Anda di halaman 1dari 2

Antara pengertian atau maksud sahabat-sahabat di dalam kitab tafsir yang lain adalah mereka

yang jelas dan nyata berada dekat atau sezaman dengan Rasulullah S.A.W ketika mana ayat-
ayat al-Quran diturunkan kepada Baginda. Mereka sahabat-sahabat juga mengetahui sebab-
sebab turunnya ayat (Asbabun Nuzul). Kata-kata sahabat dalam mentafsirkan al-Quran boleh
dianggap hampir sama kedudukannya dengan Sunnah Nabi sendiri terutamanya apabila
berkaitan dengan hukum-hukum syarak sebab kita percaya bahawa secara jelas tentunya
sahabat itu menerimanya daripada Rasulullah S.A.W. (Tafsir Al-Azhar hlm. 30-31: 1984)

Tafsir ayat 2 surah al-Fatihah:

‫الحمد هللا رب العالمين‬

Menurut makna bahasa, ianya difahami sebagai “Segala puji hanya bagi Allah tuhan seluruh
alam” (Rujuk al-Quran). Sesungguhnya dalam memahami maknanya yang cukup luas para
ulama’ menyebut ayat ini sangatlah mendalam dan membawa maksud yang panjang.

Padanya letak puji-pujian bagi Allah yang merupakan perkara ibadah bagi hamba kepada Allah
tuhan yang Esa, padanya juga wujud syukur dan terima kasih atas rahmat-Nya sebagai
penghargaan dari hamba, dan padanya juga wujud kalimah ‫( رب العالمين‬rabbil a’lamin) yang
membawa maksud tuhan yang menguasai alam semesta dan alam seluruhnya yang dapat
difahami dengan ilmu dan pemerhatian.

‫ – هللا الحمد‬Alhamdulillah, (Segala puji (syukur) hanya bagi Allah).

Pada ayat ini, Allah menyebut akan pujian dan syukur kepada Zat-Nya sebagai mengajar
manusia dan makhluk seluruhnya akan kalimah mulia yang diredhai-Nya ini sebagaimana yang
terdapat dalam asar dari sahabat (riwayat dari sahabat) bahawa Umar ra pernah bertanya
kepada Ali ra, Apakah yang dimaksudkan dengan ‫ هللا الحمد‬Maka dijawab oleh Ali ra bahawa
ianya:

‫كلمة رضيها هللا لنفسه‬

Bermaksud: “Kalimah yang diredhai oleh Allah untuk disebut pada zatNya”.

Manakala dalam riwayat Ibn Abbas ra pula menyebut bahawa:

‫الحمد هللا رب العالمين‬


Membawa maksud segala puji hanya bagi Allah atas nikmat dan rahmat-Nya serta kekuasaan-
Nya (Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 35 Jilid 1).

Anda mungkin juga menyukai