Anda di halaman 1dari 2

Waktu Solat Kuala Lumpur

rencana
ARKIB : 05/06/2010

Memulihara sungai tercemar   Subuh 5:50


Zohor 1:13
Asar 4:15
Oleh ROHANA MAN Maghrib 7:17
rohana.man@utusan.com.my Isyak 8:26
Klik untuk waktu solat kawasan lain

SETIAP tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari


Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Pilihan tema tahun ini
adalah Pelbagai Spesies, Satu Planet, Satu Masa Depan
(Many Species, One Planet, One Future). Jika disentuh
 
tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita
betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan
pencemaran. Selain isu pemanasan global yang tidak henti-
henti dibincangkan umum, masalah lain seperti
pencemaran sungai, pencabulan hutan, jerebu dan lain-
lain turut menjadi perbahasan hangat di merata dunia.
Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk
pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah
kepada seluruh generasi. Antara pencemaran yang begitu
menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah Kewujudan kilang yang banyak di tebing Sungai
sungai tercemar. Pinang menyebabkan sungai ini tercemar teruk.

Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi


kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia.
Dengar SuriaFM
Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama Riuh Rio Brazil 2014
dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Tragedi Pesawat MH370
Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu.
KE7B Greenland 2014
Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem
pengangkutan utama.
IKLAN@UTUSAN
Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi
nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat.
Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai
antara sungai paling tercemar di negara ini.
Tahap pencemaran kedua-dua sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di
dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati).
Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang
banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.
Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga
mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.
Ahmad Zaharin Aris berkata, lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara
berkala oleh Jabatan Alam Sekitar.
Menurutnya, pemantauan dilakukan mengikut hari, tetapi jika sungai tersebut
mempunyai loji pembersihan air untuk bekalan air penduduk, maka pemantauan akan
dilakukan mengikut jam.
Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan
RM500 juta untuk memulihkan sungai tercemar. IKLAN@UTUSAN

"Jumlah itu memang besar, tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk memulihkan
pencemaran sungai di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia.
Pencemaran sungai yang teruk mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara
memandangkan kos pemulihan sungai memakan dana yang besar.
Kos bagi tujuan pemulihan sungai adalah antara RM100 juta hingga RM400 juta.
Adalah lebih baik jika peruntukan yang amat besar itu digunakan untuk tujuan lain
khususnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk penduduk.
Mengulas kaedah pemulihan sungai, Dr. Ahmad Zaharin berkata, terdapat tiga kaedah
yang digunakan iaitu fizikal, kimia dan biologikal.
Kaedah fizikal memerlukan satu sistem penapis diletakkan di sungai bagi memproses
sistem pengudaraan di dalam air sekali gus meningkatkan kualiti air.
Kaedah itu didapati berkesan dalam jangka masa pendek tetapi kurang praktikal untuk
jangka masa panjang.
Manakala kaedah kimia melibatkan rawatan kualiti air dengan menggunakan bahan-
bahan kimia tertentu.
Dr. Ahmad Zaharin yang menumpukan pada kaedah biologikal berkata, ia menggunakan
konsep teknologi hijau.
ePlayer Sukan
"Saya telah menjalankan kajian di makmal yang mana saya dapati terdapat mikrob dan
bakteria yang telah dikultur mampu merawat air tercemar," ujarnya sambil
memberitahu jenis bakteria yang digunakan adalah daripada keluarga basilus.
Menjelaskan kaedah itu, katanya ekstrak yang diambil dari bakteria tersebut akan
bertindak sebagai bahan pengumpul (bioflocullant) bahan-bahan terampai di dalam
sungai tercemar.
Mengulas mengenai punca utama pencemaran sungai, katanya ia berpunca daripada
aktiviti pembangunan tanah dan pelepasan sisa dari kilang. Selain itu, penyumbang lain
adalah sisa dari ladang ternakan babi yang mana ia dilepaskan ke dalam sungai sehingga
ada sungai yang 'mati' akibatnya.
Sehubungan itu, Dr. Ahmad Zaharin menasihatkan tauke ternakan babi menerima
cadangan supaya sistem ternakan berpusat dapat dijalankan di negara ini.
"Memang kos permulaan mahal untuk membangunkan sistem ternakan berpusat seperti
di negara maju, tetapi untuk jangka masa panjang, ia lebih baik. Bak kata orang,
mencegah lebih baik daripada merawat," katanya yang merujuk pencemaran sungai
merupakan antara faktor merebaknya wabak penyakit tertentu.
Beliau yang kesal dengan sikap masyarakat tempatan yang masih tidak berubah dengan
menjadikan sungai sebagai 'tong sampah', memberitahu keadaan itu diburukkan lagi MENARIK
dengan masalah penempatan haram pendatang tanpa izin dari Indonesia, India, Sri Ruang iklan percuma hartanah, produk
Lanka dan Bangladesh. Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Menurutnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing dari negara-negara Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
tersebut yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai penempatan mereka,
menjejaskan lagi kualiti air sungai terutama di kawasan bandar. Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
"Mereka membawa mentaliti dari negara asal iaitu membuang sampah di dalam sungai
Gambar kahwin Album Raja Sehari
adalah perkara biasa," ujarnya.
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan yang Mari baca Utusan Melayu Mingguan
lebih kerap agar penempatan haram di tebing-tebing sungai diruntuhkan demi Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
kesejahteraan sungai kita. SMS News Alert Utusan Malaysia
Kongsi Konten di : Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

      

TAJUK­TAJUK BERITA LAIN:

• Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC
• Mana ada kelas pakai nama Melayu...
• Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat
• BISIK­BISIK AWANG SELAMAT
• Mistik belantara
• Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki
• Khemah digoncang lembaga
• Diekori pocong puncak Nuang
• Terserempak kumpulan pembawa obor
• 'Disapa' jin tanah di Kem Lolo

Anda mungkin juga menyukai