Anda di halaman 1dari 6

BAB 5

KESIMPULAN DAN SARANAN

5.1 Kesimpulan
Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat

Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya masyarakat

Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi Bahasa

mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses

asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata

lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak

perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu

amnya. Orang Jawa seperti yang diketahui adalah sebagai suku bangsa yang sopan dan halus

serta berbudi-bahasa. Hal ini demikian kerana, Masyarakat Jawa sangat menitikberatkan

tentang adab dan tutur kata tetapi mereka juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan

tidak mahu berterus-terang. Sifat ini kononnya berdasarkan watak orang Jawa yang ingin

menjaga keharmonian atau keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka lebih

cenderung untuk berdiam diri dan tidak membantah apabila terjadi perbezaan pendapat.

Seterusnya Masyarakat Jawa sememangnya sangat terkenal dengan pelbagai adat dan

amalan khususnya ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan. Hal ini berlaku kerana,

kepercayaan dan adat yang diamalkan untuk membolehkan si ibu yang berada di dalam pantang

supaya pulih seperti sedia kala dan sihat tubuh badannya sehingga ke hari tua kerana pada masa

dahulu kaum wanita juga bekerja di kebun-kebun getah untuk membantu suami. Ilmu dari segi

amalan berpantang Masyarakat Jawa adalah ilmu yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak

boleh diguna pakai oleh sembarangan orang. Amalan ini memiliki terlalu banyak keistimewaan

yang tidak boleh disangkal lagi kerana telah terbukti diamalkan oleh ramai orang baik dalam

mahupun luar Negara. Hal ini disebabkan oleh, masyarakat terdahulu amat menitikberatkan
kecantikan luar dan dalam secara semulajadi ekoran tiada berleluasanya pusat-pusat kecantikan

pada masa dahulu. Oleh itu, Masyarakat Jawa amat menitikberatkan para ibu yang sedang

berada di dalam pantang dan perlu mengambil perhatian terhadap amalan tradisi.

Amalan penjagan kesihatan dalam kalangan wanita semasa di dalam pantang dikawal

oleh factor biologi, budaya, dan psikososial yang kompleks. Amalan mereka mempengaruhi

oleh situasi ekonomi pendidikan, pekerjaan, keadaan hidup dan persekitaran keluarga,

hubungan gender dan social serta nilai budaya mereka. Mereka diberi masa untuk berehat bagi

mengembalikan keharmonian unsur tubuh dan seterusnya kesihatan wanita dalam pantang.

Wanita terdahulu menitikberatkan penjagaan kesihatan kerana mereka menitikberatkan

tentang kesihatan di samping mampu mengelakkan diri dari mudah terkena penyakit. Amalan

berpantang selepas bersalin bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang jauh lebih baik,

malah ia mampu mengembalikan kecantikan tubuh badan dan mengembalikan tenaga serta

memberikan seri dalam perhubungan bersama suami dan keharmonian rumah tangga akan

bahagia selamanya.

Jika dilihat dari segi aspek yang berkaitan dengan amalan selepas pantang terutamanya

amalan yang diamalkan selepas bersalin jelas dilihat amalan ini amat membantu dalam

memberikan yang tersangat istimewa kepada tubuh seorang wanita.

Oleh hal yang demikian, generasi terkini perlu meneruskan amalan ini supaya dapat

mengetahui rahsia kecantikan para ibu yang masih kekal cantik walaupun umur sudah lanjut

dimamah usia.
5.2 Saranan

Keperluan amalan selepas bersalin di Besout, Perak unik dari segi cara dan bahan yang

digunakan dalam amalan yang perlu dipatuhi tanpa ingkar. Masyarakat Jawa sememangnya

mengamalkan amalan berpantang secara ketat tetapi sistematik, diwarisi semenjak dahulu

namun, ia semakin ditelan dek zaman yang semakin mengejar kea rah kemodenan dan amalan

ini semakin kurang diamalkan. Dengan itu, bagi mengekalkan mengamalkan amalan

berpantang secara tradisional ini sebagai masyarakat Jawa haruslah berpegang teguh dengan

amalan ini.

5.2.1 Menggalakkan Pondokumentasikan Maklumat

Pendokumentasikan sesuatu maklumat merupakan sesuatu perkara yang penting dalam

mengeklkan warisan keaslian turun-temurun ini. Adanya pendokumentasian ini, segala

peninggalan warisan yang unik dan semakin pupus dapat diketahui dan diceritakan kembali

kepada generasi baru. Maklumat terutamanya yang berkaitan dengan sejarah sesuatu etnik

keturunan wajib disimpan dan diperturunkan daripada satu generasi ke genersi yang lain.

Kaedah ini adalah salah satu cara yang berkesan kerana dengan itu amalan selepas

berpantang akan diamalkan oleh generasi seterusnya dan tidak hanya meninggalkan sejarah.

Sekiranya ilmu perbidanan ini tidak diwarisi, besar kemungkinan ilmu yang sangat baikini akan

beransur-ansur hilang serta generasi akan dating tidak dapat melaluinya. Lihat sahaja pada

masa kini di mana amalan berpantang tidak terlalu diambil berat oleh para ibu kerana terlalu

percaya terhadap berpantang secara moden tanpa memikirkan kesihatan dalaman.


5.2.2 Menyatakan Kelebihan atau Kepentingan Amalan Selepas Bersalin

Rawatan dan penjagaan tradisional masyarakat Jawa selepas bersalin telah diamalakan

berkurun lamanya. Namun ini, kaum wanita itu sendiri kurang menerapkan ilmu alaman

selepas bersalin kepada anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka tidak tahu

tentang amalan ini. Perkara ini sebenarnya bertujuan untuk tidak melupakan amalan berpantang

secara tradisional meskipun ditelan dek zaman perubatan moden.

Kebanyakan media cetak atau media elektronik hanya menyatakan keistimewaan dan

keunikan amalan berpantang seperti mandi herba, bertungku, berurut, berbengkung dan

sebagainya tetapi tidak diceritakan secara terperinci. Keperluan utama adalah urutan kerana

dengan teknik urutan yang betol tidak akan berlakunya peranakan jatuh kerana bahagian

peranakan telah diurut ke tempat kedudukan asal dan dapat membuang angin di dalam badan

serta badan dimasuki angin dan bentan.

Pihak media seharusnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan zaman

kegemilangan amalan berpantang selepas bersalin dengan cara tradisional. Hal ini demikian

kerana, ini adalah rahsia di mana para ibu lebih anggun dan ayu berbanding para gadis.

5.2.3 Peranan Masyarakat

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia

juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar

belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar

belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu

sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat

adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Begitu juga

dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek amalan dan kepercayaan masih lagi dianggap sebagai

suatu pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah

jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu.

Dalam kajian ini, telah didapati bahawa telah memahami persepsi generasi muda

terhadap amalan pantang larang selepas bersalin pada masa kini. Sebagai masyarakat yang

majmuk, perlu mengenal pasti bahawa kebanyakan generasi muda kini masih peka terhadap

amalan pantang larang kerana mereka menerangkan amalan pantang larang merupakan warisan

nenek moyang yang penting dan harus diamalkan oleh generasi muda kini terutamanya yang

di kawasan bandar. Kajian ini telah menjelaskan bahawa peranan ibu bapa juga dan keluarga

merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan selepas bersalin dalam kalangan generasi

muda.

Kepentingan amalan selepas bersalin juga telah diterangkan melalui kajian ini. Amalan

ini merupakan amalan yang penting dan baik melalui persepsi generasi muda kini namun sukar

untuk mereka mempraktikan setelah melahirkan. Masalah amalan pantang larang harus

dibendung dalam masa yang singkat supaya amalan ini dapat dikekalkan selama-lamanya.

Semua pihak harus bersatu-padu mengamalkan amalan ini setelah melahirkan terutamanya

kaum ibu pada masa kini agar amalan ini terus membawa manfaat kepada diri dan juga

masyarakat lain.

Dalam memastikan golongan muda mengamalkan amalan ini, pihak kerajaan harus

mengadakan kempen-kempen yang berkaitan tentang pentingnya mengamalkan amalan

selepas bersalin. Ibu bapa perlu memupuk amalan ini terhadap anak mereka sejak kecil lagi.

Akhirnya, pemikiran golongan generasi muda terhadap amalan berpantang haruslah


berubah dan harus sedar bahawa amalan ini merupakan warisan nenek moyang mereka dan

mempertahankannya dari ditelan arus kemodenan.

Anda mungkin juga menyukai