Anda di halaman 1dari 1

Kata-Kata Aluan Guru Besar

Majalah Kilauan Gemilang edisi tahun 2019 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting
sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SK Seri Hartamas sejak tahun yang lalu.
Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah
mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SK Seri Hartamas masih
mampu mengekalkan penerbitan majalah Kilauan Gemilang dalam bentuk yang sedia ada bagi
kesekian kalinya. SK Seri Hartamas sentiasa mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi
pada masa yang sama berusaha menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.

Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
sidang redaksi SK Seri Hartamas dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada
di tangan pembaca SK Seri Hartamas bukan sekadar catatan kenangan indah zaman
persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SK Seri Hartamas yang autentik dan
rasmi.

SK Seri Hartamas menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan
melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2019 menerusi semangat kerjasama
dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah diperkukuh. Sekolah juga dipastikan
berpijak pada landasan yang betul sebagai kesinambungan citra penubuhan SK Seri Hartamas
19 tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, petunjuk
keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) merupakan
kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat sekolah.

Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat
Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu, Lembaga Pengelola Sekolah (BOG), dan PIBG atas
kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan
pembaca, selamat maju jaya.

Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai