Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Wr Wb

Segala puja dan puji marilah kita panjatkan kepada dzat Alloh Ilahi Robby, Sholawat dan salam semoga
selamanya terlimpah curahkan kepada Baginda alam, yakni Habibana Wa Nabiyana Muhammad Saw
yang menjadi penutup para nabi, pemilik syafaat nanti di yaumil qiyamat.
Hadirin Rahimakumulloh
Sebagaimana kita ketahui Bulan Muharram adalah Bulan yang paling bersejarah dimana pada bulan
tersebut merupakan Pergantian dalam kalender tahun baru islam, dimana Muharram adalah salah satu
diantara bulan yang dimuliakan oleh Alloh Swt, sebagaimana dalam firman Alloh SWT :

َّ ‫ور ِعدةَّ ِإ‬


‫ن‬ َِّ ‫ش ُه‬ َّ ‫ب فِي ش ْه ًرا عشرَّ اثْنا‬
ُّ ‫َللاِ ِع ْندَّ ال‬ َِّ ‫َللاِ ِكتا‬ َّ َّ‫خلقَّ ي ْوم‬
َِّ ‫األرضَّ السماوا‬
‫ت‬ ْ ‫ين ذ ِلكَّ ُح ُرمَّ أ ْربعةَّ ِم ْنها و‬ ْ ‫ت‬
َُّ ِّ‫ظ ِل ُموا فال ْالقيِِّ َُّم ال ِد‬
َّ‫واعْل ُموا كاف َّةً يُقا ِتلُون ُك َّْم كما كاف َّةً ْال ُم ْش ِر ِكينَّ وقاتِلُوا أ ْنفُس ُك َّْم ِفي ِهن‬
َّ‫ْال ُمت ِقينَّ معَّ َللاَّ أن‬
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum
musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah
bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Didalam Sebuah hadist telah dijelaskan bahwa ada 4 bulan yang mulia (Asyhurul Huruum) yaitu bulan
Rajab, DzulQadah, Dzulhijjah, dan Muharram. Didalam keempat bulan tersebut dilarang untuk
berperang, dan apabila pada bulan itu ada peperangan yang sedang terjadi harus segera serempak di
hetikan. salah satu dari sekian banyak hikmahnya yaitu sebagai pengamanan bagi yang sedang
melaksanakan ibadah haji, dari gangguan keamanan baik di perjalanan, maupun ditempat pelaksanaan
ibadah haji tersebut. dari semenjak zaman jahiliyyah pengamanan ibadah haji merupakan kewajiban
publik (umum) yang sangat penting untuk dilaksanakan.
adapun bagi kita semua dalam mengisi penyambutan bulan suci muharram ini yaitu diantaranya :
1. harus memperbaiki dan memperbaiki niat serta membulatkan tekad untuk meningkatkan kualitas
keimanan dan ketakwaan kita terhadap Alloh Swt, yang harus lebih baik lagi dari tahun yang
sebelumnya.
2 melaksanakan shaum sunnah.sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad Rasululloh
Saw.

Sesungguhnya pada bulan muharam itu terjadi beberapa peristiwa yang amat luar biasa diantaranya ada
yang disebut dengan hari Asy-Syura (tanggal 10 Muharram). Hari Asyura merupakan salah satu hari yang
diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini
disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Hari Asyura (10 Muharam) telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para
nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh
Muhammad s.a.w.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi
memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda
berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura
(atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan
dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat
Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari
mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini,
masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan
kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
• Hari pertama Allah menciptakan alam.
• Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan 'Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
• Nabi Adam a.s. dicipta.
• Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar
larangan Allah.
• Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
• Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera
baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
• Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
• Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
• Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
• Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
• Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
• Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut
Merah.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
• Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40
malam.
• Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
• Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
• Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah,
dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain
ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan
menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan
Saiyiduna Hussain ra.
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura:

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:"Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9
Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”.
Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat
menghapuskan dosa tahun yang lalu. (Riwayat Muslim)

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi
berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab:
"Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel
daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku
lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh
orang ramai supaya berpuasa." (HR Bukhari)

Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan
Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh
berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)." (HR Bukhari dan
Muslim).
Demikian uraian singkat mengenai bulan muharram semoga dengan semangat tahun baru ini kita bisa
lebih meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Alloh Swt, dan menjadikan tahun yang akan
datang lebih baik daripada tahun yang lalu. Aamiin ya Alloh ya Robbal 'alamiin
Wassalamualaikum Wr Wb

Anda mungkin juga menyukai