Maha pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN ‘Hari
Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum’
SMA Dato’ Haji Tan Ahmad bagi tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai