Anda di halaman 1dari 3

MULIA TANPA RASUAH

Tangan ini bukan tangan yang


menerima Juga bukan tangan yang
menghulur Tapi tangan ini
Adalah tangan yang memperjuangkan keadilan
Memencak silat pertarungan
Menghapus jenayah di gelanggang kepalsuan
Rasuah yang mengundang ketamakan
Telah menutup pintu-pintu keadilan
Telah menangkup jendela kejujuran

Telah lama aku laungkan seluruh buana


Mulianya hidup ini tanpa rasuah
Bernaungkan langit integriti
Gaya hidup beretika
Kita kembangkan payung kualiti
Walau dipanah suria dugaan
Pemberiaan bertopengkan kepalsuan
Dapat ditangkis dengan perisai keimanan
Walau enas setinggi gunung
Walau Mutiara seluas lautam
Semuanya bukan milik kita
Kerana ada niat tersirat
Ada maksud yang tidak terucap
Mengaburi akal budi
Rasuah itu salah
Rasuah itu jenayah
Rasuah itu suapan
Untuk mereka yang lapar
Dengan habuan dan ketamakan

Rasuah mencalarkan maruah


Merendahkan harga diri
Nilai murni dipandang sepi
Akta dan undang-undang ditentang
Nafsu beraja di hati
Mulainya hidup tanpa rasuah
Negara Makmur rakyat sejahtera
Tiada prasangka tiada sengketa
Megah nusa mengukir nama
Watan pekerti cemerlang
Rasuah sama ditentang
Amanah dijulang
Kemakmuran ditatang

Mulia tanpa rasuah


Sukma Tindakan gundah
Keikhlasan cerminan wajah
NUKILAN :MUHAMMAD SYAKIR ALIF SAMSUDIN

Anda mungkin juga menyukai