Anda di halaman 1dari 9

KETUA GURU DISPLIN

 Merangka dan menentukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah


berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
 Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.
 Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak dapat
diselesaikan oleh pengawas.
 Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan
kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman
penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat
Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga disiplin atas nasihat Pengetua boleh
memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai
disiplin.
 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin
dalam semua majlis sekolah.
 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem rekod disiplin kelas dan
sistem pemantauan yang berkesan.
 Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-
prinsip Rukunegara.
 Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil
tindakan sewajarnya.
 Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya
peraturan sekolah menjadi satu budaya.
 Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
 Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan
pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
 Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada
Kementerian / Jabatan Pendidikan / PPD.
 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin pelajar.
 Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam menangani
masalah disiplin.
GURU DISIPLIN
 Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid berada
dalam keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah yang baik.
 Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di
sekolah.
 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
 Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
 Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
 Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa /
penjaga dalam menangani masalah disiplin.
 Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan
sekolah dikalangan pelajar dan guru.
 Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang
disiplin/buku laporan disiplin.
 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong
Kanan HEM seminggu sekali.
 Menghubungi pihak polis jika perlu.
 Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah.
 Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang
serius seperti :
o Penyalahgunaan dadah
o Gambar lucah
o Video lucah
o Majalah lucah
o Peras ugut
o Kumpulan haram
o Bohsia
o Bohjan dan lain-lain
 Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan
perlu seperti:
o Hari terakhir peperiksaan awam
o Hari sukan
o Hari keluarga
o Majlis-majlis sekolah
 Mengurangkan salahlaku murid.
 Memastikan tiada kes gengsterisme.
GURU JAWATANKUASA PENGAWAS & KETUA KELAS
 Menjadi guru penasihat kepada Badan Pengawas Sekolah.
 Melantik ketua murid dan ketua pengawas serta penolongnya.
 Mengadakan Majlis Pelantikkan dan Bacaan Ikrar.
 Menyusun jadual tugas pada waktu pagi,rehat dan pulang.
 Menyelia dan mengemas kini buku laporan.
 Mengadakan aktiviti daya peningkatan dan kepimpinan pengawas /motivasi.
 Mempunyai kuasa menggantung atau memecat perkhidmatan pengawas yang
gagal berkhidmat dengan baik.
 Memanggil dan menasihat murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin atau
peraturan sekolah.
 Merekod dan menyimpan data pelanggaran disiplin/salahlaku.
 Menyedia dan mengedar peraturan-peraturan sekolah.
 Menentukan peraturan sekolah dipatuhi setiap waktu.
 Menerapkan nilai-nilai murni.
 Menjalankan tindakan disiplin atau salahlaku.
 Merancang/dialog dan perjumpaan dengan penjaga murid.
 Menjalankan pemeriksaan sport-chek dari semasa ke semasa.
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
 Menyelaras dan menyedikan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyedikan laporan yang diperlukan.
 Memberi bimbingan kepada pelajar yang bermasalah setelah dihantar oleh guru
kelas atau guru matapelajaran.
 Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga murid yang
mempunyai masalah disiplin dengan kebenaran Guru Besar.
GURU PPDa
 Mengadakan sesi penerangan tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
 Mengadakan ceramah / program pencegahan penyalahgunaan dadah.
 Melengkapkan sudut PPDA.
 Menghantar laporan ke JPN pada setiap bulan.
GURU DATA SSDM
 Merekodkan salah laku pelajar dalam sistem on-line
 Mencetak rekod salah laku pelajar dan disimpan dalam fail
 Menyediakan laporan salah laku pelajar sekira diperlukan
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
GURU PENYELARAS DARJAH
 Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
 Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa, guru kelas memilih pelajar
yang layak untuk diberi bantuan / biasiswa.
 Memaklumkan kepada Guru Besar /Penolong Kanan 1/Penolong Kanan HEM /
guru data tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dan kursus dari masa ke
semasa.
 Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam
daftar masuk (mengikut kelas) dengan kemas dan teratur.
 Bekerjasam dengan Penyelaras/ setiausaha peperiksaan bagi menyediakan
bilik-bilik peperiksaan.
 Berada disekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru kelas
untuk mengagihkan kemasukan pelajar.
 Memastikan guru kelas memberi bilangan, nombor pendaftaran dan
memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku Pendaftaran.
 Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
 Membantu guru dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti
disimpan di pejabat.
 Mempastikan perkara-perkara berikut mencukupi dan dalam keadaan boleh
guna.
o Perabot bilik darjah
o Tong sampah di luar kelas. ( plastik hitam)
o Penyapu
o Penyedok sampah
o Bulu ayam
 Sentiasa mempastikan keceriaan dan kebersihan kelas setiap masa.
 Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Guru Besar.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa
.

Anda mungkin juga menyukai