Anda di halaman 1dari 4

Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang


saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Singa yang Sombong”.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

1. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang


sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
2. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
3. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan
satu perjumpaan.
4. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan
singa yang ganas lagi sombong itu.
5. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
6. “ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang
semakin terancam.
7. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang
menjadi mangsa singa yang zalim itu.
8. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.
“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
9. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam.
10. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan
kebolehan Tebuan.
11. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan
diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya.
Masing-masing tunduk diam.
12. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama
menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.
13. ” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan
yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba
keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa
dan Tebuan.
14. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok.
15. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
16. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar
engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan
dengan berani
17. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa
itu sambil ketawa.
18. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil,
tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab
Tebuan penuh semangat.
19. “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata
Singa.
20. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa
itu.
21. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar
Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih.
22. Tebuan mengambil kesempatan ini.
23. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari
lubang hidungnya.
24. Singa itu meraung kesakitan.
25. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan.
26. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
27. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat.
28. Semua binatang bersorak kegembiraan.
29. Ingat kawan-kawan,
30. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang
yang kecil tidak semestinya lemah.
31. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
32. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum
mengundur diri mari kita fikirkan.…

kecik jangan disangka anak,


besar jangan disangka bapa...
akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal..

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai