Anda di halaman 1dari 21

PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU

MENGAJAR LUKISAN ISOMETRI TINGKATAN EMPAT

NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR

Universiti Teknologi Malaysia


PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU MENGAJAR LUKISAN
ISOMETRI TINGKATAN EMPAT

NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat


Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004
iii

DEDIKASI

Untuk emak yang dikasihi..terima kasih kerana membesarkan dan mendidikku..Kasih


dan pengorbananmu ibarat lautan api yang sukar untuk ku renangi demikianlah untuk
aku membalasnya..

Untuk ayah.. kau penasihat terbaik untuk ku.. penat lelahmu membesarku mengajar
daku supaya lebih matang dalam menguruskan hidup..Terima kasih segalanya..

Kepada kakakku…terima kasih perhatian kalian terhadapku..

Untuk anak saudara kesayanganku..Muhammad Arif..terima kasih kerana sudi


menemaniku mencari bahan rujukan..bersamamu dalah satu pengalaman yang indah..

Untuk Afifah..kau temanku yang terlalu banyak memberi dorongan dan sokongan..ingin
kuberikan pingat emas kepadamu kerana kau telah memperkenalkanku ‘sesuatu’...

Kepada seseorang yang sedang menyayangiku…mengenalimu suatu pengalaman yang


indah..terima kasih kerana akan berkongsi hidup dengan ku..

Ku akhiri dengan jutaan terima kasih untuk semua..


iv

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Muhammad Hisyam Lee selaku
pembimbing projek yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang banyak memberi bimbingan secara
langsung dan tidak langsung.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi


pengetahuan dan menjayakan projek ini diucapkan berbanyak terima kasih . Segala
pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan
projek ilmiah yang akan datang.

Ucapan terima kasih juga buat keluarga khasnya suami di atas kesabaran,
pengorbanan dan dorongan yang diberikan.
v

ABSTRAK

Daya imaginasi yang tinggi merupakan anugerah dari Rabb yang esa dimana
tidak semua dapat memiliki kelebihan ini. Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata
pelajaran yang memerlukan imaginasi yang tinggi kerana pelajar terpaksa
menggambarkan sesebuah objek 3 Dimensi yang tidak dipernah dilihat oleh mereka
tetapi perlu menggambarkan dan melukis berdasarkan pandangan ortografik yang diberi.
Umumnya guru amat sukar membantu pelajar memperkembangkan daya imaginasi
berdasarkan pandangan ortografik kerana ia sangat kompleks. Bahan Bantu Mengajar
seperti objek kayu yang dipotong dan kotak-kotak yang digunting dan ditampal agak
terhad penciptaannya kerana ia memerlukan masa, tenaga dan kpeakaran untuk
menghasilkan BBM yang berkesan khususnya dalam membantu imaginasi pelajar.
Dengan kaedah moden hasil dari aplikasi bahan-bahan multimedia, guru kini hanya
memerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4.
Dalam perisian ini banyak menu-menu yang menarik yang dimuatkan dalam menu
utama pada laman yang mempu menarik minat pelajar. Ia dibangunkan hasil dari
penggunaan Power Point XP supaya mudah untuk guru masa kini mengendalikan sama
ada menambah isi mata pelajaran atau mengubahnya mengikut kesesuaian mereka.
Perisian ini juga mudah dibawa ke komputer lain memandangkan setiap komputer di
sekolah menggunakan Microsoft Windows. Diharap dengan terciptanya modul perisian
yang terkini ini, dapat membantu guru dan pelajar dalam memperkembangkan imaginasi
mereka.
vi

ABSTRACT

Imagination is a gifted that been given from the Rabb that not everyone could
ever have. We can see this power of imagination through the Engineering Drawing. It is
because, in Engineering Drawing, we need to imagine the 3 Dimension object that we
can’t see by eye but is come from imagination. Generally, as a teacher, it is difficult to
help student to improve their imagination because it’s really complex. . The material
learning support like a piece of wood and a cutting of boxes witch is unlimited of design
because a lot of time, energy and some skill to create an effective material learning
support like a “Modul Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4”. This
software includes an amazing slide that can be support to study. From Power Point XP,
this software have been develop. It easy to use for teacher to added a new material
learning or adjust s much s they want too. This software are much simple because the
school today use Microsoft Windows. I prefer that the new of method of learning can be
helpful for teacher and student for their imagination thinking
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Projek 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Skop Projek 6
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Definisi Istilah 8
1.8 Penutup 10
viii

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11
2.2 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 11
2.3 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran
2.3.1 Konsep Pengajaran dan Permbelajaran
Berasaskan Bahan 12
2.3.2 Pendekatan Objektif 13
2.3.3 Pendekatan Kognitif 14
2.4 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran 14
2.5 Masalah Dalam Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 16
2.6 Kajian Pembinaan Model Bahan media Pengajaran 17
2.7 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 18
2.8 Penutup 18

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20
3.2 Prosedur Pembinaan Modul Perisian 19
3.3 Teknik Penyampaian 22
3.3.1 Teknik Ilustrasi 23
ix

3.3.2 Teknk Pemkiran Kreatif 24


3.4 Penentuan Tajuk dan Skop 24
3.5 Pemilihan Perkakasan dan perisian 25
3.6 Sepsifikasi Perkakasan untuk Menggunakan Modul Ini. 26
3.7 Carta Alir Untuk Bahan Bantu Modul Perisian 27
3.8 Penutup 28

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 29
4.2 Strktur Asas Perisian 29
4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 30
4.2.2 Paparan Persembahan Menu 31
4.2.3 Paparan Menu Setiap Topik 34
4.3 Isi kandungan 37
4.4 Kemudahan Butang Navigasi 39
4.5 Pempkejan Perisian 40
4.6 Cara Menggunakan Perisian 40
4.7 Penutup 41
x

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 42
5.2 Malasah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 42
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 43
5.2.2 Kekurangan Masa 43
5.2.3 Kekurangan Perisian Asal 44
5.2.4 Penilaian Perisian 44
5.2.4.1 Penilaian Secara Individu 45
5.3 Kekuatan Perisian dan Kelemahan Perisian 45
5.3.1 Kekuatan Perisian 45
5.3.2 Kekuatan Power Point XP Berbanding Authorware 47
5.3.3 Kelemahan Perisian 48
5.3.4 Kelemahan Power Point XP Brbanding Authorware 49
5.4 Kesimpulan 49
5.5 Cadangan 50
5.6 Penutup 50

RUJUKAN 51
LAMPIRAN 53
xi

SENARAI JADUAL

Jadual 4.4 Fungsi Setiap Butang 39


Jadual 5.3.1 Keistimewaan Setiap Sub Menu Pada Menu Utama 46
Jadual 5.3.2 Kekuatan Power point XP berbanding Authorware 48

SENARAI RAJAH

Rajah 4.2.1 Paparan Permulaan Sebelum Memaski Menu Utama 30


Rajah 4.2.2 Paparan Menu Utama 31
Rajah 4.2.3 Paparan Untuk Menu Masuk 32
Rajah 4.2.4 (a) Contoh Paparan Menu 34
Rajah 4.2.4 (b) Paparan Menu Berikutnya 35
Rajah 4.2.5 (a) Contoh aaran menu ke topic pembelajaran 35
Rajah 4.2.5 (b) Paparan Mnu Mula 36
Rajah 4.2.6 paparan Tamat 37
Rajah 4.3.1 Contoh Paparan Ilustrasi 38
Rajah 4.3.2 Contoh paparan Isi kandungan Pengajaran 38
Rajah 5.3.1 Animasi 3 Dimeni Yang Boleh Diulang Tayang, Diberhentikan dan
Dibesarkan 46
xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

3D Tiga Dimensi
ABM Alat Bantu Men gajar
BBM Bahan Bantu Mengajar
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LI Lukisan Isometri
LK Lukisan Kejuruteraan
LGB Lukisan Geometri Bangunan
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kejuruteraan Elektrik dan Elektrinik
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selepas tahun 1990-an, bidang pelajaran vokasional dan teknikal menjadi pilihan
pelajar. Permintan yang tinggi dalam bidang ini menunjukkan ia mempunyai prospek
yang cerah dalam pasaran pekerjaan. Peningkatan yang tinggi dalam aliran ini pastinya
dapat melahirkan rakyat tempatan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang separuh
profesional menjelang tahun 2020.

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pendekatan baru pengajaran


sains dan teknologi dan Preparation for Technology di semua sekolah teknik dan
sekolah vokasional mulai tahun 2000. Tujuannya adalah untuk melahirkan lebih ramai
juruteknik yang mempunyai asas kukuh dalam bidang matematik, sains dan teknikal
serta memiliki kemahiran yang tinggi sejajar dengan hasrat menjadi Malaysia sebagai
negara maju berasaskan perindustrian.

Banyak perbezaan yang boleh kita lihat dari segi corak pendidikan dahulu dan
sekarang. Sebagai seorang pendidik, perubahan dan matlamat pendidikan harus
diselarikan dari zaman ke zaman mengikut keperluan semasa agar ianya sejajar dengan
perkembangan teknologi. Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin, bekas Ketua Setiusaha,
2

Kementerian Pendidikan pernah memperkatakan tentang keguruan dan cabaran abad ke-
21 dimana beliau menegaskan bahawa:

“Sebenarnya mengandaikan masa hadapan merupakan periuk nasi kita sebagai


pendidik. Ini adalah kerana kita sentiasa berdamping dengan masa hadapan malah
menyentuhnya setiap hari. Murid-murid yang berdepan dengan kita adalah untuk
masa hadapan, bukan untuk hari ini.”
(Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, 1993:104 dalam Mengurus Agenda
Abad Ke 21, 2000: 87).

Jesteru itu seorang pendidik itu memainkan peranan penting dalam


merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Seorang guru itu dikatakan
berkesan dalam menyampaikan pengajaran sekiranya ia dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Keadaan inilah yang diharapkan oleh guru terhadap
pelajar-pelajarnya. Keseronokkan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat
hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-
pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian uang menyeluruh dalam proses
pengajaran pembelajaran, (Ismail Zain, 2002)

Menurut Zaleha (1990), hasil dapatan kajiannya menunjukkan pembelajaran


berkomputer mendapat sambutan yang menggalakkan. Di samping itu, pengalaman
penggunaan komputer dalam pembelajaran banyak menghasilkan kesan positif.
Komputer boleh dikatakan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang boleh
memberikan kesan pengajaran guru yang baik manakala perisian sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang boleh menyokong minda pelajar dalam pembelajaran mereka.

Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P ) di bilik darjah
seharusnya tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi
jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang
3

harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan
penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya, (Ismail Zain,
2002)

1.2 Latar Belakang Projek

Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan salah satu mata pelajaran elektif


Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam kumpulan 2 iaitu kumpulan
Vokasional dan Teknologi. Sebelum perlaksanaannya di peringkat KBSM, LK dikenali
sebagai Lukisan Teknik atau Lukisan Geometri dan Bangunan (LGB). Namun begitu
objektif mata pelajaran LK adalah lebih baik dibandingkan dengan objektif mata
pelajaran LGB (Zainon,1993).

LK mempunyai objektif yang lebih bersepadu kerana ia menggabungjalinkan


lukisan geometri dengan semua bidang kejuruteraan. Pendekatan ini penting kerana ia
dapat membina kecenderungan pelajar terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang
diminati (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).

Di dalam pemilihan mata pelajaran bagi aliran Teknik dan Vokasional ini, antara
senarai mata pelajaran yang perlu diikuti adalah seperti yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) iaitu Prinsip Akaun, Ekonomi
Asas, Perdagangan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumahtangga, Matematik Tambahan,
Rekacipta, Pengajian Kejuruteraan (Awam, Elektrik,Jentera), Teknologi Kejuruteraan
dan Lukisan Kejuruteraan (Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
4

Dari kajian yang dilakukan oleh Nor Fadilah Mohd Amin dan Widad Othman
(1999), hasil analisis mereka mendapati terdapat perkaitan signifikan yang sangat tinggi
antaranya faktor kemudahan, dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cabaran
pelaksanaan LK. Keadaan ini menarik minat penulis untuk membangunkan satu modul
perisian pengajaran berbantukan komputer sebagai BBM dalam P&P oleh guru di dalam
bilik darjah.

Kajian dari Baharudin Aris, Sharif Omar dan Yeo Kee Jier (1997), menunjukkan
90% respondennya akur akan kepentingan ABM dalam P&P. Peranan ABM dalam
menarik perhatian pelajar membantu pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran
dengan mudah, dan mewujudkan suasana P&P yang aktif.

Selari dengan saranan kerajaan yang inginkan perubahan berterusan dalam sistem
pembelajaran terancang lagi tersusun, negara kita memerlukan satu alternatif baru dalam
penyampaian pengajaran agar kita tidak terkebelakang dari negara-negara maju yang
lain. Keadaan ini penting supaya budaya teknologi seimbang dengan kerohanian para
pelajar. Di sini pembangunan perisian sebagai BBM mampu menyokong matlamat ini.

Menurut Mok Soon Sang (1994), P&P mempunyai matlamat yang banyak dan
berbeza di antara individu serta negara. Di dalam negara kita, di bawah konteks
pendidikan formal, Falsafah Pendidikan Negara ialah memperkembangkan potensi setiap
pelajar dalam bidang intelek, rohani emosi dan sosial.

Oleh itu, guru harus menyahut cabaran baru dalam memperkembangkan intelak
pelajar sesuai dengan peredaran zaman kini yang memerlukan pelbagai kemahiran
khususnya dalam pembangunan perisian seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat.
5

1.3 Pernyataan Masalah

Revolusi teknologi pembelajaran ini akan mengakibatkan berubahnya era dan


fungsi guru. Guru akan menjadi pembimbing dan jurulatih untuk membantu para pelajar
menggunakan pelbagai perkakasan baru dan perisian-perisian pendidikan yang bakal
berada di pasaran baru dan perisian-perisian pendidikan yang bakal berada di pasaran
bagaikan cendawan tumbuh ditimpa hujan, (Wan Liz, 2000).

Kekurangan BBM yang efketif dan boleh membantu minat pelajar dalam
menguasai sesuatu mata pelajaran amat penting untuk diwujudkan. Jesteru itu, guru
harus bersedia menerima pembaharuan yang ada pada sistem pendidikan kini dengan
mengplikasikan penggunaan komputer disekolah dengan mengunakan perisian tertentu
sebgai BBM.

Smagula (1993) berpendapat, walaupun terdapat banyak perubahan dari segi


teknologi dalam bidang reka bentuk dan grafik, lukisan yang menggunakan tangan
masih harus menguasai imaginasi dan melukis itu sendiri perlu latihan untuk
mewujudkan peningkatan prestasi.

Lowenfeld (1975) dan Smagula (1993) menegaskan bahawa guru Pendidikan


Seni yang boleh menggunakan kriteria seperti menguasai interprestasi aktiviti, asas-asas
seni reka, menggunakan alat-alat bahan seni serta menguasai eksplorasi pelbagai teknik
melukis dan kreatif akan meningkatkan prestasi melukis para pelajar. Lowenfeld juga
menegaskan bahawa manusia mempunyai potensi kreatif dan potensi ini perlu
diperkembangkan dengan betul.

Oleh itu, pembangun ingin membangunkan satu modul perisian berbantukan


komputer berkaitan dengan LK yang dapat meningkatkan imaginasi berdasarkan animasi
6

dengan bantuan teknologi komputer dengan program yang boleh diubahsuaikan


olehpengguna itu sendiri iaitu guru supaya ianya lbih mesra pengguna dan memudahkan
aktiviti guru untuk dalam proses P&P. Guru juga berupaya memindahkan beberapa fail
di dalam perisian ini tanpa sebarang masalah. Perisian menggabungkan elemen animasi
ini, diharap apat digunkan disemua jenis komputer.

1.4 Objektif Kajian

Projek ini bertujuan menyediakan satu BBM yang dapat membantu guru dalam
mendidik pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan Empat dibawah tajuk Lukisan Isometri. Objektif projek ini boleh
disenaraikan seperti berikut:
i. Memperkenalkan kaedah baru dalam proses P&P bagi mengatasi masalah
dalam mengajar LK dan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dengan
pendekatan yang lebih sesuai samada visualisasi atau imaginasi (Siti Napsiah
Rosdi,2002).
ii. Menjadikan topik Lukisan Isometri sebagai salah satu topik yang mudah
difahami oleh pelajar sekiranya mereka menggunakan visualisaasi dalam
pembelajaran di bilik darjah.
iii. Menjadikan perisian ini sebagai satu modul pengajaran dan pembelajaran LK
yang memberikan faedah kepada guru dan pelajar. Modul ini sekurang-
kurangnya dapat menangani masalah bahan rujukan yang kritikal ( Nor
Fadila dan Widad,1999).
iv. Menjadikan animasi 3 Dimensi (3D) dalam perisian ini sebagai model
sebenar. Lakaran lukisan yang dibuat oleh pelajar menjadi lebih mudah jika
guru menggunakan model sebenar dalam pengajarannya (Muhamad Subari,
2000).

Anda mungkin juga menyukai