Anda di halaman 1dari 16

LAPORAN PERKHEMAHAN

TAHUNAN BADAN BERUNIFORM


2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN
LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN 2019
11 – 13 JULAI 2019

1. PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform
2019 pada 11 hingga 13 Julai yang lalu. Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum SMK Seri Aman yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Adibah
binti Zainal Abidin. Dan diselaraskan oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Perkhemahan
selama 2 hari I mala mini bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para peserta yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa
perkhemahan ini diharapkan akan menggunakan dan memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu
yang diperolehi bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah.

2. RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di Antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui
aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para
peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di
samping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan krativiti
mereka menyelesaikan masalah.

Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau
tidak, memwujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta
psikomotor masing-masing. Demikian jugalah, aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-
unsur patriotism akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan
agama.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirka peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
3.2 Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social.
3.3 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi.
3.4 Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan.
3.5 Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan sikap tidak mementingkan diri sendiri.

4. OBJEKTIF
4.1 Psikomotor
4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas.
4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari.
4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
4.2 Kognitif
4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di Antara satu sama lain.
4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam
bidang rekacipta, keseniaan dan kebudayaan.
4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan
kehidupan bermoral.
4.3 Afektif
4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi pelbagai kaum.
4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada fauna dan flora sebagai sebahagian daripada
kehidupan sejagat.

5. PROSEDUR JADUAL KERJA

Program Perkhemahan Perdana Tahunan Badan Beruniform peringkat Sekolah Menengah


Kebangsaan Seri Aman bagi tahun 2019 telah dijalankan pada 11 hingga 13 Julai yang lalu. Program
ini berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Bagi menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk
mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan
masing-masing berserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan. Untuk tidak membebankan guru
dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusun atur dengan rapi supaya guru dapat
hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan, dan diharapkan
segala program atau aktiviti yang telah dirancang berlangsung mengikut jadual dan dikendalikan
dengan baik oleh guru yang bertugas.

6. ATURCARA DAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN.

Khamis (11hb Julai 2019)

Bermula jam 12.30 tengahari, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua
peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit uniform masing-masing di lobi Anjung Ilmu Taklimat
diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan
aktiviti perkhemahan ini. Kemudian, pada jam 2.00 petang pelajar mula bergerak ke tapak
perkhemahan dengan menaiki bas, dan aktiviti pertama yang dilakukan ialah setiap unit ialah
mendirikan khemah bersama dengan guru unit masing-masing.
Selepas itu pula pada jam 5.00 petang diadakan taklimat yang dikendalikan oleh ketua komandan.
Selepas itu pelajar kembali ke khemah dan menyiapkan apa yang perlu . Pada jam 6.30,
semua aktiviti diarahkan berhenti untuk Solat Maghrib, dan juga solat Isyak. Selepas solat Isyak,
diadakan pula acara ICE BREAKING yang dikendalikan oleh unit Kaunseling dengan menjemput
penceramah dari luar. Kemudian peserta bersurai dengan minum malam dan kembali ke khemah
bersiap untuk rehat dan tidur.
Jumaat (12hb Julai 2019)
Memulakan aktiviti dengan solat subuh berjemaah. Diikuti dengan senaman pagi oleh En Nor Azman.
Kemudian peserta di hidangkan dengan sarapan pagi. Aktiviti pagi diteruskan dengan taklimat oleh
Kem Komander dan juga pasukan APM daerah Pasir Puteh. Acara pertama untuk pagi Jumaat ini
ialah Pertandingan membina gadget yang dikendalikan oleh pegawai APM daerah Pasir Puteh.
Kemudian peserta dibenarkan berehat dan minum pagi. Acara diteruskan lagi dengan Pertandingan
Membina Gadget. Selepas Pertandingan Membina Gadget peserta dibenarkan berehat dan makan
tengahari. Seterusnya, peserta bersiap sedia untuk solat Zohor dan solat Jumaat untuk pelajar
lelaki.Selepas solat zohor/Jumaat peserta berkumpul untuk aktiviti Pertandingan Masakan Rimba.
Aktiviti seterusnya ialah Pertandingan Membina Istana Pasir yang dikendalikan oleh PPIM.
Malamnya, selepas solat Maghrib aktiviti yang sepatut dijalankan ilah Pertandingan Malam Aspirasi.
Disebabkan hujan yang lebat aktiviti ini telah ditangguh kepada keesokan hari nya. Walau bagaimana
pun BBQ diteruskan.Kemudian peserta bersurai dan kembali ke khemah bersiap untuk rehat dan
tidur.

Sabtu (13hb Julai 2019)


Hari akhir perkhemahan diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan senaman pagi. Kemudian
pelajar di hidangkan dengan sarapan. Aktiviti disambung balik dengan pertandingan Menyelamat
yang dikendalikan oleh APM dan pertandingan Kebudayaan yang dikendalikan oleh Pn Minzora Che
Mohd Nizam.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada jam 11.30 pagi. Acara
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Diikuti oleh ucapan daripada
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Adibah bt Zainal Abidin. Seterusnya ucapan perasmian penutup
oleh Tn Hj Tn Silmi bin Tn Ismail, Pengetua SMK Seri Aman.
Seterusnya, penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah memenamgi setiap aktiviti
yang dipertandingkan. Selesai majlis pelajar-pelajar dibenarkan bersurai. Akhir sekali, aktiviti
membuka dan mengemas semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang
sekolah.
LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM)
 KELEBIHAN
1. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa terutamanya guru-guru, kakitangan
sekolah dan swasta.
2. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa berusaha gigih.
3. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah diadakan dan pelajar sendiri
mengikut semua arahan yang telah diberikan.
4. Penyediaan makanan disediakan secara berkelompok. Di mana, Jawatankuasa telah
menyediakan jadual bagi setiap guru bertugas.

 KEKURANGAN/MASALAH
1. Kurang mendapat kerjasama dari segelintar guru yang hadir dan tidak membantu Kem
Komandan dan penyelaras aktiviti dalam menjalankan aktiviti bersama murid.
2. Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja dan tugas masing-masing.
3. Ada segelintar Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas sambil lewa umpama
sekadar melepaskan batuk di tangga.
4. Dua aktiviti iaitu Larian Berhalanagan dan Orienteering tidak dapat di jalankan di sebabkan
kekangan masa dan peralatan tidak dapat dibekalakan.
5. Pertandingan Kebudayaan terpaksa ditunda ke esokan harinya disebabkan hujan lebat.
6. Tidak ada keseragaman pakaian terutama guru-guru penasihat semasa majlis penutup.

 PENAMBAHANBAIKAN (CARA ATASI MASALAH)


1. Penyelaras aktiviti atau Ketua Jawatankuasa perlu dilantik dikalangan guru-guru yang
berminat dengan perkhemahan dan berkaliber.
2. Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang jadual tugasan serta
skop kerja jawatankuasa masing-masing.
3. Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan telus.
4. Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan skop kerja
jawatankuasa.
5. Pihak jawatakuasa memastikan peralatan mencukupi bagi menjayakan sesuatu aktiviti.
6. Pihak jawatakuasa juga perlu memastikan kesesuaian kawasan bagi menjalankan aktiviti
lasak.
7. Pihak jawatakuasa atau penyelaras aktiviti memastikankan penggunaan dewan atau
kawasan terlindung jika cuaca kurang baik, contohnya hujan turun dengan tiba-tiba.

PENUTUP
Program Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform tahun 2019 telah Berjaya dilaksanakan dengan
jaya hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini
berlangsung, Kem Komando, Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras Badan Beruniform dan guru-guru
bertungkus lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sehingga kurang rehat. Selain itu, peserta
juga memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanakan aktiviti walaupun kepenatan.
Perkhemahan ini juga Berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta. Terdapat
perubahan yang posiftif di dalam diti pelajar-pelajar selepas mengikuti aktiviti perkhemahan ini.
Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada para peserta
memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti, di samping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokan yang disepadukan dalam perkhemahan ini
diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah
sebahagian daripada kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah
berpandukan etika dan budaya bangsa.
Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah menengah Kebangsaan Seri Aman, merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah memberi sokongan dan
bantuan yang tidak berbelah bahagi terutama dalam penyediaan makanan semua peserta dan ahli-ahli
jawatakuasa kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Badan
Beruniform Tahun 2019. Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.
INSYAALLAH.
LAMPIRAN

MEMASANG KHEMAH
PERTANDINGAN MEMBINA GADGET
AKTIVITI – ISTANA PASIR
PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA
PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS
AKTIVITI SENAMAN PAGI

AKTIVITI KEROHANIAN
Disediakan DISEMAK OLEH

………………………………. ………………………………….
ROZITA BT AB KADIR
PENYELARAS BADAN BERUNIFORM
SMK SERI AMAN

Anda mungkin juga menyukai