)(
)(
)(
)(
)(
)(
)(
)
3
(
()3
Ya Allah, sejahterakan dan selamatkan penghulu kami Muhammad penghulu sekalian Nabinabi dan Rasul-rasul. Pujian bagi Allah Tuhan semesta alam kerana Dia banyak mengurniakan
nimat-nimatNya dan membalas baik lebih daripada kadar amal yang dibuat. Ya Tuhan kami,
Engkau berhak dipuji kerana kemuliaan ZatMu dan kebesaran kerajaanMu. Ya Allah, sampaikanlah
pahala dari apa yang kami telah baca ini kepada yang mulia penghulu kami dan junjungan kami
moga-moga bertambah kemuliaannya, dan kepada yang mulia ibu-bapanya dan saudara-saudaranya
dari golongan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sekaliannya moga-moga disejahterakan dan diselamatkan
mereka, moga-moga bertambah kemuliaan mereka, dan kepada yang mulia sekalian sahabat-sahabat
penghulu kami Muhammad pesuruh Allah dan kepada roh-roh sekalian pemimpin-pemimpin
Islam yang telah membuat hokum dan ulama-ulama yang bekerja untuk Islam, Ulama-ulama fiqeh
dan Hadith, dan pembaca-pembaca Quran serta ahli-ahli Tafsir, dan ketua-ketua Sufi yang hak,
dan juga pengikut-pengikut mereka sekalian yang jujur hinggalah hari Kiamat. Ya Allah, kasihani
kami dan ibu bapa kami dan juga sekalian umat Muhammad sekalian di Dunia dan di Akhirat. Ya
Allah, bukakan hati kami dan hati sekalian keturunan kami sebagai hati wali-wali Allah (3 kali) yang
tidak berasa takut atau sedih terhadap hal-hal Dunia. Ya Allah, ampunkan kami dan sihatkan kami
pada badan dan akal terhadap Ugama, Dunia dan Akhirat. Ya Tuhan, kurniakan pada kami kebaikan
di Dunia dan di Akhirat serta peliharakan kami dari azab Neraka. Moga-moga Allah sejahterakan
penghulu dan junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Maha
Suci Tuhan kami yang Maha Mulia itu daripada sifat-sifat kekurangan yang disifatkan oleh orangorang kafir terhadapnya. Dan selamatkanlah Rasul-rasul dan pujian yang sebenar bagi Allah, Tuhan
kami yang Maha Mulia itu daripada sifat-sifat kekurangan yang disifatkan oleh orang-orang kafir
terhadapnya. Dan selamatlah Rasul-rasul dan pujian yang sebenar bagi Allah, Tuhan semesta alam.