Anda di halaman 1dari 7

FAKTOR PRENATAL (SEBELUM KELAHIRAN)

Faktor prenatal adalah proses utama dan juga yang paling


penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak
semasa dalam kandungan ibu. Faktor prenatal ialah faktor yang
akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak. Faktor ini
berlaku baik sahaja pensenyawan antara sperma dengan ovum
sehinggalah kelahiran bayi tersebut dan tempoh ini berlangsung
selama 38 minggu. Proses ini dibahagikan kepada tiga peringkat
utama, iaitu geminan, embrio, dan fetus. Pada tahap ini, proses
pembahagian semasa pembentukan organ-organ dalaman dan
fizikal adalah amat aktif. Oleh itu, dalam tempoh masa ini,
kelakuan dan amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia
mempengaruhi pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan merupakan


proses pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Peringkat
ini adalah peringkat pembentukan zigot yang mengambil masa
selama dua minggu. Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku
semasa pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Ibu
mengandung digalakkan mengambil makanan berkhasiat yang
mengandungi protein, karbohidrat, calsium, iron, zat galian dan
sayuran supaya proses pembentukan organ ini akan berlaku
dengan lancar. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah
disebabkan oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian
kerana tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan
ibu semasa mengandung. Tanpa pengawalan serta penjagaan
pemakanan yang seimbang, perkembangan bayi dalam kendungan
akan terjejas. Maka, ibu mengandung harus berhati-hati dalam
pemakanannya, kerana pengabaian boleh mengakibatkan bayi
dalam kandungan mengalami kecacatan.

Kefungsian jantung bayi dalam kandungan iaitu fasa embrio


bermula pada minggu keempat. Manakala, fasa fetus pula
bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam kandungan itu
dilahirkan dan organ utama serta jari tangan dan kaki juga akan
terbentuk sepenuhnya. Pada masa ini, seseorang ibu yang
mengandung haruslah menjaga keselamatan dan tingkah lakunya
bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai kecacatan
terutamanya dari segi fizikal. Selain itu, seseorang bayi dalam
kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis
perlindungan, iaitu cecair Amniotik dan sempadan plasenta yang
dihasilkan oleh saluran darah yang memisahkan sistem
peredaran ibu dan janin. Kedua-dua perlindungan ini akan
membantu melindungi fetus daripada mengalami kecederaan
fizikal serta melindungi fetus daripada dimasuki benda asing
yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun
tingkah laku dan kecerdasan otak. Walau bagaimanapun,
perlindungan-perlindungan tersebut tidak dapat melindungi
janin sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan
daripada virus atau bakteria tertentu, misalnya virus
HIV/AIDS dan virus Rubela.

FAKTOR PERINATAL (SEMASA KELAHIRAN)


Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa
kelahiran bayi iaitu pada waktu bersalin. Selepas lebih kurang
38 minggu dalam kandungan ibu, bayi sudah sempurna anggota
tubuhnya serta bersedia ke alam baru iaitu dari rahim ibu ke
dunia. Proses kelahiran ini dibahagikan kepada tiga tahap utama
iaitu pembukaan serviks, kelahiran bayi, dan pengeluaran
plasenta selepas kelahiran. Tahap proses pertama adalah
pembukaan serviks yang merupakan tahap yang paling lama iaitu
mengambil masa selama 10 hingga16 jam. Dalam tahap ini, wanita
yang mengandung akan merasai kontraksi secara berhenti-henti
atau kadang-kadang sepanjang dua bulan terakhir kehamilan.
Tahap yang paling sukar dan paling sakit sekali dalam proses
melahirkan bayi adalah bahagian terakhir dan tahap ini
dipanggil transition. Pada masa ini, pihak hospital akan
membekalkan ubat pemenang bagi mengurangkan kesakitan
tetapi ia sebenarnya memberi kesan terhadap bayi terutama
pada aspek kecerdasan otak.

Seterusnya, tahap kedua bermula apabila serviks sudah


membuka sepenuhnya dan berakhir dengan kelahiran bayi. Pada
tahap ini, selain menggunakan tenaga fizikalnya untuk
mengeluarkan bayi, wanita juga perlu memberikan komitmen
yang tinggi kepada doktor dan jururawat yang bertugas. Hal ini
kerana, proses kelahiran akan menjadi lambat sekiranya mereka
gagal dalam memberi komitmen. Kebanyakan kes sebeginilah
yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari fizikal dan
mental.

Tambahan pula, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil


segera sekiranya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan bagi
mengelakkan sebarang kecacatan dan kecederaan bayi. Ini
adalah kerana, salah satu faktor anak dilahirkan dengan
kecacatan adalah disebabkan oleh faktor kelahiran tidak cukup
bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut
semakin lambat berbanding dengan bayi yang lahir normal.

FAKTOR POSNATAL (SELEPAS KELAHIRAN)

Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu


bermula pada saat kehidupan selepas ke dunia sampai pada dua
tahun atau lima tahun kehidupan seseorang anak. Proses ini
banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi
pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonomi, musim, dan
lain-lain lagi.

Tahap ini merupakan tahap awal pertubuhan dan perkembangan


seseorang kanak-kanak. Oleh itu, gizi pemakanan perlu
diamalkan pada masa ini. Hal ini membantu serta memudahkan
perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental.
Kanak-kanak harus mengambil makanan yang dikatakan
kualitatif seperti makanan yang mengandungi protein,
karbohidat, lemak, mineral, dan vitamin. Contohnya, kanak-kanak
memerlukan susu sejak kecil. Susu bukan sahaja mempunyai
khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan otak kanak-kanak, susu juga mempunyai kalsium
yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembesaran serta
menguatkan tulang dan gigi.

Di samping itu, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran


yang semakin menular juga merupakan salah satu faktor
menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Penyakit
sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi
akan memberi kesan pada masa akan datang. Hal ini
menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat
dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.

FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN

FAKTOR ENDOGEN

Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi


pertumbuhan dan perkembangan dalam diri inidividu atau
dikatakan sebagai faktor baka. Contoh-contoh faktor endogen
adalah seperti baka, pemakanan, kesihatan ibu, pengambilan
dadah dan alkohol, tabiat merokok, faktor Rh darah, kesan X-
ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya.

Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari
segi fizikal akan diwarisi oleh anak yang dilahirkannya.
Sekiranya, ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat mengalami
kecacatan dari segi fizikal mahupun mental, kemungkinan besar
anak yang dilahirkan alan mengalami kecacatan tersebut. Selain
itu, komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat juga
merupakan salah satu faktor endogen yang membawa kecacatan
kepada anak. Berdasarkan kajian pakar-pakar perubatan, ibu-ibu
yang mengandung pada usia yang sangat lewat, iaitu 40 tahun ke
atas berisiko untuk melahirkan bayi Sindrom Down atau
terencat akal.

Tambahan pula, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan


merokok akan melahirkan anak yang cacat dan terencat akal.
Tiada jumlah selamat banyak mana alkohol boleh diminum
semasa mengandung. Pengambilan alkohol akan menyebabkan
kecacatan mental, kecacatan jantung, anggota badan, dan sendi.
Selain itu, sekiranya ibu yang mengandung merokok, bayi akan
mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah
mengecut dan ini boleh menyebabkan kecacatan otak kepada
anak.

Seterusnya, kesan X-ray semasa mengandung juga menyebabkan


kecacatan akal, tempurung kepala, buta, dan sebagainya.
Kehadiran teratogen juga adalah amat bahaya kepada janin
dalam kandungan kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan
organ utama. Dari segi tekanan psikologi, pengeluaran hormon
adrenalin berlebihan yang memasuki saluran darah janin akibat
tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung
boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam kandungan.

FAKTOR EKSOGEN

Faktor eksogen adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu


faktor persekitaran. Faktor ini termasuklah yang merangkumi
faktor pemakanan, keluarga, tempat tinggal, dan sebagainya.

Faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam


kelahiran seorang anak ke dunia ini. Bagi mengelakkan sebarang
gangguan sama ada dalam pertumbuhan fizikal mahupun mental,
pemerhatian dan kasih sayang ahli keluarga semasa pembesaran
dan perkembangan anak amat diperlukan. Manakala, tempat
tinggal juga harus selesa, kondusif, serta selamat. Gangguan
seperti pencemaran air, udara, bunyi, dan sebagainya akan
membawa kesan negatif yang akan menyebabkan kecacatan pada
pertumbuhan anak.

Anda mungkin juga menyukai