Anda di halaman 1dari 4

1.

4 KATA TUGAS
Perkara Keterangan
Kata Tugas Kata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat
bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas
sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan
kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Kata Sendi Nama 2. Kata Hubung 3. Kata Tanya


Jenis Kata Tugas 4. Kata Seru 5. Kata Arah 5. Kata Bantu
6. Kata Nafi 7. Kata Penegas 8. Kata Pemeri
9. Kata Penguat

1.4.1 Kata Sendi Nama


Kata Tugas Keterangan
Kata Sendi Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-
Nama kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama.
Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-
Kata-kata Sendi Kata-kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:-
Nama
di ke dari daripada pada
kepada bagi demi tentang seperti
bagai umpama sejak terhadap akan
oleh hingga sampai antara untuk
dengan dalam

Kata sendi mempunyai pelbagai tugas

Kata Sendi Tugas/contoh


di Menunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari
ke
petang hingga ke malam)
dari Menunjukkan tempat atau arah datang Menunjukkan waktu atau masa
Menunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu
kepada
Menunjukkan perubahan keadaan
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan
daripada sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial
televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada
pada
pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan
untuk
sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah
bagi
masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
menunjukkan tujuanmenunjukkan urutan
demi
Untuk menegaskan sesuatu
tentang Menunjukkan rujukan
Menunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
dengan Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh Menunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab
akan Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai,
umpama, laksana, Menunjukkan perbandingan
bak

Beberapa kesalahan dalam penggunaan Kata Sendi:-


a) Penggunaan kata sendi oleh
Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh. Oleh itu, kata-kata lain selain
kata nama
atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap tidak gramatis dalam bahasa
Melayu.

contoh: Salah Betul


oleh kerana oleh sebab

b) Penggunaan dua kata sendi


contoh: Salah Betul
selain dari itu.......... selain itu..........
selain daripada itu.......... selain itu..........
demi untuk........... demi/ untuk.......
hingga ke......... hingga/ ke ........
Namun, dalam kes-kes tertentu yang mengalami pengguguran kata kerja, kehadiran dua kata
sendi secara
serentak dibenarkan:-
Contoh: a) Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan. ( bermaksud untuk pergi ke )
b) Hasratnya untuk ke luar negera dibatalkan. ( salah )
c) Hasratnya ke luar negera dibatalkan. ( betul )
LATIHAN PENGUKUHAN:

A. Pilih kata sendi yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1. Razlina suka bersiar-siar ( di , pada ) taman bunga ( di , pada ) waktu petang.

2. Pegawai di syarikat itu bekerja ( dari , daripada ) jam Sembilan pagi ( pada, hingga ) jam enam
petang.

3. Teksi itu membelok ( daripada, dari ) Jalan Pinang ( kepada, ke ) Jalan Kudin.

4. Seorang ketua perlulah bersikap adil ( untuk, terhadap ) orang-orang di bawah jagaannya.

5. Salina menerima sepucuk surat ( dari , darpada ) adiknya yang tinggal ( dari, di ) Sabah.

6. Emak amat saya ( pada, terhadap ) abang yang selalu mengambil berat ( terhadap , tentang )
kebajikannya.

7. Pak Harun mengahwinkan anaknya ( kepada, dengan ) seorang pemuda yang berjuang ( untuk ,
akan )
kemerdekaan negara ini.

8. Ayah ( ke , di ) Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.

9. Jauhkan diri kamu ( dari , daripada ) dadah.

10.Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada ) sudut agama.

B. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Berapakah jarak ................................ rumah kamu ke perhentian bas?

2. Kita harus berjuang habis-habisan ...........................kepentingan negara.

3. Kumpulan kami terdiri ..................... lima orang sahaja.

4. Setiap insan di muka bumi ini tidak sunyi.....................melakukan kesilapan.

5. Rumah di atas bukit itu lebih besar.......................rumah Pak Abu.

6. Kemalangan ngeri itu berpunca .............................kelalaian penunggang motosikal.

7. ....................................pendapat kamu, wajarkah aktiviti tersebut diteruskan?


8. Kebanyakan pelancong yang berkunjung .....................sini terpesona ........................keindahan
pantainya.

Anda mungkin juga menyukai