Anda di halaman 1dari 1

Bacaan dibaca 100 kali setiap hari pada bulan Ramadhan

Asyhadu al laa ilaaha illalLaah, astaghfirullaah. Nas’alukal jannata


wa na’uuzubika minan naar.

“Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah, aku
bermohon keampunan kepada Allah. Kami memohon kepadaMu akan syurga dan kami
memohon perlindungan denganMu dari api neraka.”

Keterangan:
Amalan ini berdasarkan hadith yang panjang dari Sayyiduna Salman al-Farisi yang mengatakan:
Rasulullah telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir dari bulan
Sya’ban…..sehinggalah Baginda bersabda:

“Perbanyakkanlah padanya (pada bulan Ramadhan) 4 perkara: 2 perkara yang menyenangkan Tuhanmu
dan 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya. 2 perkara yang boleh menyenangkan Allah  adalah
(i) syahadat (naik saksi) bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah  dan (ii)
kamu bermohon keampunan (istighfar) kepadaNya. Dan adapun 2 perkara yang sangat kamu
memerlukannya adalah (i) kamu memohon Allah  akan syurgaNya dan (ii) kamu memohon
perlindungan denganNya dari api nerakaNya. Dan sesiapa sahaja memberi minum kepada orang yang
berpuasa, Allah  akan member minum kepadanya dari air kolamku yang dengan suatu minuman, dia
tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya,
Al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

“Semoga Allah menjadikan kita di kalangan mereka yang berpuasa dalamnya dan membangunkan malamnya dan
menjadikan kita di kalangan mereka yang diterima amal mereka, Amin…”

“Silakan untuk disebar luaskan…”

Al-Faqir ilalLahil Qadir,


Muhadir bin Haji Joll
Sabru, 1 Ramadhan 1433H/ 21 Julai 2012M
Petaling Jaya, Selangor

Anda mungkin juga menyukai