Anda di halaman 1dari 15

PROPOSAL CINTA DALAM ISLAM

TAJUK:

KISAH CINTA SAIDATINA KHADIJAH DAN RASULULLAH SAW 

NOMBOR KUMPULAN:

19

NAMA PELAJAR & NO MATRIK:

SITI NOR AISYAH BINTI ZAINUDIN (A187152)

NUR AINA FATIHA BINTI ISMAIL (A187814)

NUR A’RIFAH BINTI ZULKEPLY (A188367)

NUR MAIZATUL HUSNA BINTI ZOLRINI (A188888)

SITI HANEESA MAISARAH BINTI RIDUAN (A188862)

NAMA KURSUS & KOD:

LMCR 1312 CINTA DALAM ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ABSTRAK

Cinta merupakan sesuatu ukuran antara perasaan kasih sayang, tarikan, kemesraan dan
rela berkorban antara pasangan. Cinta yang berlaku dalam kehidupan sesetengah
manusia sekarang adalah tidak sama dengan makna sebenarnya cinta. Mereka
mempergunakan cinta untuk memuaskan nafsu yang tidak sihat lebih-lebih lagi
mereka itu bukan pasangan suami isteri yang sah. Contohnya berlaku pembuangan
anak luar nikah kerana malu anak yang dilahirkan tidak sah taraf. Namun, kisah cinta
Rasulullah s.a.w. bersama isterinya Saidatina Khadijah merupakan cinta yang paling
suci dan romantis. Bagaimana perjalanan kisah cinta Rasulullah s.a.w. dan isterinya
sehingga disebut terlalu romantis ini? Kajian ini dijalankan adalah untuk
merungkaikan kisah cinta Rasulullah dan isterinya Saidatina Khadijah dengan lebih
mendalam semasa sebelum dan selepas kewafatan Saidatina Khadijah. Di samping itu,
kajian ini juga dijalankan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang
nikmat cinta yang sebenar mengikut kaedah yang betul. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian kepustakaan dan capaian internet dengan menganalisis dokumen-
dokumen seperti kajian-kajian lepas, jurnal dan kajian ilmiah yang berkaitan. Hasil
dapatan kajian menunjukkan banyak kisah cinta yang dapat dikumpul antara baginda
dan isteriNya itu tanpa kita sedar. Kesannya, para pembaca juga boleh menambah
pengetahuan tentang sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.
Kesimpulannya, kisah cinta antara Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Khadijah memberi
pencerahan sedikit sebanyak kepada umat Islam di negara kita untuk mempraktikkan
kemanisan cinta yang romantik dan halal dalam kehidupan seharian terutamanya
kepada pasangan suami isteri yang sah mngikut syarak.

KATA KUNCI : kisah cinta, romantis, Rasulullah s.a.w., saidatina Khadijah


1.1 PENDAHULUAN
Cinta dari segi istilah didefinisikan sebagai emosi atau perasaan positif yang mana
terdapatnya kebaikan, belas kasihan dan juga kasih sayang. Pendapat lain
menyuarakan pendapat yang sedikit berbeza yang mana cinta merupakan suatu aktiviti
manusia terhadap objek lain di sekitarnya, dalam bentuk empati, kasih sayang,
perhatian, membantu, mengorbankan diri dan memenuhi permintaan objek tersebut.
Menurut para cendekiawan, Jalaluddin Rumi mengatakan cinta bermaksud sumber
dari segala sesuatu dan inti dari segala bentuk kehidupan yang ada di dunia kerana
dunia dan kehidupan muncul kerana kekuatan yang bermakna cinta. Scott Peck
memberikan takrif cinta yang mana cinta ialah sesuatu keinginan dalam diri manusia
untuk memelihara spiritual sendiri atau perkembangan spiritual orang lain. Untuk
menimbulkan pautan antara tajuk yang dibincangkan, mengapa kita perlu mencintai
Rasulullah s.a.w? Hal ini kerana baginda ingin menyebarkan perkembangan spiritual
positif kepada umat baginda yang mana pada mulanya umat berada dalam gelapnya
kejahilan kepada sinaran cahaya kebenaran Islam.Selain itu juga, dengan kekuatan
cinta, baginda membantu umatnya dengan memberi syafaat pada hari kiamat kelak.
Khadijah yang merupakan isteri kepada Rasulullah juga membuktikan cintanya
terhadap baginda. Saidatina Khadijah antara penguat terkuat Nabi Muhammad s.a.w
ketika baginda dalam fasa kesedihan dan keresahan dengan segala perkara yang
terjadi disekeliling baginda. Sudah pasti terdapat kriteria yang membuatkan Khadijah
jatuh cinta iaitu ketampanan baginda, kesungguhan dan kelebihan yang luas yang
terdapat dalam diri baginda. Kejujuran dan ketulusan baginda juga antara sebab
mengapa Khadijah jatuh hati kepada kekasih Allah ini.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Sunnah Allah telah menetapkan bahawa setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah
S.W. T adalah berpasang-pasangan di bumi ini bermula pada zaman Nabi Adam dan
Hawa diciptakan, sebagaimana firman Allah taala dalam ayat 45 surah An-Najm yang
bermaksud; “Dan sesungguhnya, Allah telah menciptakan kamu secara berpasang
pasangan yakni para lelaki dan para wanita”. Jelaslah bahawa hal ini turut
membuktikan cinta Allah kepada umatnya lebih besar dari apapun. Oleh itu, Islam
menuntut agar pengikutnya mewujudkan ikatan perkahwinan atau rumah tangga yang
saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain seperti ikatan rumah
tangga yang dibina oleh Rasulullah dan Khadijah. (Eddy Rosyadie Mohd Samsury,
2009).

Selain itu, kita juga mestilah mencari pasangan hidup yang baik keturunannya,
agama dan akhlak kerana Islam amat menitikberatkan umatnya agar mengenalpasti
keturunan dan latarbelakang pasangan sebelum berkah. Persoalannya sejauh manakah
masyarakat sekarang mendalami serta mencontohi kisah cinta Rasulullah dan
Saidatina Khadijah dalam mengharungi cabaran dan dugaan sebelum dan selepas
baginda diutus menjadi rasul serta selepas Saidatina Khadijah wafat.

Seterusnya, cara mereka dalam berkasih sayang dan saling mengasihi antara
satu sama lain. Oleh hal yang demikian, Islam menitikberatkan umatnya agar
mengenalpasti keturunan dan latarbelakang pasangan sebelum berkahwin. (Kamal
azmi, Azhar Mohammed & Ahmad Kilani Mohammed, 2004). Oleh itu, dalam kajian
ini kami dapat merungkaikan beberapa masalah rumah tangga yang dialami oleh
pasangan suami isteri yang menyebabkan rumah tangga mereka tidak bahagia dan
tidak saling menyempurnakan antara satu sama lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan
kerana ingin mengetahui tentang bagaimana bermulanya cinta Rasulullah dan
Saidatina Khadijah dan selepas wafat agar dapat dicontohi dan diteladani oleh
pasangan zaman sekarang.

Perkara pertama yang menjadi punca atau atau masalah dalam rumah tangga
ini adalah membuat keputusan untuk berkahwin awal walhal mereka belum
mempunyai persiapan yang secukupnya dari segi fizikal dan mental serta belum
mengenal hati budi pasangan dengan lebih baik. Mengikut kamus online definisi
perkahwinan ialah perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan menjadi suami dan
isteri yang menggabungkan dua unsur yang berlainan. Menurut Eddy Rosyadie Mohd
(2009), perkahwinan akan berlaku jika disulam dengan rasa cinta dan persetujuan dari
kedua dua pihak. Perkahwinan ini adalah perkara yang diangkat tinggi dalam setiap
budaya dan masyarakat namun ia bukan hanya berakhir dengan cinta semata mata
akan tetapi dengan perasaan dan sikap yang lebih matang dan mempunyai banyak
tanggungjawab yang khusus selepas membina rumah tangga. Oleh itu, jika
perkahwinan yang dibina hanya berlandaskan cinta semata mata tanpa wujudnya rasa
tanggungjawab untuk mengharungi manis dan pahit bersama sepertimana Khadijah
yang sanggup mengorbankan kesenangan dan kekayaanya untuk Islam ketika
mengalami tekanan daripada musuh. Ketika itu Khadijah boleh sahaja memilih untuk
tetap tinggal di rumahnya akan tetapi beliau lebih mementingkan suamiNya, Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga daripada kemewahan dan sanggup berbagi kepahitan
hidup bersama baginda ketika itu. Jelaslah bahawa kita perlu bersedia dan berani
untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai pasangan suami isteri. (Abdul
Munim Mohammad, 1994)

Selain itu, pasangan suami isteri sekarang juga terlalu sibuk dengan hal dunia
seperti kerja, hiburan dan sebagainya sehinggakan masing-masing mengabaikan tugas
sebagai suami dan isteri. Hal ini lah yang akan menyebabkan mereka kurang masa
bersama dan menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi kekok dan renggang. Hal
ini bersimpang dengan cara Khadijah yang perlu kita contohi iaitu ketika Rasulullah
s.a.w pulang dari Gua Hira’ dalam keadaaan menggigil dan jantung berdebar dengan
sangat kuat, Saidatina Khadijah segera menyelimuti Rasulullah dan menenangkan
baginda. Oleh itu, pasangan suami isteri seharusnya membahagikan masa dengan baik
antara mereka dan juga layanan isteri terhadap suami juga merupakan peranan penting
yang perlu diambil cakna oleh isteri kerana syurga isteri ada pada suami. (Imran
Fouzi, 2019).

Seterusnya, masalah dalam pasangan rumah tangga pada masa kini ialah
kurangnya persefahaman antara pasangan. Hal ini berlaku kerana masyarakat tidak
dapat mengawal dan mengatasi sesuatu masalah yang timbul dalam hubungan suami
isteri dengan baik seperti berbincang bagi menangani masalah tersebut. Oleh itu,
apabila kurangnya persefahaman antara kedua-dua, maka tercetuslah kepada
pergaduhan besar, saling menyalahkan antara satu sama lain dan tiada tolak ansur
dengan baik diantara mereka lagi. Disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi dengan tenang dan baik juga, akan merosakkan lagi
keadaan rumah tangga dan perasaan cinta yang mereka bina selama bertahun-tahun
dan akhirnya membawa kepada penceraian. Oleh hal yang demikian, jika sesebuah
pasangan itu dapat menjadikan kisah cinta Rasulullah S.A.W dan Saidatina Khadijah
sebagai contoh untuk diterapkan dalam hubungan bersama pasangan, maka
berkuranglah masalah rumah tangga dalam setiap pasangan di negara kita ini.

Di samping itu, masalah yang berlaku kepada pasangan suami isteri pada
zaman kini ialah suami atau isteri yang curang terhadap pasangan masing-masing.
Sebagaimana yang kita ketahui, masalah curang ini kebanyakan berlaku dalam
kalangan masyarakat lebih-lebih kepada pasangan yang sudah lama berkahwin
mahupun yang baru dalam alam perkahwinan. Permasalahan ini terjadi kerana
beberapa faktor seperti suami atau isteri sudah tiada lagi perasaan kasih sayang dan
cinta kepada pasangannya. Seterusnya mencari lelaki atau perempuan lain untuk
berhubungan secara tidak sah mahupun secara sah tanpa pengetahuan pasangan
masing-masing. Oleh itu, berlakulah pergaulan bebas dan seterusnya membawa
kepada penzinaan. Jadi, cubalah berlaku setia terhadap pasangan masing-masing bagi
mengelakkan bahtera pernikahan yang dibina runtuh dan hancur dalam sekelip mata.
Menurut Herlina Paskua (2020), contohilah Saidatina Khadijah yang sangat setia dan
sanggup hidup berdampingan bersama Rasulullah S.A.W walaupun suaminya banyak
kali diancam, dihina dan dicaci ketika berdakwah. Namun begitu, Saidatina Khadijah
tetap setia kepada suamiNya sehingga akhir hayatnya.

Keretakan dalam pasangan suami isteri turut berpunca daripada sifat atau
perangai pasangan yang tidak sabar dalam melayari alam perkahwinan. Contohnya,
apabila suami atau isteri tidak sabar dalam melayan karenah dan perangai masing-
masing, maka terjadilah perkara yang tidak diingini seperti sang suami memukul isteri
atau sebaliknya. Oleh itu, sangat penting bagi setiap pasangan mengenali dengan lebih
mendalam dan pandai untuk menyelesaikan setiap masalah jika pasangan dalam
keadaan marah atau sebagainya. Sebuah pasangan yang bahagia juga adalah dapat
bersabar dengan perangai pasangannya walaupun menghadapi apa jua masalah seperti
masalah dari segi kewangan, kekeluargaan dan sebagainya. Ketiga-tiga masalah yang
menyumbang kepada keretakan rumah tangga diambil daripada pengarang Siti nor
Ain Zainon dan Zalila Ali (2020).

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Untuk mencapai beberapa objektif bagi kajian, kajian ini dirangka untuk menjawab
beberapa persoalan kajian sepertimana yang berikut:

1. Bukti cinta Khadijah terhadap baginda.


2. Kebenaran bahawa cinta Khadijah dan Rasulullah merupakan cinta yang
paling agung dan paling romantis.
3. Cara masyarakat memupuk sifat kasih sayang antara mereka dan tidak
berlaku kezaliman tanpa ada perbezaan pangkat dan status kehidupan.
4. Tanggungjawab atau peranan antara suami isteri untuk mengekalkan
kemesraan walaupun kedua-duanya mempunyai pelbagai masalah dan
kekangan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mencapai kisah cintah Khadijah kepada Rasulullah.
2. Mengetahui pengorbanan Saidatina Khadijah sebagai bukti cinta beliau
kepada suamiNya, Nabi Muhammad s.a.w.
3. Memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang nikmat cinta.
4. Untuk memupuk rasa kasih sayang antara suami dan isteri.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dilakukan kerana pelbagai faktor. Memandangkan kalimah cinta tidak asing

lagi pada zaman kini, ia perlu dikupas dan dititikberatkan mengikut asuhan yang

diajarkan oleh Islam. Antara kepentingan kajian ini ialah ingin meringkaskan

peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Khadijah yang mana cinta teragung antara

mereka tidak akan pernah hilang. Tambahan pula, baginda selalu menyebut kebaikan

yang Saidatina Khadijah pernah lakukan sewaktu baginda telah berkahwin bersama

Saiditina Aisyah.

Selain daripada itu, kajian ini juga menyenaraikan kaedah cinta yang sebenar

dan sejati antara baginda dan isteri. Tuntasnya, kajian ini ingin membuka mata
masyarakat supaya menyalurkan rasa cinta dengan baik dan melalui jalan yang betul

mengikut kaedah Islam yang suci.

Akhir sekali, kajian ini bertujuan ingin mengupas kaedah Saiditina Khadijah

memilih suami. Beliau bukan hanya melihat ketampanan Rasulullah sahaja, bahkan

beliau melihat kejujuran, keikhlasan dan kehebatan baginda dalam perniagaan.

Baginda juga hebat dalam menjadi ketua kafilah dan mempunyai akhlak yang terpuji.

1.6 BATASAN KAJIAN


Batasan kajian ini adalah kajian yang telah memberi tumpuan yang sepenuhnya
kepada kisah cinta antara dua insan yang sangat mulia iaitu Rasulullah s.a.w serta
isteriNya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Dalam kajian ini turut menfokuskan
tentang beberapa hal, antaranya ialah bagaimana permulaan kisah cinta antara
Rasulullah s.a.w dan Saidatina Khadijah, kehidupan sebelum dan selepas Rasulullah
s.a.w dan Saidatina Khadijah menjadi pasangan suami isteri serta bagaimana keadaan
Rasulullah s.a.w selepas kehilangan isteri tercinta. Di samping itu, kajian ini juga
tidak terbatas kepada penceritaan tentang Rasulullah s.a.w sahaja, malah merangkumi
juga tentang diri Saidatina Khadijah.

1.7 SOROTAN KAJIAN


Perkara yang difokuskan dalam kajian ini adalah bagaimana pertemuan pertama antara
Rasulullah s.a.w dan Saidatina Khadijah sebelum sampai ke alam perkahwinan.
Menurut Syeikh Sofiyyurahman Al- Mubarakfuri (1976), detik perkenalan awal
mereka ialah semasa Rasulullah s.a.w membantu Saidatina Khadijah dalam urusan
perniagaannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang, perniagaan Saidatina
Khadijah telah maju dan berkembang, maka beliau ingin mencari seseorang yang
boleh membantunya dalam urusan perniagaan lebih-lebih lagi ke luar Mekah. Oleh hal
yang demikian, Saidatina Khadijah telah membuat satu tawaran bagi sesiapa yang
ingin membantu dan menguruskan barangan daganganNya. Bagi mereka yang ingin
bekerjasama denganNya, beliau menjanjikan bahawa keuntungan jualan akan dikongsi
bersama-sama.

Ketika Saidatina Khadijah sibuk mencari orang bagi membantunya, beliau


telah mendapat perkhabaran mengenai kisah seorang pemuda iaitu Rasulullah S.A.W.
Daripada berita yang didengarinya, Muhammad iaitu Rasulullah S.A.W seorang yang
mempunyai keimanan dan kebenaran serta pertuturan yang benar. Selain itu,
Rasulullah S.A.W juga mempunyai ketinggian akhlak yang baik seperti jujur dan
amanah dalam menguruskan perniagaan bapa saudaranya. Setelah mendengar perkara
tersebut Saidatina Khadijah mula berminat untuk menjalankan perniagaan bersama
Rasulullah S.A.W dan beliau juga telah menawarkan tawaran tersebut kepada
Rasulullah s.a.w dan akhirnya baginda bersetuju dengan baik dan juga senang untuk
berniaga barangan seorang wanita yang berjaya.

Selain itu, menurut Azizah Hefni (2016), ketika Rasulullah S.A.W pergi
berniaga ke negeri Syam, beliau telah ditemani oleh seorang pembantu Saidatina
Khadijah iaitu Maisarah. Ini juga merupakan arahan daripada Saidatina Khadijah
kepada Maisarah untuk membantu Rasulullah S.A.W selain daripada memerhatikan
bagaimana cara dan sikap yang diamalkan ketika Rasulullah S.A.W berniaga. Setelah
pulang dari Syam, Saidatina Khadijah mendapati bahawa hartanya dijaga dan dijual
dengan penuh amanah dan berkat, tambahan pula dengan apa yang dilaporkan oleh
pembantunya Maisarah tentang budi pekerti yang baik dan bijak Rasulullah S.A.W
ketika berniaga, ini lagi menggembirakan hati Saidatina Khadijah.

Seterusnya, pengarang juga menceritakan berkaitan lamaran Saidatina


Khadijah kepada Rasulullah S.A.W untuk menjadi suaminya. Saidatina Khadijah juga
telah mendedahkan hasratnya itu kepada teman baiknya iaitu Nafisah bin Manyah.
Nafisah bertanggungjawab untuk menemui Rasulullah S.A.W dan menyatakan hasrat
sahabatnya untuk menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai suami. Akhirnya Rasulullah
S.A.W besetuju dengan lamaran Saidatina Khadijah. Selepas itu, Rasulullah S.A.W
telah memberitahu bapa saudaranya tentang persetujuan tersebut dan mereka telah ke
rumah Saidatina Khadijah untuk meminangnya. Jika kita lihat di sini, perkenalan dan
pertemuan antara mereka amatlah baik sebagaimana yang diatur oleh Allah S.W.T.
Tidak ada berlakunya sebarang pencintaan yang tidak sah dan terus kepada
perkahwinan. Inilah yang patut dicontohi oleh golongan anak muda zaman sekarang
bagi menghalalkan sesuatu hubungan untuk mengelakkan sebarang maksiat berlaku.

Menurut kajian Mariyatul Norhidayati dalam jurnalnya (2015), Saidatina


Khadijah memilih Nabi Muhammad s.a.w bukan disebabkan hawa nafsu semata-mata
melainkan beliau memilih Nabi dengan hati dan perasaan yang diilhamkan oleh Allah
kepadaNya. Manakala di pihak lain pula, Nabi Muhammad s.a.w menerimanya kerana
beliau seorang wanita yang memiliki akhlak yang baik dan bijaksana. Nabi juga telah
mendapat kesaksian dari kaumNya sendiri bahawa Saidatina Khadijah merupakan
seorang wanita yang mulia, pandai menjaga kehormatan diri, suci dan beliau juga
berasal dari garis keturunan yang dipandang tinggi.

Dalam karya buku yang ditulis oleh Ghalib Abdu Al-Rida (2006), selepas Nabi
Muhammad s.a.w meminang Saidatina Khadijah secara resmi, berita tersebut mula
tersebar luas di seluruh kota Mekah dan dipenuhi dengan suasana yang gembira. Para
Wanita Quraish yang lain pada ketika itu merasa cemburu terhadap Khadijah atas
pernikahannya dengan Rasulullah yang merupakan lelaki idaman ramai para wanita.
Tidak ada seorang pun pemuda Mekah yang lebih tampan, lebih baik akhlak dan
perilakunya berbanding Rasulullah s.a.w yang mana beliau telah meguasai hati semua
orang dengan budi pekertinya yang indah. Selepas kedua-dua insan ini telah pun
bergelar sebagai suami dan isteri, maka bermulalah kehidupan rumah tangga mereka
berdua yang dipenuhi dengan kebahagiaan dan ketenteraman. Rasulullah s.a.w
telahpun mendapatkan kasih sayang dan kesetiaan seorang isteri yang cukup
menyayanginya. Kewujudan Saidatina Khadijah di sisi Rasulullah s.a.w itu adalah
merupakan sebaik-baik isteri yang memiliki kekayaan kasih sayang dan rahmat
kepada baginda s.a.w. Begitu juga dengan keberadaan Rasulullah s.a.w di sisi
Khadijah yang mana merupakan sebaik-baik suami yang berbelah kasih dan sayang
kepada isteriNya. Kesemua perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain itulah
yang menjadikan suasana kehidupan rumah tangga mereka begitu indah dan bahagia.

Menurut buku Ghalib Abdu Al-Rida (2006) juga, ada menyatakan bahawa
Saidatina Khadijah sedar bahawa dirinya telah menikah dengan seorang pemuda yang
jauh berbeza dengan semua pemuda di kota Mekah itu. Tambahan pula, Rasulullah
s.a.w merupakan seorang pemuda yang paling istimewa di seluruh Jazirah Arab.
Baginda s.a.w tidak pernah minum minuman keras, menyembah berhala, berjudi dan
juga tidak pernah melakukan semua perkara buruk yang sentiasa dilakukan oleh puak
Arab pada masa itu.

Seterusnya, kajian Munawir Husni (2017) mencatatkan bahawa tidak ada cinta
sebahagia pernikahan Rasulullah dan Khadijah kerana kebahagiaan yang sebenar
dalam pernikahan mereka adalah kerana sikap patuh dan taat Saidatina Khadijah
terhadap baginda. Ibn Atsir berkata “Khadijah adalah makhluk Allah yang pertama
memeluk Islam, dan tidak didahulukan oleh salah seorang pun lelaki mahupun
perempuan”. Khadijah mempercayai suaminya Rasulullah dalam menyampaikan
dakwah dan wahyu yang diberikan daripada Allah untuk kaum keluarga dan sahabat
yang terdekat ketika itu.

Dalam karya Herlina Paskura (2020) pula menyatakan bahawa pada usia
empat puluh tahun sudah nampak tanda tanda kenabian pada Rasulullah untuk
diangkat menjadi Rasul. Imam ibn Hajar juga mengatakan wahyu yang pertama
diutuskan kepada Rasulullah adalah berbentuk mimpi yang benar dan mimpi itu hanya
berbentuk ketika fajar subuh lalu Rasulullah menyendiri di Gua Hira’ untuk beribadah
beberapa malam sebelum pulang ke rumah. Sehubungan dengan itu, Khadijah tidak
pernah menganggu nabi yang sedang khalwat walaupun nabi menjauhkan diri
daripadanya. Saidatina Khadijah juga tidak pernah bertanya banyak kepada nabi akan
tetapi taat dengan perintah yang diberikan Allah. Bahkan, Saidatina Khadijah
mengirim seorang mata-mata untuk menjaga dan mengawasi nabi ketika khalwat agar
tidak ada perkara bahaya berlaku kepada nabi. Maka, terserlah disini akan kesetiaan
Saidatina Khadijah yang sentiasa mendukung perjalanan dakwah nabi sebagai rasul.
Beliau membekalkan nabi dengan makanan sebagai bentuk kasih sayangnya kepada
nabi yang bertahanuth di Gua Hira’. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kasih
sayang dan cinta Saidatina Khadijah terhadap suaminya yang tercinta.

Dalam karya penulisan Azizah Hefni (2016), Saidatina Khadijah adalah orang
pertama yang mempercayai Rasulullah tentang menerima risalah kenabian. Ia sangat
membantu Rasulullah dalam menyebarkan Islam dan mendukung dengan penuh
ketulusan dan kesetiaan. Sesungguhnya Khadijah menjadi risau dan gelisah sewaktu
suaminya sedang bertahanuth dan khalwat kerana sebagai seorang isteri yang selalu
melayani suaminya dengan baik akan merasa sedih dengan perpisahan tersebut. Akan
tetapi, Saidatina Khadijah memahami kemahuan Rasulullah itu sangat kuat demi
agamaNya. Khadijah menghormati setiap perbuatan Rasulullah kerana ingin
menghormati suaminya dan memberi ketenangan kepada Rasulullah. Saidatina
Khadijah tidak pernah berhenti meyakinkan Rasulullah untuk melakukan dakwah
secara terang-terangan dan terus membisikkan semangat di telinga Rasulullah bahawa
baginda adalah utusan dari Allah. Khadijah tidak pernah mengecewakan Rasulullah
bahkan baginda Rasulullah juga tidak pernah marah atau berasa kecewa dengan isteri
tercintanya kerana benar Saidatina Khadijah adalah kiriman Allah yang paling
sempurna dalam hidup beliau.

Menurut kajian yang ditulis di dalam buku Tim Reset & Studi Islam Mesir
(2013), Saidatina Khadijah telah meninggal dunia pada bulan ramadhan ketika beliau
berumur 65 tahun (619 M). Setelah kewafatan beliau, Rasulullah s.a.w benar-benar
dalam keadaan sedih sehinggakan dikatakan sebagai tahun kesedihan baginya.
Walaupun Saidatina Khadijah sudah lama wafat, baginda sering menyebut dan
memuliakan Khadijah seolah-olah beliau masih hidup dan tidak terusik kedudukan
beliau. Bibir beliau tidak pudar meniti nama Khadijah dalam kehidupan beliau sehari-
hari sehinggakan Aisyah merasakan cemburu yang teramat kepada orang yang sudah
meninggal dunia itu. Besarnya cinta dan kasih sayang nabi terhadap isterinya
Khadijah sehinggakan terdapat sebuah kisah yang berlaku ketika nabi menyembelih
seekor kambing, baginda s.a.w sering membahagikan daging sembelihannya kepada
sahabat-sahabat Khadijah walaupun Khadijah sudah tiada. (Muhammad Arifin Badri
2015)

1.8 KAEDAH PENYELIDIKAN


Pelaksanaan kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah. Bagi kaedah yang
pertama ialah kaedah kajian perpustakaan yang berkaitan kehidupan Saidatina
Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w melalui akhbar dan buku. Penyelidikan ini juga
mendapatkan maklumat tentang kehidupan dua insan ini dengan lebih mendalam
melalui capaian internet seperti artikel dan tesis-tesis yang terdahulu. Kesemua
maklumat yang terhasil daripada internet ini telah memudahkan lagi kajian ini untuk
memperoleh maklumat berkaitan cinta dan tentang pengorbanan seseorang demi cinta
yang mendorong kepada pembentukan sebuah kehidupan yang bahagia.
1.9 PENUTUP
Oleh itu, jelaslah bahawa cinta mempunyai makna dan maksud yang sangat luas dan

mendalam. Bukan hanya cinta yang hanya diungkapkan dengan kata kata, tapi

dibuktikan dengan kelakuan dan bukti yang menunjukkan cinta yang suci itu. Justeru,

sebagai umat manusia, kita haruslah mempraktikkan cinta selari dengan cinta yang

diajar oleh Islam, yang mana dipandu dengan kasih sayang dan bukan sekadar cinta

monyet dan cinta kerana nafsu semata-mata. Cinta itu boleh digambarkan dengan

pengorbanan demi orang yang tersayang dan sebagainya. Sebagai penutup, cinta

hendaklah berlandaskan syariat dan yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

kerana ia pasti akan mencapai keredhaan daripada Allah S.W.T.


RUJUKAN

Azizah Hefni. 2016. Agungnya Taman Cinta Sang Rasul. Yogjakarta: Saufa.
Badri, M. A. (2015) Hakikat Cemburu dalam Rumah Tangga (Studi Deskritif Tentang
Kehidupan Nabi dengan Istri-istrinya). Al-Majaalis: Jurnal Dirasat
Islamiyah, 2(2), 112-113.
Eddy Rosyadie Mohd Samsury. 2009. Cinta, Jodoh & Perkahwinan. Perpustakaan
Negara Malaysia: Cetakan Buku Prima Sdn Bhd.
Ensiklopedia Sejarah Islam. Tim Riset & Studi Islam Mesir. 2005. 16-18. Pustaka Al-
Kautsar
Ghalib Abdu Al-Ridha. 2006. Bunda Agung Siti Khadijah. Jakarta: Penerbit Cahaya.
Imron Fauzi. 2019. Rahsia Di Balik Cinta Rasulullah. Jakarta: Institut Agama Islam
Negeri Jember.
Mariyatul Norhidayati Rahman. 2015. Romantika Rumah Tangga Rasulullah SAW.
Jurnal Al-Hiwar 3(5): 25-33.
Munawir Husna. 2017. Romantika Cinta Iman & Heroisme Para Perempuan Mulia.
Yogjakarta: Diva Press.
Ni Luh Gede Wariati. 2019. Cinta Dalam Bingkai Filsafah. Jurnal Sanjiwani 1(2): 12-
18.
Siti Nor Ain Zainon & Zalila Ali. 2020. Pemodelan Regresi Logistik Binari Bagi
Masalah Rumah Tangga Di Kalangan Pasangan Suami Isteri Di Suatu
Kawasan Bandar, Negeri Kedah. Voice Of Acedemia 16(1): 66-89.
Syeikh Safy Al-Rahman Al-Mubarakfuriyy. T.th. Seerah Nabawiyyah. Mekkah: T.pt.
Uln Sulthan Thaha Saifuddin Jambi. 2020. Khadijah Al-Kubra: Peran Perempuan
Agung Dalam Kehidupan.
Zakaria, A. (2019). Isra Mi’raj Sebagai Perjalanan Religi: Studi Analisis Peristiwa
Isra Mi’raj Nabi Muhammad Menurut Al-Quran dan Hadits. Al-Tadabbur:
Jurnal Ilmu Al-Qur'an dan Tafsir, 4(01), 99-112.

Anda mungkin juga menyukai