Anda di halaman 1dari 2

1.0 Pengenalan.

Tamadun China dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 sebelum masihi dan
merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia yang menyamai tamadun-tamadun tua yang
lain seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek.
Tamadun awal China bermula di lembah Sungai Hwang Ho atau lembah Sungai Kuning kerana
kesuburan tanah dan dari sinilah bermulanya kelangsungan manusia dalam usaha membina
kehidupan melalui pertanian, penternakan, perladangan, pertukangan serta sebagainya dengan
membuat, mencipta atau menghasilkan sesuatu inovasi untuk kegunaan serta urusan seharian
mereka. Sungai ini mengalir dari pergunungan Kunlun ke timur merentasi utara China sehingga
ke Teluk Bo Hai. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran
dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung
kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Sifat keterbukaannya
dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkannya
menjadi lebih mampan dan walaupun tamadun China mengalami perubahan-perubahan, namun
identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal sehingga kini.
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan
penciptaan dan penemuan sains yang banyak memberi kepada sumbangan sains dan teknologi
dunia. Ini kerana pencapaiannya yang setanding dengan tamadun-tamadun tadi seperti
pembinaan Tembok Besar China yang merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia
seiring dengan Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India .
Hasil arkeologinya menunjukkan sains dan teknologi China sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke 11 SM.
Tembok Besar China merupakan peninggalan bukti seni bina yang unik dan
mengagumkan. Ianya dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti untuk menghadapi pencerobohan
orang nomad, di mana panjangnya adalah 2410km, lebar 8m dan tingginya 16m. Ianya dibina
merentangi bukit-bukau dimana dibina sepenuhnya oleh tenaga manusia dan mengambil masa
lebih kurang 100 tahun untuk disiapkan. Ia juga dibina bertujuan mempertahankan negara China
daripada serangan kaum Barbar (tartar) Monggol. Tembok Besar China ini diperbuat daripada
lumpur, tanah liat dan batu-bata dimana disetiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang
dikelilingi oleh parit yang besar dan menara (Akashah Ismail, 2009).

1
2.0 Jawab soalan.

2.1 Sumbangan
2.2
2.3 Ciptaan

Kesimpulan.
Perkembangan tamadun China berkait rapat dengan yang membantu pembentukan
negara dan masyarakat Cina hingga kini. Sumbangan-sumbangan tidak ternilai membantu
kejayaan Tamadun China. Meletakkan China di kemuncak kegemilangan dan dikongsi oleh
tamadun-tamadun lain. Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi tetapi juga
pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai