Anda di halaman 1dari 27

amalan

Hari ‘Asyura
DIRINGKASKAN DARI KITAB-KITAB
SYEIKH DAUD ‘ABDULLAH AL-FATHANI

Oleh:
Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah

KHAZANAH FATHANIYAH
Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam
Klasik dan Moden Dunia Melayu
2019M / 1440H
EDARAN PERCUMA 2019

Dikeluarkan oleh:

KHAZANAH FATHANIYAH,
Dewan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani,
No 38, Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar, 68100
Kuala Lumpur, Malaysia.
No.Tel: +603-61787031
Whatsapp/ Telegram/ SMS: +6011-37531200

Laman Web Rasmi: khazanahfathaniyah.com.my


Email: info@khazanahfathaniyah.com.my
Facebook: Khazanah Fathaniyah
Amalan Hari ‘Asyura

Muqaddimah

َّ ‫الر ْح َمن‬
‫الر ِح ِيم‬ َّ ‫هللا‬ ِ ‫ِبس ِم‬
ْ
ِ
ََ ْ َ َ َ ْ ْ ْ َّ
‫لجل ِل * َو َح ْم ِد ُعل ُه َبد ِئي ِفي املق ِال‬ ‫هللا رِبي ِذي ا‬ِ ‫ِبس ِم‬
ْ
ْ ‫الت َو‬ َّ ‫الت ْسليم َد ْو ًما ب‬ َّ َ َ َ َّ َ ‫َو ُن ْطقي َب ْع َد َذال‬
‫الي‬ ِ ِ ِ ‫ع‬ ‫م‬ * ‫ة‬ ِ ‫ل‬ ‫الص‬ ‫ب‬
ِ ِ‫ك‬ ِ
َ ْ َ ُ ْ ّ َ ْ َ ‫َع َلى ْاملخ‬
َ ُ ْ ُ
‫ص ْح ِب ِه قل ِل امل َع ِال ْي‬ َ ‫ضل * َوآل َو‬
ِ ِ ‫تار مجم ِع ك ِل ف‬ ِ

D
alam rangka menyambut tahun baru Islam 1425H,
beberapa orang di beberapa tempat minta kepada
saya menyampaikan ceramah khusus mengenai
‘Asyura. Nampaknya masih ramai yang suka beramal
menurut yang pernah diajarkan oleh para ulama
walaupun keadaan telah banyak berubah. Pada zaman
dulu orang beramal langsung berpedomankan yang
termaktub dalam kitab-kitab para ulama yang mereka
percayai. Tetapi zaman sekarang segolongan kecil
orang terlalu terikat untuk beramal berdasarkan hadits
shahih. Kadang-kadang orang hanya tahu menyebut
hadits shahih, sedangkan mereka sendiri tidak pula
mengkaji dengan teliti apa yang mereka percakapkan.
Ada golongan yang berani mempersenda-sendakan
ulama, seolah-olah mereka cukup ‘alim atau cukup tahu
tentang Islam, padahal sangat ramai hanyalah golongan
awam yang hanyalah terpengaruh dengan orang-orang
tertentu.

Adapun amal ‘Asyura yang saya muat dalam risalah


yang sangat kecil bukan saya reka sendiri, tetapi adalah
dipetik, diringkas dan ada juga ditambah berdasarkan
kitab Jam’ul Fawaid wa Jawahirul Qalaid susunan

1
Amalan Hari ‘Asyura

Bahjatuddin al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif ar-Rabbani


Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Apa-apa yang
tidak termaktub di dalam Jam’ul Fawaid, saya petik
pula dari kitab-kitab karangan beliau selainnya serta
diperlengkapkan pula dengan karangan-karangan ulama
lain yang datang sesudah beliau. Risalah yang sangat
kecil seperti ini akan saya teruskan dengan banyak siri,
yang ini adalah merupakan siri 1 (Siri Pertama) yang
diberi judul AMALAN HARI ‘ASYURA.

Sekian saja MUQADDIMAH ringkas AMALAN-


AMALAN ISLAM SIRI 1, tiada lupa al-Fatihah dan
khusus doa kepada Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-
Fathani serta ulama-ulama lain, yang dipetik ilmunya
yang dimuat dalam risalah ini, kerana dari mereka kita
telah memperoleh amalan yang dipercayai adalah betul,
bukan bid’ah yang tercela dan bukan khurafat yang
mengarah kepada kesesatan.

Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat-Nya


atas mereka yang berpanjangan, dilapangkan kuburnya
hingga ke hari kiamat, dijauhkan dari api neraka dan
masuk syurga. Dan kepada yang mengikut mereka
demikian juga, diberikan berkat, Amin, ya Rabbal ‘Alamin
!!!

Kuala Lumpur,

Sabtu, 1 Muharram 1425H/

21 Februari 2004M

Wassalam,

Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah

2
Amalan Hari ‘Asyura

Bab
pada menyatakan
Kelebihan Hari ‘Asyura

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani memulakan


bahasan tentang ‘Asyura dalam Jam’ul Fawaid, dengan
memberikan takrif sebagai berikut -‫ عاشــوراء‬/ ‘Asyura-
kata beliau;

Ketahui olehmu, makna ‫ عاشوراء‬/ ‘Asyura’ hari


yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan
Muharram. Kata qil, hari yang kesebelas
daripada bulan Muharram.Dan qaul yang
shahih, hari yang kesepuluh dinamakan
‫ عاشــوراء‬/ ‘Asyura’ dan hari yang kesembilan
dinamakan ‫تاســوعا‬/ ‘Tasu’a’.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 129)

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menjelaskan


kelebihan-kelebihan hari ‘Asyura dalam Jam’ul Fawaid,
sebagai berikut;

“Sembah sahabat, “ya Rasulullah, [se]


sungguhnya dilebihkan [oleh] Allah akan hari
‘Asyura atas segala hari?” Sabdanya;
“Bahkan telah menjadikan [oleh] Allah Ta’ala
akan tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi pada hari ‘Asyura, dan menjadikan
bukit pada hari ‘Asyura, dan menjadikan
bintang pada hari ‘Asyura, dan menjadikan
Lauh dan Qalam pada hari ‘Asyura, dan
menjadikan Adam ‘Alaihis Salam pada hari

3
Amalan Hari ‘Asyura

‘Asyura, dan menjadikan Hawa’ pada hari


‘Asyura, dan menjadikan syurga pada hari
‘Asyura , dan memasukkan Adam [‘Alaihis
Salam] akan syurga pada hari ‘Asyura, dan
dilepaskan Ibrahim ‘Alaihis Salam daripada
api pada hari ‘Asyura, dan tenggelam Fir’aun
pada hari ‘Asyura, dan dibukakan bala’
Aiyub [Alaihis Salam] pada hari ‘Asyura, dan
ditobatkan [oleh] Allah akan Adam [‘Alaihis
Salam] pada hari ‘Asyura, dan diampunkan
dosa Daud [‘Alaihis Salam] pada hari ‘Asyura,
dan dikembalikan kerajaan Sulaiman [‘Alaihis
Salam] pada hari ‘Asyura, dan lainnya hingga
akhir hadits ….”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 131)

Mengenai Nabi Nuh [‘Alaihis Salam] diceritakan


agak panjang, Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani
menulis;

“Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis,


bahawasanya Nuh ‘Alaihis Salam tatkala tetap
pada bumi pada hari ‘Asyura dan berkata ia,
“Himpunkan olehmu barang yang ada serta
kamu daripada lebih bekal kamu!”.

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menjelaskan


bahawa dicampakkanlah oleh orang-orang dalam
bahtera Nabi Nuh ‘Alaihis Salam itu berjenis-jenis
kacang. Kata beliau;

“Maka daripada demikian itulah telah


mengambil segala Muslimun akan makanan
‘Asyura.”

4
Amalan Hari ‘Asyura

Riwayat lain diceritakan juga, Syeikh Daud bin


‘Abdullah al-Fathani menulis;

“Dan kata Syeikh Ahjuri, “Dan aku lihat bagi


orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh
[‘Alaihis Salam] tatkala turun daripada safinah
(bahtera, pen:), dan orang yang sertanya
mengadu kepadanya dengan lapar dan telah
habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi
Nuh ‘Alaihis Salam] menyuruh akan mereka
itu bahawa mendatangkan dengan barang
yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka
mendatangkan, ini dengan segenggam gandum,
dan ini dengan segenggam kacang ‘adas, dan
ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak
tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh
biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada
hari ‘Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh
[‘Alaihis Salam] bi ismillah dan dimasakkan
dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka
itu dengan berkat Saiyidina Nuh [‘Alaihis
Salam]”.

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menyebut;

“Dan adalah demikian itu pertama-pertama


makanan yang dimasakkan di atas muka bumi
kemudian daripada topan. Maka mengambil
segala manusia akan dia sunat pada hari
‘Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya
yang amat besar bagi orang yang mengerjakan
yang demikian itu, dan memberi makan segala
fuqara’ dan masakin, maka dinamakan bubur
‘Asyura. Dan jika bid’ah sekalipun, [adalah]
bid’ah hasanah dengan qashad itu.”
(Jam’ul Fawaid, hlm. 132)

5
‫‪Amalan Hari ‘Asyura‬‬

‫‪Selanjutnya dalam Kaifiyah Khatam Al-Quran karya‬‬


‫‪Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani juga, dalam doa di‬‬
‫‪bawah ini yang beliau muat dalam kitab tersebut, dapat‬‬
‫‪kita ketahui pelbagai peristiwa yang terjadi pada hari‬‬
‫‪‘Asyura selain yang tersebut di atas. Doa tersebut ialah :‬‬

‫الر ِح ْيـ ِـم‪.‬‬ ‫الر ْح َمــن َّ‬ ‫هللا َّ‬ ‫ِ‬ ‫ِب ْسـ ِـم‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫َّ‬ ‫ْ‬
‫ال َح ْم ُد ِلل ِه َح ْم ًدا ُي َو ِافي ِن َع َم ُه َو ُيك ِاف ُئ َم ِزْي َد ُه‪َ .‬يا َرَّب َنا ل َك‬
‫ْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ‬ ‫ْ‬
‫ال َح ْمـ ُـد ك َمــا َين َب ِغــي ِل َجــا ِل َو ْج ِهـ َـك َو َع ِظ ْيـ ِـم ُســلطا ِن َك‪.‬‬
‫ُ‬
‫الت ْو َبـ ِـة ِل َد َم َيـ ْـو َم َعاشـ ْـو َر َاء َو َيــا َرا ِفـ َـع‬ ‫َّال ُلهـ َّـم َيــا َقابـ َـل َّ‬
‫ُ‬ ‫َ ِ‬
‫ات َيـ ْـو َم َعاشـ ْـو َر َاء َو َيــا ُم ْسـ ِـك َن‬ ‫السـ َـم َ‬
‫ـس ِإلــى َ ْ ِ‬
‫او‬ ‫َّ‬ ‫إ ْدر ْيـ َ‬
‫ِ ِ‬
‫ُ ْ ّ َْ َ َ ْ َْ َ ََ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬
‫وح على الجو ِد ِي يوم عاشــوراء ويا ِغياث‬ ‫ٍ‬ ‫السـ ِـفين ِة ِلن‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫إ ْب َراهيـ َـم مـ َـن َّ‬
‫النـ ِـار َيـ ْـو َم َعاشـ ْـو َر َاء َو َيــا َج ِامـ َـع ُي ْو ُســف‬ ‫ِ ِ‬
‫النون َي ْومَ‬ ‫اش ْو َر َاء َو َيا َفار َج ُك ْرَبة ذي ُّ‬ ‫َِ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ويعقوب يوم ع‬
‫َِ ُ َ َ ْ َ َ ُ‬ ‫ـور َ َ َ َ َ ُّ ُ‬ ‫ُ‬
‫اشـ ْـو َر َاء َويــاَ‬ ‫ـوب ِلــداود يــوم ع‬ ‫ِ‬ ‫َعاشـ َ اء ويــا غا ِفــر الذنـ‬
‫ُ‬
‫�ســى َو َهـ ُـار ْو َن َيـ ْـو َم َعاشـ ْـو َر َاء َو َيــا َزا ِئـ ِـد‬ ‫َســام َع َد ْعـ َـوة ُم ْو َ‬
‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ِْ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ َ َ ْ‬ ‫ْ ِ‬
‫َ‬
‫الخ ِض ِر ِفي ِعل ِم ِه يوم عاشوراء ويا خ ِالق الجن ِة والن ِار‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬
‫َي ْو َم َعاش ْو َر َاء َو َيا خ ِال َق ِج ْب َرِئ ْي َل َو ِم ْيكا ِئ ْي َل َوِإ ْسرا ِف ْي َل‬
‫ْ ُ‬ ‫اشـ ْـو َر َاء َو َيــا َخالـ َـق ْا َ‬ ‫َ ْ َر ْ َ َ ْ َ َ ُ‬
‫لعـ ْـر ِش َوالك ْر ِ�سـ ّ ِـي‬ ‫ْ َِ‬ ‫و ِعز ا ِئيــل يــوم ع‬
‫اشـ ْـو َراء‪َ.‬‬ ‫َ َّ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ‬
‫ات والرض يــوم ع‬ ‫واللــوح والقلــم والســماو ِ‬
‫ْ ِ َ َ َ ِ َ َ َ ْ َ َ َ ِ َ َ َ َّ ْ َ‬
‫ات‬ ‫ات ويا دا ِفع السيئ ِ‬ ‫�ضى الحاج ْ ِ‬ ‫اجا ِتنا يا َقا ْ ِ‬ ‫ضح‬ ‫ِإق ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ـوم َيــا ذا ا َ‬ ‫َ‬
‫َيــا َحـ ُّـي َيــا ق ُّيـ ُ‬
‫لجــا ِل َوا ِإلكـ َـر ِام َيــا َم ِالــك َيـ ْـو َم‬
‫ّ َ‬ ‫ّ ْ َّ َ َ ْ ُ ُ َ َّ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ‬
‫الصـ َـراط‬ ‫ـاك نســت ِعي َن ‪ .‬اه َ ِدنــاْ َ ِ‬ ‫الديــن ‪ .‬إيــاك نعبــد وإيـ‬ ‫ِ‬
‫ُ‬ ‫ْ ُ ْ َ ِ ْ ِ َ َ َ َّ ِ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ ْ ْ‬
‫وب‬ ‫الَست ِقي َم ِصراط َال ِذين أ َنعمت علي ِ َهم غيَ ِر املغ ْض ِ‬
‫الضآليــن ‪ِ ،‬آم ْيــن ‪ُ .‬سـ ْـب َحان َرِّبــك َر ِ ّب ال ِعـ َّـز ِة‬ ‫َعل ْيهـ ْـم َول َّ‬
‫ِ‬
‫لح ْمـ ُـد ِللـ ِـه‬ ‫َع َّمــا َيص ُفـ ْـو َن ‪َ .‬و َسـ َـا ٌم َعلـ َـى ْالُ ْر َســل ْي َن ‪َ .‬و ْا َ‬
‫ِ‬ ‫َ ّ ْ َ َ‬ ‫ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ر ِب الع ِاليــن ‪.‬‬

‫‪6‬‬
Amalan Hari ‘Asyura

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis


selanjutnya;

“Dan telah datang pada hadits Nabi `,


sabdanya, “Barangsiapa me[ng]hidupkan
malam ‘Asyura, maka umpama ia mengerjakan
ibadat Malaikat al-Muqarrabin.”
(Jam’ul Fawaid, hlm. 131)

Selanjutnya Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani


menambah keterangannya;

“Maka adalah hari ‘Asyura itu daripada


beberapa hari yang [ber]kelebihan dan
zaman yang pilihan, telah menjadikan
[oleh] Allah rahmat bagi segala hamba-Nya
dan menjadikan tempat berbuat kebajikan
daripada ahli kekasih-Nya, seperti barang
yang menyebutkan dia oleh ‘Arif Billah Ibnu
Abi Jamrah, “Maka sayogianya bagi orang
yang mempunyai kelebihan bahawa jangan
dikerjakan pada malam ‘Asyura itu, melainkan
dengan tadharru’, dan berdiri sembahyang,
dan puasa pada harinya, dan mengerjakan
taat malamnya, dan siangnya”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 131)

7
Amalan Hari ‘Asyura

Wirid-Wirid Pada Hari ‘Asyura

Wirid yang diamalkan hari ‘Asyura yang tersebut di


bawah ditulis oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani
sekurang-kurangnya dalam tiga buah karangan beliau.

Dalam Kifayah al-Mubtadi, beliau tulis sebagai


berikut,

“Faidah yang ‘azhimah yang nafisah, disebut di


dalam kitab Jawahir al-Khamis bagi Saiyidina
Muhammad al-Ghauts Radhiyallahu’anhu,
“Barangsiapa membaca pada hari ‘Asyura
tujuh puluh kali akan;

َّ ‫هللا َون ْعـ َـم ْا َلوك ْيـ ُـل ن ْعـ َـم ْاملَ ْولـ َـى َون ْعـ َـم‬
‫الن ِص ْيـ ُـر‬ ُ ‫َح ْســب َي‬
ِ ِ ِ ِ ِ
Dan dibaca pula kemudiannya doa ini tujuh
kali, niscaya tiada mati pada demikian tahun
itu, dan jika sudah hampir ajalnya niscaya
tiada diberi taufiq bagi membaca akan dia.
Inilah doanya1:

1 Doa yang sama juga ditulis dalam Jam’ul Fawaid,


lihat hlm. 129-130. Juga beliau tulis dalam Munyah Al-
Mushalli, lihat yang telah ditransliterasi, hlm. 95-96.

8
Amalan Hari ‘Asyura

َ ‫ان هللا مـ ْ َـأ ْامليـ‬ َ َ ‫ ُسـ ْـب‬. ‫الرحيــم‬ ْ َّ ‫ب ْســم هللا‬


‫ان‬
َِ ْ ِ َ ِ ِ ْ َ ‫ح‬
‫ـز‬ ِ ِ َّ َ ‫الرح َمـ ِـن‬ ِ ِ ِ
َ‫لعـ ْـرش ال َملجــأ‬ َ ‫�ضــى َوز َنــة ا‬ َ ‫الر‬ ّ ‫َو ُم ْن َت َهــى ْال ِع ْلــم َو َم ْبلـ َـغ‬
َ َِ َ َ ِ ِ َ َّ ِ
ْ
‫هللا َعــدد الشــف ِع‬ َ
‫ان‬ ‫ح‬َ ْ
‫ـب‬ ‫ـ‬ ُ
‫س‬. ‫ه‬ ْ
‫ي‬ ‫ل‬ ‫إ‬ ‫ال‬ ‫إ‬ ‫هللا‬ َ ‫َوَل َم ْن َجــا مـ‬
‫ـن‬
ِ
َ َ َ َّ َ ُ ْ َ َ ّ ُ َ َ ِ ِ َ َ َ َ ِ َ َ ْ َ ْ َ ِ ِ
‫ـات ك ِلهــا أســألك الســامة‬ ِ ‫والوتـ ِـر وعــدد َ ك ِلما ِتـ ِـه التامـ‬
َّ َ َّ ُ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ ‫ب َر ْح َم ِتـ َـك َيــا أ ْر َحـ َـم‬
‫ ولحــول ول قــوة ِإل‬. ‫اح ِميــن‬ ِ ‫الر‬ ِ
َ‫ َو ُهـ َـو َح ْســبى َون ْعـ َـم ْا َلوك ْيـ ُـل ن ْعــم‬. ‫لعظيــم‬ َ ‫لعلـ َّـي ْا‬ َ ‫بــاهللِ ْا‬
ِ ِ ِ ِ ِ
َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ ُ َّ َ َ ِ َّ َ ْ َ َ ْ َ ِْ
‫ وصلى هللا ع َلى خي ِرخل ِق ِه سي ِدنا‬.‫املولى و ِنعم الن ِص ِير‬
.‫ص ْح ِبـ ِـه أ ْج َم ِع ْيـ َـن‬ َ ‫ُم َح َّمـ ٍـد َوآلــه َو‬
ِِ
Dalam Kifayah al-Mubtadi, juga dalam Bughyah
ath-Thullab, beliau tulis sebagai berikut,

“Faidah, kata Syeikh Jamal pada Hasyiah


Fathil Wahhab, katanya, “Telah menuqil
setengah daripada ahlish shufi, bahawasanya
barangsiapa membaca akan doa ini pada
hari ‘Asyura, tiada mati pada tahunnya. Dan
barangsiapa sudah selesainya ajalnya tiada
diilhamkan dia [oleh] Allah Ta’ala membaca
akan dia. Dan iaitu setengah daripada sudah
dicubakan dia yang tiada syak padanya, iaitu :

9
‫‪Amalan Hari ‘Asyura‬‬

‫الر ِحيـ ِـم ‪.‬‬ ‫الر ْح َمــن َّ‬


‫هللا َّ‬ ‫ِ‬ ‫ِب ْسـ ِـم‬
‫ِ‬
‫�ضــى‬ ‫الر َ‬ ‫ان ِ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ ْ ْ َ َ ْ َ َ ّ‬ ‫ُسـ ْـب َح َ‬
‫هللا ِمــأَ ا َ ِملي ـ ْـز ِان ومنتهــى ال ِعلـ ِـم ومبلــغ ِ‬ ‫َو َعـ َـد َد ّ‬
‫الن ْعـ َـم َو ِزنــة ال َعـ ْـر ِش‪.‬‬ ‫ِ‬
‫الر�ضــىَ‬ ‫َو ْال َح ْمـ ُـد ِل ّلـ ِـه ِمـ ْ َـأ ْالـ ْي ـ َـزان َو ُم ْن َت َهــى ْال ِع ْلــم َو َم ْب َلـ َـغ ّ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َِ ْ ِ‬
‫الن ْعـ َـم َو ِزنــة ال َعــر ِش‪.‬‬
‫ْ‬ ‫َو َعـ َـد َد ّ‬
‫ِ‬
‫الر�ضىَ‬ ‫َال إ َل َه إ َّال هللا ِم ْ َل ْال ِـم َيزان َو ُم ْن َت َهى ْال ِع ْلم َو َم ْب َل َغ ّ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ََ ْ ِ‬ ‫َِ ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬
‫النعم و ِزنة العر ِش‪.‬‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ّ‬ ‫َو َعد َ َد‬
‫ِ‬
‫�ضــى‬ ‫الر َ‬ ‫هللا أ ْك َب ـ ُـر ِمـ ْ َـأ ْال ـ ِـم َيزان َو ُم ْن َت َهــى ْال ِع ْلــم َو َم ْب َلـ َـغ ّ‬ ‫ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َ ِْ‬
‫الن ْعـ َـم َو ِزنــة ال َعـ ْـر ِش‪.‬‬ ‫َو َعـ َـد َد ّ‬
‫َْ ْ َ َََُْ ْ ْ‬ ‫َ َ ْ َ َ ِ َ ُ َّ َ َّ‬
‫ال حــول ول قــوة ِإل ِبــاهلل ِمــأ ال ـ ِـميز ِان ومنتهــى ال َ ِعلـ ِـم‬
‫َ ْ َ‬ ‫ََ ْ‬ ‫�ضــى َو َعـ َـد َد ّ‬ ‫َو َم ْب َلـ َـغ ّ‬
‫الن ْعـ َـم َو ِزنــة ال َعـ ْـر ِش‪ .‬ل َمل َجــأ َول‬ ‫َ ِ‬
‫الر َ‬
‫َِ‬
‫َّ‬
‫هللا ِإال ِإل ْيـ ِـه‪.‬‬ ‫ِ‬ ‫ـن‬ ‫َم ْن َجــا ِمـ‬
‫َ َ َ َّ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ‬ ‫ُ ْ َ َ‬
‫هللا‬
‫ـات ِ‬ ‫هللا عــدد الشــف ِع والوتـ ِـر وعــدد ك ِل َمـ ِ‬ ‫ســبحان ِ‬
‫ـات‬ ‫الت َّامـ‬ ‫َّ‬
‫ِ‬
‫َ َّ ُ َ َ َ َّ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ‬
‫هللا‬
‫ـات ِ‬ ‫آل ِإلـ ِـه ِإال هللا عــدد الشــف ِع والوتـ ِـر وعــدد ك ِل َمـ ِ‬
‫ـات‬ ‫الت َ َّامـ‬ ‫َّ‬
‫ِ‬
‫َّ‬ ‫ُ ْ َ َ َ َ َّ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ‬
‫ات‬ ‫هللا الت َّام ِ‬ ‫ات ْ ِ‬ ‫َهللا أكب ُرع َدد الشف ِع والوت ِروعدد ك ِل َم ِ‬
‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫ُ َ َّ‬
‫ل َحـ ْـو َل َول قـ َّـوة ِإل ِبــاهللِ َعـ َـد َد الشـ ْـف ِع َوال َوتـ ِـر َو َعـ َـد َد‬
‫ـات‬ ‫َكل َمــات هللا َّ‬
‫الت َّامـ‬
‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ ِ َ ْ ُِ َ ِ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ‬
‫ِ‬
‫وحسبنا هللا و ِنعم الو ِكيل ِنعم ال ــمولى و ِنعم الن ِصي ـ ِـر‬
‫َّ‬ ‫هللا َع َلى َس ّيد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آله َو َ‬ ‫ص َّلى ُ‬
‫ص ْح ِب ِه َو َسل َم‬ ‫ِِ‬ ‫ِِ‬
‫َو َ‬
‫َ‬ ‫َ‬
‫ت ْس ِل ْي ًما ك ِث ْي ًرا ‪.‬‬
‫)‪(Bughyah ath-Thullab, hlm. 127-128‬‬

‫‪10‬‬
Amalan Hari ‘Asyura

Dalam Jam’ul Fawaid, Syeikh Daud bin ‘Abdullah


al-Fathani menulis;

“Dan menyebut daripada Syeikh al-


Mad’ughutsillah yang dahulu, bahawasanya,
“Barangsiapa mengambil pada hari ‘Asyura
akan air mawar, ditaruh didalam mangkuk
dan dibaca, padahal ia ditaruh pada
hadapannya hal keadaannya menilik ia
akan dia, akan Fatihah tujuh kali. Kemudian
disapunya dengan air mawar [itu]akan
kepalanya, dan mukanya. Dan diperbuat akan
yang demikian itu dengan segala orang yang
dikasihinya daripada ahlinya, dan anaknya.
Maka bahawasanya pada demikian itu
dipeliharakan dia daripada segala penyakit
dan saqam hingga kepada demikian tahun itu
hingga kepada tahun hadapannya”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 130)

11
Amalan Hari ‘Asyura

Amalan-Amalan Yang Dikerjakan


Pada Hari ‘Asyura

Tersebut dalam Jam’ul Fawaid karangan Syeikh


Daud bin ‘Abdullah al-Fathani, ada 12 jenis amalan yang
dikerjakan pada hari ‘Asyura ialah:

1. Sembahyang

2. Puasa

3. Sedekah

4. Mandi

5. Ziarah orang ‘alim

6. Ziarah orang sakit

7. Menyapu kepala anak yatim

8. Meluaskan isi rumahnya

9. Kerat kuku

10. Bercelak mata

11. Membaca surah al-Ikhlas seribu kali

12. Menghubung shilaturrahim

12
Amalan Hari ‘Asyura

Keterangan Ringkas

1. Sembahyang

Mengenai kelebihan sembahyang hari ‘Asyura dan


cara-cara mengerjakannya, Syeikh Daud bin ‘Abdullah
al-Fathani menulis,

“Ada pun sembahyang [hari ‘Asyura’] seperti


barang yang [di]riwayat, bahawasanya
Nabi ‘alaihis shalatu was salam bersabda,
“Barangsiapa sembahyang pada hari ‘Asyura
empat rakaat, dibaca pada tiap-tiap rakaat
dengan Fatihah, dan ‫قل هو هللا احد‬, lima belas
kali, diampunkan [oleh] Allah baginya dosa
lima puluh tahun yang dahulunya dan lima
puluh tahun yang kemudian.”
(Jam’ul Fawaid, hlm.132).

2. Puasa

Kelebihan puasa, Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-


Fathani menulis,

“Dan riwayat daripada Ibnu ‘Abbas


Radhiyallahu ‘anhuma, sabda Nabi ` ,
“Barangsiapa puasa pada hari ‘Asyura,
diberikan dia pahala sepuluh ribu haji, dan
‘umrah, dan pahala sepuluh ribu syahid”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 130)

13
Amalan Hari ‘Asyura

Pada halaman yang lain, Syeikh Daud bin ‘Abdullah


al-Fathani menulis,

“Dan lagi datang riwayat dengan puasa


burung pada hari ‘Asyura”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 137)

Tulisan Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani


selanjutnya,

“Dan adalah bagi puasa ‘Asyura itu tiga


martabat, seperti yang disebut [oleh] Ibnu
Hajar ‘Asqalani [bahawa] sekurang [-kurang]
nya bahawa ia puasa pada hari ‘Asyura jua.
Dan yang di atasnya puasa sertanya Tasu’a.
Dan yang atas dari keduanya ia puasa serta
keduanya hari kesebelas”.
“Dan riwayat daripada Anas Radhiyallahu
‘anhu, daripada Nabi `, “Barangsiapa
puasa pada awal Jum’at daripada Muharram
diampunkan [oleh] Allah baginya barang yang
terdahulu daripada dosanya. Dan barangsiapa
puasa tiga hari daripada Muharram, [iaitu]
Khamis, dan Jum’at, dan Sabtu disurat oleh
Allah dengan tiap-tiap hari tiga puluh hari”.
“Dan kata ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, sabda
Nabi `, “Barangsiapa puasa beberapa hari,
hingga yang kesepuluh daripada awalnya
hingga kepada ‘Asyura dipusakakan dia
syurga Firdaus yang a’la”.
“Kata Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma,
sabda Nabi `, “Barangsiapa puasa akhir hari
daripada Zilhijjah, dan awal Muharram, maka
disudahi akan tahun yang dahulunya dengan
puasa dan dihadapkan yang di hadapan
dengan puasa telah menjadikan [oleh] Allah
Ta’ala kifarat lima puluh tahun”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 137)
14
Amalan Hari ‘Asyura

Selain tulisan dalam Jam’ul Fawaid, Syeikh Daud


bin ‘Abdullah al-Fathani juga membicarakan tentang
puasa hari ‘Asyura dalam kitab-kitab yang lain, di
antaranya dalam Bughyah ath-Thullab, katanya,

“Dan demikian lagi puasa pada hari ‘Asyura,


iaitu hari yang kesepuluh daripada bulan
Muharram. Dan demikian lagi, puasa pada
hari Tasu’a, iaitu hari yang kesembilan
daripada bulan Muharram karena hadits yang
diriwayat oleh Muslim, sabda Nabi ` :

َ َ َّ َ َ َ َ ُ َ َْ ُ َ َ
‫ـور َاء أ ْحت ِسـ ُـب َعلــى اللـ ِـه أ ْن ُيك ِّفـ َـر‬ ‫و ِصيــام يــو ِم عاشـ‬
ُ‫السـ َـن َة َّالتــي َق ْب َلــه‬
َّ
ِ
yakni puasa ‘Asyura aku kira-kira atas Allah
Ta’ala bahawa diampun akan dosa setahun
yang dahulunya”.

)Bughyah ath-Thullab, hlm. 127(

“Dan lagi, sabda Nabi `;

َ َ َ ََ
‫ـات ق ْبلـ ُـه‬ َّ َّ َ ُ َ َ َ َ َ ََْ ْ َ
ِ ‫ لصومــن الت‬،‫ل ِئــن بقيــت ِإلــى ق ِابـ ٍـل‬
‫اسـ ِـع فمـ‬
- ‫ رواه مســلم‬-
jika aku hidup pada tahun yang lagi akan
datang, niscaya aku puasa hari yang
kesembilan”, maka Nabi Allah pun wafat ia
dahulu daripada mendapat hari itu”

(Bughyah ath-Thullab, hlm. 127).

15
Amalan Hari ‘Asyura

Dalam Kaifiyat Khatam al-Qur’an, mengenai


khutbah bulan Muharram, Syeikh Daud al-Fathani
menyebut sebuah hadits yang lain yang tujuannya sama
dengan hadits di atas tetapi lafaznya berbeza. Hadits itu
ialah sabda Nabi `;

َّ َّ َ ْ ُ َ َ َ َ ُ ْ ْ
َ ‫التاس َع َو ْال َعاش َر َف َق َب‬
‫ض ُه‬ ِ ِ ْ ‫ِإن ِعشت ِالى ق ِاب ِل لصوم َن‬
‫هللا ِم ْن ذ ِل َك ال َعام‬
ُ
Maksudnya, “Jika kau hidup lagi sampai
pada tahun yang akan datang, niscaya aku
puasa hari yang kesembilan dan hari yang
kesepuluh, maka diwafatkan dia oleh Allah
pada itu”.
(Kaifiyat Khatam al-Qur’an, hlm. 216).

Hadits ini juga terdapat dalam ‘Ashal Khuthbah


susunan Syeikh ‘Utsman bin Syihabuddin Pontianak.

“Dan adalah hikmatnya sebab disuruh puasa


hari Tasu’a karena ihtiyath dan menyalahi
kaum Yahudi.Karena mereka itu puasa pada
hari yang kesepuluh jua”.
(Bughyah ath-Thullab, hlm. 127)

“Dan sunat pula puasa pada hari kesebelas,


dan hikmatnya adalah puasa Arafah dikifarat
akan dosa dua tahun, dan ‘Asyura dikifarat
dosa setahun, karena ‘Arafah itu ditentukan
Nabi kita Muhammad `, dan hari ‘Asyura itu,
hari puasa Nabi Musa, dan Nabi kita afdhal
daripada segala Anbiya’, maka adalah harinya
itu dengan kifarat dua tahun, dan ‘Asyura
setahun jua karena ia kurang daripada Nabi
kita. Sebab dinamakan ‘Asyura itu pada hari

16
Amalan Hari ‘Asyura

kesepuluh Muharram karena Allah Subhanahu


wa Taala memuliakan sepuluh Anbiya’ dengan
sepuluh karamah pada hari itu”.
(Bughyah ath-Thullab, hlm.127).

Tentang memberi makan ketika berbuka puasa,


Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Dan barangsiapa membukakan puasa akan


orang Mu’min pada malam hari ‘Asyura, maka
seperti seumpamanya ia membuka puasa
padanya segala ummat Muhammad ` dan
mengenyangkan mereka itu…”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 131)

Di bawah ini saya petik dari beberapa kitab bacaan


lafaz niat untuk puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura, ialah:

َ َ َّ ً َ ‫صـ ْـو َم َغــد مـ ْـن َيـ ْـو َم َت ُسـ‬


َ ‫َن َو ْيـ ُـت‬
‫ـوع َاء ُسـ َّـنة ِللـ ِـه ت َعالــى‬ ِ ٍ
Ertinya: “Sahaja aku puasa besok hari, hari
Tasu’a, sunat kerana Allah Ta’ala”.

َ َ َّ ً ُ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ ُ ََْ
‫ـور َاء ُسـ َّـنة ِللـ ِـه ت َعالــى‬
َ ‫اشـ‬ ‫نويــت صــوم غـ ٍـد ِمــن يــوم ع‬
Ertinya: “Sahaja aku puasa besok hari, hari
‘Asyura, sunat kerana Allah Ta’ala”.

17
Amalan Hari ‘Asyura

3. Sedekah

Kelebihan sedekah, Syeikh Daud al-Fathani menulis,

“Ada pun sedekah itu, seperti barang yang


disebut pada hadits Nabi `, “Barangsiapa
sedekah pada hari ‘Asyura, adalah seperti ia
sedekah setahun”. Dan pada satu riwayat,
“Barangsiapa manfaat padanya satu dirham
diganti [oleh] Allah akan dia baginya tujuh
ratus dirham.Dan tiap-tiap dirham yang
dinafqahkan dia di dalam taat [kepada] Allah
Ta’ala maka, iaitu terlebih berat pada Allah
daripada tujuh petala langit dan bumi yang
ketujuh.Dan barangsiapa sedekah dengan
satu dirham daripadanya diganti [oleh] Allah
Ta’ala atasnya seribu dirham”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 134)

4. Mandi

Kelebihan mandi, Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-


Fathani menulis,

“Adapun mandi itu, maka sanya telah datang


pada khabar bahawasanya Allah Ta’ala
mencarikkan Zamzam pada demikian malam
itu, yakni ‘Asyura, kepada segala air, maka
barangsiapa mandi pada harinya niscaya
dilepas[kan] daripada segala tahun itu. Dan
lagi sabdanya, “Barangsiapa mandi pada hari
‘Asyura, tiada sakit ia melainkan sakit mati”
(Jam’ul Fawaid, hlm. 135)

18
Amalan Hari ‘Asyura

5. Ziarah orang ‘alim

Mengenai kelebihan ziarah orang ‘alim, Syeikh


Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Dan adapun ziarah akan orang yang ‘alim


itu, seperti barang yang diriwayatkan khabar
(maksudnya; hadits, pen:), “Barangsiapa
datang kepada orang ‘alim pada hari ‘Asyura,
supaya mendengar atau belajar daripada
suatu masalah pada agamanya, dan barang
yang memberi manfaat akan dia pada akhirat
diberikan pahala seumpama Muhajirin
dan Anshar -yakni sahabat yang pindah
daripada Makkah ke Madinah, dan Anshar
itu orang Madinah menolongkan Nabi ` -
dan diwajibkan dia [oleh] Allah Subhanahu
wa Taala baginya syurga”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 133-134)

6. Ziarah orang sakit

Kelebihan ziarah orang sakit, Syeikh Daud bin


‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun ziarah akan orang sakit itu, seperti


barang yang datang pada hadits. Sabda,
“Barangsiapa ziarah akan orang sakit dengan
dia, yakni pada hari ‘Asyura, maka seolah-olah
ia menziarahi sekalian anak Adam ‘alaihis
Salam”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 134)

19
Amalan Hari ‘Asyura

7. Menyapu kepala anak yatim

Mengenai kelebihan menyapu kepala anak yatim,


Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun sapu kepala anak yatim itu, seperti


barang yang datang hadits daripada Nabi
S.A.W, “Barangsiapa menyapu di atas kepala
anak yatim hari ‘Asyura diangkat baginya
[oleh] Allah Subhanahu wa Taala dengan tiap-
tiap bulu kepala darajat di dalam syurga”. Dan
barangsiapa memakaikan pada hari ‘Asyura
akan miskin maka [se]sungguhnya seumpama
ia memakaikan masakin ummat Muhammad
` sekaliannya. Dan dipakaikan dia [oleh]
Allah Ta’ala tujuh puluh pakaian syurga”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 134)

“Dan disebut pada Taurat, “Barangsiapa


menyapu akan kepala anak yatim hari ‘Asyura
maka seumpama ia menyapu sekalian kepala
anak yatim dan ditanamkan akan dia [oleh]
Allah Subhanahu wa Taala dengan tiap-tiap
bulu kepalanya pohon kayu yang berbuah
dengan hali/ ‫( حلــى‬maksudnya: yang lazat-
lazat citarasanya, pen:) dan hallal/ ‫حلــل‬
(maksudnya: yang boleh dimakan, pen:)
sebilang-bilang bintang di langit”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 134)

“Dan pada Jami’ush Shaghir, “Jika adalah


engkau kasih bahawa lembut hatimu, dan
ditunaikan hajatmu, sapu olehmu kepala
anak yatim, dan sedekahkan dia, dan beri
makan dia”.Dan lagi katanya, “Sapu olehmu

20
Amalan Hari ‘Asyura

kepala anak yatim baginya daripada belakang


kepada hadapan kepala.Dan kanak-kanak
dan bapaknya daripada hadapan kepada
belakang”.
(Jam’ul Fawaid, hlm. 134)

8. Meluaskan isi rumahnya

Kelebihan meluaskan belanja rumahnya, Syeikh


Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun meluaskan belanja atas ‘iyalnya


(maksudnya: keluarga, pen:), sabda Nabi
S.A.W, “Barangsiapa meluaskan di atas isi
rumahnya dan ahlinya pada hari ‘Asyura,
diluaskan [oleh] Allah atasnya di dalam tahun
[itu]”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.135)

“Dan pada hadits Abu Sa’id al-Khudri dan Ibnu


‘Umar, “Barangsiapa meluaskan atas ahlinya
pada malam ‘Asyura, diluaskan [oleh] Allah
Ta’ala atasnya sepanjang-panjang tahun”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.135)

“Dan kata ‘Umar bin al-Khaththab,“Banyakkan


olehmu kebajikan dengan isi rumah kamu
pada malam ‘Asyura, dan harinya, dan
luaskan olehmu padanya atas ahli kamu pada
barang yang halal.Maka barangsiapa tiada
dapat, maka diluaskan perangainya serta
kerabatnya, dan maafkan daripada orang
menzhalimkan dia”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.135)

21
Amalan Hari ‘Asyura

Dalam Bughyah ath-Thullab, Syeikh Daud bin


‘Abdullah al-Fathani mencantum lafaz ‘Arab satu hadits
yang disebut oleh Imam Baihaqi, sabda Nabi `;

َ ُ َ َّ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ َ َّ َ ْ َ
‫هللا َعل ْيـ ِـه‬ ‫مــن وســع علــى ِعي ِالـ ِـه يــوم عاشــور ِاء وســع‬
َ
‫َســا ِئ َر َســن ِت ِه‬
Terjemahan beliau; “Barangsiapa meluaskan
ahlinya pada hari ‘Asyura, meluaskan Allah
atasnya segala tahunnya”.

(Bughyah ath-Thullab, hlm.128)

9. Kerat kuku

10. Bercelak mata

Kelebihan bercelak mata pada hari ‘Asyura, Syeikh


Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun bercelak mata, seperti barang yang


datang daripadanya, yakni hadits dari Nabi
`, sabdanya, “Barangsiapa bercelak pada hari
‘Asyura dengan ‫ أثمد‬tiada sakit mata selama-
lamanya”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.135)

22
Amalan Hari ‘Asyura

11. Membaca surah Al-Ikhlas seribu kali

Kelebihan surah al-Ikhlas seribu kali hari ‘Asyura,


Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun membaca ‫ قــل هــو هللا احــد‬seribu kali


seperti riwayat daripada ‘Ali Radhiyallahu
‘anhu, katanya, “Barangsiapa membaca pada
hari ‘Asyura ‫ قل هو هللا احد‬seribu kali, menilik
Rahman kepadanya. Dan barangsiapa menilik
Rahman kepadanya tiada disiksa-Nya akan dia
selama-lamanya”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.135)

12. Menghubung shilaturrahim

Mengenai kelebihan shilaturrahim, Syeikh Daud


bin ‘Abdullah al-Fathani menulis,

“Adapun shilaturrahim itu, maka bahawasanya


sangat sangat tuntutnya, amat muakkad…”.
(Jam’ul Fawaid, hlm.132)

***

Selesai menulis di Kuala Lumpur,


hari Sabtu, 1 Muharram 1425H/ 21 Februari 2004H.
Ditulis dalam rangka memenuhi permintaan ceramah di
beberapa tempat tentang hari ‘Asyura.

23
Amalan Hari ‘Asyura

Rujukan

1. Rujukan Utama

DAUD BIN ‘ABDULLAH AL-FATHANI, SYEIKH …


ََْ َْ
• ‫َج ْمـ ُـع الف َوا ِئـ ِـد َو َج َو ِاهـ ُـر القل ِئـ ِـد‬
(Jam’ul Fawaid wa
Jawahirul Qalaid), cetakan pertama Mathba’ah al-
Miriyah al-Kainah, Makkah, 1303H, cetakan tahun
1311H.

• ‫( منية املصلي‬Mun-yatul Mushalli), cetakan yang kedua


oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah,
1313H.

• ‫( كفايــة املبتــدي وإرشــاد املهتــدي‬Kifayatul Mubtadi wa


Irsyadul Muhtadi), atau digunakan dengan judul
yang lain, ialah:

‫إرشــاد األطفــال املبتدئيــن فــي عقائــد الديــن وأدعيــة النافيعــة‬


‫( للديــن‬Irsyadul Athfalil Mubtadi-in fi ‘Aqaidid Din
wa Ad’iyatun Nafi’ah lid Din), Mathba’ah al-Miriyah,
Makkah 1309H.

• ‫( بغيــة الطــاب ملريــد معرفــة األحــكام بالصــواب‬Bughyah


ath-Thullab li Murid Ma’rifatil Ahkami bis Shawab),
cetakan pertama Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah,
Makkah, 1310H.

24
Amalan Hari ‘Asyura

2. Rujukan lain:

AHMAD ‘ABDUR QADIR BIN ‘ABDUR RAHMAN, PULAU


PINANG, SYEIKH …

• ‫( ترفة الفلفالنية في املواعظ املنبرية‬Turfah al-Filfilaniyah fi


al-Mawa’izh al-Minbariyah), Mathba’ah United, Pulau
Pinang, 1355H.

AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN BIN MUSHTHAFA AL-


FATHANI, SYEIKH …

• ‫( بدائــع الزهــور‬Bada-i’uz
Zuhur), cetakan pertama,
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997M.

MUHAMMAD BIN ISMAIL DAUDI AL-FATHANI, SEYIKH..

• ‫( بهجــة املرضيــة فــي الفوائــد األخرويــة‬Bahjah al-Mardhiyah


fi al-Fawaid al-Ukhrawiyah), cetakan Mathba’ah al-
Miriyah al-Kainah, Makkah, 1313H.

‘UTSMAN BIN SYIHABUDDIN AL-FUNTIANI, SYEIKH …

• ‫( أصــل خطبــة‬Ashal Khuthbah), cetakan Mathba’ah al-


Miriyah al-Kainah, Makkah, 1314H.

25

Anda mungkin juga menyukai