Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL

TUJUAN
Menjelaskan kepada pelajar prosedur tentang keselamatan keseluruhannya semasa menuntut di IPGKPT. Oleh
itu, semua pelajar hendaklah memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi
peraturan umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi.

PENERANGAN
i. Menepati jadual latihan/kelas yang telah ditetapkan seperti berada di luar makmal/bengkel 10 minit
lebih awal.
ii. Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam makmal/bengkel.
iii. Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan atau pakaian yang
sesuai semasa berada dalam makmal/bengkel.
iv. Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama sekali dipakai oleh
pelajar.
v. Meminta kebenaran sebelum melakukan tugas yang berkaitan dengan penggunaan mesin.
vi. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang memuaskan melalui
khidmat pengajar.
vii. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.
viii. Sentiasa memastikan makmal/bengkel dalam keadaan yang bersih dan teratur.
ix. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.
x. Menggunakan peralatan yang betul melalui khidmat pengajar ketika kerja-kerja yang hendak atau
sedang dijalankan.
xi. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling makmal/bengkel dan membuat
aduan/laporan jika difikirkan perlu. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan, dengan segera secara
lisan kepada pensyarah atau pembantu makmal.
xii. Meninggalkan makmal/bengkel dengan seberapa segera sambil mempratikkan apa yang telah
dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.

Dengan adanya peraturan ini, para pelajar/pengguna makmal/bengkel hendaklah mematuhi arahan-arahan
tersebut. Gagal mematuhi arahan menyebabkan salah laku yang boleh diambil tindakan.

PERINGATAN :
Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua
staf/pelajar/kontraktor/pembekal/pelawat hendaklah :

1. Berhenti kerja.
2. Berhentikan semua mesin.
3. Matikan semua kuasa elektrik.
4. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah.
5. Tutup semua tingkap dan pintu.
6. Keluar melalui lorong jalan yang mudah dan jangan menggunakan lif.
7. Jangan berlari.
8. Jangan tolak menolak antara satu sama lain.
9. Jangan sengaja buat bising.
10. Jangan buat tidak tentu arah dan kelam kabut (panic).
11. Jangan berpatah balik kebelakang untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
12. Jangan duduk di dalam tandas atau stor.
13. Berikan kerjasama dan ikut arahan.
14. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai