Anda di halaman 1dari 7

tajuk : Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan

Pengerusi = NURAFIQAH BINTI MOHAMAD KAMEL

Ahli Panel 1 = MUHAMMAD FIKRI BIN HASNAN

Ahli Panel 2 = NURDINA ALEEYA BINTI MOHD BURHAN

Bismillahhirrohmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersua kali ini di dalam satu forum ilmiah, bagi
membincangkan berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang penididikan pada masa kini.
Sebelum itu saya ingin mengalukan kehadiran tuan puan pada majlis kita pada hari ini. Semoga kita
semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada forum ini. InsyaAllah.

Tajuk forum kita pada hari ini berkisar mengenai isu dan cabaran pendidikan semasa, yang berfokuskan
kepada pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Sebagai
pembuka bicara, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Pergi ke Ipoh membawa ketupat,

Membawa bersama keropok roka,

Teknologi maklumat banyak manfaat,

Mari bincangkan buruk baiknya.

Tanpa melengahkan masa lagi saya ingin memperkenalkan 2 orang ahli panel yang tidak asing lagi.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel yang pertama, nam[ak tenang dan yakin orangnya saudara Fikri
Hasnan.

Seterusnya ahli panel kedua, pendiam tetapi etah berkata, saudari Nurdina Aleeya.
Baiklah sebelum kita pergi dengan lebih jauh, izinkan saya menerangkan terlebih dahulu berkaitan tajuk
forum kita pada hari ini. Seperti yang kita semua tahu, kita telah pun memasuki era globalisai moden di
mana, teknologi maklumat dan komunikasi telah pun berkembang dengan sangat pesat. ‘Maklumat di
hujung jari’ merupakan frasa yang sangat popular bagi menggambarkan situasi ini. Kemajuan teknologi
maklumat ini juga turut mempengaruhi bidang pendidikan. Jadi pada hari ini kita akan membincangkan
sejauh manakah pengaruh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam bidang pendidikan
dan apakah kesannya kepada pendidikan negara kita.

Jadi, sebagai pembuka forum kita pada kali ini, saya ingin bertanyakan soalan saudara Fikri. Baiklah,
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi ini?

Panel Pertama:

Terima kasih kepada pengerusi di atas soalan yang diajukan. Assalamualaikum dan salam bahagia saya
ucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang saya hormati. Terima kasih kerana sudi meluangkan
masa untuk hadir dan turut serta dalam forum kita pada pagi yang mulia ini.

Berbalik kepada soalan tadi, sebenarnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai pelbagai
takrifan yang bersifat global. Sebelum saya lanjutkan lagi penerangan saya eloklah kiranya kita melihat
satu per satu definisi teknologi, maklumat dan komunikasi.

Definisi Teknologi menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990 : 1158), Teknologi adalah ; 1) Metode
ilmiah untuk mencapai tujuan praktis ilmu pengetahuan terapan 2) Keseluruhan sarana untuk
menyediakan barang- barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan kenyamanan hidup manusia.

Menurut Rogers (dalam Seels, Richey, 1994 : 12) pula, teknologi adalah suatu rancangan langkah
instrumental untuk memperkecil keraguan mengenai hubungan sebab akibat dalam mencapai hasil yang
diharapkan.

Menurut Iskandar Alisyahbana seperti dikutip Yusufhadi Miarso (2007 : 131), teknologi adalah cara
melakukan sesuatu untuk memenuhi kebutuhan manusia dengan bantuan alat dan akal, sehingga
seakan-akan memperpanjang, memperkuat, atau mebuat lebih ampuh anggota tubuh, pancaindra, dan
otak manusia.

Namun, takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di
Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah
manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Seterusnya adalah maklumat. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau
pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua. Maklumat juga merujuk
kepada sebarang data yang telah dimanipulasikan oleh komputer yang boleh disimpan, dikongsi dan
boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

Komunikasi pula ditakrifkan sebagai komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara
langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn
atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn
perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber-cakap, berbincang, bertukar-tukar
pendapat, dll). Takrifan ini adalah menurut Kamus Dewan Edisi Empat. Secara ringkasnya komunikasi
adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan komunikasi
seperti internet, e-mel, telesidang video, dan telefon.

Berdasarkan definisi-definisi yang sayang terangkan tadi, teknologi maklumat dan komunikasi-TMK
(ICT_Information and Communication Technology) boleh didefinisikan sebagai satu set ilmu teknologi
yang merangkumi alat dan sumber untuk membina, menyebar, menyimpan, membawa nilai tertentu,
dan menguruskan maklumat. Teknologi ini mampu merapatkan jurang penyebaran ilmu antara yang
kaya dengan yang miskin, yang berpendidikan dengan yang tidak berpendidikan, antara yang di bandar
dan di luar bandar, dan di antara golongan wanita dan lelaki.

Pengerusi :

Terima kasih panel pertama kita. Pendefinisian yang sangat padat dan jelas. Hadirin sekalian,
sememangnya kita akui penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan penggunan internet banyak
membantu dalam kehidupan seharian kita. Malahan penggunaannya sudah dianggap sebagai satu
keperluan bagi sesetengah pihak terutamanya masyarakat bandar. Persoalan saya kepada saudari
Nurdina Aleeya adakah dasar pendidikan negara kita seiring ataupun menyokong pengaruh penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, dan apakah contoh penggunaannya di dalam
bidang pendidikan masa kini.

Panel Kedua:

Terima kasih saudari pengerusi. Pertamanya terima kasih kerana menjemput saya bagi berkongsi
maklumat berkaitan forum kita pada hari ini.
Berbalik kepada soalan tadi.untuk makluman, kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke-9
(2006-2010) telah menyatakan bahawa prasarana ICT yang mencukupi akan diagihkan kepada semua
institusi pendidikan di negara ini termasuklah pelaksanaan kurikulum ICT dalam pembelajaran,
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, menaik taraf pengetahuan dan kemahiran ICT,
pengaplikasian ICT dalambsistem pengurusan sekolah serta memperbaiki kemudahan dan kelengkapan
ICT daribsemasa ke semasa.

Ianya turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-2010) dimana
pembangunan ICT dalam pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan utamanya adalah untuk
mempertingkatkan pembangunan infrastruktur ICT selain daripada meluaskan akses dan ekuiti
kelengkapan ICT, mewujudkan kurikulum berasaskan ICT (ICT-based), meningkatkan sistem penilaian
menggunakan ICT, menggalakkan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain, mengaplikasi ICT
dalam sistem pengurusan, memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT, mempertingkat usaha dalam
kajian dan pembangunan ICT, serta usahasama antara institusi pendidikan dan komuniti sosial haruslah
diterapkan bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Menurut Yuen, Law, & Wong (2003), sejak beberapa dekad lalu, peningkatan positif dalam penggunaan
dan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan impak yang besar
kepada kehidupan masyarakat dan aktiviti seharian mereka. Maka, tidak mustahil jika terdapatnya
peningkatan pada minat, tumpuan serta pelaburan yang besar dilaburkan untuk pengintegrasian ICT
dalam pendidikan di seluruh dunia. Beberapa ‘masterplans’ untuk mengintegrasikan ICT dalam
pendidikan telah dilaksanakan di beberapa buah negara (Pelgrum dan Anderson, 1999). Antara objektif
yang ingin dicapai dalam perancangan ini termasuklah membentuk kebolehan pelajar dalam
menyelesaikan masalah, memahami konsep ‘self-learning’,menganalisis maklumat yang dicari dan
berfikir secara kritis.

Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang
menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan
di Malaysia, ICT membantu dari aspek pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di
sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama
dalam pendidikan iaitu: kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk
mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan sebagai medium bantuan pengajaran
dan pembelajaran, menjadikan ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan
kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.

Pengerusi :
Terima kasih kepada panel kedua kita. Berdasarkan penerangan tadi, dapat kita lihat di sini bahawa
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah pun digunakan dan diterapkan di dalam
pendidikan negara kita. Persoalannya, adakah pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi ini akan
memudahkan atau lebih membebankan guru? Dan apakah pula peranan guru dalam menjayakan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam pendidikan? Saya tujukan soalan ini kepada
panel pertama kita, saudara Fikri. Silakan.

Panel pertama:

Pada pendapat saya, ianya sememangnya membantu dan memudahkan guru. Tidak timbul soal
membebankan guru kerana kewujudannya serta fungsinya lebih kepada untuk membantu dan
memudahkan tugas guru. Bagaimana ianya dapat membantu? Guru dapat menggunakan kemudahan ini
bagi melaksanakan pnp dengan lebih menarik dan berkesan serta ianya memudahkan untuk mencapai
objektif pnp yang telah ditetapkan.

Namun ini berbalik kepada sikap guru juga. Ada sesetengah guru yang mungkin mempunyai ideologi
yang berbeza, dan meletakkan pengaruh negatif terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan ini.
Contohnya apabila seorang guru yang tidak berminat dengan penggunaan ICT, ataupun tidak
mempunyai kemahiran dalam penggunaannya, guru tersebut akan merasa terbeban dan sukar.
Berbanding guru yang mempunyai kemahiran, mempunyai pengetahuan, mengetahui kebaika
penggunaan ICT ini, guru-guru ini tidak akan merasa terbeban malahan berasa lebih lega kerana
mempunyai alat bantuan yang efektif bagi menjayakan pengajaran mereka.

Pengerusi:

Mungkin saudari Aleeya ingin membuat sedikit penambahan?

Panel kedua:

Terima kasih saudari pengerusi. Pada masa kini, TMK sepatutnya dilihat sebagai satu keperluan. Kita
tidak boleh lagi menafikan keguaannya sangat penting dan meluas dalam kehidupan seharian kita.
Sistem pendidikan kita juga perlu selari. Kita tidak boleh ketinggalan dan masih ditakuk lama.

Seperti yang telah disebut oleh Encik Khairul tadi, semuanya berbalik kepada guru itu sendiri. Oleh itu,
guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan memantapkan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam
bidang ini, seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi yang kian pesat membangun. Hal
ini sangat penting kerana sebagai seorang guru, tugas kita bukan hanya mengajar murid menulis dan
membaca. Kita juga bertanggungjawab dalam menentukan kemajuan pendidikan di Malaysia yang
tercinta ini.

Pengerusi:

Jawapan yang sangat mantap telah diberikan oleh kedua-dua panel kita. Soalan terakhir saya pada hari
ini, dan saya ingin mendengar dari kedua-dua panel kita pada hari ini. Berikan sedikit rumusan berkaitan
pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pendidikan di negara kita. Kita
mulakan dengan panel pertama,saudara Fikri.

Panel Pertama:

Pada pendapat saya, pengaruh dan sumbangan TMK sangat besar dalam bidang pendidikan tidak kira
dari sudut pengurusan dan pentadbiran mahupun pengajaran di sekolah. Oleh itu, guru-guru seharusnya
bersedia untuk menghadapi kemajuan TMK yang dilihat semakin pesat saban hari.

Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa sebahagian besar murid tidak kira di kota mahupun desa
mempunyai akses yang cukup mudah kepada ICT. Situasi ini cukup berbeza dengan apa yang kita alami
sekitar 10-20 yang lepas di mana akses kepada kemudahan ICT ini terhad. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab kita sebagai seorang guru untuk membimbing dan memastikan murid-murid
menggunakan ICT untuk tujuan-tujuan yang berfaedah dan ilmiah. Sekiranya guru sendiri “buta IT”,
bagaimana pula untuk membimbing murid yang sememangnya dilahirkan dalam dunia yang maju dan
moden ini. Sekian, terima kasih.

Pengerusi:

Panel kedua kita, saudari Aleeya.

Panel Kedua :

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era
transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang
semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan
dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan
juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi
memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan
daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi
dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran
yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan
memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan
menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri.

Pengerusi:

Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita pada hari ini kerana sudi hadir dan sudi
menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini memberikan sedikit
pencerahan dan input yang bermanfaat kepada kita.

Nampaknya masa amat mencemburui kita. Jadi, sedikit rumusan yang dapat kita buat pada hari ini ialah,
ICT atau teknologi maklumat bukanlah sesuatu yang baru atau asing lagi dalam kehidupan seharian kita,
begitu juga di dalam bidang pendidikan. Namun, ianya masih lagi boleh dikategorikan sebagai salah satu
cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru. Yang pasti, kita tak akan dapat lari dari peredaran kemajuan
dan globalisasi dunia yang semakin berkembang pesat. Justeru, sebagai pendukung falsafah pendidikan
negara, para guru haruslah bersiap sedia bagi menghadapi cabaran ini.

Baiklah, sebelum kami mengundur diri, terimalah serangkap pantun nan indah daripada saya.

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat. Sehingga kita bertemu lagi. Akhir kata,

Orang putih, orang Pakistan,

Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai