Anda di halaman 1dari 1

KESAN KARBON MONOKSIDA

KELEBIHAN
Kempen mendenda perokok dijalankan banyak kali di pelbagai tempat dan telah
memberi amaran terhadap perokok-perokok negara kita. Hal ini demikian kerana rokok itu
amat berbahaya terhadap kesihatan tubuh badan kita dan lagi teruk akan menyebabkan
seseorang mengalami kanser paru-paru dan meninggal dunia. Oleh itu, pihak kerajaan telah
mengadakan kempen-kempen tersebut supaya mengurangkan jumlah perokok di negara kita
ini. Melalui kempen ini, perokok akan diberi amaran tentang kesan-kesan rokok terhadap
tubuh badan kita dan juga orang sekeliling kita.

KELEMAHAN

Walau kempen ini sering dijalankan tetapi jumlah perokok di negara kita tidak ada
menurun malah semakin meningkat. Hal ini kerana kempen-kempen seperti ini mempunyai
kelemahannya. Contohnya, tiada ganjaran yang disediakan jika seseorang peserta menyertai
kempen tersebut. Masyarakat masa kini tidak suka membazirkan masa untuk menyertai
program- program yang tidak memberi faedah kepada diri sendiri. Oleh itu, pihak penganjur
haruslah menyediakan sedikit ganjaran bagi menarik lebih ramai orang untuk menyertai
kempen-kempen ini.

JUSTIFIKASI TENTANG KEENGANAN MASYARAKAT DENGAN KEMPEN MENDENDA


PEROKOK

Berdasarkan kandungan video tersebut, kita oleh memperolehi banyak kesan jika
seseorang itu merokok seperti kanser paru-paru, bayi tidak sihat dan sebagainya. Selain
daripada menganjurkan kempen, pihak berkuasa juga telah memberi amaran dengan
meletakkan gambar kesan merokok di setiap kotak rokok supaya perokok akan berasa takut.

Walaubagaimanapun, perokok memang sudah banyak mendengar berita tentang


kesan merokok ini malah mereka tidak kisah. Hal ini tersebut kerana terdapat sesuatu bahan
iaitu nikotin yang menyebabakan seseorang itu ketagih dengan menghisap rokok dan susah
untuk berhenti. Semasa merokok, mereka belum lagi berasa kesan rokok dan itulah
menjadikan perokok tidak berasa takut sekali. Sehubungan dengan ini, banyak perokok hanya
akan berhenti merokok jika dia mengalami sesuatu masalah kesihatan dan memang boleh
berhenti dengan segera.

Oleh itu, tidak hairanlah masyarat kita engan dengan kempen mendenda perokok
kerana perokok sendiri tidak ambil kisah tentang kesihatan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai