Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Hari Guru

9.00 PAGI Perhatian!


UCAPAN Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis sambutan Hari Guru akan
ALU- berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.
ALUAN
PENGERU Rakan-rakan sekalian,
SI MAJLIS Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua guru SK felda Lok
Heng

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera,

Yang Dihormati En. Mohd Zallei B Zainuddin


Guru Besar SK Felda Lok heng

Yang Berusaha Puan Hajah Umi Kalthum Bt Mahat


Penolong Kanan Pentadbiran SK Felda Lok Heng

Yang Berusaha En Zaini B Ibrahim


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Zainorin B Banon


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Pn Juliah Bt Md Sallej


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Felda Lok Heng

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Felda Lok Heng, AJK PIBG dan rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita dapat
berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam majlis
sambutan perayaan hari guru peringkat SK felda Lok heng bagi tahun 2019. “Obor
Hemah Menyinari Pertiwi” demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.
NYANYIA Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru dan murid berdiri
N LAGU untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’ Dan negeri Johor.
NEGARA
KU Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.

Semua dipersilakan duduk.

Awal Bismillah pembuka Bicara


Bacaan doa Kata disusun unuk keberkatan
Semoga kebaikan dating jua
Doa tulus pinta dilafazkan

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Khairul Azly B Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Khairul Azly b Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,
Perutusan Seterusnya,
Ketua Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Pengarah Yang Dihormati En. Mohd Zallei B Zainuddin
Guru Besar SK Felda Lok heng
untuk membacakan perutusan ketua pengarah . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan Warga skflh sekalian


wakil Seterusnya, majlis menjemput wakil murid untuk menyampaikan ucapan.. Dipersulakan
murid
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi
Ucapan Biar lelah terduduk
Guru Besar Jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap
Jangan penat berharap.

Hadirin sekalian,
Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Dihormati En. Mohd Zallei B Zainuddin
Guru Besar SK Felda Lok heng
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

NYANYIA Angin menderu dengan sepoinya,


N LAGU Di anak tangga duduk berperikan;
‘GURU Kasih guru akan muridnya,
MALAYSI Masa dan tenaga rela korbankan.
A’ DAN
LAGU Majlis kita akan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu guru
TEMA Malaysia.
Untuk itu majlis menjemput Mr Mohd Zulfaiz b mohd Nor untuk memimpin bacaan
( ikrar guru.

Rakan-rakan sekalian,
Majlis menjemput semua guru SK Felda Lok Heng untuk berdiri.

Nyanyian lagu guru Malaysia

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru menghiburkan kami semua.

PERSEMB Sekarang ini kita akan saksikan persembahan pula.


AHAN
MURID Untuk itu, majlis mempersilakan murid-murid dari kelas 3 Amanah untuk
menyampaikan persembahan mereka. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, persembahan sebentar tadi adalah di bawah bimbingan ustazah
shahida bt mohd saad. Berikan tepukan gemuruh kepada mereka semua.
Penyampai Berhenti hujan terbit pelangi
an Indah dipandang tak mampu didekati
anugerah Ikhlas ajaran kami sanjungi
guru Budimu guru dikenang sampi nanti

Luas sungguh sawah disana


Cantik terlihat diwaktu senja
Engkau guru insan bijaksana
Gigih mendidik berhati waja

Hadirin sekalian seterusnya penyampaian anugerah guru.


Untuk menyempurnakan majlis, dijemput,
_______________________________________________________________________
____________________________mengiringi
___________________________________________

Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Kain batik cantik berseri
Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuk jiwa

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah persembahan daripada
murid-murid Tahun 6. Untuk itu, dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka.
Dipersilakan.
UPACAR
A Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 6 dengan
PENYAM persembahan itu tadi.
PAIAN
HADIAH Seterusnya adalah sesi tukar hadiah.

Anda mungkin juga menyukai