Anda di halaman 1dari 2

، ‫ات‬

ُ َ‫الـح‬ ِ ّ‫م ُالص‬


c
ّ ‫مِتهِ َتِت‬َ ‫ع‬ ْ ‫الذيْ ِبِن‬ ِ ِ ‫لله‬ ‫د‬
ُ ‫م‬
ْ َ‫الـح‬ ْ
َ ِ ّ ‫د ال‬
‫ن‬
ْ ‫م‬ِ ‫ت‬ ْ ‫مل‬ َ ‫ي‬ ْ ‫ذ‬ ‫م د‬ّ ‫ح‬َ ‫م‬ُ ‫دَنا‬ ِ ‫سي ل‬َ ‫ى‬ َ ‫عل‬َ ‫ل‬ ‫ص ل‬ َ ‫م‬ ّ ‫ه‬ ُ ‫اّلل‬
‫حا‬ َ ‫ح‬ َ َ َ,‫ك‬ َ ِ ‫مال‬ َ ِ ‫جل َل‬
‫ر ح‬ِ ‫ف‬ َ َ ‫صب‬ْ ‫فأ‬ َ ‫ج‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ه‬ُ َ ‫عي ْن‬ َ ‫و‬ َ ‫ك‬ َ
ِ‫حبه‬
َ ‫أَص‬
ْ ‫و‬ َ ‫ه‬ ِ ‫ءأَِل‬َ ‫عَلى‬ َ َ‫َو‬,‫وحرا‬ ْ ‫ص‬ ُ ْ ‫من‬ َ ‫دا‬ ‫ؤي ّ ح‬ َ ‫م‬ ُ َ,‫وحرا‬ ْ ‫سُر‬ ْ ‫م‬
َ
.‫ن‬ َ ‫عْي‬ِ َ‫أَجـم‬ ْ
Ya Allah , Tuhan yang mengurniakan seribu macam kenikmatan,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan Malam Negeri Sempena
Program Gerak Sedar Bersepadu PROGRESS Peringkat Kebangsaan pada
malam ini.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Indah, dan Cintakan keindahan,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu ,


pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , sesungguhnya Engkaulah yang menjinakkan hati-hati ini,

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan program ini sebagai


wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di
kalangan kami demi memberi kesedaran kepada kami tentang bahaya dadah
musuh negara yang utama.

Ya Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :


Bukan di kalangan kami orang yang tidak menghormati yang tua dan
mengasihi yang muda,
Kurniakanlah kepada kami dan generasi muda, hati yang menyedari dengan
penuh insaf bahawa tanggungjawab yang bakal dipikul pada masa depan
adalah sungguh hebat. Justeru, kurniakanlah kepada kami dan pewaris kami
Iman yang teguh,mantap lagi ampuh demi menghadapi cabaran-cabaran
hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru . Moga
kedaulatan negara ini lebih terjamin dan tetap utuh dengan kehadiran
pewaris cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Allah , Tuhan yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikasihi dan
dikehendakki,

Tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan bimbinglah kami
dalam melaksanakan kebajikan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan
yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkannya . Justeru, kurniakanlah kepada kami pemahaman dan
kudrat yang memadai untuk menghindari daripada ancaman dadah yang
membunuh.

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati


dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫حسََنةً َوِقنَا‬َ ‫ة‬ِ ‫ر‬


َ ِ‫ي الخآ‬ ْ ‫حسََنةً َوِف‬ َ ‫الدْنَيا‬
ّ ‫ي‬ ْ ‫آتنَا ِف‬
ِ ‫َرّبَنا‬
َ ْ ‫ن ال‬ َ
َ ْ‫ـمي‬
‫ن‬ ِ ‫ال‬ َ ‫الع‬
َ ‫ب‬ ّ ‫د ِلّلهِ َر‬
‫م ر‬
ْ ‫ح‬ ِ ‫وانا َ أ‬
َ ْ ‫خآرر د َع‬
ِ ‫ار َو آ‬
ِ ‫الن‬
ّ ‫اب‬َ ‫ذ‬ َ ‫ع‬
َ

Anda mungkin juga menyukai