Anda di halaman 1dari 7

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:
KESIHATAN ANDA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini adalah sebuah siri buku yang memuatkan pelbagai rencana berkaitan kesihatan. Ia
merangkumi pengetahuan mengenai jenis-jenis penyakit, kaedah pencegahan, rawatan,
mahupun rencana yang dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan diri. Bahasa yang digunakan
juga mudah difahami. Ia diselitkan dengan illustrasi yang dilengkapi fakta untuk memudahkan
pehamaman. Buku ini dapat menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang seiring dengan
konsep Malaysia Cergas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengajaran yang boleh didapati setelah membuat pembacaan buku ini adalah kita
perlu menitikberatkan dan menjaga kesihatan diri walau sesibuk mana pun. Amalan bersenam,
menjauhkan diri daripada aktiviti tidak berfaedah seperti merokok, berpuasa untuk meningkatkan
mutu kesihatan diri dan sebagainya adalah antara intipati yang terdapat dalam buku ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, kita perlu menitikberatkan aspek kesihatan diri dalam kehidupan seharian
murid. Input yang dikongsi bersama murid dapat memberi kesedaran awal kepada mereka
tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:
ALAM SEMUALAJADI 2
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini adalah sebuah siri buku yang menceritakan tentang keindahan alam semesta ciptaan
Yang Maha Esa yang seharusnya dihayati dan dihargai. Melalui pembacaan buku ini dapat
menzahirkan rasa kesyukuran, kebesaran dan kekuasaan ciptaan Illahi yang Maha Luas. Fakta-
fakta sains yang berkat rapat tentang fenomena yang berlaku di bumi, cuaca, ribut, kilat, guruh,
kejadian di angkasa lepas, fenomena bulan, keluarga matahari, fenomena air beku, geyser, air
terjun dan sebagainya adalah satu fakta yang menarik untuk dikongsi bersama murid.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengajaran yang boleh didapati setelah membuat pembacaan buku ini adalah
menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita. Perkongsian ilmu
sains yang didapati dalam buku ini membolehkan kita menambah input yang lebih meluas tentang
kebesaran ciptaan Allah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, kita perlu belajar menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Tuhan
yang Maha Luas. Fakta-fakta yang diperolehi tentang fenomena-fenomena alam di bumi amat
menarik dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:
EARTHS LIVING CREATURES
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini adalah sebuah siri buku yang sangat menarik untuk dibaca bagi menambah
pengetahuan dalam sains dan persekitaran. Buku ini mengandungi pelbagai illustrasi berwarna
dan penerangan ringkas tentang kehidupan flora dan fauna. Buku ini mengandungi input
mengenai galaksi dan planet serta perkembangan flora dan fauna yang hidup di bumi seperti
jenis-jenis haiwan, makhluk hidup memerlukan makanan untuk hidup, jenis-jenis serangga, dan
rantai makanan haiwan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengajaran yang boleh didapati setelah membuat pembacaan buku ini adalah
menghargai semua makhluk hidup kurniaan Tuhan di bumi sama ada haiwan, manusia atau
tumbuhan serta bertanggungjawab untuk menjaga alam persekitaran dengan sebaiknya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, kita perlu menerapkan nilai-nilai murni seperti kepentingan memupuk sifat
sayang-menyayangi terhadap semua makhluk hidup di bumi termasuk tumbuhan, haiwan dan
manusia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:
TUHAN SEDANG MENGUJI KITA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini adalah sebuah siri buku yang sangat menarik untuk dikongsi bersama semua. Ujian yang
tidak terduga hadir dalam hidup kita sebenarnya datang bertandang untuk membersihkan dosa
dan mengajak kita bertanya apakah kita sudah terleka dan terlupa siapakah kita di sisi Sang
Pencipta. Buku ini mengingatkan kita untuk menjadi seorang hamba yang redha dengan segala
ujian yang datang dalam hidup. Kita selalu terleka dengan nikmat dunia, tewas dalam gembira
dan tersungkur dalam derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka
ujian itu sebenarnya manis. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya,
dunia adalah tempat ujian akhirat jua tempat kebahagiaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengajaran yang boleh didapati setelah membuat pembacaan buku ini adalah
bersabar dengan ujian dan dugaan hidup di dunia kerana kelak pasti ada manisnya di sebalik
ujian tersebut. Kita juga dituntut untuk sentiasa bertenang dalam menghadapi apa sahaja ujian
yang datang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan


2. menghadapi pelbagai situasi dalam keadaan tenang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:
JOM JAGUH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku JOM JAGUH karangan Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj merupakan sebuah buku yang
membicarakan tentang bagaimana kita boleh menjadi seorang jaguh. Baik sebagai jaguh di
tempat belajar, tempat kerja atau di kalangan masyarakat. Disampaikan secara santai dan
selamba. Jom Jaguh menyentuh pelbagai aspek kehidupan yang antaranya adalah agama,
cabaran, cinta, emosi, hobi, kasih sayang, kekuatan motivasi dan banyak lagi. Terdapat lebih 100
topik yang dibicarakan dalam buku comel ini. Buku ini membuatkan kita terpanggil untuk
memaksimumkan potensi diri kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengajaran yang boleh didapati setelah membuat pembacaan buku ini adalah berani
menghadapi apa sahaja cabaran dalam hidup. Selain itu, nilai kasih sayang dan saling membantu
apabila menghadapi kesusahan perlu dipupuk dalam diri setiap insan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. menerapkan budaya saling-menghormati di sekolah


2. berani menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah
3. belajar menangani pelbagai emosi dengan tenang di sekolah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul Pedagogi dalam pendidikan 3. Bidang: Pendidikan


Matematik (Noraini Idris)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan kaedah-kaedah pengajaran yang boleh membantu bakal guru untuk
merancang dan melaksanakan tugas dengan berkesan apabila menjalankan tugas di sekolah.
Skop perbincangannya yang padat menyentuh pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Kupasan yang dilakukan lebih menjurus kepada pendidikan Matematik, psikologi
dalam pembelajaran Matematik, masalah dan cabaran serta cadangan penyelesaian ke arah
pemantapan kurikulum Matematik. Dalam edisi kedua ini, penulis telah menambah banyak topik
penting selaras dengan keperluan sukatan subjek Matematik masa kini. Buku ini juga berguna
sebagai panduan mudah dan dapat memperkayakan kepada sesiapa juga yang meminati
Matematik dalam bidang pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. memperkayakan ilmu pedagogi Matematik sedia ada


2. membantu guru meningkatkan mutu pengajaran dalam kelas

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. meningkatkan mutu pengajaran dalam kelas dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah


pengajaran yang menarik dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ASSUNTA 2(M) Kod Sekolah: BBB 8302

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

Siri Pengajian dan Pendidikan


2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Utusan : Isu-isu dalam Pendidikan
Matematik (Sabri Ahmad)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10- 11-30 PAGI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan pelbagai isu yang menyentuh bidang Matematik, peranan komunikasi
dalam bahasa Matematik, serta pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Buku ini merupakan cetusan pemikiran ke arah
memperkayakan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran,
stategi pengajaran, dan pendidikan kaunseling. Semua huraian dalam buku ini merangkumi
konsep, kaedah, teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran
yang kreatif dan sistematik.Beberapa tajuk penting yang dibincangkan dalam buku ini sangat
sesuai diperhalusi sama ada oleh para pendidik dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan
secara langsung atau tidak langsung.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. membantu guru mendapatkan idea untuk meningkatkan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. memberi cetusan idea untuk membantu murid dalam teknik mengingat rumus Matematik
dengan cepat dan tepat
2. memantapkan pedagogi pengajaran Matematik

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AIZATUL SHAIRAH MAT NASIR) (PN. ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR,
SK ASSUNTA 2(M)

Anda mungkin juga menyukai