Anda di halaman 1dari 3

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN CERAMAH ISRA’ DAN MIKRAJ


PERINGKAT SEKOLAH 1440H

Tarikh : 21 Mei 2019 (Selasa)


Masa : 8.10- 9.10 pagi
Tempat : Dewan SK Seri Bahagia

1. PENDAHULUAN

Saban tahun tanggal 27 Rejab akan menjengah setiap umat islam di seluruh dunia.Ianya
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam yang mana berlaku peristiwa Israk
Mikraj.Ianya merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi
SAW .Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi SAW semata- mata, malah ianya amat
penting sekali kepada seluruh Umat Islam.

2. OBJEKTIF
1. Solat adalah ibadah paling utama dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-
amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal
2. Memperingati peristiwa penting dalam Islam
3. Mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut
4. Mencontohi sahsiah Rasulullah SAW dan mengamalkan dalam kehidupan seharian
5. Mencungkil bakat murid melalui aktiviti yang dipertandingkan

3. SASARAN
Semua murid dan semua guru-guru SK Seri Bahagia

4. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Sambutan program berjalan dengan baik dan lancar. Penceramah datang tepat dengan
waktu yang dijanjikan.Tumpuan murid dan guru amat khusyuk kerana dengan
penyampaian yang disampaikan oleh penceramah dan isi ceramah bertepatan dengan
sasaran.
PK01 – Pengurusan Panitia

5. KEKUATAN PROGRAM
5.1 Sambutan yang baik daripada semua murid-murid dan guru-guru dalam
memberi tumpuan terhadap ceramah yang disampaikan.
5.2 Setiap AJK menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bagus dalam
menjaga disiplin murid semasa ceramah disampaikan.

6. KELEMAHAN PROGRAM
6.1 Penglibatan guru terbatas kerana ada segelintir daripada mereka terlibat
dengan PdPC.

7. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Penambahbaikan perlu difikirkan bagi melibatkan semua guru agar sama-sama dapat
berkongsi dalam majlis ilmu seperti yang dilaksanakan.Pembahagian tugas pula perlu
diperbaiki lagi agar setiap ajk dapat menjalankan sepenuh amanah yang diberikan bagi
melancarkan lagi setiap program yang dijalankan.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, ceramah isra’ dan mikraj pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.Begitu juga dengan disiplin murid terkawal dan dapat memberi tumpuan
sepenuhnya dalam menghayati ceramah pada kali ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya
akan lebih berjaya dan berlangsung dengan lebih baik.
PK01 – Pengurusan Panitia

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ __________________________
(PN. NIRALWANA BINTI OTHMAN) (EN. ROSLI BIN MOOKIN)
Setiausaha PK Kurikulum
Sambutan Majlis Maulidur Rasul SK Seri Bahagia
SK Seri Bahagia

Disahkan oleh,

__________________________
(TN. HJ. ISMAIL BIN MUNAJAT)
Guru Besar
SK Seri Bahagia

Anda mungkin juga menyukai