Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS CADANGAN KAJIAN

TAJUK:
CINTA SELEPAS NIKAH

NOMBOR KUMPULAN: 11

NAMA PELAJAR & NO MATRIK:

MUHAMMAD ZHARIFF BIN AMAT NAWI (A168242)

MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KAMAL (A168231)

MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHAMAD SARIF (A168326)

MOHD HARIZ BIN HASIN (A168271)

AHMAD ZULFAHMI BIN ARIFFIN (A171928)

MUHAMMAD IDLAN BIN MAS HASAN (A168353)

AHMAD DANIEL BIN SAIFUZZAMAN (A168388)

MUHAMMAD FAKHRUDIN BIN MOHD ZAHARUDIN (A167687)

NAMA KURSUS & KOD:


LMCR1312 CINTA DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH:
DR. SYAIDATUN NAZIRAH BINTI ABDUL ZAHRIN
ABSTRAK

Nikah adalah satu cara sesuatu pasangan itu merealisasikan cinta diantara
mereka. Namun, perasaan cinta itu datang dalam keadaan seseorang belum bersedia
menerima tanggungjawab. Justeru itu, remaja masa kini dilihat semakin ramai yang
‘bercouple’ semasa alam pembelajaran. Ada juga yang sudah bernikah semasa sedang
menyambung pengajian di IPT. Oleh itu, kajian yang ingin dilakukan adalah berkenaan
perasaan cinta diantara para penuntut ilmu dan juga yang telah bernikah semasa
menyambung pengajian. Cinta yang sebenar dalam Islam adalah kerana kecantikan
akhlak seseorang itu dan bukannya hanya semata-mata kerana nafsu syahwat. Perasaan
cinta itu tidak dapat digambarkan hanya dengan hubungan antara lelaki dan perempuan,
akan tetapi bagaimana untuk menjaga antara satu sama lain. Cinta kerana nafsu
mungkin berakhir dengan zina, tetapi cinta kerana Allah dan Rasulnya membawa
rahmat. Dapat dirumuskan bahawa cinta yang hakiki membawa kebahagiaan antara
pasangan lelaki dan perempuan.

KATA KUNCI: (couple, remaja, nafsu syahwat, nikah, zina)

1.1 PENDAHULUAN

Cinta adalah fitrah bagi setiap manusia kerana setiap manusia mempunyai naluri
untuk menyayangi dan di sayangi. Tanpa perasaan cinta, kehidupan bagaikan hampa
dan kosong. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, cinta bermaksud berperasaan
sangat sayang akan sesuatu. Selain itu, cinta juga diertikan sebagai sebuah perasaan
yang memerlukan kepada pengorbanan, kesabaran, ketaatan dan kesetiaan kepada
individu atau sesuatu yang kita cintai. Maka, definisi secara umum bagi cinta ialah cinta
merupakan suatu perasaan yang mewujudkan keindahan dan kedamaian dalam
kehidupan di samping memerlukan komitmen yang tinggi bagi mengekalkan perasaan
tersebut tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Cinta dalam pandangan Islam sendiri
adalah limpahan kasih sayang Allah kepada seluruh makhlukNya sehingga Allah
menciptakan manusia dan isinya dengan segala kesempurnaan. Oleh itu, cinta yang
sebenarnya atau cinta hakiki adalah hanya milik Allah SWT kerana hanya Allah lah
yang berhak memiliki segala cinta yang berada di atas dunia ini. Firman Allah SWT di
dalam Al-Quran:

َّ ‫ب َو ْال ِّف‬
‫ض ِّة‬ ِّ ‫ط َر ِّة ِّمنَ الذَّ َه‬ َ ‫ير ْال ُم َق ْن‬ ِّ ‫اء َو ْال َبنِّينَ َو ْال َقن‬
ِّ ‫َاط‬ ِّ ‫س‬
َ ‫الن‬
ِّ َ‫ت ِّمن‬ ِّ ‫ش َه َوا‬ َّ ‫اس حُبُّ ال‬ ِّ َّ‫ُز ِّينَ ِّللن‬
‫ب‬ َّ ‫ث ۗ َٰ َذ ِّل َك َمتَاعُ ْال َح َيا ِّة ال ُّد ْن َيا ۖ َو‬
ِّ ‫َّللاُ ِّع ْن َدهُ ُحس ُْن ْال َمآ‬ ِّ ‫س َّو َم ِّة َو ْاْل َ ْن َع ِّام َو ْال َح ْر‬
َ ‫َو ْال َخ ْي ِّل ْال ُم‬

Maksudnya: Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa


yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda ppilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.

Berdasarkan ayat di atas, dapat di lihat bahawa manusia tidak akan dapat lari
dari perasaan cinta namun haruslah berlandaskan syarak. Cinta yang melanggar hukum
syarak akan mengundang kepada kerosakan diri, di pandang hina oleh masyarakat serta
di laknat oleh Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap manusia untuk meletakkan
cinta yang tertinggi adalah terhadap Sang Pencipta Yang Maha Esa

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Setiap individu pasti akan merasakan dan mencintai sesuatu. Cinta adalah
perasaan yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian. Seorang ibu sanggup
berjaga malam untuk menjaga anaknya daripada kelaparan itu adalah cinta. Seorang
ayah giat membanting tulang mencari nafkah untuk keluarganya juga adalah cinta.
Bahkan, seekor burung mencipta sarang juga kerana perasaan kasih dan cinta kepada
anak-anaknya. Oleh itu, kehidupan di dunia ini sememangnya tidak boleh lari daripada
hakikat perlunya kepada cinta itu.

Pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap cinta akan mempengaruhi


dirinya dalam menjalani kehidupan. Cinta boleh menjadi racun atau madu. Cinta juga
boleh membinasakan apabila didasari oleh syahwat, serta boleh menjadi indah apabila
didasari oleh iman. Cinta itu mestilah disandarkan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya
kerana kelak akan membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Justeru, pelaksanaan cinta itu mestilah pada jalan yang betul dan selayaknya agar
mencapai hakikat kebahagiaan yang sebenarnya.

Cinta itu lebih bersifat umum. Namun ingin ditekankan di sini adalah cinta
seorang hamba yang berlainan jantina. Dewasa ini, sering dikhabarkan bahawa
kebanyakan pasangan pernah mengalami kisah percintaan sebelum nikah atau yang
lebih tepat lagi diistilahkan sebagai ‘couple’. Fenomena ini terjadi kerana keadaan dunia
sekarang yang semakin moden sehingga memudahkan manusia untuk berhubung tanpa
batasan di mana-mana sahaja di samping kurangnya pengetahuan terhadap hakikatnya
sebenar percintaan yang diinginkan oleh agama Islam.

Para muda mudi zaman kini tidak asing lagi dengan percintaan sebelum nikah
yang banyak membawa kepada keburukan sehingga menyebabkan banyak kes
kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, percintaan sebelum
nikah lebih cenderung kepada menuruti hawa nafsu yang tidak menjanjikan
kebahagiaan yang hakiki sebaliknya terus menjerumuskan manusia ke lembah
kehinaan.Oleh sebab itu, Islam datang untuk mengajarkan kepada umat manusia untuk
meletakkan cinta itu pada tempatnya yang seterusnya turut dapat memelihara kemuliaan
insan yang bernama wanita.

Manusia perlulah menelusuri kembali hakikat cinta yang sesuai dengan tuntutan
Islam. Bukan hanya sekadar cinta yang rapuh tetapi cinta itu membawa kepada
ketaqwaan kepada Allah SWT. Kerana itulah perlunya seseorang muslim itu untuk
memahami konsep cinta itu berdasarkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu,
tidak dapat tidak wajiblah seseorang insan itu untuk kembali kepada hakikat cinta
sebenar yang diinginkan oleh Islam atau dalam erti kata lain mengamalkan ‘cinta
selepas nikah’.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa
persoalan kajian seperti berikut:
1. Apakah maksud cinta yang sebenar menurut Islam?
2. Adakah cinta selepas nikah membawa kepada kebaikan atau sebaliknya?
3. Apakah cara bagi mengekalkan cinta selepas nikah?

1.3 OJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:


1. Mengenal pasti maksud cinta menurut Islam.

2. Mengkaji kebaikan atau keburukan bercinta selepas nikah.

3. Mengenal pasti cara mengekalkan cinta selepas nikah.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep cinta yang sebenar yang diajar
oleh agama Islam iaitu mengenai perasaan cinta antara suami isteri selepas mendirikan
rumah tangga. Selain itu, kajian ini juga dapat menambahkan pengetahuan masyarakat
mengenai dalil-dalil yang berkaitan dengan cinta yang hakiki samada dari dalil daripada
Al-Quran mahupun Hadis. Kajian ini menitik beratkan mengenai soal cinta selepas
nikah kerana ingin menyedarkan masyarakat mengenai betapa pentingnya perasaan
cinta itu hadir dan kekal utuh sehingga ke akhir hayat dan seterusnya menjadi asbab
kepada sesebuah keluarga itu masuk ke syurga.
Di atas kesedaran itulah, sesebuah institusi kekeluargaan akan kekal ke akhir
hayat dan menjadi keluarga yang bahagia sepanjang masa . Dengan adanya kajian ini,
diharapkan agar statistik penceraian di Malaysia akan berkurangan kerana masyarakat
akan mulai sedar betapa pentingnya menyemai perasaan cinta yang hakiki di dalam
keluarga. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi sahsiah dan nilai – nilai
moral di antara pasangan suami isteri tidak kira samada yang baru mendirikan rumah
tangga mahupun yang sudah lama bernikah. Kajian ini dilakukan memandangkan
banyak kepentingan yang akan didapati hasil daripada penulisannya. Antaranya:

1) Kepentingan kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia , semoga dapatan


kajian dapat membantu mahsiswa yang berkahwin awal mampu untuk
berhadapan dengan berbagai cabaran yang akan mendatang , dapat
mengimbangi diantara pelajaran dan hubungan perkahwinan mereka dan
sekaligus dapat menyemai perasaan cinta terhadap hubungan mereka selama-
lamanya walau apa jua rintangan yang terjadi.

2) Kepentingan kepada Masyarakat, semoga dapatan kajian dapat memberikan


kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengekalkan perasaan
cinta dan kasih sayang dan seterusnya dapat mengurangkan statistik penceraian
di negara kita.

3) Kepentingan kepada ibu – bapa, semoga dapatan kajian dapat menjamin


kebahagiaan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ibu – bapa akan
memahami konsep cinta selepas nikah yang sebenar iaitu bukan sahaja diantara
pasangan malahan juga terhadap anak – anak kerana anak – anak merupakan
bukti hasil percintaan antara pasangan suami isteri.

4) Kepentingan kepada anak – anak, dengan adanya kajian ini, diharapkan agar
gejala tidak sihat yang berlaku dalam kalangan remaja tidak lagi berleluasa
kerana apabila ibu – bapa memahami konsep cinta yang hakiki, anak – anak
akan memiliki cinta dan kasih sayang yang cukup. Apabila perasaan
sedemikian hadir, mereka akan berasa malu untuk menconteng arang ke muka
ibu – bapa mereka yang mereka cintai.

1.6 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara


tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Kajian ini juga hanya
menggunakan kaedah kajian teks perpustakaan semata-mata tanpa sumber lain seperti
soal selidik atau kajian lapangan yang lain. Oleh sebab itu, kebenaran fakta yang
diambil adalah berdasarkan kebenaran yang ditulis dari sesebuah teks kajian tersebut.
Selain itu, sumber kajian teks hanya diambil di Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti
Kebangsaan Malaysia sahaja. Masa kajian yang pendek juga menyebabkan kesukaran
kepada penyelidik untuk menyiapkan kajian ini.

1.7 SOROTAN KAJIAN

Menurut Nor Asiah (2011) cinta dalam Islam melibatkan hubungan vertikal iaitu
hubungan cinta menegak kepada Pencipta Alam Semesta iaitu Allah manakala
hubungan horizontal pula ialah cinta mengufuk antara manusia iaitu hamba. Selain itu,
kecintaan menurut Islam juga dapat dikenal pasti wujud dalam keadaan tingkatan atau
hierarki dan cinta kepada Allah SWT terletak pada tangga teratas. Seterusnya, cinta
pada tingkatan kedua ialah cinta kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW dan
tingkatan ketiga ialah cinta kepada ibu bapa. Di samping itu, tingkatan empat pula cinta
kepada sesama muslim iaitu hubungan antara manusia. Tingkatan yang terakhir iaitu
cinta kepada makhluk lain sama ada benda hidup dan benda bukan hidup seperti
tumbuh-tumbuhan dan haiwan, laut, bukit, persekitaran, sungai dan lain-lain

Selain itu, menurut Dr. Robiah Kulop Hamzah di dalam bukunya yang bertajuk
“ Remaja dan Cinta ” berkata bahawa zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan
pancaroba, konflik mahupun krisis. Ia terjadi kerana kebanyakan remaja seringkali
membuat keputusan secara drastik dan terburu-buru dalam semua perkara terutamanya
masalah cinta. Kes bunuh diri dan lari dari rumah merupakan antara punca utama dari
cinta itu sendiri yang telah disalah tafsirkan oleh sesetengah remaja. Di samping itu,
keadaan ini berlaku akibat perubahan hasil kematangan jantina sehingga
mengakibatkan terjadi kecelaruan peribadi, kenakalan dan penentangan. Emosi remaja
mudah tersentuh menyebabkan mereka menjadi lebih emosional dan mudah berubah
dalam banyak aspek. Khalifah Umar Al-Khattab berkata “Didiklah anakmu selari
dengan zamannya.” Ia menunjukkan bahawa percintaan hari ini tidak dapat disamakan
dengan percintaan zaman dahulu, dimana zaman ini merupakan zaman teknologi moden
yang membolehkan manusia mudah untuk membuat fitnah melalui media sosial seperti
Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain.

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Kata-kata itu sentiasa
digunakan oleh penceramah-penceramah dan menjadikan pegangan bagi remaja-remaja
kini untuk sentiasa bermuhasabah diri dan berubah menjadi baik dan taat kepada Allah.
Islam telah menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama
lelaki dan perempuan seterusnya melahirkan zuriat yang soleh-solehah pada masa akan
datang. Tiga peringkat percintaan menurut Islam iaitu cinta sebelum perkahwinan, cinta
selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan. Cinta sebelum perkahwinan ialah
cinta yang datang daripada pergaulan harian dalam urusan kerja atau belajar. Ia juga
disebabkan cinta yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat
dan citarasa. Justeru itu, Islam tidak menggalakan akan cinta sebelum perkahwinan
kerana ia dibimbangi terjerumus ke kancah kemaksiatan. Seterusnya cinta selepas
bertunang. Ramai orang menyimpan hasrat tinggi untuk mengekalkan percintaan
sampai ke jinjang pelamin iaitu perkahwinan. Malah, cinta pada peringkat ini
merupakan dugaan dan ujian yang paling besar kerana godaan dari pelbagai pihak
mampu merubah hati dan pendirian pasangan itu sendiri. Oleh sebab itu, pertunangan
itu tidak digalakkan dalam tempoh yang panjang dan lama serta tidak perlu dihebohkan.
Maka berwaspadalah terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana syaitan
tidak pernah berhenti untuk menggoda dan merosakkan cinta yang terbina.
1.8 KAEDAH PENYELIDIKAN

Bagi menyelesaikan kajian ini, beberapa kaedah telah dijalankan semasa kajian
dilakukan bagi memastikan segala maklumat yang diperoleh adalah tepat. Antara
kaedah yang digunakan ialah analisis data, reka bentuk kajian dan perbincangan
kumpulan.

1) Analisis Data

Pengkaji akan merujuk kepada bahan-bahan bacaan yang diperoleh oleh


pengkaji. Selepas itu data-data daripada bahan rujukan tersebut akan
dianalisis oleh pengkaji bagi menjamin kejituan maklumat dan data-data
yang diterima.

2) Reka Bentuk Kajian

Kajian kepustakaan akan dijalankan oleh para pengkaji dalam


menjalankan kajian. Setiap pengkaji akan merujuk kepada buku-buku,
artikel, jurnal, thesis dan bahan-bahan bacaan yang lain.

3) Perbincangan Kumpulan

Segala permasalahan yang timbul semasa menjalankan kajian akan


dibincangkan secara berkumpulan bagi menyelesaikannya. Segala idea-idea dan
maklumat yang diperoleh akan dimurnikan dan dibincangkan agar selari dengan
kehendak ahli kumpulan dan mencapai tujuan kajian dijalankan.

1.9 PENUTUP

Islam adalah agama yang sempurna, yang meliputi segenap sudut kehidupan
manusia. Oleh itu, bercinta juga punyai garis panduan yang telah ditentukan oleh
syarak dan diajar oleh para alim ulama’. Cinta itu adalah suatu perkara yang unik.
Dengan cinta sahabat-sahabat nabi sanggup mati demi memperjuang agama Islam.
Demi cinta juga ramai dikalangan pemuda-pemudi masa kini kecewa lantas
membawa kepada bermacam-macam masalah seperti tekanan mental, kes bunuh
diri bahkan sanggup menyerahkan maruah atas nama cinta. Ada juga yang bercerai
berantakan keluarganya akibat daripada kurangnya penghayatan dan penerapan
akan cinta dalam keluarganya. Oleh itu, pentingnya kita mengetahui cara bercinta
mengikut kehendak Islam, bagaimana hendak menyemarakkan dan mengekalkan
rasa cinta terhadap pasangan selari dengan ajaran Islam agar tidak timbul
permasalahan dikemudian hari.

1.10 Rujukan

Al-Quran Tajwid Warna dan Terjemahan. 2012. Jakarta. Humaira Publication Sdn.
Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2006. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sayidatun Nazirah Abu Zahrin, Abidah Abd Rahim, Hanisah Othman. 2017. Ayat-
ayat cinta dalam al-quran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hilal Asyraf. 2014. Sebelum Aku Bernikah, Berusaha Mencapai Mampu. Batu Caves,
Selangor. PTS Millenia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai