Anda di halaman 1dari 4

TUJUAN

 Untuk mendapatkan hasil daging


 Untuk meningkatkan pendapatan samada pendapatan utama atau pendapatan
tambahan

Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding lembu tenusu. Hasil akan diperolehi
setelah lembu-lembu dijual samada untuk disembelih atau untuk pembiakan.lembu

BAKA

Baka lembu pedaging yang biasa dipelihara antaranya ialah:-

 Kedah Kelantan (K-K)


 Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal
 Local Indian Dairy (LID)
 Droughmaster
 Brahman

PENGURUSAN

Cara meragut lepas bebas


Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut samada di kawasan sendiri atau bukan termasuklah di
tepi-tepi jalan. Cara ini adalah kurang baik.

Cara berkurung atau fidlot


Lembu sentiasa di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih
secukupnya. Makanan diberi samada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi
pada kadar berat kering 3 - 5 % dari berat badan lembu setiap hari. Rumput diberi pada waktu
pagi manakala dedak pada sebelah petang.

Cara separa intensif


Cara ini sempurna dan praktikal dinegara ini. Lembu yang dipelihara dibiar meragut dalam
tempoh yang dihadkan. Lembu dihalau balik ke kandang untuk diberi makanan tambahan dan
berteduh pada waktu malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kawasan ragutan
yang mencukupi dan kandang.

Cara integrasi dengan tanaman utama


Di negara ini kawasan yang bertanam dengan kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah
sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banya rumput rampai yang subur..
Integrasi dengan tanaman ini akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping
mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan terkawal, 1 hektar ladang kelapa sawit
dapat menampung 1 ekor ternakan dewasa.

PERUMAHAN
 Pembinaan kandang
(keluasan: 1 ekor = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 - 10
kaki)
 Palung makanan dan minuman
(ruang makan = 1.5 kaki /ekor . Ruang minum 1 kaki/ekor)
 Pasung/Trevis
(sebesar saiz lembu, apabila dimasukkan ke dalam ia tidak dapat meronta)

PEMAKANAN

Seekor lembu memerlukan 20 -30 kg rumput setiap hari. Lembu boleh hanya bergantung
kepada rumput jika ianyaya dari kualiti yang baik. Jika tidak makanan tambahan dan garam
galian perlu diberikan. Hasil buangan pertanian yang murah boleh dijadikan makanan
tambahan.
Contohnya: Kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulor nenas, pucuk tebu, pucuk
jagung, batang sagu dan sebagainya.

KAWALAN KESIHATAN

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk
menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi:-

 Luka
 Serangan cacing dan parasit luar badan dan di dalam darah
 Anak-anak lembu pula mudah dijangkiti kuman di pusat.
 Bagi mengatasinya:-
 Jauhkan lembu dari benda-benda yang tajam.
 Berikan ubat cacing 2 - 3 kali setahun dan sembur ubat kutu setiap 2 bulan sekali.
 Rawat pusat dan tali pusat anak lembu yang baru dilahirkan
 Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat untuk tindakan lanjut.

PEMBIAKAN

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja boleh
dikahwinkan. Pembiakan boleh berlaku secara:-

 Tabie (menggunakan lembu pejantan)


 Permanian beradas

Selepas melahirkan anak, lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada
40 - 60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5 - 6 kali
beranak atau umur 8 - 10 tahun.

PENJAGAAN LEMBU BUNTING


 Tempoh bunting seekor lembu kira-kira 283 hari.
 Makanan bermutu dan air bersih dan cukup mesti diberikan dan diasingkan dalam
kandang.

PENJAGAAN ANAK SELEPAS DILAHIRKAN

 Anak yang lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya 4 hari
pertama
 Penyusuan seterusnya boleh diberi sehingga 3 bulan dan anak diceraikan dari ibunya.
 Perlahan-lahan anak diajar memakan rumput dan dedak hingga diceraikan terus dari
ibunya.

PENJAGAAN ANAK MEMBESAR

 Anak jantan untuk dijadikan baka perlu dikasi (kembiri) supaya tidak mengganggu ibu-ibu
lembu.
 Tanduk perlu dibuang supaya memudahkan pengendalian apabila besar.
 Anak betina pula tidak dikahwinkan sebelum umur 2 tahun

JUALAN

Hasil boleh diperolehi daripada :-

 Lembu singkiran untuk disembelih


 Lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya
 Anak muda jantan untuk pengganti

Penternak digalakkan memasarkan sendiri ternakan dengan cara:-

 Jualan sendiri
Kepada sesiapa yang menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
 Jualan lelong
Kepada penyembelih yang menawarkan harga yang baik.
 Menjual daging di pasar tani
Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh
menjual sendiri. Dengan cara ini penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih
baik.

KEWANGAN PROJEK
Contoh Aliran Tunai;

Berikut ialah aliran tunai bagi satu projek penggemukan ragutan separa intensif yang
memelihara 10 ekor.

Andaian:

Berat awal lembu 150 kg @ RM3.30/kg.


Berat akhir lembu 300 kg @ RM 3.30/kg
Makanan PKC @ 2 kg sehari @ RM 0.25/kg

Pendapatan

Jualan lembu
300 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 9,900.00

Perbelanjaan

a. Pembelian anak lembu


150 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 4,950.00

b. Kandang
30 ka x 10 ka (susut nilai 5 tahun) RM 100.00

c. Makanan, PKC
600 kg x RM 0.25/kg x 10 RM 1,500.00

d. Garam Galian RM 50.00

e. Kemudahan air, bahan api dll RM 300.00

f. Faedah bank @ 10 % RM 690.00

Jumlah Perbelanjaan RM 7,590.00

Pendapatan Bersih = RM 9,900.00 - RM 7,590.00 = RM 2,310.00

Anda mungkin juga menyukai