Anda di halaman 1dari 30

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN SATU

MUZIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2010
KANDUNGAN

RUKUNEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN i

PENDAHULUAN ii

MATLAMAT ii

OBJEKTIF iii

FOKUS MATA PELAJARAN iii

ORGANISASI KANDUNGAN iv

S T A N D A R D (Kandungan dan Pembelajaran)


Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun 1 1

Glosari 8
RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap Tuhan.
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menggunakan sains dan teknologi moden; berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
prinsip berikut :- negara.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii
PENDAHULUAN MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan. membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif
Kurikulum ini digubal dengan memberikan tumpuan kepada yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang menerusi aktiviti muzikal.
muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk
meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi
terhadap estetika muzik. Untuk mencapai tujuan ini,
kurikulum ini dibina dengan bertumpu kepada empat modul
kurikulum utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan
Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi
Muzik.

iv
OBJEKTIF FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat
modul kurikulum berikut;
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran
berikut; Modul Pengalaman Muzikal

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti


i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.
nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik Modul Penghasilan Muzik


dalam aktiviti muzikal,
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang
dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
Modul Apresiasi Muzik
iv. membaca dan menulis notasi muzik,
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik
menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.
v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan
menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya
muzik yang didengar; dan Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas


vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. membaca dan menulis notasi muzik.

v
ORGANISASI KANDUNGAN
Pada tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan

Kurikulum Muzik Sekolah Rendah merupakan program pendekatan bertema yang menitikberatkan elemen-elemen

pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun kreativiti. Antara tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik,

satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini

berasaskan modul kurikulum berikut: dirancang sebagai paltform awal kepada murid untuk
meningkatkan kemahiran muzikal dan berkarya secara
i. Pengalaman Muzikal kreatif seterusnya lebih menghargai muzik. Pada tahun tiga
ii. Penghasilan Muzik hingga enam, fokus pengajaran dan pembelajaran murid
iii. Apresiasi Muzik akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik rekorder dan xylofon serta pengenalan kepada penggunaan
perisian notasi muzik.
Susunan keempat-empat modul kurikulum ini bukanlah
hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan
kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap modul
kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard
Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu
dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran
menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid.

vi
KURIKULUM MUZIK
TAHUN 1
KURIKULUM MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara, dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.
Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.
Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi gerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek,
mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo 1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.
atau berkumpulan. - suara bercakap
- suara menyanyi
- suara memanggil

- suara berbisik
- suara lelaki dan perempuan

1
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.


- postur duduk
- postur berdiri

1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.


- pic tinggi
- pic rendah

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.


- cepat
- lambat

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.


- lembut ( p )

- kuat ( f )

2
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau 1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.
berkumpulan daripada pelbagai repertoir. - postur
- cara memainkan

1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.


- cepat
- Lambat

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.


- lembut ( p )

- kuat ( f )

3
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat gerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
- dinamik kuat/ lembut
- pic tinggi/ rendah
- tempo cepat/ lambat
- bunyi panjang/ pendek

1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.


- lagu aksi (action song)
- permainan nyanyian (singing games)

4
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan
dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara:


- meniru suara haiwan
- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan:


- bertepuk tangan
- menepuk peha
- memetik jari

Aktiviti perkusi mulut:


- klik lidah

5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 Mencipta corak irama mudah.


- mengajuk corak irama
- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan

2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.


- mengajuk melodi
- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan

6
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia.


Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai 3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.
repertoir. - suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

- Muzik Popular
- Muzik Tradisional Malaysia 3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang
- Muzik Klasik Barat didengar.
- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)
- tempo (cepat-lambat)
- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)
- dinamik (kuat-lembut)

7
GLOSARI
GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah
yang digunakan ialah :

Istilah Simbol Makna


Piano p Bunyi lembut

Forte f Bunyi kuat

Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Contoh Melodi:

11
PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:
a. Ghazal dari Malaysia
b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik instrumental Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
(Music Instrumental ) boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat Muzik yang berasal dari negara Barat.


(Western Classical Music) Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Music Popular) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.


(Malaysian Traditional Music) Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

12
PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Music Vocal) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Permainan Nyanyian (Singing Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”
Games)

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat
muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.


Contoh: Tempo cepat atau lambat.

13
PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.


Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

14

Anda mungkin juga menyukai