Anda di halaman 1dari 10

SULIT

NAMA:
TINGKATAN: TARIKH:

UNIT PEPERIKSAAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKONG
JABATAN BAHASA

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 1103/2


TINGKATAN 4
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
MAC 2019

2 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat Untuk Kegunaan Guru Pemeriksa


soalan.
Kod mata pelajaran : 1103/2
2. Jawab semua soalan. Markah Markah
Soalan
Penuh Diperoleh
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), 1 30
Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Sastera Melayu (a) 9
Tingkatan 4. (b) 9
2
(c) 8
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam (d) 9
buku jawapan yang disediakan.
(a) 6
Sekiranya buku jawapan tidak
mencukupi, sila dapatkan helaian (b) 6
tambahan daripada pengawas 3 (c) 6
peperiksaan. (d) 6
(e) 6
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan (a) 7
Rumi atau Jawi. 4
(b) 8
Jumlah
___________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 © 2019 Hak Cipta Panitia Bahasa Malaysia SMKB
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memartabatkan seni tekat dan kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Seni tekat merupakan warisan kraf tangan yang dihasilkan dengan cara menyulam
benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat ini juga dikenali sebagai sulaman timbul atau
suji timbul. Asal-usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan
penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu,
dan juga rekaannya. Tekat dijahit pada mempulur yang dibuat sama ada daripada rotan, buluh
atau kertas keras yang telah dibentuk mengikut rekaan diingini seperti bunga dan pokok-pokok.
Dalam usaha mengangkat semula seni tekat ini, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman
Tangan Selangor (Scheme) bekerjasama membina jaringan dalam kalangan pembuat kraf bagi
mempromosikan sulaman benang emas itu.

Seterusnya, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Selangor (Scheme) perlu


menganjurkan bengkel kepada generasi muda bagi memastikan seni tekat ini dapat diwariskan
kepada mereka. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak muda, secara
tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk menceburi bidang seni kraf tangan ini. Di
samping itu, pihak Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu mencari medium terbaik bagi
memasarkan hasil sulaman seni tekat ini agar dapat memberi motivasi kepada anak-anak muda
untuk terus menghasilkan seni tekat yang terbaik dan kreatif. Selain itu, hasil gubahan seni tekat
boleh juga dipamerkan kepada masyarakat menerusi kempen pelancongan dan pameran kraf
tangan buatan Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia.

Langkah untuk melonjakkan seni tekat ini adalah perlu kerana seni sulaman ini sudah
suram dimamah usia sehingga dilupakan oleh generasi muda. Hal ini mungkin disebabkan
fungsi seni tekat ini masih terbatas kerana kebiasaannya seni tekat ini digunakan untuk istiadat
dan upacara tertentu sahaja. Selain itu, pakaian yang dihias dengan seni tekat ini merupakan
pakaian kebesaran bagi kerabat diraja. Penggunaannya dalam kalangan masyarakat biasa juga
agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Seterusnya, penghasilan seni
tekat juga memerlukan waktu yang lama dan memerlukan penjagaan yang rapi. Walau
bagaimanapun, segelintir masyarakat dan penenun yang masih aktif telah memberi nafas
baharu terhadap hasil seni ini sebagai langkah untuk mengangkat kegemilangan seni tekat.

Seorang penenun tekat, iaitu Zarina Mohamed, melihat tekat gubah dari sudut komersial
dan berpendapat bahawa kegemilangan seni tekat ini boleh dikembalikan sekiranya penenun
menggunakan idea yang kreatif dalam setiap hasil gubahannya. Selain itu, penenun perlu
mengilhamkan rekaan yang eksklusif supaya dapat memikat jiwa anak muda. Tambahan pula,
olahan seni ini boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa, sama ada melalui pemilihan fabrik atau
fesyen agar kelihatan lebih anggun, mewah serta unik sejajar dengan permintaan pasaran fesyen
moden. Di samping itu, keunikan seni tekat juga boleh ditonjolkan menerusi rangkaian aksesori

SULIT
SULIT 3 1103/2

atau beg tangan sebagai pelengkap. Namun begitu, nilai seni tradisional perlu diterapkan bagi
mengekalkan identiti kegemilangan sulaman yang berasal dari Perak ini untuk terus diingati.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Martabat Seni Tekat’
Berita Harian, September 2016

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata segelintir masyarakat. [2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang ada mengatakan bahawa seni tekat semakin dilupakan
oleh generasi muda.

Nyatakan alasan-alasan tersebut. [3 markah]

(iii) Malaysia dikenali dengan kepelbagaian dalam bidang kesenian.

Mengapakah generasi muda perlu mempertahan seni warisan bangsa yang terdapat
di negara kita? [4 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kaduk menamakan anaknya Hassan atas nasihat ustaz yang datang mengajar di
madrasah kampungnya. Hassan membawa pengertian “yang baik”. Hassan juga telah memilih
nama yang baik untuk anaknya, selaras dengan ajaran Islam, iaitu Hakim yang bererti yang
“bijaksana”. Kau lihat, nama juga mencerminkan kemajuan. Mereka tidak mempunyai nama-
nama yang primitif dan jelik seperti Si Kaduk, Si Kacong, Si Bulat, Si Buntal, Si Labu, Si Labi
atau Si Hodoh.
Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang hendak
kuceritakan di sini. Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang
bermaksud bijaksana itu. Hakim semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang
berlaku di sekelilingnya. Dunia ini penuh dengan penganiayaan. Pengajiannya telah
memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya yang telah terlepas ke tangan
raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat baiknya Azam, seorang mahasiswa jurusan
undang-undang. Mereka bersetuju bahawa ini merupakan satu penganiayaan dan mula
mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.
Setelah bekerja, Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia
melantik Azam sebagai peguamnya. Dia mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari
segala bahan bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahas dengan fasih dan bernas.

Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’


oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah Hakim memfailkan saman dan melantik Azam sebagai peguamnya?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika penganiayaan dibiarkan terus
berleluasa? [3 markah]

(iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada
keseluruhan cerpen. [4 markah]

SULIT
SULIT 5 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu
ke istana kita ini.”
Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada
penjurit yang tahu patik peroleh.”
Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi
berkawal, tiada jauh.”
Maka baginda bertitah, “Baiklah.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka
dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak menetak sama sendirinya dan kayu itu pun
palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan.
Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka
Laksamana pun berselindung pada suatu tempat yang lain masuk mencuri.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud firasat patik. [2 markah]

(ii) Laksamana telah menggunakan pelbagai strategi untuk menangkap Kertala Sari
yang membuat huru-hara di Melaka.

Nyatakan strategi-strategi tersebut. [3 markah]

(iii) Sekiranya anda raja Melaka, apakah hadiah yang akan anda berikan kepada
Laksamana sekiranya berjaya menangkap Kertala Sari? [3 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2(d) – Petikan Puisi Tradisional


Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
I
Dengarkan tuan suatu riwayat, 1
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri, 2


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya, 3


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari, 4


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa, 6


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana, 7


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang, 8


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka.

SULIT
SULIT 7 1103/2

(i) Nyatakan dua akibat serangan burung gurda di negeri Kembayat. [2 markah]

(ii) Terdapat pelbagai kesan buruk jika sesebuah negeri ditimpa bencana.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh pemimpin
sesebuah negeri sekiranya negeri tersebut ditimpa bencana? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair ini. [4 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan perbezaan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) buku
(ii) haus
(iii) genting

[6 markah]

(b) Tukar ayat aktif berikut menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kami akan mendaki Gunung Jerai pada cuti akhir tahun.

(ii) Pegawai Pendidikan Negeri telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang itu.

(iii) Pihak polis menahan lima orang pendatang tanpa izin.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembakaran semak samun dilaporkan sering terjadi akibat sikap masyarakat
yang kurang prihatin sekaligus menyumbang kepada masalah jerebu di negara
kita.

(ii) Hutan mempunyai nilai komersil kerana membekal kayu balak dan tumbuh-
tumbuhan herba yang menjadi sumber pendapatan kepada sesebuah negara.

(iii) Pelajar yang menuntut di instituisi pengajian tinggi perlu melengkapkan diri
mereka dengan pelbagai ilmu agar lebih tersedia untuk menceburi bidang
pekerjaan.

[6 markah]

SULIT
SULIT 9 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Para pengguna diseru oleh kerajaan agar berbelanja secara berhemah menjelang
musim perayaan untuk mengelakkan diri dari masalah kewangan.

(ii) Dalam syarahan alu-aluan yang disampaikan oleh pengacara majlis, beliau
merakamkan penghargaan di atas kehadiran para tetamu dalam majlis tersebut.

(iii) Firma yang dilantik oleh syarikat insurans belum masih membuat tafsiran
tentang jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh mangsa kebakaran itu.

[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang diberi.

(i) Seseorang itu hanya bergantung pada nasib sama ada nasib baik atau buruk
selepas dia berusaha.

(ii) Seseorang yang menyelesaikan pekerjaannya secara berterusan, akhirnya akan


berjaya juga.

(iii) Seseorang yang tidak mempunyai kemampuan untuk membaiki sesuatu benda
tetapi dia cuba membaikinya sehingga benda itu menjadi lebih teruk.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(a) Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

(b) Dalam novel terdapat banyak watak, baik watak utama mahupun watak sampingan.

Berdasarkan sebuah buah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan bagi watak-
watak yang telah ditetapkan seperti yang berikut. [8 markah]

Nama Novel Watak-Watak


i Leftenan Adnan Wira Bangsa Leftenan Adnan dan Pak Saidi
ii Di Sebalik Dinara Farisha dan Azraai
iii Jendela Menghadap Jalan Lili dan Danel
iv Pantai Kasih Dr. Raiha dan Dr. Uwang

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SULIT

Anda mungkin juga menyukai