Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan
masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau
sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan
kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting
kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh
memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi
pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus
mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta
menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk
mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang
yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua
Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan
sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah
Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan
mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya
memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam
organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa
yang ada pada seseorang itu.

Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan,
terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri
pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan
dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka
timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau
menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh
seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam
organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa
individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi
kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal
menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan
tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

2.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN

Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti
berikut ialah;

• Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan,
keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung
risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang
berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

• Bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh


hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan
kejayaan seseorang pemimpin.

• Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan
kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih
berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan
tertekan

• Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang
yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi
orang-orang dalam organisasinya.
• Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti
ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima,
biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

• Berorientasi Pencapaian

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya


kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini
cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang
rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia
ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran
ekstrinsik.

3.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang


pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam
organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan
berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi
perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang
tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat
mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang
pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan
pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang
hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.
Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan
pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak
melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali
perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang
pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar
arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak
melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong
daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin,
(1991).

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa
seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri.
Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah
organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi
atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa
Hj. Daud, (1996).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang
pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta
sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan
baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya
kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj.
Daud, (1996).

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana
berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang
pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

4.0 PERANAN PEMIMPIN

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin
dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu
organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu
jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan
berikut adalah seperti;

4.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-
ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti
perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar

4.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku
dan kebolehan yang boleh diteladani.
4.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-
rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih
memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan


membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan
kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli
yang aktif dan menyumbang

4.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan awam”.


Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-
pihak luar.

4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin
berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak
condong(bias) kepada mana-mana pihak.

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu


pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang
dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

5.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN

Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih
lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran
yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang,
mendengar pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan
menyerlahkan bakat dan potensi mereka.

2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu


isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan menggunakan
berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral)
3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana organisasi
beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam
pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.

4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan


merangsang ahli.

5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar
organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan
pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.

6) Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.

7) Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan.

8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka


belanjawan dan menguruskan dana.

9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan


maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi
kepentingan organisasi.

11) Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan
latihan.

12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi
memudahkan kerja.

13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk
pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lln.

Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang
pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk
kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya
berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahli-
ahlinya.
6.0 PENUTUP

Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir,
merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus
mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus
menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan
kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat
masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang
baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang
berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi,
kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang
pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang
tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan
berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

7.0 RUJUKAN

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW
Comunications Management.

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Putaka.

Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan
Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi
Manusia. Bil 11:97-114

Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.


Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan

Distributian and Publication.

Anda mungkin juga menyukai