Anda di halaman 1dari 12

Harga Mencecah RM20 Sekilogram, Jana Pendapatan RM5000

Sebulan - Teknik Penanaman Cendawan Volvariella

Kaedah Penanaman Cendawan Volvariella Atau Cendawan Jerami (Video)

Hello semua pembaca blog pertanian satu perniagaan, terima kasih kerana sudi singgah, pagi
rabu ini cuaca agak mendung di kota belud dan dijangka hujan turun dengan lebat tengahari atau
petang ini, kepada petani inilah masa yang sesuai untuk mengorak langkah menanam pokok
durian dan sebagainya.

Okay, kali ini saya ingin kongsikan kaedah penanaman cendawan Volvariella atau lebih dikenali
cendawan jerami. Kalau di Sabah saya belum pernah lihat ada pengusaha yang menanam
cendawan jenis ini. Mungkin anda boleh cuba buat lepas ini, cari pasaran dan komersialkan di
seluruh negara.

Cara tanam Cendwan Volvariella:


Korang boleh baca artikel Berita Harian tentang potensi pendapatan penanaman cendawan
jerami ini. Beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM5000 sebulan dengan purata kutipan
cendawan seberat 400-500kg setiap bulan.

Artikel Utusan online - Muhamad Yazid menjana kira-kira RM2700 purata pendapatan sebulan
dengan penanaman cendawan jerami.

Bayangkan selain pendapatan sebagai penoreh getah yang tidak menentu sekarang, anda boleh
tambah pendapatan keluarga dengan menanam cendawan jerami ini. buat dalam skala yang kecil
dulu, cari market dan bila dah ramai pelanggan boleh besarkan lagi adang.

Anda mungkin juga menyukai