Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

PROGRAM DTP : MOTIVASI MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID


KE ARAH MENCAPAI 95% TAHUN 2018

1.0 Pendahuluan
Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara.Hal
ini amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Justeru itu,
masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas ini perlulah di atasi dengan segera bagi
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada
perilaku ponteng tersebut. Kempen Ponteng sifar ini bertujuan untuk memberi kesedaran
kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng di samping memberi pendedahan
mengenai kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap negatif ini tidak diubah.
Sehubungan itu, Unit HEM PPD Hilir Perak telah merancang untuk melaksanakan
program Pemantapan Pembangunan Sahsiah, Disiplin, dan pencapaian Akademik Murid
melalui pendekatan Motivasi yang lebih efektif. Hasrat ini diyakini dapat merintis ke arah
Memacu Peningkatan Sistem yang terdapat dalam Gelombang ke-2 iaitu Mengukuhkan
Program Untuk Kumpulan Berkeperluan Khas. Dalam konteks ini, Pemantapan
Pembangunan Sahsiah, Disiplin, dan Akademik Murid melalui pendekatan motivasi oleh
pentadbir sekolah menyasarkan kaedah 3P iaitu Pencegahan, Pemulihan dan
Pemantapan ke atas murid-murid yang mempunyai tandensi melakukan masalah
ponteng. Kaedah yang dilaksanakan oleh Unit HEM ialah berteraskan school base iaitu
peruntukan akan diberikan kepada sekolah-sekolah

2.0 Rasional
Memastikan masalah sahsiah dan disiplin terutama ponteng dapat diatasi, terutama
sekolah yang dikenal pasti mencapai kehadiran kurang 95% sehingga bulan Jun 2018.
Diharapkan juga penurunan masalah disiplin sebanyak 0.01% setiap tahun akan berlaku
serta fokus lulus dalam peperiksaan, terutama pada tahun 2018. Pengetua/Guru Besar,
PK1, PK HEM serta Guru Disiplin juga diharap dapat membimbing klien/sasaran ke arah
pemantapan pemikiran, emosi, dan motivasi kepada bukan sahaja klien/sasaran malah ibu
bapa yang lebih rapat dengan mereka.

3.0 Matlamat
Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan
semua guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng
sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik
setiap pelajar dan sekali gus menaikkan kembali reputasi SJKT Ladang Nova Scotia 2.

4.0 Objektif
1. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam
kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah
3. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
4. Menyediakan pelbagai alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid daripada
terlibat dengan ponteng sifar.

5.0 Kumpulan Sasaran


19 orang murid yang bermasalah ponteng SJKT Ladang Nova Scotia 2.

6.0 Tarikh dan Waktu


14.10.2018 / 10.00 hingga 12.00 tengahari.

7.0 Tempat
Kelas 6 Thiruvasagam.

8.0 Penganjur
Hal Ehwal pelajar (HEM) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
9.0 Anggaran Perbelanjaan
Makanan : RM6.00 X 19 =RM114.00

10.0 INPUT
Sumber dari penceramah serta bahan pameran berinformasi

11.0 JAWANTANKUASA PROGRAM


Persiapan Kelas : Cik Santha
Siaraya : En.Aathavan & Cik.Santha
Slaid Zero Ponteng : Pn.Devi
Kertas Kerja : Pn.K.Satyapriya
Laporan : Pn.K.Satyapriya
12.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM/STRATEGI PROGRAM

1.Nyanyian Lagu Negaru, Perak, Tamil Vaalthu


2.Ucapan Guru Besar
3. Ceramah kepada ibubapa tentang kehadiran murid.
4. Ceramah Motivasi kepada murid
5. Tayangan Video - Cabaran untuk ke Sekolah https://youtu.be/iDZIriLSjT8
6.Sesi Rumusan
7. Makan Tengahari.

13.0 PENILAIAN PROGRAM


 Penilaian Jangka Pendek – Pengurangan gejala ponteng dalam kalangan pelajar
 Penilaian Jangka Panjang – Ponteng sifar di SJKT Ladang Nova Scotia 2

14.0 PENUTUP DAN RUMUSAN


Adalah diharapkan Kempen Ponteng Sifar ini dapat berjalan dengan lancar atas
kerjasama ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik. Melalui Kempen Ponteng
Sifar ini, berharap dapat menyedarkan murid-murid tentang implikasi gejala ponteng.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................... ...........................................

LAPORAN BERGAMBAR

PROGRAM DTP : MOTIVASI MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID


KE ARAH MENCAPAI 95% TAHUN 2018
YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 14.10.2018

Ibubapa mendaftar kehadiran. Ucapan Tuan Guru Besar

Ibu bapa dan murid yang hadir Taklimat Kehadiran Murid


Tayangan Video tentang Kesukaran Pemberian Cenderahati
murid-murid di negara China namun
masih hendak ke sekolah.

Makanan Tengahari telah disediakan Murid-murid menjamu selera makanan


tengahari Nasi Minyak, Sambal Ayam,
Sayuran, Kari Dal dan Jus Oren.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ...........................................
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2, TELUK INTAN.

KERTAS KONSEP DAN LAPORAN

PROGRAM DTP : MOTIVASI


MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID
KE ARAH MENCAPAI 95% TAHUN 2018

TARIKH : 14.10.2018
TEMPAT :KELAS 6 THIRUVASAGAM
MASA: 10.00 PAGI HINGGA 12.00
TENGAHARI

Anda mungkin juga menyukai