Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Dari 5 Ogos sehingga 9 Ogos 2019, saya telah menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (C) Chung Sing, Sibu dan banyak mendapat
pengetahuan, pengalaman dan idea mengenai pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Baru 2017 Subjek Matematik di sekolah.
Sepanjang tempoh PBS ini, saya telah banyak mengumpul maklumat melalui temu
bual sesama guru pembimbing, Cikgu Tang Sun Sun dan pemerhatian terhadap
pengajaran beliau di dalam Kelas Tahun 3 Putih. Saya juga banyak mencari maklumat
daripada internet. Sebagai kesannya, penulisan ini akan berfokus untuk
membincangkan refleksi saya terhadap trenda dan isu pengajaran subjek Matematik
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Semakan
Baru dari Tahun 1 sehingga Tahun 3.

2.0 Reka Bentuk Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Secara umumnya, kurikulum Matematik di Malaysia adalah mempunyai


matlamat utama untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab.
Dalam konteks ini, rajah di atas telah menggariskan matlamat ini bahawa
kurikulum Matematik di Malaysia bukan sahaja berfokus kepada bidang pembelajaran
tetapi pada masa yang sama berfokus kepada proses Matematik, kemahiran
Matematik serta sikap dan nilai Matematik. Dalam hal ini, kandungan subjek Matematik
yang digariskan dalam DSKP adalah terdiri daripada 4 tajuk utama, iaitu nombor dan
operasi (nombor bulat, penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, operasi
bergabung, pecahan, perpuluhan, wang dan peratus), sukatan dan geometri (masa
dan waktu, ukuran panjang, timbangan, isi padu cecair, bentuk tiga dimensi dan bentuk
dua dimensi), perkaitan dan algebra (koordinat, nisbah dan kadaran) serta statistik dan
kebarangkalian (perwakilan data dan purata).
Pada masa yang sama, kurikulum Matematik di Malaysia juga bertujuan
memupuk sikap Matematik seperti tanggapan, minat, penghargaan, yakin, tabah dan
berdaya tahan. Nilai seperti nilai peribadi (nilai sahsiah seperti kreatif, pengurusan
masa, dedikasi dan jujur), nilai interaksi (nilai berpasukan semasa aktiviti), nilai
prosedur (nilai dalam aktiviti seperti menaakul, menyelesai masalah dan membuat
perkaitan) serta nilai intrinsik (nilai berkaitan kandungan Matematik dan disiplinnya
seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai Sejarah) juga ditekankan dalam
kurikulum Matematik.
Lebih-lebih lagi, kurikulum Matematik di Malaysia juga menekankan kemahiran
dan proses Matematik sebagaimana rajah di atas dalam membantu murid menguasai
konsep Matematik dan menyelesaikan masalah Matematik seharian.

3.0 Trenda dan Isu Perkembangan Matematik


Akibat daripada pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Semakan Baru mulai tahun 2017, kurikulum Matematik di Malaysia semakin
berkembang tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan pelbagai cabaran.

3.1 Pendekatan Pedagogi


Misalnya, DSKP Semakan Baru telah memberi penekanan kepada pedagogi
yang lebih pelbagai di mana pendekatan konstruktivisme dan pendekatan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mulai ditekankan dalam pembelajaran
Matematik. Dalam hal ini, pendekatan konstruktivisme dilaksanakan dengan tujuan
membantu murid mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan
baru Matematik yang diajar agar memudahkan pembelajaran.
Pendekatan pedagogi STEM juga dilaksanakan dengan menyerap elemen
sains, teknologi dan kejuruteraan dalam subjek Matematik dalam PdPc. Menurut
Metro, pendekatan inkuiri penemuan berpusatkan murid berbantukan teknologi
bersesuaian, tuntas dan berkesan adalah dapat menjadikan pengalaman
pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
Walaubagaimanapun, pedagogi pengajaran KSSR yang berkesan, iaitu
pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran berasaskan projek masih dikekalkan dan
diteruskan sebagai pedagogi guru mengajar.

3.2 Pembelajaran Abad Ke-21


Seterusnya, KPM juga melaksanakan pembelajaran abad ke-21 sejak tahun
2014. Sebagaimana hasrat 4 Pillars of Education (To Know, To Do, To Be dan To Live
Together) yang dicadangkan oleh UNESCO, pembelajaran abad ke-21 masih
dilaksanakan di sekolah sehingga hari ini sebagai proses pembelajaran berpusatkan
murid untuk melatih kemahiran murid berpandukan konsep 4C, iaitu kreatif, pemikiran
kritis, komunikasi dan kolaboratif. Dalam konteks kurikulum Matematik, guru perlu
merancang aktiviti PdPc abad ke-21 Matematik seperti Hot Seat, Gallery Walk dan
Parking Lot yang dapat melatih kemahiran 4C murid. Misalnya, bagi topik reka bentuk
3D, guru boleh mengehendaki murid untuk membina sekolah masa hadapan dengan
bentuk-bentuk 3D yang diajar lalu menjalani aktiviti Gallery Walk. Sebagai kesannya,
murid dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Semasa proses
perbincangan, murid juga belajar untuk berkolaborasi dengan orang lain dan melatih
kemahiran komunikasi semasa membentangkan idea sendiri.

3.3 Keperluan TIMSS Dan PISA


Seterusnya, kurikulum Matematik juga semakin dikembangkan untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam TIMSS dan PISA. Dalam hal ini, murid-murid
perlu dilatih untuk menyesuaikan diri dengan soalan-soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) semasa PdPc. Lebih-lebih lagi, kandungan DSKP KSSR Semakan Baru
juga ditambah menjadi lebih banyak bagi meningkatkan prestasi murid. Misalnya, topik
kordinat, topik wang asing serta topik statistik perkaitan piktograf, carta palang dan
carta pai yang tidak terkandung dalam DSKP KSSR Tahun 3 telah ditambah ke dalam
KSSR Semakan Baru Tahun 3. Jadi, ia juga menjadi keperluan kepada guru untuk
merancang PdPc secara berkesan maka menyediakan lebih banyak bahan bantu
mengajar untuk membantu murid menguasai kandungan pembelajaran.
Menurut Cikgu Tang, perubahan kurikulum baharu ini telah memberi manfaat
kepada murid yang cemerlang kerana mereka dapat mempelajari lebih banyak
kandungan dan kemahiran dengan senang. Namun bagi murid yang lemah, mereka
memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai sesuatu kandungan walaupun
dalam konteks soalan berfikir aras rendah. Dalam hal ini, DSKP baharu telah menjadi
cabaran kepada mereka kerana bukan sahaja meliputi banyak kandungan tetapi
menekankan KBAT pada masa yang sama. Menurut beliau juga, sesetengah murid
kelas beliau masih tidak dapat menguasai kandungan Tahun 2. Situasi ini telah
mempengaruhi pembelajaran murid-murid semasa Tahun 3 tersebut kerana
kemahiran operasi adalah berkaitan.
Lebih-lebih lagi, sekolah juga tidak dibenarkan mengasing murid mengikut
tahap penguasaan akademik mulai tahun 2019. Cikgu Tang berpendapat bahawa
situasi ini akan membawa implikasi yang negatif kerana guru tidak dapat merancang
PdPc berpandukan tahap penguasaan akademik murid majoriti kerana mempunyai
jurang yang besar antara murid yang cemerlang dan murid yang lemah. Guru juga
tidak dapat berfokus terhadap murid yang lemah kerana populasi kelas yang besar.
Walaubagaimanapun, beliau juga mempercayai bahawa dasar ini mempunyai
kelebihan di mana murid yag cemerlang dapat mengajar murid yang lemah dan
mengelakan situasi kelas yang lemah dalam akademik dipinggirkan oleh guru.

4.0 Elemen Nilai Tambah Kurikulum


Dari aspek elemen merentas kurikulum pula, KSSR Semakan Baru juga
memberi penekanan kepada 3 elemen baharu, iaitu elemen kreativiti dan inovasi,
elemen keuasahawanan dan elemen kelesterian global selain elemen bahasa, elemen
sains dan teknologi, elemen teknologi maklumat dan komunikasi, elemen kelesterian
alam sekitar, elemen nilai murni dan elemen patriotisme yang sudah ditekankan sejak
KSSR. Misalnya, bagi bab kewangan Tahun 3, DSKP telah mencadangkan guru untuk
menerap elemen keusahawanan dan kelesterian global yang diserap dalam DSKP,
guru perlu mengajar murid tentang konsep mata wang asing, konsep simpanan,
konsep pelaburan, cara membandingbeza kehendak dan keperluan serta konsep
derma dalam bab kewangan. Dalam hal ini, elemen-elemen merentas kurikulum yang
baharu ini sememangnya relevan pada era Revolusi Perindustrian 4.0 ini untuk
melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan pasaran global.

5.0 Pentaksiran Kurikulum Matematik Sekolah Rendah


Sebagaimana terkandung dalam Surat Siaran KPM Bil. 14 2018 pada 19
Disember 2018, amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid tahao 1
(Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
dimansuhkan mulai Tahun 2019 dan digantikan dengan pentaksiran bilik darjah.
Dalam hal ini, matlamat-matlamat pemansuhan peperiksaan adalah bertujuan untuk
mewujudkan pembelajaran yang seronok, bermakna dan bebas daripada tekanan
peperiksaan. Murid juga diberi peluang belajar mengikut keupayaan tanpa
dibandingkan dengan murid lain. Guru juga mempunyai lebih banyak masa berfokus
membina sahsiah dan karakter murid dengan menerap nilai-nilai murni dalam rutin
pengajaran harian.
Dalam konteks pentaksiran bilik darjah bagi subjek Matematik, guru boleh
melaksanakan pentaksiran dalam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk
memastikan perkembangan dan pembelajaran murid secara berterusan.
Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid juga direkod dan
dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan juga ibu bapa. Bagi jenis pentaksiran
bula, pentaksiran bilik darjah boleh dijalankan oleh guru dalam bentuk projek mudah,
kuiz, permainan, main peranan, soal jawab dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai. Guru
merancang dan mentaksir murid secara holistik terhadap perkembangan dalam
pembelajaran murid maka menyediakan pelaporan tahap penguasaan murid. Dalam
hal ini juga, pentaksiran yang dijalankan juga merangkumi pentaksiran kandungan,
pentaksiran k;emahiran dan proses serta petaksiran nilai. Murid juga dihasratkan
untuk menguasai sekurang-kurangnya tahap 3 dalam pentaksiran bilik darjah.
Walaubagaimanapun, pentaksiran bilik darjah juga menghadapi cabaran di
mana pihak pentadbir sekolah dan guru pembimbing semasa PBS berpendapat
bahawa pemansuhan peperiksaan telah menyebabkan murid-murid kurang berminat
untuk belajar kerana tiada persaingan positif antara murid. Murid juga kurang rajin dan
kurang serius terhadap pembelajaran selepas pemansuhan peperiksaan. Perhatian
dan pengawalan ibu bapa terhadap pembelajaran murid juga berkurangan selepas
pemansuhan peperiksaan.
Pada masa yang sama, Cikgu Tang juga berpendapat bahawa pentaksiran
bilik darjah memerlukan masa yang panjang terutamanya bagi kelas yang melibatkan
banyak murid. Dalam hal ini, guru-guru perlu mengajar kandungan-kandungan DSKP
yang melibatkan banyak operasi sehingga murid menguasai selain memberi
pentaksiran-pentaksiran yang berbeza kepada murid. Ia menjadi satu beban kepada
guru dalam mengurus masa PdPc. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat sekolah-
sekolah di Sibu, Sarawak yang masih menjalankan pentaksiran untuk silibus awal
tahun seperti sekolah anaknya walaupun sudah bulan Ogos. Ia menjadi kebimbangan
beliau bahawa guru tidak mampu menghabiskan semua silibus pengajaran pada akhir
sehingga perlu dibawa kepada tahun hadapan. Dalam konteks ini, guru yang mengajar
subjek Matematik bagi tahun hadapan juga mungkin berbeza dan mungkin tidak akan
mengulangi kandungan silibus.

6.0 Penutup

Anda mungkin juga menyukai