Anda di halaman 1dari 26

0

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)

BAHASA MELAYU 03

UJIAN BERTUTUR
1

Bil Perkara Keterangan

1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur

2 Jenis Item Respon Terbuka

3 Bilangan Soalan Perbincangan berdasarkan satu tema atau tajuk

4 Jumlah Markah 30 markah

5 Tempoh Ujian 10 hingga 12 minit

6 Konstruk Kemahiran lisan – Perbincangan

I. Tatabahasa dan kosa kata


II. Sebutan, intonasi dan nada
III. Fasih dan bermakna
IV. Bertatasusila

7 Kaedah penskoran Holistik


2
TEMA Tajuk Perbincangan/Lisan
Kemasyarakatan  Peranan hidup berjiran
 Kepentingan gotong-royong
 Kepentingan perpaduan antara kaum
 Kebaikan rukun tetangga
Keremajaan  Peranan dan cabaran remaja masa ini
 Cara-cara menjadi remaja berdisiplin
 Remaja berwawasan penjana kemajuan negara
 Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya
Kekeluargaan  Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan
 Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-
anak
 Peranan anak-anak terhadap ibu bapa
 Keluarga bahagia, negara sejahtera
Alam Sekitar  Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat
 Pencemaran dan cara-cara mengatasinya
 Kesan pembalakan terhadap alam sekitar
 Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar
Teknologi  Kebaikan dan keburukan Internet
 Kebaikan dan keburukan telefon bimbit
 Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian
 Kemajuan teknologi dalam pembangunan negara
Kenegaraan  Cara-cara menunjukkan semangat patriotik
 Kepentingan sambutan kemerdekaan diadakan
 Tokoh-tokoh negara yang anda kagumi
 Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam
kalangan rakyat/pelajar

Manual Am Pelaksanaan Ujian Bertutur


3
 Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual
yang ditetapkan.
 Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap
sesi ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian ini
dijalankan dalam bentuk kumpulan.
 Ujian ini boleh dijalankan secara serentak dalam
beberapa kumpulan.
 Ujian ini dijalankan di dalam bilik yang disediakan.
 Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin
terlebih dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian
bertutur.
 Semasa di dalam bilik kuarantin murid perlu mengisi
butiran peribadi yang terdapat di dalam borang
penskoran. Mereka juga akan diberikan tugasan oleh
guru berserta masa perbincangan selama 10 minit
sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.
 Semasa ujian dijalankan, guru berperanan sebagai
fasilitator / pentaksir.
 Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.
 Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan
kemampuan berlisan.
 Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang
pemarkahan yang telah disediakan mengikut peringkat
dan kriteria penskoran yang telah disediakan.
 Walaupun ujian ini dijalankan secara kumpulan, markah
diberikan secara individu.
4
 Borang markah hendaklah ditandatangani oleh pentaksir
dan calon.
 Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh
diulang-ulang.
 Contoh model aktiviti lisan dalam kumpulan ditunjukkan
dalam rajah di bawah.

BILIK KUARANTIN

CALON CALON

CALON CALON

GURU
5

BILIK UJIAN

CALON 1

CALON 4 CALON 2

CALON 3

PENTAKSIR / FASILITATOR

Penskoran

Penskoran diberikan berdasarkan empat konstruk iaitu :

 Tatabahasa dan kosa kata


 Sebutan, intonasi dan nada
 Kefasihan
 Bermakna

Peringkat Pencapaian

 Cemerlang 25 - 30
 Kepujian 19 - 24
 Baik 13 - 18
 Memuaskan 07 - 12
 Pencapaian tahap minimum 01 - 06
6

GRED KONSTRUK PENERANGAN


Tatabahasa dan Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas dan
Kosa Kata tepat.
A Sebutan, Intonasi, Sebutan betul dan sangat jelas.
CEMERLANG dan Nada Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.
(25-30) Kepetahan Keseluruhan pengucapan sangat petah.
Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat,
bertatasusila, dan idea yang logik, matang dan bernas.
Tatabahasa dan Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas.
Kosa Kata
B Sebutan, Intonasi, Sebutan betul dan jelas.
KEPUJIAN dan Nada Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.
(19-24) Kepetahan Keseluruhan pengucapan petah.
Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat, bertatasusila dan
idea yang logik.
Tatabahasa dan Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih
Kosa Kata luas.
C Sebutan, Intonasi, Sebutan masih betul dan masih jelas.
BAIK dan Nada Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.
(13-18) Kepetahan Keseluruhan pengucapan masih petah.
Bermakna Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat,
masih bertatasusila dan idea yang masih sesuai.
Tatabahasa dan Bahasa kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata
Kosa Kata terhad.
D Sebutan, Intonasi, Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.
MEMUASKAN dan Nada Intonasi banyak yang salah.
(07-12) Kepetahan Keseluruhan pengucapan kurang petah.
Bermakna Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan
kurang bertatasusila.
Tatabahasa dan
E
Kosa Kata
MENCAPAI Keseluruhannya lemah.
Sebutan, Intonasi,
TAHAP Keseluruhan persembahan calon menggambarkan ketidakcekapan
dan Nada
MINIMUM berbahasa.
Kepetahan
(01-06)
Bermakna
F Tatabahasa dan
BELUM Kosa Kata
MENCAPAI Sebutan, Intonasi,
Tidak memberikan sebarang respons.
TAHAP dan Nada
MINIMUM Kefasihan
Bermakna
7

UJIAN BERTUTUR
BORANG PROFIL INDIVIDU

NOMBOR CALON :1/2/3/4/5


NAMA CALON : _________________________________
NOMBOR KAD PENGENALAN : _________________________________
TAHUN : _________________________________

SKOR CALON

TARIKH
TAKSIRAN

PERINGKAT A B C D E
PENCAPAIAN Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan
Minimum
(25 – 30) (19 – 24) (13 – 18) (07 – 12) (01 – 06)

NAMA TANDATANGAN TANDATANGAN TARIKH CATATAN


PENTAKSIR PENTAKSIR CALON PENTAKSIR
8

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)

BAHASA MELAYU
KERTAS 03
UJIAN MENDENGAR
9

Bil Perkara Keterangan

1 Jenis Ujian Mendengar


Instrumen
2 Jenis Item Objektif Pelbagai Bentuk
Respon Terhad
3 Bilangan Bahagian A
Soalan Petikan 1 – 5 soalan
Petikan 2 – 5 soalan

Bahagian B
Soalan Tunggal - 5 soalan
4 Jumlah 20 markah
Markah

5 Tempoh Ujian 30 minit

6 Konstruk Kemahiran bahasa dan aplikasi


maklumat
i. Kemahiran mendengar
ii.Kemahiran memahami
7 Kaedah Analitik
penskoran

Manual Am Pelaksanaan Ujian Mendengar

 Murid dikumpulkan di dewan atau di dalam bilik darjah.


 Kedudukan murid di dalam bilik ini sama seperti kedudukan semasa dalam
ujian bertulis.
 Ujian ini boleh dijalankan serentak di dalam bilik yang berasingan
menggunakan bahan audio yang sama.
10
 Guru mengedarkan kertas tugasan sebelum memperdengarkan sebelum
memperdengarkan rakaman.
 Masa untuk mendengar rakaman dan menjawab soalan ialah 30 minit.
 Guru mengumpul semua jawapan murid.
 Guru memberikan skor kepada jawapan murid berdasarkan skema jawapan
yang disediakan.
 Contoh lakaran bilik ujian mendengar
Contoh 1 : Dewan

PEMBESAR PEMBESAR
SUARA SUARA
11

PEMBESAR PEMBESAR
SUARA SUARA

Contoh 2 : Bilik Darjah

RADIO
12

BAHAGIAN A

Petikan 1 - Dialog

Haikal : Apa khabar Farah? Lama tak nampak.

Farah : Khabar baik. Saya masih ada di kawasan taman ni juga, tapi saya baru
sahaja balik dari melancong bersama-sama keluarga.

Haikal : Wah, mesti seronok sebab awak melancong dengan keluarga! Awak
sekeluarga melancong ke mana?

Farah : Kami melancong ke Sabah. Sudah lama keluarga merancang untuk pergi
melancong ke sana tapi ayah saya selalu sibuk dan tidak dapat pergi. Tapi
kami bernasib baik sebab ayah mendapat cuti baru-baru ini dan peluang
itu kami gunakan untuk pergi melancong.

Haikal : Berapa lama awak dan keluarga berada di Sabah? Tentu banyak tempat
menarik yang awak lawati.

Farah : Kami berada lima hari di sekitar Kota Kinabalu dan dua hari kami
melawat daerah Sandakan. Banyak juga tempat menarik yang kami
lawati. Antaranya Pantai Tanjung Aru dan kami sempat juga melawat
Taman Sepilok dan Taman Buaya di Sandakan.
Awak dan keluarga tidak merancangkah untuk melancong ke mana-
mana?

Haikal : Siapa yang tidak mahu pergi melancong, tapi apakan daya keluarga saya
masih belum mampu dari segi kewangan. Lagipun, emak saya kurang
sihat dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatannya.

Farah : Oh, yakah? Tapi awak tidak perlu risau sebab awak seorang murid yang
bijak. Mesti satu hari nanti awak akan berpeluang juga untuk melawat
negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara yang penting sekarang ialah
awak kena menjaga kedua-dua ibu bapa awak dahulu.

Haikal : Terima kasih. Saya memang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh


bagi membantu meringankan beban kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu,
saya juga berazam untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya
melancong pada satu hari nanti.
13

Soalan Ujian Mendengar Petikan 1

Arahan : Pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada
petikan dialog yang telah anda dengar.

1. Di manakah Farah dan keluarganya pergi melancong?

A. Johor
B. Kedah
C. Sabah
D. Sarawak

2. Berapa harikah Farah dan keluarganya pergi melancong di Sabah ?

A. 5 hari
B. 6 hari
C. 7 hari
D. 8 hari

3. Pilih tempat-tempat yang dilawati oleh Farah dan keluarganya?

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya


B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung
C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung
D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman
Buaya

4. Mengapakah Haikal dan keluarganya tidak dapat pergi melancong?

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti


B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran
C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan
D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan
wang untuk rawatan
14
5. Apakah azam dan cita-cita Haikal pada satu hari nanti?

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara


B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara
C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka
melancong
D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan
rawatan

BORANG JAWAPAN
UJIAN MENDENGAR

Petikan 1 - Dialog

Arahan : Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan pada kertas jawapan
yang disediakan.

Soalan 1 :

A. Johor
B. Kedah
C. Sabah
D. Sarawak

Soalan 2 :

A. 5 hari
B. 6 hari
C. 7 hari
D. 8 hari

Soalan 3 :

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya


B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung
C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung
D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman
Buaya

Soalan 4 :

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti


B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran
C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan
D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan
wang untuk rawatan

Soalan 5 :

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara


B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara
15
C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka
melancong
D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan
rawatan

SKOR

BAHAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Isu ini bagaikan tiada
penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak
membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat
merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir-
akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian
kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan
tekanan.

Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum
lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang
berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan
dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah
pangkal rahim. Bukan itu sahaja, seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20
batang rokok dalam sehari akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat
serangan jantung.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih
ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang
sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada
tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula
merokok semasa bayi dalam kandungan.

[Rencana ini dipetik daripada


Dewan Siswa November 2011
oleh Zamilah Zahid]
16

Soalan Ujian Mendengar Petikan 2

Arahan : Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

1. Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

2. Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala
merokok.

3. Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

4. Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin
dihidapinya?

5. Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?


17

CONTOH BORANG JAWAPAN


UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Arahan : Dengar petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang


diperdengarkan pada borang jawapan yang disediakan.

Soalan 1 : Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

_______________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 2 : Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala
merokok.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 3 : Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 4: Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang
mungkin dihidapinya?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 5: Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?
18
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

SKOR

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

Lihat pelan lokasi rumah pengantin perempuan dan lelaki dengan teliti. Kemudian dengar
arahan soalan dengan teliti.

C
B

Anda dari Bandar Jengka ingin ke rumah pengantin perempuan. Di simpang pertama, anda
perlu membelok ke kanan. Setelah beberapa ketika, anda berhenti berehat sebentar di tepi
jalan berhadapan dengan balai polis.

Dimanakah lokasi anda ketika ini?

Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.
19

SOALAN 2:

Pengumuman

Dengar pengumuman berikut dengan teliti.


Jadual Latihan
1. Pada hari Isnin Rumah Merah akan menjalani latihan lompat tinggi manakala
Rumah Hijau akan menjalani latihan lompat jauh.
2. Pada hari Selasa Rumah Kuning akan menjalani latihan lompat jauh manakala
Rumah Biru akan menjalani latihan lompat tinggi.

Soalan:

Acara apakah yang akan dijalani oleh ahli Rumah Merah pada hari Isnin?

Acara Jawapan

Lompat tinggi A

Lompat jauh B

Lempar cakera C

Lontar peluru D
20

SOALAN 3:

ARAHAN: Dengar dengan teliti cara menyediakan nasi goreng.

RESEPI NASI GORENG


Cara-cara menyediakan nasi goreng
1. Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan
ikan bilis .
2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga
garing.
3. Pecahkan satu biji telur, masukkan ke dalam bahan-bahan tumisan.
4. Masukkan sayur kubis.
5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya masukkan semangkuk nasi putih.
6. Kacau sehingga sebati.

Soalan:

Apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum menumis bahan-bahan yang dikisar?.

Jawapan Langkah

Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas


A bawang merah, tiga biji cili merah dan
ikan bilis.

B Panaskan minyak masak

C Masukkan garam secukup rasa

D Pecahkan sebiji telur


21

SOALAN 4.

Soalan:

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengisi jawatan operator pengeluaran atau pekerja
pasar raya, kecuali:

Jawapan Kelayakan

A Warganegara Malaysia

B Lulus sekurang-kurangnya
SPM
22

C Had umur 16-40 tahun

D Boleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

Kitaran hidup rama-rama

Tahukah anda bagaimana seekor rama-rama terbentuk? Proses pembentukannya amat


istimewa. Siapa sangka seekor rama-rama yang cantik asalnya daripada seekor ulat
beluncas yang menetas daripada sebutir telur . Kemudian beluncas akan bertukar menjadi
kepompong yang akhirnya keluarlah seekor rama-rama.

Soalan:

Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses
hidup seekor rama-rama yang betul?

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas
23

BORANG JAWAPAN
BAHAGIAN B

SOALAN 1:

C
B

SOALAN 2:

Jawapan Acara

A Lompat tinggi

B Lompat jauh

C Lempar cakera
24
D Lontar peluru

SOALAN 3:

Jawapan Langkah

Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas


A bawang merah, tiga biji cili merah dan
ikan bilis.

B Panaskan minyak masak

C Masukkan garam secukup rasa

D Pecahkan sebiji telur

SOALAN 4.

Jawapan Kelayakan

A Warganegara Malaysia

B Lulus sekurang-kurangnya SPM

C Had umur 16-40 tahun

D Boleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama
25

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

Anda mungkin juga menyukai