Anda di halaman 1dari 8

PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU

PEMULIHAN KHAS

TAHUN 5 CERDIK

KEMAHIRAN 27

KVKK KV KVK

Disediakan oleh :

Norshida binti Mohd Ruslan


SK Seri Bekok

Fadzilah binti Jaafar


SK Desa Temu Johoh

PERSEDIAAN RANCANGAN HARIAN


BAHASA MELAYU
KELAS PEMULIHAN KHAS

CONTOH 1
Minggu : 18
Hari : Isnin
Tarikh : 13 Mei 2013
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5 Cerdik
Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tajuk : Kemahiran 27 – Perkataan KVKK KV KVK


Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :
Menyebut nama benda perkataan KVKK KV KVK dengan betul.
Aktiviti :

1. Murid menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid memadankan kad sukukata berdasarkan gambar.
3. Murid mengisi sukukata awalan atau pertengahan atau akhiran yang
tertinggal berdasarkan gambar.
4. Murid mengeja dan membaca perkataan yang telah lengkap berdasarkan
gambar.
5. Murid menulis perkataan berdasarkan gambar dalam lembaran kerja.
6. Semakan dan pembetulan guru.
7. Bersoal jawab dengan guru tentang tajuk hari ini.

BBM : Kad gambar, kad sukukata, kad perkataan, lembaran kerja

CONTOH 2

Minggu : 18
Hari : Selasa
Tarikh : 14 Mei 2013
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5 Cerdik
Masa : 8.00 – 9.30 pagi
Tajuk : Kemahiran 27 – Perkataan KVKK KV KVK
Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :
Mengeja perkataan KVKK KV KVK dengan betul.
Aktiviti :

1. Murid bermain Kotak Misteri (Kad gambar dan perkataan).


2. Murid memadan kad perkataan dan kad gambar dengan betul.
3. Murid mengeja dan membaca perkataan secara latih tubi.
4. Murid menulis perkataan berdasarkan gambar dalam lembaran kerja.
5. Semakan dan pembetulan guru.
6. Bersoal jawab dengan guru tentang tajuk hari ini.

BBM : Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja

CONTOH 3

Minggu : 18
Hari : Rabu
Tarikh : 15 Mei 2013
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5 Cerdik
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tghari

Tajuk : Kemahiran 27 – Perkataan KVKK KV KVK


Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :
Menulis perkataan / ayat berdasarkan gambar dengan betul.
Aktiviti :

1. Murid membaca perkataan yang telah dipelajari secara latih tubi.


2. Murid membina, membaca dan menulis perkataan dari kad perkataan
dengan betul.
3. Murid memadankan perkataan dengan ayat yang sesuai.
4. Murid melengkapkan perkataan yang dipelajari pada ayat supaya menjadi
ayat yang sempurna.
5. Semakan dan pembetulan guru.
6. Bersoal jawab dengan guru tentang tajuk hari ini.

BBM : Kad gambar, kad perkataan, kad ayat mudah dan lembaran kerja

CONTOH 4

Minggu : 18
Hari : Khamis
Tarikh : 16 Mei 2013
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5 Cerdik
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

Tajuk : Kemahiran 27 – Perkataan KVKK KV KVK


Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :
Membaca 3 daripada 4 ayat-ayat mudah berdasarkan perkataan yang telah
dipelajari dengan betul.
Aktiviti :

1. Murid membaca perkataan yang telah dipelajari secara latih tubi.


2. Murid membaca ayat-ayat mudah berdasarkan tajuk yang lalu.
3. Murid memahamkan ayat-ayat yang dibaca melalui soalan yang diajukan
oleh guru.
4. Murid menulis ayat-ayat mudah berdasarkan tajuk yang dipelajari.
5. Semakan dan pembetulan guru.
6. Bersoal jawab dengan guru tentang tajuk hari ini.

BBM : Kad gambar, kad perkataan, kad ayat mudah dan lembaran kerja.

p/s : RPH ini boleh dijadikan RPH berkumpulan dengan menggabungkan 3 objektif dan aktiviti
dalam sehari mengikut kesesuaian kelas yang diajar.
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

Padankan ayat dengan gambar yang betul.

1.
Musim tengkujuh sudah tiba.

2.
Ini tengkolok Raja Muda.

3.
Dalam bungkusan itu ada ikan.

4. 9
Ali tangkap cengkerik.

5.
Kapal besar itu tenggelam.

Anda mungkin juga menyukai