Anda di halaman 1dari 1

Tutorial 3

Jelaskan salah satu elemen teori Jean Piaget yang anda boleh gunakan dalam
pendekatan pengembangan dalam bimbingan dan kaunseling.

Menurut Wong, Mohamad Isa dan Rafidah (2016), salah satu elemen teori Jean Piaget
ialah akomodasi. Akomodasi merujuk kepada proses pembelajaran seseorang individu
yang cuba mengasimilasikan maklumat baru ke dalam skema sedia ada dengan cara
mengubah suai skema tersebut atau membentuk skema sedia ada untuk menerima
maklumat baru. Elemen ini dapat dilakukan dengan kaunselor mengubah suai skema
sedia ada murid untuk menerima maklumat baru. Contohnya, guru bimbingan dan
kaunseling memperkenalkan teknik kemahiran belajar mencatat nota dan teknik
membaca. Apabila murid berjaya menguasai kemahiran ini, guru bimbingan dan
kaunseling akan menambah skema baru iaitu kemahiran mendengar. Oleh itu, murid
dapat mengaplikasikan ketiga-tiga kemahiran ini di dalam kelas secara efektif.

Anda mungkin juga menyukai