Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : NORSYAFIKA BINTI NASIR


Sekolah : SK TAMAN SKUDAI BARU 2
A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 11 Mac 2019


Waktu : 11.10 – 12.40 Tengahari
Kelas : 3 Cerdik
Subjek : Bahasa Melayu
Tajuk : Memperbaiki kekemasan tulisan murid tahun 3 Cerdik melalui kaedah penulisan
berperingkat
Objektif : Murid dapat menulis tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

10/23 orang murid dapat menulis menggunakan tulisan berangkai dengan betul dan kemas. Terdapat
beberapa orang murid yang mempunyai masalah tulisan yang sukar untuk difahami dan tidak kemas.Oleh
yang demikian, saya telah membuat kajian untuk menangani masalah tulisan dua murid yang tidak kemas
di kelas 3 Cerdik. Saya lebih memfokuskan pada penggunaan latihan garis tiga serta memastikan postur
badan dan cara murid memegang alat tulis semasa menulis adalah betul. Saya ingin melihat kesan cara
tersebut dalam memperbaiki kekemasan tulisan murid. Tulisan yang kemas pada peringkat awal akan
membiasakan murid dalam setiap aktiviti bertulis.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Memperkenal kaedah
Penulisan Berperingkat

Kaedah penulisan berperingkat adalah inspirasi yang saya peroleh daripada kaedah ansur maju
yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005). Dia telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan
Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku latihan dua garisan.
Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa langkah bagi membantu murid-murid
menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.

Penyelesaian :

Langkah 1 :

Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja sebanyak 180 darjah.
Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu tunduk ke meja serta memastikan
lengannya berada di atas meja semasa menulis seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
Rajah 1 : Postur yang betul semasa menulis

Langkah 2:

Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel dipegang dengan kadar
satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Rajah 2. Cara betul memegang pensel.

Langkah 3:

Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai
dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya
meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga
menguasai kemahiran tersebut.

Langkah 4:

Murid-murid menulis perkataan secara berulang-ulang dan kemudiannya menulis ayat secara berulang-
ulang menggunakan buku penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah
seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.

Wah,cantiknya baju!
Rajah 3. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat.

Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya terangkan tadi, saya
memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari semasa ke semasa. Latihan-latihan
penulisan murid dikumpul dan dianalisis untuk melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :

Setelah melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya berpendapat kemahiran menulis merupakan
perkara yang amat penting yang harus dipelajari oleh murid. Kini, saya amat tertarik dengan penyelidikan
tindakan yang berkaitan dengan kemahiran menulis murid. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai
untuk digunakan untuk murid yang lemah dan guru perlu memantau dari semasa ke semasa. Saya mungkin
boleh memperincikan semula langkah-langkah untuk murid menulis seperti menggunakan latihan garis tiga
yang juga dibantu oleh kotak-kotak bagi setiap huruf supaya tulisan murid lebih kemas dan cantik. Malah,
jarak bagi setiap huruf juga dapat ditetapkan. Hasil kajian ini, murid mempunyai perubahan dari segi
kekemasan tulisan yang lebih teratur.

Anda mungkin juga menyukai