Anda di halaman 1dari 2

PENGERTIAN INSPIRASI DAN INOVASI

Inspirasi
Inspirasi merupakan motivasi dalam diri sebelum menghasilkan sesuatu. Motivasi sebagai
keinginan yang keras atau semangat yang kuat dalam diri seseorang yang mendorong untuk
berusaha untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan tujuan bagi mencapai kejayaan.
Seterusnya motivasi merupakan suatu keadaan dalaman atau situasi yang merancang atau
memberi panduan kepada pemikiran, perasaan dan tindakan. Motivasi merujuk kepada tingkah
laku yang dinamik iaitu aktiviti yang diterima, ditanggung dan diarah. Secara umumnya,
motivasi dikatakan sebagai suatu platform yang menggerakkan seseorang ke arah suatu
matlamat. Setiap orang mempunyai motif-motif tertentu dalam kehidupan terutamanya
mencapai kepada kejayaan dan kecemerlangan.

Inovasi
Proses yang terhasil daripada gabungan kreativiti, misalnya modifikasi, adaptasi,
pembaikan struktur, dan meningkatkan prestasi suatu proses serta produk sedia ada. Contohnya
computer peribadi kepada laptop, dan laptop kepada tablet PC. Inovasi berasal daripada bahasa
Latin. Innovare, yang bermaksud untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau kejayaan
mengeksploitasi idea baru. Kreativiti dan reka cipta merupakan makanan kepada inovasi.

Selain itu, inovasi dapat didefinisikan sebagai pembangunan teknologi baru, ataupun
aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Inovasi dan penyelidikan, serta
pembangunan sentiasa berlaku bersama-sama. Tujuan ini adalah untuk menghasilkan produk
dan perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Ini kerana tanpa
teknologi, tujuan itu tidak dapat dicapai. Walau bagaimanapun, aspek lain juga menentukan
kejayaan inovasi. Aspek lain ialah proses pengeluaran, kaedah pengedaran, dan pemasaran.

Perbezaan Reka Cipta dan Inovasi

REKA CIPTA (Mencipta Produk) INOVASI (Membuat Perubahan)


 Baru dan unik  Penambahbaikan
 Asli  Modifikasi
 Risiko tinggi  Risiko rendah
 Toleran terhadap kesilapan  Pengurusan risiko
 Komitmen jangka panjang  Komitmen untuk mencapai
matlamat
 Berterusan  Berubah-ubah
 Proses yang kompleks  Proses yang bersistematik
 Bermula daripada idea  Bermula dengan sesuatu yang
telah ada
 Hasil tidak dapat dijangka  Hasil dirancang dan dapat
dijangka
 Lazimnya melibatkan individu  Lazimnya melibatkan organisasi
dan bersifat kepuasan dan bersifat komersial

Kitaran inovasi

Reka cipta Kreativiti

Adaptasi
Difusi Inovasi
Imitasi

Difusi

Anda mungkin juga menyukai