Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Islam adalah agama yang terbesar diamalkan di Asia Tenggara,


berbilangan sekitar 240 juta umat yang menterjemahkan ke sekitar 40%
penduduk, dengan kebanyakannya di Brunei,Indonesia dan Malaysia.
Minoriti yang terpenting adalah terletak di negara-negara Asia Tenggara
lain. Kebanyakan umat Islam di Asia Tenggara tergolong dalam mazhab
Sunah Waljamaah dan di dalamnya, sekolah Syafii pada fiqh, atau hukum
agama. Ia dalah agama rasmi di Malaysia dan Brunei sementara ia
adalah salah satu enam agama rasmi di Indonesia.
PERUBAHANYANG DIBAWA OLEH ISLAM KE ATAS
MASYARAKAT ASIA TENGGARA
Islam telah bertapak meliputi negara asia tenggara iaitu tanah melayu (Malaysia),
Indonesia,Thailand dan Filipina melalui kedatangan pedagang arab yang datang
berdagang di nusantara. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa banyak
perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai pencetus
kepada zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan yang menyeluruh
berteraskan tauhid.Persoalannya, sejauh manakah pengaruh tamadun islam telah
membawa perubahan kepada masyarakat di asia?

Pengaruh tamadun Islam adalah sangat jelas dalam sistem pendidikan di


asia.Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama
seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke
beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.Melalui sistem
pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang
terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi
(Hashim Hj. Musa, 2004 : 46).

Sebagai buktinya, pengaruh daripada tamadun Islam telah membawa perubahan


yang besar terhadap sistem pendidikan di Melaka.Contohnya, aktiviti pendidikan bukan
sahaja berlangsung di istana.Malahan ia juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat
penyalinan dan terjemahan. Di samping itu, tempat-tempat lain yang digunakan sebagai
tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau.Di Melaka
sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) sehinggalah
sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, sangat mengambil berat mengenai perkembangan
pendidikan. Pengajian Islam tidak hanya berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan
surau-surau, bahkan ianya juga turut berlaku di istana sultan.

Pengaruh Tamadun Islam di asia juga turut menonjol dari segi bahasa dan
kesusasteraan. Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-
14 Masihi. Pada awal abad ke-14, kedudukan agama Islam semakin teguh dan
penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama
Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-
orang Melayu pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai