Anda di halaman 1dari 8

DLKF 4003

TAJUK : RENCANA MAJALAH CINTA KAMPUS

DISEDIAKAN OLEH : SITI NUR AISYAH BTE HALIM DIPLOMA KOMUNIKASI SEMESTER 4 (A)

DISEDIAKAN OLEH : EN. SULAIMAN SALLEH PENSYARAH FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR ( KUIS )

Diriku pun juga begitu Ke sini tuk mencari ilmu Tak sangka pula kau yang ku jumpa Berbelah bagi ku bertanya

Mana satu yang harus dikejarkan Kita tak tahu antara dua Hala yang berbeza Kiri kau menjanjikan cinta Kanan menjanjikan kerjaya Oh yang mana

Kita tak tahu antara dua Pilihan yang nyata Sebelah hati inginkan cinta Sebelah lagi inginkan cita Agar hati membimbing kita tahu antara dua ........................................... Begitulah antara lirik lagu Tak Tahu Antara Dua nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Adam dan Farah yang sesuai untuk pasangan yang bercinta di alam kampus. Cinta sebenarnya mempunyai variasi definisinya yang tersendiri. Cinta adalah satu kesedaran jiwa psikologi, emosi serta perasaan sepenuh hati dan luahan perasaan sentimental atau romantik daripada hati sang pencinta terhadap kekasihnya dengan penuh perasaan. Menurut Kamus Dewan, cinta didefinisikan sebagai luahan perasaan sayang, ingatan dan rindu kepada sesuatu yang menjadi idaman hati serta membayangi perasaan dan fikiran sehingga dapat melupakan suasana persekitaran. Oleh itu, orang yang sedang mabuk bercinta bersifat alpa dalam dunianya yang tersendiri kerana apa yang terkandung dalam kesedaran dirinya hanyalah cinta kepada sesuatu itu.

Wah! Hebatnya kuasa cinta sehingga boleh membawa seseorang itu sentiasa merasa bahagia. Tapi apa pula definisi Cinta Kampus? Menurut Pensyarah Jabatan Psikologi dan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya, Dr. Mariani Md Nor berkongsi pengetahuannya tentang pengertian sebenar cinta kampus. Menurut Dr. Mariani, cinta atau kasih sayang manusia merangkumi elemen tanggungjawab, komitmen dan keghairahan. Seseorang pelajar sama ada lelaki ataupun perempuan perlu memahami hati budi seseorang untuk mendapat sokongan. Fenomena atau senario ini memang berlaku di semua universiti di dalam negara ini. Ia umpama suatu penyakit yang tiada ubatnya. Terdapat banyak fakor yang menjurus kepada wujudnya cinta di kampus. Merujuk kepada teori Maslow, manusia bukan sahaja memerlukan keperluan asas tetapi mereka turut mengutamakan aspek keselamatan. Seseorang itu akan berasa selamat apabila terdapat orang menjaganya dan hanya orang yang memahaminya boleh memberikan pengiktirafan seperti itu. Selain itu, setiap manusia juga memerlukan penghargaan. Cinta tidak menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan kerana terdapat golongan mahasiswa yang bercinta berjaya tetapi jumlah yang kecundang lebih ramai malah ada terjebak dengan gejala sosial seperti melakukan seks bebas. Daripada sesebuah perkenalan, lama kelamaan akan terjadinya sebuah pertemuan demi pertemuan dan dari pertemuan yang sering kali terjadi maka secara automatiknya pergaulan antara muslimaah dan muslimin akan menjadi tidak terbatas. Tanpa disedari mereka telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.

Cinta di alam kampus atau usia remaja dan lebih dikenali dengan jolokan cinta monyet yang hanya mengganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan cinta. Walaupun pada pendapat remaja kini bahawa perasaan ingin bercinta tidak salah. Pelajar seharusnya tidak dikuasai perasaan itu kerana pelajaran perlu diutamakan demi mencapai kejayaan. Kebiasaannya cinta dikaitkan dengan emosi yang bersifat subjektif. Namun dalam melangkah ke awal remaja, apa yang lebih menjadi tanggungjawab mahasiswa ialah menghabiskan pelajaran bukannya masa untuk diamuk oleh perasaan cinta. Mahasiswa harus ingat, waktu ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup dan bukan hanya berangan-angan kosong. Pengaruh media dan persekitaran juga menggalakkan pergaulan. Keinginan untuk mencari pasangan ideal dan terikut-ikut dengan rakan-rakan juga menjadi salah satu faktor kenapa timbulnya isu cinta di kampus. Mungkin mereka mempunyai impian untuk membina rumahtangga, tetapi mereka telah menyimpang dari syariat yang sebenarnya. Mereka lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama dengan memberi alasan untuk mentelaah pelajaran bersama. Namun secara tidak sedar, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka mendorong ke arah perbuatan yang menghampiri zina. Rasulullah S.A.W telah bersabda, tidak berdua-duaan seseorang itu, melainkan orang ketiga ialah syaitan. Bagi mengelakkan sebarang fitnah, belajar dalam berkumpulan adalah penting bagi memelihara batas syariat pergaulan yang telah Allah tetapkan. Keseronokan hanyalah bersifat sementara. Tidak perlu mencemari diri dengan dosa dan noda hanya kerana menjalin hubungan yang belum tentu menjamin kebahagiaan, sebaliknya mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

Dari sudut Islam, Perasaaan cinta bukan satu kesalahan kerana ia datangnya dari hati. Jika syariat dijaga sepanjang masa oleh kedua-dua belah pihak maka tiada masalah. Namun agak sukar untuk menjaganya kerana dorongan nafsu semata dan dibantu pula dengan pertolongan pihak ketiga iaitu syaitan maka maksiat amat mudah berlaku. Awasi zina mata, zina hidung, zina lidah, zina tangan, zina fikiran (imaginasi), dan perkara lain yang mendekati dan mendorong ke arah zina. Seorang pelajar seharusnya mengetahui batas-batas pergaulan dalam bercinta. Perasaan kasih dan sayang adalah anugerah kepada makhluk Allah di muka bumi ini. Namun, kebanyakkan pasangan yang bercinta sering melupakan batas tertentu yang digariskan oleh hukum agama dan sosial.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul. Sememangnya perasaan kasih dan sayang atau cinta adalah kurniaan Allah yang amat unik dalam diri setiap insan. Cinta luhur dan suci, namun mampu bertukar menjadi jerat yang memakan diri jika ia tidak diurus secara rasional. Cinta kampus, perlu atau tidak? ini bergantung kepada individu, sama ada mereka hendak bercinta atau tidak. Remaja yang berkualiti dan berfikiran optimis akan berfikiran futuristik dalam merangcang dan menetukan setiap tindak tanduknya. Cinta sejati yang ingin dibentuk oleh pelajar-pelajar perlu berlandaskan pegangan agama yang kukuh. Cinta sering dikaitkan dengan keghairahan walaupun belum ada ikatan yang sah kerana ia adalah fitrah manusia.

Dilema cinta kampus ini adalah ujian yang datangnya dari Allah untuk menguji ketahanan iman mereka dalam mengharungi cabaran hidup menuju ke alam dewasa. Segalagalanya adalah mainan perasaan yang kerap kali melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan. Alam remaja, terasa indah jika ada orang lain yang sentiasa mmengambil berat terhadap diri kita. Namun percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing. . Bagi mereka yang masih muda, beberapa perkara berikut harus direnung dengan sebaik mungkin. Sesuatu hubungan yang terjalin harus berlandaskan kepada beberapa perkara iaitu mempunyai niat yang baik dalam menjalinkan hubungan, mematuhi syariat agama, menjaga maruah (peribadi wanita), tidak membazir kepada perkara yang tidak perlu, tidak membuang masa pada perkara yang tidak sewajarnya. Oleh itu, renungkanlah kata-kata ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka, Cinta itu perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbauh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji ".

Untuk rakan mahasiswi, jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga, jadilah kau sekuntum bunga mawar yang mempunyai duri. Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati. Cinta terlalu banyak kebaikan dan keburukan. Jadi, hanya diri kita sendiri yang boleh menentukan corak kehidupan kita pada masa hadapan. Fikir-fikirkanlahcinta kampus, perlu atau tidak?

Anda mungkin juga menyukai