Anda di halaman 1dari 8

SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2,

BT.7 , JALAN MAHARAJA LELA,


36009, TELUK INTAN , PERAK.

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER &


PEMBAHARUAN BILIK KOMPUTER
1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia)

DISEDIAKAN OLEH :
PUAN SATYAPRIYA A/P KUMAR
GURU PENYELARAS ICT

DENGAN KERJASAMA
PIBG SJKT NS2
2018
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2, TELUK INTAN, PERAK.

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER & PEMBAHARUAN BILIK KOMPUTER
1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia)

1.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2, TELUK INTAN.

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia)

3.0 RASIONAL

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi
yang berorientasikan sains dan teknologi. Penggerak utama kepada kemajuan dan
pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).

Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT
digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping
mempercepatkan proses belajar. Lantaran itu, samada sedar atau tidak, kemahiran ICT kini telah
menukar secara besar-besaran cara murid menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu
pengetahuan.

David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) pula telah melaporkan dalam kajian beliau
bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malahan, jika
teknologi digunakan dengan cekap ia dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Berlandaskan dapatan kajian ini, maka lahirlah idea projek 1K1M (1 Komputer 1 Murid) ini bagi
mewujudkan pembudayaan ICT di kalangan warga sekolah khasnya murid-murid.

4.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya dapat mengembangkan potensi
diri mereka.
5.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya baharu
pembelajaran kendiri murid.
6.3 Mengembangkan potensi individu murid.
6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam penyertaan
menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT.
6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam membantu pembelajaran mereka.

6.0 PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang lebih terbuka kepada semua
murid dalam ICT khasnya komputer. Tidak semua murid berkemampuan untuk memiliki
komputer di rumah. Jurang digital ini dapat dirapatkan dengan menyediakan prasana dan ruang
khasnya di sekolah bagi mendapatkan kemudahan ini.

Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer banyak membantu pembelajaran


murid (Sandholtz, 1997), maka adalah wajar sekurang-kurangnya sebuah komputer
ditempatkan dalam setiap bilik darjah agar murid boleh menentukan sendiri cara mencapai
objektif pembelajaran mereka.

Selain itu, bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif, ruang yang secukupnya wajar
diberikan kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka iaitu dengan menyediakan
komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Satu komputer satu bilik darjah adalah
antara cara yang praktikal untuk diamalkan.

Sebaik sahaja murid mendapat tugasan daripada guru, mereka bebas mencari dan
menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki oleh guru. Kontak masa yang lebih lama kepada
komputer dalam bilik darjah dapat mengembangkan idea dan kreativiti murid dalam
menyelesaikan tugasan mereka.

Murid juga dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran sesama mereka dalam menghasilkan
bahan yang berkualiti, menarik dan di luar kebiasaan. Secara tidak langsung, daya kreativiti dan
imaginasi murid telah dibina. Dengan ini, benarlah dapatan kajian oleh David Dwyer, 1996
(dalam Noraien Mansor, 1999) yang menyatakan bahawa media telah menjadi penggerak untuk
pelajar berfikir dan bermuafakat.
7.0 JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM MEMPERKASAKAN ICT NS2

PENASIHAT
EN.THAMIL SELVAN ANNAMALAI
(Guru Besar SJKT Ladang Nova Scotia 2, Teluk Intan)

PENGERUSI
EN. ROBERT THANGAMAREY
(YDP PIBG SJKT Ladang Nova Scotia 2, Teluk Intan)

SETIAUSAHA
PN.SATYAPRIYA KUMAR
(Guru Penyelaras Makmal Komputer & Frog VLE)

AJK

CIK. LETCHIME KANNIAPPAN


(Guru Penolong Kanan 1)

PN.MALARVILLY KRISHNAN
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

PN. SRI MAGESHWARTINI APPALASAMY


(Guru Penolong Peyelaras Frog VLE)
8.0 SUMBANGAN DIPOHON

SENARAI BARANG KEPERLUAN DI MAKMAL KOMPUTER


Senarai Keperluan Awal

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Fan Dinding 4 RM 600

2 Cat & Border 1 RM1000

3 Lantai Berjubin RM3000

JUMLAH RM4600

Senarai Keperluan Perabot

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Meja Penyelaras 1
2 Kerusi Penyelaras 1
3 Papan PutihMagnetik 1
4 Papan Notis 1
5 Rak Beg Murid 2
6 Meja LCD 1
7 Meja Pencetak 1
8 Steel Cabinet 1

JUMLAH RM5000
Senarai Keperluan Peralatan Komputer

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Monitor Komputer 4

Komputer Guru
2 Penyelaras 1

3 Pencetak 2

4 Projektor LCD 1

5 Rak Peralatan 1

JUMLAH RM 5000

Senarai Keperluan Pendawaian

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Pendawaian Elektrik 12 150 1800

2 Rangkaian Port 12 150 1800

3 Kotak Suis 1 400 400

JUMLAH RM 4000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL SENARAI KEPERLUAN JUMLAH


1. KEPERLUAN AWAL RM4600
2. PERABOT RM5000
3. PERALATAN KOMPUTER RM5000
4. PENDAWAIAN RM4000

JUMLAH RM 18,600

9.0 PENUTUP
Projek 1K1M ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan potensi diri murid.
Semoga projek ini dapat dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid. Semoga
sumbangan yang diperolehi dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan
berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita.

DISEDIAKAN OLEH ,

..................................
PN.SATYAPRIYA KUMAR
PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER & FROG VLE
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2

DISEMAK OLEH,

..................................
EN.ROBERT THANGAMAREY
YDP PIBG
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2

DISAHKAN OLEH,

..................................,
EN.THAMIL SELVAN ANNAMALAI
GURU BESAR
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2

Anda mungkin juga menyukai