Anda di halaman 1dari 2

Yang Berusaha,

Yang dihormati guru-guru,

Yang dikasihi murid-murid sekalian.

Setiap tahun, beberapa hari menjelang 31 Ogos, pelbagai persiapan dilakukan untuk
meraikan ulang tahun kemerdekaan negara buat kali ke-62. Dari peringkat kampung
hingga peringkat kebangsaan , semua akan turut menyambut hari gemilang ini.
Semangat patriotic atau cinta akan negara dalam jiwa dan raga setiap rakyat
mendadak dengan tidak sabarnya untuk meraikan ulang tahun kemenangan
meraikan penjajah.

Namun, dewasa ini kelihatan semangat patriotic semakin luntur dalam kalangan
masyarakat. Hal ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat
yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Lebih kronik, mereka hanya
menganggap hari kebangsaan sebagai hadiah cuti daripada urusan kerja semata-
mata. Oleh itu, pelbagai usaha wajib disemai untuk meningkatkan semangat
patriotisme.

Antaranya, kibar jalur gemilang. Jalur gemilang adalah antara simbol negara
berdaulat. Ia juga simbol wujudnya negara Malaysia.

Seterusnya, nyanyian Lagu Negaraku. Lagu Negaraku merupakan sebuah lagu yang
penuh dengan kata-kata yang dapat menghasilkan rasa patriotism dan
kebiasaannya menjadi permulaan sesebuah majlis rasmi. Di sekolah, ia adalah lagu
wajib setiap kali permulaan perhimpunan hari Ahad dan juga majlis rasmi.
Begitu juga patriotism melalui pendidikan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk
menjayakan patriotisme melalui pendidikan adalah pengolahan sukatan mata
pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dengan memuat lebih banyak topik yang
mampu memperkuat sifat patriotisme dalam setiap murid.

Malaysiaku berdaulat,

Berpadulah semua sebagai rakyat Malaysia dengan menanam semangat


patriotisme dalam diri sehebat seperti zaman dijajah dahulu. Ingatlah, bukan senang
mahu mencapai kemerdekaan tetapi senang untuk melepaskan kemerdekaan.
Semuanya terletak kepada betapa sayangnya kita semua terhadap negara yang
tercinta, Malaysia.

Program sempena bulan penghayatan bulan kemerdekaan:

Aktiviti:

1. Poster Merdeka Tahap


2. Pertandingan Mewarna Merdeka Tahap 1
3. Kelas/ Bilik Paling patriotic
4. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan
5. Perarakan Kemerdekaan
6. Pakaian Guru Paling patriotik
7. Pakaian Murid Paling patriotik
8. Kuiz Kenegaraan

Anda mungkin juga menyukai