Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN

SPBT
Sk parit sapran
PENJAGAAN
1. Murid hendaklah memastikan buku teks yang
diterima dalam keadaan baik dan sempurna
sepanjang masa
2. Murid hendaklah memastikan buku teks sentiasa
dibalut dengan menggunakan plastic lutsinar.
3. Nama dan tahun ditulis dalam ruangan yang
disediakan dengan menggunakan ballpen
berdakwat biru.
4.Memastikan buku teks tidak diconteng atau
ditulis kecuali buku latihan dan aktiviti
5. Membaik pulih buku teks yang koyak dan rosak
6. Pada hari hujan, muris dikehendaki memasukkan
buku teks ke dalam beg plastic sebelum
dimasukkan ke dalambeg sekolah

PENGGUNAAN
1. Menggunakan buku teks secara sepenuhnya
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di
bilik darjah
2. Buku teks digunakan sebagai rujukan dalam
menyiapkan kerja rumah.
3. Murid tidak boleh melipat pada mana-mana
helaian buku teks, sebaliknya digalakkan
menggunakan penanda buku.
4.Buku teks dijadikan teman ( instrument/alat)
belajar sepanjang masa.

PEMULANGAN
1. Murid mesti mematuhi jadual pemulangan buku
teks yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.
2. Murid diminta memastikan semua buku teks
yang hendak dipulangkan mencukupi mengikut
judul dalam keadaan baik dan sempurna.
3. Murid hendaklah menandatangani Borang
SPBT/G semasa pemulangan buku teks.

PENGGANTIAN
1. Jika berlaku kehilangan buku teks, maka murid
diwajibkan menggantikan dengan buku teks
berdasarkan judul dan jumlah bilangan buku
yang hilang.
2. Ibu bapa/penjaga murid boleh menghubungi
Guru Penyelaras SPBT atau Guru Kelas bagi
membincangkan cara pengantian buku teks yang
hilang.
PERTUKARAN
1. Murid yang bertukar sekolah di dalam negeri
hendaklah membawa bersama buku teks dan
buku aktiviti tang telah dibekalkan semasa
disekolah lama ke sekolah baru.
2. Murid yang bertukar ke luar negeri hendaklah
membawa bersama buku teks yang diterima di
sekolah lama ke sekolah baru. Jika terdapat
keadaan di mana buku-buku teks dan buku
aktiviti yang diterima di sekolah asal tetapi tidak
digunakan di sekolah baru, maka murid
hendaklah memulangkan buku teks tersebut ke
sekolah asal yang akan diuruskan oleh pihak
sekolah baru.
3. Murid yang mendapat buku teks secara rayuaan
(Bukan Warganegara) dikehendaki memulangkan
semua buku teks yang diterima disekolah asal
dan boleh membuat rayuan di sekolah yang baru.

PENYIMPANAN
1. Semua buku teks hendklah dibawa pulang ke
rumah pada setiap masa dan murid tidak
dibenarkan meninggalkan buku teks di merata
tempat di sekolah kecuali dengan arahan guru.
2. Murid hendaklah meletakkan buku teks di dalam
beg sekolah dengan cara yang betul iaitu
kedudukan menegak.
3. Semasa di rumah semua buku teks hendaklah
disimpan di tempat yang sesuai, selamat dan
mudah dikendalikan.

Anda mungkin juga menyukai